H ujung Minggu saya biasanya balik kampung di Kuala Kangsar. Ada banyak tempat menarik di Kuala Kangsar. Tak sempat saya meletakkan kesemuanya dalam entri yang lalu. Bagi yang terlepas tentang "15 Tempat Menarik di Kuala Kangsar dan Sekitarnya" sila klik di SINI
Antara aktiviti yang saya dan keluarga lakukan ialah:
1) Mandi dan Berendam di Lata Ulu Kenas
Minggu lepas saya dan keluarga pergi berendam dan mandi di Lata Ulu Kenas, Kuala
Kangsar. Best sangat-sangat berendam di sini. Airnya sejuk. Apabila mandi di sini, badan rasa sangat segar.
Lata ini amat bersih dan dijaga dengan
baik. Di sini juga terdapat kemudahan seperti bilik air/tandas, gerai
makanan dan Kem Bina Negara.
Bagi mereka yang belum pernah ke sana, untuk menuju ke tempat ini anda perlu ke pekan Kuala Kangsar dahulu dan kemudian mengambil jalan yang menuju ke Manong atau Beruas. Kira-kira 15 minit memandu anda boleh lihat papan tanda Hutan Lipur Ulu Kenas dan masuklah ke sebelah kanan. Kira-kira 1-2 minit dah nampak sungai dengan batu-batu serta jeram-jeram.
Lata Ulu Kenas tidak begitu dalam. Ia sesuai untuk kanak-kanak |
Pokok-pokok jadi teduhan. |
Jeram-jeram |
Air lata yang sejuk amat menyegarkan badan dan minda |
Di hujung minggu ramai datang mandi dan berkelah |
Seronoknya mereka ni jumpa air |
Kalau nak menyendiri dan mencari ilham tak siapa yang ganggu |
Meranduk air dan memanjat batu adalah cabaran yang menyeronokkan |
Arus air melalui celah-celah batu |
Tak puas rasanya mandi dan berendam di sini. Rasa tak mahu balik. |
Cara Pergi:
Peta Menuju Lata |
Bagi mereka yang belum pernah ke sana, untuk menuju ke tempat ini anda perlu ke pekan Kuala Kangsar dahulu dan kemudian mengambil jalan yang menuju ke Manong atau Beruas. Kira-kira 15 minit memandu anda boleh lihat papan tanda Hutan Lipur Ulu Kenas dan masuklah ke sebelah kanan. Kira-kira 1-2 minit dah nampak sungai dengan batu-batu serta jeram-jeram.
2) Meligan Lembu
Kemudian kami ke lata-lata yang terdapat di daerah Manong, lebih kurang 16 km dari Kuala Kangsar. Lata-lata ini terletak tidak berjauhan di antara satu sama lain.
Untuk menuju ke Lata Guar, kami masuk lorong kampung di Guar. Ada papan tanda di tepi jalanraya untuk memudahkan tujuan.
Dalam perjalanan menuju ke Lata Guar itu kami nampak lembu-lembu sedang meragut rumput di ladang. Pemandangan di situ sangat cantik. Macam kat New Zealand pulak rasanya. Saya geram melihat lembu-lembu itu. Rasa nak ligan lembu-lembu itu, tapi bila saya datang dekat dengan pagar mereka, mereka lari. Pemalu sangatlah lembu ni! Macam mana nak ligan he he he..
Dalam perjalanan menuju ke Lata Guar itu kami nampak lembu-lembu sedang meragut rumput di ladang. Pemandangan di situ sangat cantik. Macam kat New Zealand pulak rasanya. Saya geram melihat lembu-lembu itu. Rasa nak ligan lembu-lembu itu, tapi bila saya datang dekat dengan pagar mereka, mereka lari. Pemalu sangatlah lembu ni! Macam mana nak ligan he he he..
Dulu di kawasan berdekatan sini ada ladang rusa. Ladang rusa ini milik
bapa saudara saya. Tapi dia sudah meninggal dunia. Jadi ladang tu pun
tiada siapa lagi yang mengusahakannya. Kalau tidak bolehlah saya ligan
rusa-rusa tu...
Ladang ternakan lembu di Guar |
Lembu ini lari apabila saya datang dekat |
3) Lata Pecah Batu
Kemudian kami ke Lata Pecah Batu tak berjauhan dengan Lata Guar tadi. Di sini terdapat kawasan berkelah dan mandi-manda. Terdapat juga chalet berupa pondok-pondok kecil yang boleh memuatkan 2 orang di dalamnya. Di sini kami berbual-bual dengan penguasaha kawasan ini. Beliau menyediakan tapak untuk mendirikan khemah atau menyediakan aktiviti "team building" seperti Program Pimpin Siswa.
Air terjun kecil di Lata Pecah Batu. Kalau rajin naik ke tanah tinggi, boleh jumpa air terjun lagi besar/tinggi |
Chalet di Lata Pecah Batu |
...bersambung
kalaulah saya ada kg sebest ini huhuhu...
BalasPadamKalau tak ada pun tak apa, Zilla, boleh datang ke sini bila-bila masa, tak siapa yang larang.
PadamOrang kuala rupanya... Pemandangan di lata Guar macam le New Zealand... lata ulu kenas saya dah sampai...
BalasPadamMemang teman orang Kuala, Yeop...Aah padang ragut tu macam New Zealand dengan lembu dan bukit-bukit di belakang..kalau ada biri-biri lagilah cun.
PadamMuhammad Khairuddin Lim pun dah ke Lata Ulu Kenas. Mandi tak di situ? Balik kampung Ketior ke?
Seronoknya prof, bermandi-manda... cuti sek hari tu dapat dah saya p muzium perakman tu..he..he...
BalasPadamFarikica, mandi-mandi di air terjun memang seronok, airnya sejuk.
PadamBaguslah kalau Farikica dah dapat pergi Muzium Perak Man di Lenggong tu
Ingatkan meligan lembu tu nama tempat. hehe lama dah tak dgr penggunaan ligan tu..hehe
BalasPadamBerjiran la kita rupanya, saya from Taiping with love ;)
Ha ha ha Mengelembu tu nama tempat, tapi meligan lembu tu bahasa orang Kedah ha ha...
Padam"From Taiping with Love" tu bukan ke tajuk cerita dalam majalah Gila-gila? :D
Aah betul sgt tu :)
PadamTeringat taman tasik Taping :)
PadamJom ramai-ramai ke Kuala Kangsar...
BalasPadamLadang ternak lembu tu nampak macam kat obersi... mandi2 kat sungai pun best...
Kalau Mie ke Utara, boleh singgah di Kuala Kangsar, Mandi le di lata tu, tak jauh.
PadamLepas ni dah boleh tengok ladang ternakan lembu di sini je, bolehlah berangan macam kat oversea :)
Ya Allah sejuk je mata tengok ayor sungei tu....rasa nak terjun je.. tapi saya tak pernah lagi sampei ke Ulu Kernas tu.
BalasPadamMemang sejuk bebenor ayor sungei tu Ren. Nanti bolehlah Ren berendam di situ, tak jauh pun.
Padamhehehe .. insyaAllah nanti nak try la mana2 yang ada kat situ.
PadamWah ni gambo pakai kemera baru yg haritu tu kan? lawa gambar2nya.
Try jangan tak try Ren. Aaah ni gambor pakei kamera baru hari tu..belum pandai pakai lagi he he he :)
PadamProf..JM singgah sini tapi bukan tujuan nak sesuatu...tapi tak nak jadi silent reader heee
BalasPadamalahh..ke kualo kangsor ke..jauh gak tu dari KL ni ha..kiranya pelu stay di sana 1 mlm ke kan...tapi kalau tgk suasana di sungai tu terus nak berkelah ramai2..pastu terjun mandi sungai..ya ampun..mesti nyaman sekali :-)
Jari Manis,
PadamEloklah tak nak jadi silent reader. Barulah senang saya nak kenal pembaca blog ini. Kalau tidak sunyi juga saya, macam cakap dengan dinding je kalau semua orang silent he he he.
Kalau nak merasa suasana kampung, berendam di sungai puas-puas, datanglah ke Kuala Kangsar ni. Di Lata Ulu Kenas ada chalet dan di sekitar Kuala Kangsar ada banyak homestay.
wah lamanya tak mandi manda sungai macamni...sejak kecoh pasal leptospirosis satu masa dulu, terus macam dah tak berani...lagi2 kalo bawa budak kecil....tapi bila tgk gambar ni, teringat dulu2 suka pergi jeram, mandi air terjun...sejuk...pastu makan nasi lemak, sandwich...sambung bertapa bawah air terjun...aduhaiiiii rindu....rindu nak mandi manda mcm ni....besttt....... =D
BalasPadamKalau ada leptospirosis mungkin kawasan ini ditutup. Masa kami ke sana ramai orang. Budak-budak U pun ramai buat aktiviti. Ada dari UM, UiTM. Mereka naik bas universiti. DJ pun macam saya juga suka bawa nasi lemak & sandwich sadin/tuna masa berkelah. Betapa bawah air terjun...? He he he seronoknya. Kalau rindu mandi-manda macam ni, apa lagi yang ditunggu?
PadamNikmat betul dapat mandi air terjun. Manong tu dah lama tak pegi sejak atok saya meninggal, keluarga dia ramai belah sana, tapi tak penah la pulak mandi air terjun belah2 situ, paling rajin air terjun Chepor kat Ipoh sebab dekat dengan rumah :D
BalasPadamAkak saya dah email akak, mohon cek :D tq
Na,
PadamLepas ni bolehlah bawa Aqilah ke Lata Ulu Kenas atau lata-lata lain dekat Manong. Seronok main air ni. :)
Saya dah cek email Na dan balas.
ada peta lata pecah batu?
BalasPadamPeta Lata Pecah Batu ada seperti di ruangan tengah entri ini. Lata ini tidak jauh dari Manong. Kalau Zulfikri datang dari Kuala Kangsar, ia terletak di sebelah kanan jalan sebelum Guar, Manong.
Padam