Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Isnin, 14 April 2014

Tasik Banding (2): Tinggal di Kampung Orang Asli Paling Bersih

K ami sudah bermalam di Kampung Semelor sebuah kampung Orang Asli di Tasik Banding, Gerik Perak. Yang perempuan tidur di surau. Yang lelaki tidur di dewan orang ramai. Sejuk ya amat! Nasib baik kami bawa selimut, sleeping bag dan bantal. Yang tak bawa mengadu sejuk kejang! Hah ..siapa suruh tak bawa?

Subuh-subuh sepie saya sudah bangun sorang-sorang dan mandi dengan air sejuk-gedi. Berdetap-detap gigi. Kalau lambat kena Q panjang. Bilik airnya satu. Gelap gelita, tak ada lampu...siap meraba-raba saya mencari paip. Nasib baik tak teraba Mak Lampir...kalau tak ...dah lama kojol...he he he

Kemudian kami memasak. Saya disuruh Presiden Persatuan bertugas menjadi ketua memasak. Cewah naik pangkat pulak..macamlah terror bebenor..Masak nasi pun mentah. Kalau tidak kenapalah nasi tu bertukar jadi bubur? ...Kwang kwang kwang...

Sarapan  dengan kanji nasi ..yang asalnya nasi mentah semalam ditukar menjadi bubur he he he

AJK masak-memasak terdiri daripada sekumpulan siswa-siswi, saya ketuanya dan dibantu oleh seorang jururawat. Kami semua ini tetiba tukar profesyen jadi tukang masak... Selama ni pegang pen, hari tu pegang senduk...maka nasi banyak-banyak yang dimasak semalam itu mentah...kik kik kik...Mulalah salahkah dapurlah, apilah, periuklah...padahal memang tak pandai masak... :P

Kesian bebudak tu tak dapat makan nasi malam tu...makan roti je dengan muka kelat...tak seorang pun berani komplen...Tapi...jeng jeng...jeng..pagi esoknya AJK memasak dah selamatkan nasi mentah tu jadi bubur nasi...he he he...SELAMAT! Kalau tak jadi habuan ayam ajelah.

Kami dapat tahu bahawa semalam ada satu kumpulan yang sesat masa jalan kaki, tak jumpa jalan ke Kampung Semelor. Ini disebabkan jalan gelap, ada simpang tak bertanda pulak tu. Jadi bebudak ni dah terlajak, masuk jalan salahlah kaedahnya. Jalan punya jalan punya jalan...baru perasan tak sampai-sampai. Apa hal? Mujurlah mereka berpatah balik dan jumpa jalan betul. Kalau tidak...ish ish...macam mana nak jawap ni?

Kalau terlepas entri yang lepas sila klik di SINI

 

Memasak Untuk Orang Kampung


Menyediakan masakan tengahari untuk orang kampung
Tomyam untuk tengahari sedang dimasak

Kami juga menyediakan makan tengahari, petang dan malam untuk Orang Asli Kampung Semelor. Terdapat seramai 350 Orang Asli di sini. Mereka dari suku Temiar dan mempunyai bahasa mereka sendiri. Contohnya: "Kebesh" bermaksud mati.

Makanan Orang Asli di sini ialah ubi kayu. Tetapi disebabkan oleh aktiviti haram orang tidak bertanggungjawab menebang hutan Belum, maka banyak binatang seperti gajah, babi hutan dan beruk melarikan diri ke kampung-kampung dan merosakkan tanaman. Kini Orang Asli di situ kurang menanam ubi tetapi beralih kepada memakan nasi yang berasnya dibeli di pekan Gerik atau dibawa oleh agen  ke Kampung itu.


Orang Asli sekampung datang mengambil makanan tengahari yang kami masak untuk mereka
Jangan malu-malu...bawalah tupperware boleh isi banyak-banyak
Nak tembikai tak dik...?  Sambal Belacan?

Burger yang kami sediakan untuk makan petang


Program dengan Orang Asli



Banner kami yang kami rentang. Program bersama Orang Asli ini adalah di bawah Sekretariat Rukun Negara. Dapat tajaan pelbagai pihak

Sambil itu kami melakukan aktiviti bersama orang-orang Asli seperti bermain dan beramah mesra dengan kanak-kanak, bermain dam, bermain sepak raga dan menyumpit.


Jadi jurumekap Orang Asli sekejap.

"Meh saya mekap akak"
"Pejam mata dik, akak nak sapu kat mata adik ni kasi lagi lawa"
Amboi Orang Asli pun tahu selfie...
Chicken Dance la la la la
"Cute tak gambar adik? Akak?"

Kampung Semelor, Kampung Orang Asli Paling Bersih


Kampung Semelur yang bersih. Sudah ada bekalan elektrik dan Astro di sini. Tetapi talian telefon dan Internet tidak ada.

Kampung Semelor adalah kampung Orang Asli paling bersih di Malaysia. Ia mendapat pengiktarafan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dan pemenang anugerah ini menerima wang RM500,000.000. 

"Wow banyaknya...setengah juta beb! Mana nak dapat?"

Memang kampung itu bersih sangat sangat. Memang terkejut beruk matyeh saya dibuatnya. Susah nak lihat sampah di merata-rata. Tiada langsung kelihatan plastik dibuang. Sangat hijau. Amat lestari. 

Tahun 2014 ini Kampung Semelor berharap mereka memenangi lagi anugerah Kampung Asli Paling Bersih.

Tahun 2014 mereka harap menang lagi.

"Kalau menang kami akan dapat RM1 juta," kata salah seorang penduduk di situ.

WOW!!! Terkejut beruk matyeh lagi....

"Tapi, wang 1 juta itu akan diberikan dalam bentuk projek. Mereka kena usahakan sesuatu untuk bangunkan kampung ini," kata Puan Aizah pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang datang memantau program kami.

Wah best giler!!!!! Siapa yang tak nak, kan? Semoga berjaya Kampung Semelor!


Rumah Orang Asli Kampung Semelor mendapat peruntukan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Gerik, Perak
Yang biru tu surau tempat kami tinggal



Aktiviti Petang



Main dam bawah pokok. Ada juga antara mereka yang belum memohon untuk memiliki kad pengenalan Malaysia.

Saya mengambil peluang berbual-bual dengan Orang Asli di sini. Dari perbualan ini saya mendapat banyak maklumat.

"Apa punca pendapatan orang sini?" tanya saya.

"Rutin kami ialah menoreh getah di waktu pagi," kata seorang pemuda orang Asli di situ.

Amboi! Dia guna perkataan 'rutin' beb! Terkejut beruk matyeh akak tau!

"Ramai tak orang Islam di sini?" tanya saya lagi.

"Separuh dari kami Islam. Yang lainnya animisme," kata pemuda itu.

Amboi! Dia guna perkataan 'animisme' pulak. Terkejut beruk matyeh lagi...beruk matyeh pun tak terkejut macam ni.

Apa tak terkejut beruk matyehnya? Penduduk kampung ini kebanyakannya mendapat pendidikan sekolah rendah. Sekolah mereka terletak agak jauh dari kampung ini iaitu mereka perlu menunggang motorsikal meredah jalan yang tidak rata dan berlekuk-lekuk. Ia memakan masa 50 minit untuk sampai ke sekolah. Mereka bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 atau 9.00 pagi. Kalau keluar rumah terlalu awal mereka bimbang diganggu gajah yang keluar pada waktu itu. Guru sekolah mereka memahami keadaan mereka dan tidak menghukum mereka kerana lambat sampai ke sekolah.

Bagi yang mendapat pendidikan sekolah menengah mereka tinggal di asrama. Oleh kerana kini Orang Asli sudah mempunyai pendidikan mereka mula menuntut hak mereka seperti tanah adat.

Terdapat dua Orang Asli lulusan diploma di sini dan mengajar kanak-kanak tadika

Mandi sungai


Hari dah nak malam jom balik...tapi Peace dulu sebelum balik dari mandi sungai

Menyumpit



Orang Asli di sini memburu binatang menggunakan sumpit yang dibuat sendiri dengan buluh panjang. Di dalam sumpit itu diletakkan jarum yang dibuat daripada belahan buluh yang disapu racun pokok Ipoh. Binatang yang terkena racun Ipoh akan mati. Binatang yang sering disumpit ialah tupai dan burung.

Pertandingan menyumpit

Abdullah nak try pulak
Tiup kuat-kuat Abdullah
Macam ni kalau nak sumpit
Terror giler ....
Saya pun nak try jugak
Yay dapat hadiah!
"Kamilah orang yang paling ori ...Kau ada? He he he"

Sewang, Tarian dan Muzik Tradisional Orang Asli


Menganyam hiasan kepala untuk sewang malam nanti
Menyaksikan dan menyertai Sewang, tarian dan muzik Orang Asli

Pada waktu malam kami menyaksikan persembahan tarian muzik Orang Asli iaitu Sewang. Untuk persembahan Sewang kami perlu bayar RM600. Perbincangan diadakan untuk mengutip duit. Jadi kami kongsi ramai-ramai bayar. Jadi ada yang bayar RM5.00 dan ada yang bayar RM10.00 mengikut status keahlian.

Selain daripada dimainkan ketika pengunjung datang, Sewang dimainkan ketika hari perkahwinan.


Pulang dengan Kenangan Berilmu


Setelah 3 Hari 2 malam di Kampung Semelor kami pun pulang

Mengemas barang untuk meninggalkan Kampung Semelor
Mengangkat barang ke dalam bot
Naik bot yang sama untuk pulang
Jernihny air Tasik Banding di waktu pagi
Ketenangan Tasik Banding yang memukau
Mat Salleh menaiki bot kecil di Tasik Banding
 I love this place! I'll be back again!
Di dalam bot kami bermain permainan tradisional Orang Asli


Itulah pengalaman berharga kami tinggal di Kampung Orang Asli - 3 Hari 2 Malam.


Cara Pergi:


Bagi anda yang ingin melakukan program macam kami ni kenalah hubungi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Gerik Perak untuk mendapatkan permit. Tanpa permit anda tidak boleh masuk ke dalam kampung ini.

Cara lain untuk memasuki kampung Orang Asli di sini ialah dengan menggunakan khidmat pakej.

Sewa house boat boleh dirunding dengan tauke bot. Sewaannya bergantung kepada jenis keperluan dan kemudahan yang disediakan. Ada yang berkadar RM1,800 sehari dan ada yang mencecah hingga RM3,000 sehari.

Untuk menyewa house boat dan mendapatkan khidmat lawatan/pakej ke kampung ini sila hubungi:




28 ulasan:

  1. Ada cara lain ke untuk ke sini... sebab nampak macam ada jalan bertar...

    Wah tarian sewang pun sudah ada nilai komersil...

    Bab menyumpit tentulah orang Ori yang menang sebab student tak memegang buluh sumpitan dengan betul... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie,
      Betul, ada jalan tar. Jadi ada 2 cara: jalan darat dan jalan tasik. Ikut darat 50 minit, ikut tasik 3-5 jam.

      Tarian Sewang sudah dikomersialkan. Itupun harga yang telah dirundingkan, ikut student rate, kalau bukan student sekurang-kurangnya RM700.00.

      Sudah tentu orang Ori yang menang menyumpit sebab dia dah pegang sumpit sejak kecil, tapi student baru pertama kali, jadi kira oklah tu he he

      Padam
  2. Assalam Yong

    Best nye aktiviti kemasyarakatan di sana.

    Lagi bagus kalau semua mereka beragama Islam kan. Moga aktiviti dakwah yang berterusan dapat menarik mereka yang masih belum menerima agama Islam dalam kehidupan mereka. InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Yong ASP,
      Apa khabar? Semoga mereka yang belum Islam diberi taufik dan hidayah oleh Allah.

      Padam
  3. Wah best.... Tahniah ... Untungle dapat back to the nature... Pengalaman berharga buat pelajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best.. best...back to nature. Bukannya selalu dapat peluang begini. Pengalaman berharga buat semua yang terlibat terutama sekali yang tak biasa masuk kampung/hutan. :)

      Padam
  4. mcm seronok jer diorang tu.....baguslah korang dpt buat budak2 kat sana happy.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faizal Zaman,
      Bukan macam lagi, tapi memang seronok...budak-budak kat sana pun excited :)

      Padam
  5. bestnya trip macam ni, very well preparation kan..
    tapi nampak orang asli kat sini lebih urban sikit, mungkin deorang lebih dekat dengan arus permodenan kot.. compare to area deorang stay..

    ooo akak ambik company lain rupenye?? sambung lagi share ape yang tak dapat kami rasa~
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Preparation dah dibuat awal. Persatuan Sekretariat Rukun Negara USM yang uruskan. Siap ada jawatankuasa masing-masing. Melihatkan kawasannya, Kampung Semelor ini jauh di pedalaman, tetapi mungkin ada seorang dua yang pernah bersekolah menengah di bandar dan menjadi Jawatankuasa Kampung yang aktif, maka sebab itulah orang kampung ini mempunyai minda yang amat terbuka dan mampu meraih anugerah Kampung Orang Asli paling bersih.
      Ya, kami ambik company lain iaitu Sinaran Belum Enterprise untuk uruskan pengangkutan di sana.
      Dah habis dah cerita pasal projek kami dengan Orang Asli di Tasik Banding ni. Dah habis share semuanya he he he...

      Padam
    2. wahh pasal tuh la deorang moden skit, siap dapat anugerah..
      anak sapa la tuh yg dapat mengubah nasiib kampung sekaligus..
      dapat interview x??

      Padam
    3. Dapatlah berbual-bual dengan beberapa orang kampung dan dengar cerita. Tok Batin dan AJKnya bagus. Tok Batin tak ada di kampung semasa kami di sana atas urusan penting.

      Padam
  6. Wow such a nice experience!! Teringin nak joinn..

    x, Farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pengalaman yang berharga. Syukurlah saya dijemput untuk menyertai program ni. Tapi Farah pun dah pernah ke Royal Belum, pengalaman Farah pun amat menarik :)

      Padam
  7. Bestnya aktiviti sukarelawan macam ni kan. Bila tengok beger tersusun rapi dalam tray tu terus lapar hehehe. Seronok tengok orang asli yang moden2 ni, tapi banyak lagi kat kawasan pedalaman yg masih telanjang bulat...heheh mereka lebih selesa begitu agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ren,
      Seronok juga sekali sekala buat aktiviti sukarela ni. Release juga tension. Amboi Ren ni...tak boleh nampak makanan, terus lapar je he he he...Macam saya juga pantang tengok..ha ha ha
      Tapi di kampung ni bebudak dia tak terlanjang bulat, tengok masa mereka mandi sungai, semua pakai seluar. Masa buat aktiviti dengan bebudak ni pun dia orang pakai baju elok-elok dan bersih.

      Padam
  8. Menarik sungguh banyak aktiviti.. join dengan orang asli pulak tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok join dengan Orang Asli. Program khidmat masyarakat yang sekali sekala dibuat begini biasanya diisi dengan aktiviti padat. Lagi pun tempatnya jauh di pedalaman, barulah berbaloi, kan?

      Padam
  9. wow..menarik program ni..mendekati org asli..btw tgh google pasai hutan belum.. jumpa plak aktiviti kemasyarakatan ni.. nice job..tahniah.. memng bersih kampung org asli tu.. semoga kmpung dorg mnang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sobri Yaacob,
      Selamat Datang ke blog ini. Menarik sangat-sangat program perpaduan dengan Orang Asli ni. 3H2M kami tinggal di kampung bersih tu. Memang bersih, di bawah rumah dan di halaman rumah dia orang tak ada sampah pun. Sobri patut pergi. Kalau mereka menang lagi, tentu bertambah bagus kampung tu.

      Padam
    2. sama-sama kak..saya memng selalu masuk blog ni sebab byak cerita pasai lenggong dan kuala.. sbab saya org sana.. :) ya insaallah coming soon saya pasti ke sana..doakan semoga mereka menang ya kak :)

      Padam
    3. Sobri,
      Saya juga suka tentang Pengkalan Hulu yang Sobri ceritakan dalam blog. Pernah ke sana dulu dengan keluarga. Seronok :)

      Nanti bacalah entri saya tentang "Bagaimana Saya Menghabiskan Hujung Minggu di Kampung?" Ini pun pasal Kuala juga :)

      Padam
  10. memang bersih kaw kampung orang asli nih.
    menarik jugak aktiviti pihak USM buat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Asli di sini pandai menjaga kebersihan, tak kira dari segi penampilan diri atau kawasan dalam/luar rumah.
      Aktiviti kami dengan Orang Asli tu boleh ditambahbaik lagi.

      Padam
  11. Assalamualaikum....boleh sy berhubung dengan admin blog? sebab sy ada beberapa pertanyaan hendak diajukan berkenaan program ini? *sy juga dalam perancangan untuk adakan program di kg org asli ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Mohamad Saiful,
      Boleh juga mesej saya melalui fb atau emel.

      Padam
    2. assalamualaikum. boleh saya tahu emel atau fb? ada soalan yang nak saya ajukan untuk saudari tentang program ini

      Padam
    3. Waalaikumusalam.
      Swan boleh klik fb saya di bahagian kanan laman ini. Melaluinya (private message) Swan boleh bertanya soalan. Emel dan maklumat lain tentang diri saya terdapat dalam Menu [Perihal Penulis] dan "Mengenai Saya"/Profail.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.