Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 11 April 2014

Tasik Banding (1): 5 Jam Menaiki Bot Ke Kampung Orang Asli

K ali ini saya diajak anak-anak murid saya (siswa-siswi USM) ke Kampung Orang Asli di Tasik Banding. Berkali-kali mereka ajak. Mereka nak buat program sukarela dengan Orang Asli. Kami pergi beramai-ramai. 2 bas, 1 van. Lebih kurang 80 orang semuanya. 3 Hari 2 Malam kami di sana.

Teruja sangat. Setelah habis menyampaikan kuliah saya Jumaat itu, kami bertolak dari Penang menuju ke Gerik, Perak. Sepanjang perjalanan cuaca panas terik kerana ketika itu kemarau. Apabila hampir ke kawasan Tasik Banding kami dapati bekas-bekas hutan terbakar dan asap yang sedang berkepul-kepul dari dalam hutan. Hutan ini terbakar kerana cuaca terlalu panas. Sayangnya!

House Boat yang kami naiki ini ada dua tingkat. Ia macam rumah. Nak masuk kena buka kasut.

Menunggu di tebing jeti Tasik Banding dan dengar taklimat

Sampai di Tasik Banding, kami pun menaiki house boat yang sudah sedia menunggu. Oleh kerana ramai, kami sewa dua buah bot. Barang-barang kami masukkan ke dalam bot dengan bergotong-royong. Ini termasuklah periuk belanga, dapur, tong gas, makanan, beg, sound system dan macam-macam lagi.

Tasik Banding berdekatan jeti

Nama tempat yang kami hendak tuju itu ialah Kampung Semelor, Air Banun, Tasik Banding. Ia terletak di Lembah Belum, daerah Gerik. Bot kami bertolak pada pukul 4.00 petang. Perjalanan ke tebing tasik Kampung Semelor memakan masa 5 jam. LAMA gilerrr...! Talian telefon, Internet, WhatsApp pula semakin lama semakin slow dan kemudiannya putus. Jadi, apakah yang kami lakukan dalam bot dengan tak ada IT dan perjalanan lama tahap gaban ni? Jom tengok gambar kami ini untuk mengetahuinya.

Ni House boat kami yang kedua
Ada bilik di tingkat atas bot. Kita boleh berbaring dan solat di bilik ini
Siswi USM duduk di tingkat atas bot


Di tengah-tengah Tasik Banding yang tenang
Selfie..

Menggoreng bihun di dapur house boat
Mencecahkan kaki ke dalam tasik di bahagian punggung bot

Jom tengok daging ayam dalam peti ais ni...elok lagi tak?
Bihun goreng dah siap...jom makan

Lepak, tidur, sembang, baca novel popular, tangkap gambar dan tengok pemandangan tasik yang permai

Hari semakin petang. House boat kami yang kedua hendak merapati bot pertama
Bot kedua yang terpisah tadi bercantum dengan bot pertama

Menikmati pemandangan tasik di tingkat atas bahagian hadapan bot
 
Hari semakin petang. Yang pandai melukis dah hasilkan sebuah karya
Senja di Tasik Banding
Dari belakang dapur bot

Keindahan senja Tasik Banding

Ada yang menerai naik bot kecil
Bot kedua kami mengekori bot pertama
Selepas matahari terbenam


"Telah masuk waktu solat Maghrib di Tasik Banding dan kawasan yang sewaktu dengannya"
Sampai di tebing tasik Kampung Semelor pada pukul 9.00 malam terus angkat barang. Suasana sekeliling hanya hutan dan gelap gelita.

Apabila sudah sampai di tebing tasik, hari telah malam dan gelap gelita. Pukul 9.00 malam. Hutan sahaja di sekeliling kami. Hitam pekat. Kami dipesan supaya membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan jangan menegur perkara-perkara pelik yang dilihat. Kami pun memunggah barang-barang ke dalam 4WD. Saya angkat yang ringan-ringan je. Beg saya anak-anak murid saya yang angkat. Bagus betul budak-budak ni.

Kemudian kami berjalan kaki menuju ke Kampug Semelor dengan berpandukan cahaya lampu suluh. Kena jalan kaki lebih kurang sejam baru sampai ke kampung itu. Jalannya tidak rata, berlekuk-lekuk dan kasar. Tapi...

"Prof tak payah jalan kaki, naik 4WD je," pinta anak-anak murid saya.

Bertuahnya.. orang muda-muda je jalan kaki.. Rasa macam MEM pulak he he he....

Jumpakah kami Kampung Semelor dalam gelap gelita ini? Tak adakah yang sesat? Apa yang kami lakukan di Kampung Semelor? Nantikan sambungan kembara 3H 2M kami di Kampung Orang Asli Tasik Banding dalam entri akan datang.

... bersambung


20 ulasan:

  1. Balasan
    1. Harga sewa bot berbeza-beza mengikut keperluan dan kemudahan. Kalau tak silap saya sewanya RM 1,800 sehari untuk satu bot. Ada yang lebih mahal daripada ini sehingga RM3,000 sehari. Tapi boleh runding dengan tauke bot. Dalam entri akan datang saya akan beri nombor untuk dihubungi.

      Padam
  2. Salam..

    Sukanyaa tengok air!
    Dah lama nak datang sini, tapi tak tercapai lagi hasrat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam niL,
      Tengok air memang seronok..rasa tenang jiwa.
      Saya pun dah lama nak rentas tasik ni...tapi baru ni tercapai hasrat.

      Padam
  3. Mcm menarik la prof..x sabar nantikan kisah seterusnya. Syoknya prof dilayan persis permaisuri...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik Zila, terbayang-bayang memori di sana bila dah balik. Budak-budak tu bagus-bagus, hormat guru dan orang tua-tua :)

      Padam
  4. 5 jam???kematu tulang temulang..bestnya dapat naik house boat, nampak bersih dan selesa keadaan dalam house boat tu..saya pun nak try la satu hari nnt..pergi memancing walaupun tak minat memancing hehe..

    Pengalaman yg berharga dapat berkhidmat kat perkampungan org asli ni..tak sabar tunggu entri selanjutnya dr prof, suspen je..jgn prof tersesat dah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 jam lamanya, tapi tak kematu tulang sebab kita boleh buat macam-macam aktiviti. Memang bersih house boat tu, macam dalam rumah, ada bilik air, ruang tamu, tv, bilik tidur, dapur, sinki, dll.
      Kena try, ajak ramai-ramai, baru seronok.

      Pengalaman berkhidmat kat kampung Orang Asli amat berharga...pasal sesat tu....ada ceritanya...nanti saya cerita dalam entri akan datang.... jangan marah....he he he

      Padam
  5. Salam,
    Best ciku pun teringin nak tido dalam house boat camtu siap boleh masak tu..cuma takut mabuk laut je..huhu.Teringin gak nak melukis atas boat cam siswi tu..hihi.:).Nanti Ciku nak baca entry seterusnya tentang perkampungan orang asli tu lak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ciku,
      Best sebab macam rumah bergerak atas air...angin tiup sepoi-sepoi bahasa...tidur di beranda bot lagi best sebab ada angin...kita boleh masak kalau nak atau minta tauke bot yang sediakan masakan. Tapi tak akan mabuk...sebab ini bukan laut, ini tasik, airnya tenang. Ohhh Ciku pun pandai melukis ya...saya kagum dengan orang yang pandai melukis. Ada dua tiga orang yang pandai melukis masa pergi tu...tapi dia orang malu bila saya nak tangkap gambar dia orang.

      Padam
  6. Mungkin tak jauh sangat tempat tu kot, cuma bot rumah tu bergerak lambat sangat... Best kalau dapat memancing kat sini. Pemandangan pun cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh jugak sebenarnya...kalau ikut jalan darat menaiki motorsikal memakan masa 50 minit...Biasalah bot macam tu mestilah bergerak lambat sebab speed terhad. Mungkin juga ada undang-undang speed yang perlu dipatuhi membuatkan ia bergerak perlahan. Lupa pula saya nak tanya pemandu bot hari tu.
      Kalau nak memancing pun boleh. Pemandangan memang cantik. Dalam entri akan datang saya akan tunjukkan gambar lagi cantik sebab ia bahagian tasik yang jauh ke dalam.

      Padam
  7. wah..bestnya. ada jugak angan2 nak ke tasik banding ni. pernah singgah jap je, sayang masa selalu tak ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun macam tu dulu, singgah-singgah kejap dulu semasa perjalanan ke Pantai Timur. Baru kali ni tercapai hasrat rentas tasik tu.

      Padam
  8. Sesekali ikut trip ke dlm hutan mcm ni mesti bestkan.. Back to nature.. Refresh badan n minda yg dah tepu dgn segala chemical n toksik..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Norh. Lupa dunia luar sekejap, Rehatkan minda.

      Padam
  9. wohaa...saya selalu lalu jer kat tasek ni utk balik kelantan..ada gak kadang-kadang terfikir nak singgah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dulu macam tu, lalu je.. tapi kini dah dapat teroka tasik tu. Sangat cantik dan permai. Bertuahnya negara kita ada tasik macam ni.

      Padam
  10. 5 jam? sangat lama perjalanan itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. A ah 5 jam. Memang lama, tapi disebabkan pemandangan cantik dan banyak aktiviti menarik dilakukan dalam bot, tak terasa masa berlalu.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.