Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 3 April 2014

Sungai Lembing (2): Melihat Matahari Terbit di Kemuncak Bukit Panorama

Pada awal pagi sebelum masuk waktu subuh kami sudah berada di kaki Bukit Panorama, Sungai Lembing, Pahang. Kira-kira jam 5.00 pagi kami mula melangkah anak-anak tangga menuju ke kemuncak. Kami hendak melihat matahari terbit di atas kemuncak Bukit Panorama.

Suasana amat gelap sekali ketika itu. Kami membawa lampu suluh supaya dapat melihat dengan jelas anak-anak tangga itu. Satu demi satu anak tangga kami naiki. Mula-mula tidak terasa penatnya, tetapi apabila perjalanan semakin jauh dan masih tidak sampai-sampai barulah tertanya-tanya, "Bila nak sampai ni?"

"1,200 kaki tingginya dan ada lebih kurang 1,100 anak tangga." Itulah anggaran ketinggian Bukit Panorama sebagaimana diberitahu oleh seorang anak muda Sungai Lembing yang menemani saya dan anak-anak saya.

Orang ramai mendaki bukit itu. Ramai daripada mereka golongan muda dan pelbagai bangsa.

Mendaki 1100 anak tangga Bukit Panorama pada pukul 5.00 pagi

Suasana gelap, sejuk dan di kelilingi hutan kecil tidak kami peduli.

Ketika hampir sampai ke kemuncak, azan subuh berkumandang. Kami bercadang solat subuh di atas kemuncak. Saya berjalan dengan perlahan-lahan. Anak-anak saya dan seorang anak muda Sungai Lembing tadi menemani saya supaya saya selamat mendaki.

Kawan-kawan saya telah jauh meninggalkan saya.

Tingginya Bukit Panorama amatlah terasa.

Akhirnya saya sampai jua ke kemuncak sejam kemudian walaupun terasa amat penat. Saya rasa tidak percaya saya telah sampai ke kemuncak Bukit Panorama yang tinggi itu.

Saya lihat kawan-kawan saya sedang solat jemaah di atas  tanah di atas bukit itu. Lalu saya terus berjemaah di situ.

Waktu subuh di atas Bukit Panorama

Selesai solat subuh kami terus menanti matahari terbit di satu bahagian kemuncak bukit itu. Ramai orang sudah berada di situ dengan kamera masing-masing menanti matahari muncul dari kaki langit. Ada beberapa jurugambar meletakkan kamera di atas tripod dan membidik kamera masing-masing.

Indahnya panorama. Kabus putih menyelimuti alam. Nun di kejauhan ada sebuah gunung yang kelihatan kebiru-biruan diselubungi kabus putih. Di latar hadapannya terdapat gunung-ganang yang terbanjar merentang suasana. Indahnya bagai lukisan. Tiba-tiba matahari yang bulat bersinar seperti sebuah bola api besar muncul dari balik sebuah gunung. Terdengar suara orang ramai yang gembira dengan kemunculan bebola api itu. Masing-masing mengambil gambar bebola api itu bagaikan tidak mahu melepaskan ia pergi.


Matahari muncul dilihat dari kemuncak Bukit Panorama
Matahari naik perlahan-lahan
Langit merah ketika matahari sedang naik

Bebola api naik perlahan-lahan ke atas langit. Langit dan gunung-ganang yang pada mulanya kebiru-biruan di balik kabus kini bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Keindahan  'magic hour' ini hanya sekejap sahaja. Syukurlah kami sempat menyaksikannya.

Matahari sudah tinggi

Kami di sini menikmati keindahan ciptaan Tuhan sehinggalah cerah dan puas. Akhirnya kami turun kembali dari kemuncak Bukit Panorama. 

Kabus putih menyelimuti Sungai Lembing

Sepanjang jalan menuruni bukit kami dapat menikmati suasana indah di bawah bukit dari atas Bukit Panorama pula. 

Menuruni Bukit Panorama
Pemandangan dari atas bukit selepas matahari naik
Baru nampak sekeliling bukit
Pemandangan Sungai Lembing dari atas Bukit Panorama

Begitulah pengalaman kami mendaki Bukit Panorama dan menyaksikan keindahan matahari terbit. Lepas ini kami hendak mendaki ke Air Terjun Pelangi pula.

...bersambung


11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cantik lagi kalau dilihat sendiri di alam nyata.

      Padam
  2. tahniah diatas kejayaan pendakian dari semangat yang jitu dari saya buat prof.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih :). Kudrat saya memang dah tak kuat, cuma keinginan untuk sampai ke kemuncak je yang tinggal. Syukur. Dalam kehidupan ini pun kita mesti terus mencapai tujuan dan cita-cita kita sehingga berjaya dan jangan berputus asa di pertengahan jalan. Saya rasa Tuan Adiza Saidi juga berpegang kepada prinsip yang sama.

      Padam
  3. Wah masih mampu sampai ke puncak bukit ... kalau saya mungkin kena berhenti banyak kali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai, tapi terlalu slow, bila turun lutut terasa sakit, kena guna tongkat kayu yang dijumpai di situ.

      Padam
  4. Gigihnya dok naik bukit tinggi2 tu... tabik spring kat Prof.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nadz Yusop. Sebenarnya dah lama sangat saya tak naik bukit, amat terasa keperitannya.

      Padam
  5. Cadangnya esok sekeluarga nak daki bukit panorama..bace blog nice, Jd xsabar pulak

    BalasPadam
  6. Berkesempatan mendaki smlm..pengalaman pertama mendaki.. menikmati keindahan alam ciptaanNya dari puncak..subhanallah

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.