Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 8 Mei 2014

Menyusuri Sungai Terengganu, Melihat Masjid Kristal dan Membeli-belah di Pasar Payang

C uti Hari Pekerja seminggu lalu anda ke mana? Saya ke Kuala Terengganu. 

Kali ini kami berpeluang menaiki bot. Kami mengambil bot di Jeti Seberang Takir menyusuri Sungai Terengganu, melalui Pulau Wan Man dan menuju ke Kuala Terengganu.


Seberang Takir dan Sungai Terengganu

 

Laut China Selatan berdekatan Seberang Takir ketika matahari terbit
Seberang Takir di waktu pagi. Di hujung sana Laut China Selatan, di hujung sini Sungai Terengganu

Seberang Takir adalah perkampungan nelayan yang letaknya bersebelahan dengan Sungai Terengganu dan Laut China Selatan. Di Sungai Terengganu terdapat pulau-pulau kecil dan salah sebuah daripadanya ialah Pulau Wan Man.

Di seberang Seberang Takir merentasi Sungai Terengganu terdapat bandar Kuala Terengganu. Jadi Sungai Terengganu yang berdekatan dengan Seberang Takir dan bandar Kuala Terengganu adalah kuala sungai yang bertemu dengan laut.


Sepanjang tebing sungai kami dapat melihat rumah-rumah, rumah-rumah rehat, kampung-kampung nelayan, orang mandi-manda, pulau-pulau, pohon-pohon nipah, bengkel membuat bot dan kapal-kapal kecil.

Oleh kerana Sungai Terengganu di bahagian hilir ini bertemu dengan Laut China Selatan, maka airnya bercampur dengan air masin. Saya mencecahkan tangan saya ke dalam air itu dan merasa air tersebut. Air itu tidaklah tawar sangat tetapi ada sedikit rasa masin. :)

 

Taman Tamadun Islam dari Sungai Terengganu


Gembiranya kami pada pagi itu kerana dapat menaiki bot menyusuri Sungai Terengganu yang berada di hilir dan di muara. Yang menarik sekali, kami dapat duduk dengan santai di kepala bot sambil menikmati pemandangan indah. Angin pula membelai wajah kami. Cuaca pada masa itu tidak panas, jadi dapatlah kami merasa selesa.



Seronoknya duduk di kepala bot sambil melihat pemandangan tebing Sungai Terengganu dan Pulau Wan Man

Duduk termenung di tepi muara,
Ditiup angin daun bergoncang,
Bila terkenang pada dara,
Berdebar hati bertambah sayang.

Replika masjid-masjid di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man dibina dalam skala 1:8 

Kami dapat melihat replika masjid-masjid terkenal di dunia dalam dari dalam bot. Antaranya ialah Taj Mahal India, Dome of Rock (Kubah As-Sakhra) Palestin, Masjid Sultan Singapura dan macam-macam lagi. Kesemua ini di dapati di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

 

Masjid Kristal


Sebuah masjid yang menjadi mercu tanda terbaru di sini iaitu Masjid Kristal tersergam indah di atas air di Pulau Wan Man.


Masjid Kristal dibuat daripada kaca dan keluli
Masjid Kristal terapung di atas air Sungai Terengganu

 

 

 

 

Membeli-belah di Pasar Besar Kedai Payang


Menghampiri jeti di Kuala Terengganu

Hampir sejam kemudian kami singgah di jeti Kuala Terengganu. Kami ke Pasar Besar Kedai Payang untuk membeli-belah. Tahun lepas kami sudah ke sini. Sila klik di SINI untuk mengimbas kembali.

Seronok sangat membeli-belah di sini. Macam-macam ada. Sempatlah kami merembat kaftan, seluar kain pelekat, baju kain pelekat dan keropok.

Kami kembali semula ke Seberang Takir dengan menaiki bot tetapi kali ini kami merentas Sungai Terengganu melalui jalan pintas.  Kami tinggal di homestay Teluk Ketapang sama seperti tahun lepas. Untuk melihat homestay ini sila klik di SINI.


24 ulasan:

  1. Kalau pegi ke Pasar Payang mesti borong keropok kering tu...unutung lah org Terengganu kan..dek kerana suka sgt keropok lekor dan nasi daganng..JM nk cari ore ganu boleh...ahaahh....berangan lah ko sorang2 JM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jari Manis,
      Saya pun borong keropok, batik dan kaftan di Pasar Payang. Keropok lekor/losong saya borong di Seberang Takir. Laksam, nasi dagang, ketupat sotong pun favourite...nampaknya kenalah berbisan orang Ganu he he he

      Padam
  2. Terima kasih atas FM yang diterima. Sungguh cantik.....I Love Terengganu..dah banyak kali ke sana...membaca coretan anda mengingatkan saya kisah-kisah lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muhammad Khairuddin Lim,
      Alhamdulillah FM dah sampai. Harap-harap ia tak pecah sebab saya tak pandai membungkusnya.

      Kisah lama yang macam mana tu? Cer cerita :)

      Padam
  3. Memang ingin nak ke Taman Tamadun Islam ni, tapi rasanya malas pulak nak memandu dari KL... Naik flight dan sewa kereta mungkin pilihan yang baik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami dari Penang lagi jauh. Kali ni kami tak memandu, kami sewa bas, pergi ramai-ramai. 6 jam baru sampai.

      Naik flight pun bagus juga, Mie.

      Padam
  4. Teringin nak gi Taman Tamadun Islam ni. Selalu tengok view dari dalam, ni first time tengok dari sungai pula.

    Last saya pegi Ganu ni 2006. Sempatlah singgah dataran & Pasar Payang. Nampak gaya memang kena jadi juga plan roadtrip ni. Kawan2 lain dah lama suruh plan ni. Insha Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami pun first time tengok TTI ni dari sungai. Sangat mengagumkan. Tambahan pula kami ni memang suka sangat sungai.

      Bolehlah Bibie rancangan perjalanan ke sini. Bawalah keluarga dan kawan-kawan. Bibie suka beli apa di Pasar Payang?

      Padam
    2. Haritu pegi ngan family, beli jajan je banyak. Nak cepat so x round sangat. Rasa menyesal pula. Insha Allah nanti boleh rancang dah. Kali ni nak pegi ngan kawan2 lak.

      Padam
    3. Jajan pun sedapkan. Saya hantu jajan.

      Tak apa, lain kali boleh round puas-puas.

      Padam
  5. Aslm.wr.wb...tak sangka prof. akan ke kg saya di Seberang Takir...jk tidak blh saya bawa prof. ke tmp keropok no.1...nasi dagang no.1...ict/sct no.1...batik no.1...
    Bukan apa...skdr nak balas budi prof..blog prof jd rujukan saya..terbaru ke Surabaya April lepas...27 mei ni ke HCMinh lg..
    Wasallam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Nasa Saba,
      Aah saya ke Seberang Takir minggu lepas. Sayang pula tak tahu Nasa Saba orang sana. Kalau tidak bolehlah kita jumpa. Keropok no 1, nasi dagang no 1, batik no 1..wah hebatnya orang Seberang Takir...saya memang suka makanan orang Terengganu....kena cari menantu orang sanalah kalau macam ni.
      Oh nak ke HCM 27 Mei? Hmmm...saya baru balik dari HCM, cuma belum blogkan lagi. Nanti baca ya.

      Padam
    2. Yang no.1 tu sebab tu yang terbaik di kalangan orang tempatan.
      Saya tunggu catatan blog terbaru di HCM...ni kali ke-3 ke HCM dalam masa 6 bulan.
      Jika suka naik bot...sila cuba bot dari Chao Doc ke P.Penh menyusuri Sg.Mekong...6 jam.
      Atau cuba bot Tasik Kenyir ke Taman Negara...3 jam.
      Jumpa lagi.

      Padam
    3. Ya, kena dengar recommendation orang tempatan. Entri tentang HCM akan muncul selepas satu lagi entri pasal Terengganu. Wah kerap juga Nasa Saba ke HCM. Best kan. Selalunya orang yang kerap ke sana tu buat bisnes...:) Memang saya suka naik bot sungai, dah cuba menyusuri Sungai Mekong, tapi taklah sampai ke P. Penh. Best..akan diceritakan dalam blog, insyaAllah. Hmm belum lagi pernah ke Tasik Kenyir...tak tahu bila?

      Padam
    4. Jika nak ke T.Kenyir..booking awal-awal Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Sah Besar ndi web..rumah banglo 3 bilik cuma RM60/day + bot RM30 untuk 8 org...blh sewa bot ke air terjun saok dan taman herba.
      ..ni tempat saya berehat sebab penuh dengan ketenangan....cuma di sini kena masak sendiri.

      Padam
    5. Menarik bunyinya tu. Dahlah Tasik Kenyir tu cantik memukau. Ikan pun banyak. Masak sendiri tak jadi masalah sebab dah biasa masak masa travel.
      Terima kasih di atas maklumat tentang Tasik Kenyir ni. Bolehlah merancang.

      Padam
  6. saya suka jugak boat riding:)

    BalasPadam
  7. Dah lama x gi terengganu nih.....rindu pulak nak ke sana.... anyway gambar tu menarik sgt...pandai amik....satu lagi kenapa ada verify masa nak komen ek....memang sengaja buat ker

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya dah tiba masanya Faizal gi Terengganu balik. Oh terima kasih pasal gambar tu :) Saya suka tangkap gambar. Hobby.
      Sebelum ini saya tak minta "verify" sebelum pembaca komen. Tetapi banyak sangat spam yang masuk, entah apa-apa komen masuk, iklan merapu yang sama berulang-ulang kali memenuhi ruangan komen dan ada juga yang menyebarkan ideologi anti Islam :( Sejak itu saya sengaja minta pengulas/pembaca untuk verify dulu. Jadi ada sedikit usaha gigih yang perlu dibuat oleh pengomen, terima kasih banyak-banyak kepada semua pengomen gigih tu.

      Padam
    2. owh ok lah kalau mcm tuh....kalau guna wordpress ad aplugin nak tapis spam semua tu

      Padam
  8. Selamat datang ke kampung aku.. wallaweh... haha.. tahun ni datang tak untuk candat sotong lagi ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tokey Baju. Dah dua tahun berturut-turut mencandat sotong di kampung Tokey. Rasanya tahun ini rehat dulu :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.