Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Selasa, 29 April 2014

Bagaimana Saya Menghabiskan Hujung Minggu Di Kampung? (Bhg 2): Berendam di Kolam Air Panas, Menyeberangi Sungai Perak dan Makan Laksa Goreng

Entri ini adalah sambungan daripada entri "Bagaimana Saya Menghabiskan Hujung Minggu Di Kampung? (Bhg 1): Berendam di Lata dan Meligan Lembu." Yang terlepas sila klik SINI.

 

4) Berendam di Kolam Air Panas Ara Panjang


Selepas berendam lama sampai kecut di Lata Ulu Kenas, saya dan keluarga ke Kolam Air Panas Ara Panjang. Hah... Kolam Air Panas ini tak ramai yang tahu kecuali penduduk tempatan.

Rasa sangat-sangat best bila kaki yang sejuk dan kejang direndamkan dalam kolam air panas ini. Anak-anak saya pun tak henti-henti bercerita tentang keseronokan merendam kaki ke dalam kolam air panas ini.

Ara Panjang adalah sebuah kampung yang letaknya berdekatan dengan pekan Manong, kira-kira 16 km dari pekan Kuala Kangsar. Mudah je nak ke sini.  Cara perginya nanti akan saya tunjukkan melalui gambor.


Papan tanda ini boleh kita lihat di jalan raya menuju ke Manong dari Kuala Kangsar. Selepas papan tanda ini beloklah ke kiri dan masuk ke jalan kampung.
Masuklah jalan kampung ini. Selepas jumpa papan tanda ini terus memandu ke hadapan kira-kira 1-2 minit dan kome akan bertemu dengan sebuah jambatan. Belok ke kanan sebelum jambatan itu. Tak jauh kemudian kome akan jumpa Kolam Air Panas
Inilah Kolam Air Panas Ara Panjang. Cantik, kan?
Kolam Air Panas Ara Panjang semulajadi ini tidak pernah kering-kering.
Walaupun air kolam ini panas namun pokok-pokok tetap tumbuh sekeliling Kolam Air Panas Ara Panjang ini. Hebatnya ciptaan Allah.
Air panas yang menggelegak dan berbuih serta berbau sulfur

Try rendam telur
Telur yang direndam dalam kolam air panas. Ia memerlukan masa yang lama untuk keras.
Buakan air panas yang mengandungi sulfur semulajadi dari perut bumi

Pokok-pokok yang mati dan tumbang di kolam air panas
Boleh duduk di benteng ini dan rendamkan kaki ke dalam air panas. Terdapat kemudahan seperti bilik air di tempat ini. Namun kurang mendapat penjagaan daripada pihak tertentu.
Ranting-ranting yang patah di Kolam Air Panas Ara Panjang


Hah macam mana? Lepas ni tak payahlah jauh-jauh pergi rendam kaki. Kat kampung saya pun boleh.



5) Menyeberang Sungai Perak dengan Bot dan Mengutip Durian di Dusun


Lepas penat mandi dan merendamkan kaki di Lata dan Kolam Air Panas Ara Panjang, kami pun pergi melihat pekan Manong. Kemudiannya kami ke penambang melihat bot kecil yang menyeberangi Sungai Perak. Kami selalu naik bot ini. Kalau musim durian kami akan ke dusun mengutip buah durian. (Bagi tahun ini musim durian dah berlalu).

Bot yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Perak dari Manong ke Seberang Manong
Bot ini membawa penumpang dan motorsikal
Anak-anak saya mengutip durian di dusun kami di Kampong Bekor. (Ini gambor lama, jangan tertipu pulak. Gambar ni masa anak-anak saya kecil lagi, sekarang dah jadi anak teruna he he).
Durian  yang dikutip dimasukkan ke dalam bakul.  (Ini pun gambor lama. Gambar ni ditangkap masa anak-anak saya kecil lagi, berbelas-belas tahun dulu he he he ...jangan marah ya, maaf stok gambar baru tak ada ).

6) Makan Laksa Goreng Pak Ngah


Pak Ngah terkenal dengan laksa. Tak ada orang Kuala Kangsar yang tak tahu Laksa Pak Ngah. Kalau ada yang tak tahu tu maknanya dia bukanlah pure Kuale... he he he.. (Jangan marah ya...)

Seperti biasa kami pasti makan laksa Pak Ngah yang terkenal sejak 1955 lagi. Tetapi pada kunjungan kami kali ini, ada perubahan pada konsep kedai dan menu Pak Ngah. Menu tambahan yang ada ialah Laksa Goreng Special, Laksa Goreng Banjir, Mee Rebus dan macam-macam lagi. Kali ini kami try Laksa Goreng. Pertama kali makan memang hmmm... pergh!!! SEDAP!!!

Kedai Laksa Pak Ngah  letaknya di belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, Talang,  Kuala Kangsar
Cendol, RM5.00
Laksa Goreng Special, RM5.00

Amacam? Ate, kalau belum terai lagi, moh le kite  :)

31 ulasan:

  1. kolam air panas rupanya, kalo sekali imbas macam tasik biasa je. macam takde orang je akak. harap dijaga dgn elok. belum pernah berkesempatan pegi mana2 kolam air panas. kat kelantan ade, tapi dulu nak pegi under renovation la pulak.

    durian dalam bakul tu amat mengiurkan. dah la saya ni hantu durian. hiks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang tak ramai masa kami pergi tu. Mungkin ketika itu tengahari sangat. Sudahlah cuaca panas, air kolam pun panas. Mungkin orang ramai pada waktu pagi. Entah kenapa tak ada pihak yang menguruskan kolam air panas ini dengan baik.

      Saya pun suka durian :) Tapi sekarang dusun tu terbiar je, buahnya habis dimakan beruk.

      Padam
  2. Sayangnya kolam air panas tu macam tak terjaga. Kalau ada kemudahan awam disediakan tentu ramai yang akan datang ke situ.

    Di cafe tempat saya berkerja pulak ada jual nasi himpit goreng... sangat sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal, saya pun tak tahu mengapa tak ada pihak tertentu yang kisahkan sangat kolam air panas tu. Kalau dijaga dengan baik dan dipromosikan, tentu orang suka datang.

      Wah nasi impit goreng?! Saya tak pernah dengar! Bolehlah cuba nanti.

      Padam
  3. oh memang sayang la tak berjaga kawasan air panas tu...kalo mcm di Rembau dulu, diorg siap buat small theme park lagi kawasan air panas ni...kira komersial kan kawasan tu la...ramai org dtg...tp sekarang sy tak tau lah....samada tempat tu maintained ke tak... =D

    wah laksa goreng?1st time saya dengar...sedap ke...nak kena cuba nanti nih...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak faham saya mengapa tak ada pihak yang menjaga tempat itu. Kalau dijaga dan dikomersialkan tentu tempat ini menjadi tarikan.
      Laksa goreng tu sedap sangat. Bolehlah DJ cuba nanti.

      Padam
  4. Mesti terkesan dengan gambar makanan, nanti boleh ajak kwn2 p sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jea suka tengok gambar makanan ke? Mencuba makanan baru adalah satu keseronokan :)

      Padam
  5. Wah... Saya hantu kolam air panas. Biasanya akan ke mandi kolam air panas setiap kali menjelang hujung minggu kalau tak ada aral melintang. Anak-anak macam campuran je.. Comel-comel belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muhammad Khairuddin Hantu kolam air panas, Kaki Berangan Hantu Durian he he he.

      Selalunya Muhammad Khairuddin mandi kolam air panas di mana?

      Yang Muhammad Khairuddin maksudkan "anak-anak macam campuran" tu anak saya ke? Tak tahulah saya kenapa jadi gitu...semuanya anugerah Allah. :)

      Padam
  6. Banyak rupanya tempat2 menarik kat Perak. Lepas ni bolehlah terjah perak pulak untuk cuti2 Malaysia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. PM,
      Ada banyak tempat menarik di Perak, cuma kurang promosi je.

      Padam
  7. Assalamaualikum Yong, issyyy org kite ler juge ye? Idak teman tawu kat Manong tu ada hotspring, idak deme kabo! Teman rindu nak balik kampong, apakan daya, bonda dah tiada!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Yong Moh Kembara,
      Aaah orang kita le jugek. Kome tak tahu yang kat Manong ada hot spring yek? Ha..ini yang kabor ni sebab rama yang tak tau. Nanti bolehlah Yong berendam di sini masa balik kampung. Kalau bonda Yong dah tak ada, sedara mara ada kot?

      Padam
  8. Suka tengok kolam air panas tu.. bersih jer.. cantik jer.. eh kalau rendam telur memang tak tenggelam ek kat situ?? nampak macam terapung jer.. menyeberangi sungai perak dengan bot hurmm menarik jugak tu :D tapi laksa tu juak menjadi idaman hati kalau kesana huhuuu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time Traveller,
      Cantik kolam air panas tu, cuma kurang perhatian daripada pihak tertentu. Kalau diambilberat dan dipromosikan tentu ia menjadi salah satu tarikan utama di sini. Ya, telur tu tak tenggelam bila kami rendamkan dalam air panas itu, ia bergerak-gerak dan hanyut, jadi kami terpaksa kepung dengan kayu supaya ia tak hanyut. Tambang bot menyeberangi Sungai Perak di Manong ni, murah sesangat, bolehlah Time Traveller ulang-alik naik. Macam-macam laksa ada di kedai Pak Ngah, bolehlah cuba.

      Padam
    2. Baru-baru ni.. Ada baca kalau rebus telur dengan air panas semula jadi ada kelebihan dalam kesihatan.. ntah tak tahu betul ke tak.. Ok tahu itu laksa goreng... ok nanti datang perak akan cari :D

      Padam
  9. X pnh mkn laksa grg... nk try satu hr nanti.. kolam air pns tu pon baru tau kewujudannya bila bca post prof... oh ya... hadiah dh selamat sampai last week. Tqvm prof from the bottom of my heart. It really means something to me..esp yg hollywood tu..ntah terjejak ke idak kaki ni ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farikica,
      Bolehlah cuba makan laksa goreng tu, lepas tu rendam kaki dalam kolam air panas tu bila balik K.Kangsar. Air panas tu elok untuk kesihatan kulit, kata orang. Baguslah kalau dah terima fm tu. Harap ia masih elok, tak pecah, sebab risau juga kalau ia pecah sebab saya tak pandai membungkusnya. Dengan adanya fm Hollywood tu, manalah tahu suatu hari nanti boleh jejak kaki ke USA :)

      Padam
  10. Prof, byk betul aktiviti kat sana terutama time kutip durian tu best sbb jm ni peminat durian. Kolam air panas tu cam nak rendam kaki je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jari Manis,
      Itulah setiap kali balik kampung, selalunya masa rasa tak cukup...macam-macam aktiviti nak dibuat. Air panas semulajadi ini elok untuk kesihatan kulit, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.

      Padam
  11. Masa di Banda Aceh saya di bawa ke kolam air panas(lupa nama tempat..tapi 40 km dari Banda Aceh).
    Kami bawa nasi bungkus...berkhelah di sana...tapi air panasnya betul-betul panas...masa pergi ke punca air di kaki kaki bukit, badan berpeluh macam dalam sauna...cuba sentuh air..terus melompat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menariknya cerita Puan Nasa di kolam air panas Banda Acheh. Boleh bayangkan macam mana Puan melompat :) Kepanasan air tu mungkin disebabkan di Sumatera banyak gunung berapi? Masa kami ke sana, tak pula diberitahu tentang kolam air panas tu. Nampaknya kena pergi Acheh lagi le macam ni :D
      Masa kami ke Bandung, kami pergi ke kolam air panas yang ada di sana, tapi airnya tak le panas, suam-suam kuku je.
      Tetapi di Kolam Air Panas Ara Panjang di Perak ni, panas betul. Bila celup je kaki ke dalam airnya, terus saya menjerit-jerit terkejut dek panasnya air tu, kaki saya goyang-goyangkan menahan panas, peluh pun meleleh dengan laju he he..

      Padam
  12. yang bab durian tu tak boleh tahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian memang banyak di kampung saya ni. Bakanya jenis baik-baik dan sedap.

      Padam
  13. Kolam Air Panas Kg. Ara Panjang tu dah terbiar semak samun. Sempena Prk 2016 Kuala Kangsar ni teman jaga PDM Jeliang Manong. Kg. Ara Panjang di bawah PDM Jeliang. Sempat la melawat tempat tu...memang 'rare' komer. Teman masuk pun sebab tersalah jalan...kalau tak memang tak masuk. Masuk2 kawasan tu jer dah nampak pokok ara yg ponti suka tu. Seram weiii...dari jauh nampak berasap-asap air kolam tu.Kalau dijaga
    mesti cantik tempat tu. Ada tandas awam. Jalan pun bertar. Harap-harap kerajaan negeri ambil alih tempat tu jadi tempat pelancongan. Sekurang-kurangnya dapat penduduk kg. Ara Panjang menjana pendapatan

    BalasPadam
  14. Maaf, Den nak pi makan laksa goreng & mandi ayaq panaih. ada lagi ka Laksa Pak Ngah tu ?

    BalasPadam
  15. Maaf, Den nak pi makan laksa goreng & mandi ayaq panaih. ada lagi ka Laksa Pak Ngah tu ?

    BalasPadam
  16. saya pun baru je xplore kuala kangsar ni sebenarnya byk yg menarik tp org tak tahu sgt sbb kureng promosi. hmm berckp psl kolam air panas ni sy sering berendam di kolam air panas di jln air panas setapak. wow mang best pelagi selepas subuh. sedap je badan.diacheh tu tu tempatnya kalo tak silap namanya ie suum krung raya ie suum tu makna nnya airpanas terletak di acheh besar lbh kurang 20 mnt dr banda aceh
    sapa nk g acheh boleh calling2 saya ye..di 018 6600401 sbb sy selalu kesana...

    lawat dlm malaysia pun best gak cam kuale ni..tapi tak dpt byk info pula

    BalasPadam
  17. jom lawat malaysia...byk lagi tempat menarik..tapi org pg pun kenala tlg promosi tempat korang yg menarik so org luar taulah kecantikan dan keistimewaan kpg korang yg kami tak tau

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.