Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 5 April 2014

Sungai Lembing (3): Meredah Hutan Dengan 4WD dan Mendaki ke Air Terjun Pelangi

S elepas mendaki Bukit Panorama yang tinggi itu, kamipun menuju ke Air Terjun Pelangi pula. Yang menarik tentang Air Terjun Pelangi ini ialah kita boleh melihat kemuculan pelangi yang indah di situ.

Kami naik 4WD.

Kampung Orang Asli

Kami melalui kampung  Orang Asli, ladang rusa, hutan dan sungai.

4WD kami melalui jalan yang becak


Jalannya semakin kecil dan sukar.

4WD kami merempuh sungai

4WD kami terpaksa meranduk sungai-sungai kecil di sepanjang jalan.

Kedalaman sungai yang 4WD kami rempuh

Tapi mujurlah sungainya cetek-cetak.


Dah lepas!


Lebih kurang 4-5 sungai-sungai yang kami randuk.  Pengalaman ini menarik hati kami. Amat adventurous!


Adoi kematu punggung

Perjalanan meredah pedalaman Pahang ini amat jauh, lebih kurang 2 jam.

4WD yang meredah jalan-jalan tanah merah, becak, sungai dan tidak rata itu membuatkan ia bergoyang-goyang. Kesian pada hero-hero kami yang duduk di belakang kerana goyangan itu membuat mereka pening, rasa nak muntah dan nak terkucil.

Meranduk sungai

Setelah sampai ke kawasan sungai kami meninggalkan 4WD itu dan meranduk sungai. 

Mendaki bukit-bukit batu ke Air Terjun Pelangi

Kamipun berjalan menuju ke atas bukit yang berbatu-batuan itu.

Sungai dan batu yang dilalui

Jeram, anak sungai, belukar, bukit dan lorong dalam hutan kami redah.

Cendawan

Bunga tak tahu nama

Banyak spesis tumbuh-tumbuhan yang kami temui di situ.

Makcik (bertudung hitam, paling depan) ini mendahului kami. Kuatnya kudrat makcik ini. Usianya sudah 70 tahun.

Perjalanan kami untuk ke Air Terjun Pelangi amat mencabar. Lebih mencabar dan lebih susah berbanding dengan mendaki Bukit Panorama tadi. Kali ini jalannya berliku-liku, batu-batunya tajam, dan cerun-cerunya licin..

Saya kagum dengan salah seorang rakan kami iaitu seorang makcik yang sudah berusia dalam 70 tahun. Beliau selamba sahaja mendaki, laju dan tidak kelihatan penat. Beliau berjalan lebih laju dari saya dan mendahului saya. Malu saya dibuatnya. Lihat gambar makcik itu di atas, yang paling hadapan.

Jeram

Saya berjalan perlahan-lahan dengan ditemani anak-anak bujang saya dan anak muda yang menemani saya ketika mendaki Bukit Panorama tadi.

Hampir sampai

Jauhnya perjalanan mendaki itu amat terasa. Kira-kira sejam baru saya sampai disebabkan kudrat saya tidak lagi segagah orang muda. Tapi syukur saya selamat sampai.

Sudah sampai


Apabila hampir sampai ke tempat yang dituju, hati saya rasa teruja kerana saya sudah mula mendengar bunyi deruan air terjun dan suara orang ketawa gembira. Terasa segala penat lelah mendaki ke air terjun ini dibayar dengar kegembiraan.


Air Terjun Pelangi

Apabila sampai di kawasan Air Terjun Pelangi, saya lihat air terjun mencurah dari atas. Cantik! Oleh kerana cuaca panas dan kemarau ketika itu, air yang terjun tidaklah banyak. Kalau tidak pasti bertambah cantik pemandangan di situ.

Air Terjun Pelangi yang mencurah lembut

Air Terjun Pelangi yang dingin

Saya terus diajak kawan-kawan untuk mandi di situ. Kamipun  ke bawah air terjun dan dapat melihat pelangi indah di atas permukaan air. Cantiknya.

Berendam di Air Terjun Pelangi. Di sini kami melihat pelangi kecil di permukaan air.

Batu-batu di dalam air itu besar-besar dan kadang-kadang kaki saya tersepak batu tersebut. Sakit juga.

Seronoknya dapat mandi dan berenang di bawah air terjun itu. Beberapa kali pelangi kecil kelihatan di permukaan air di bawah air terjun itu. Kami menjerit kegembiraan melihatnya kerana ia muncul dan kemudian hilang. Kemudian kembali lagi dan hilang lagi. Magic moments ini bagaikan anugerah terindah buat kami. Saya ingin menangkap gambar pelangi itu. Tetapi disebabkan takut kaki saya terseradung dan kamera Nikon D7100 saya terjatuh ke dalam air, saya tidak membawa kamera DSLR saya itu ke tempat itu. Jadi tidaklah dapat saya merakamkan keindahan pelangi itu.  Kalau anda ingin melihat pelangi itu, anda kenalah datang sendiri ya!

Pelangi boleh dilihat di sini pada masa-masa tertentu terutama pada waktu pagi

Jadi pada hari itu kami telah mendaki dua buah tempat yang tinggi dan penuh cabaran iaitu mendaki Bukit Panorama dan kemudiannya Air Terjun Pelangi. Tidak sangka pula saya dapat mendaki dua buah tempat tinggi ini dalam masa separuh hari memandangkan usia saya sudah setengah abad dan lutut saya sudah mula sakit-sakit.

Tengok kawan saya Hajah Salwa pun dah berjaya sampai. Anda tak tercabar ke?

Iktibar daripada pendakian ini: janganlah kita mudah berputus asa selagi cita-cita tidak tercapai. Sentiasa pastikan supaya kita sampai ke penghujung. Jangan berhenti di tengah jalan.

Bagaimana dengan anda? Tak tercabar ke?


8 ulasan:

  1. Wah....pi dengan kawan-kawan ye atau pakej ? Sangat mencabar. Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pi dengan keluarga dan kawan saya Hajah Salwa yang memiliki Wilayah Utara Travel Sdn Bhd. Jadi dia sediakan bas, homestay, 4WD dan jadualnya. Jadi dalam pakej itu semuanya kawan-kawan kami.

      Padam
  2. ade nombor orang yg mengendalikan pakej ini tidak ? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak ada nombor orang di Pahang tu, tetapi trip ni Wilayah Utara Travel Sdn Bhd yang uruskan. . Boleh hubungi 04-6568902

      Padam
    2. Saya ada menyediakan perkhidmatan membawa penumpang ke air terjun pelangi di sg lembing dan menyediakan chalet penginapan berserta pakej sila hubungi saya di no 0107011928 mohd najid untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang disediakan

      Padam
  3. Wah..bestnya masuk hutan.terasa nak pergilah Prof. Cantik pemandangan kat situ..udara pun mesti segar kan? Bermalam di hutan atau balik semula?

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.