Wow!!!! Sekarang tak payah ke Jepun lagi untuk melihat 'Bunga Sakura'. Tak payah lagi ke Washington D.C untuk melihat 'Cherry Blossoms'. Datang ke Penang je!
|
Cherry Blossoms of Penang di sepanjang lebuh raya Penang-Kulim |
|
Kampus USM Penang pada musim bunga April 2014 |
|
Bunga-bunga mekar di USM |
|
Bunga-bunga mekar dan berguguran di Relau, Pulau Pinang |
|
Cherry Blossom of Penang gugur di Bukit Jambul seperti permaidani indah
|
Sekali imbas apabila melihat gambar di atas, anda mungkin menyangka ia
adalah di Jepun atau di negara-negara empat musim. Tetapi ia sebenarnya
di Penang iaitu di Lebuhraya Kulim-Penang, kampus Universiti Sains Malaysia, Relau dan Bukit Jambul.
|
Sangat berseri kampus USM pada musim bunga |
|
Bunga-bunga berguguran di tepi jalan di Bayan Baru. |
Minggu ini musim bunga di Penang. Bunga yang mekar di Penang ini kelihatan seperti bunga Sakura atau Cherry Blossoms.
Sebenarnya nama bunga ini ialah Tabebuia atau Tecoma curialis. Ada empat warna yang terdapat di sini iaitu putih, merah jambu, merah, kuning dan ungu. Yang berwarna putih dipanggil Tabebuia riparia atau White Cedar atau Bignoniaceae. Nama bunga ini saya perolehi daripada papantanda pada pokok berkenaan yang disediakan oleh Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM.
Orang Cina di Penang memanggilnya
Feng Ling Hua. Orang Melayu memanggilnya Bunga Kertas Tisu.
Bunganya nipis dan lembut seperti sutera yang lembut.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng dalam ucapan Hari Perhutanan Sedunia Kali ke-38 Peringkat Pulau Pinang,
"...pokok ini dikenali dengan nama saintifik
Tabebuia pentaphylla atau dikenali sebagai Cherry Blossom of Penang atau
juga kerapkali disebut sebagai Tecoma. Pokok yang berasal dari Amerika
Selatan dan Tengah ini banyak ditanam di Negeri Pulau Pinang terutama
sekali di tepi-tepi jalan seperti Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan
Residensi, Persiaran Mahsuri dan Jalan Logan.... Spesies ini
dipilih untuk ditanam di negeri ini bukan sahaja kerana kecantikan
bunganya tetapi kerana pokok ini cepat membesar (fast-growing species)."
Bunga Tabebuia di Penang berkembang antara akhir bulan Februari hingga pada awal
bulan April iaitu musim panas di Pulau Pinang. Namun pada tahun ini ia kembang pada minggu pertama April sama seperti di Jepun dan Washington D.C. yang sedang menghadapi musim bunga sekarang.
Bunga Tabebuia kembang tidak lama. Dalam masa seminggu bunganya gugur dan menyimbah bumi. Namun bunga-bunga yang berguguran itu menutupi tanah seperti permaidani dan menjadikan pemandangan bertambah cantik.
Jom layan gambar musim bunga di Penang yang saya tangkap di kampus USM, Bukit Jambul, Bayan Baru dan Relau Pulau Pinang.
|
Tabebuia @ Tecoma @ Cedar @ 'Cherry Blossoms of Penang' ditanam sebagai pokok teduhan di Kampus USM Penang |
|
USM Universiti dalam taman |
|
Tabebuia pentaphylla atau Cedar merah jambu gugur di bawah pokok di kampus USM. Bunga Tabebuia mekar tidak lama, cuma seminggu. |
|
Tabebuia juga dikenali dengan bunga Kertas Tisu kerana kelopaknya yang nipis dan lembut |
|
Bunga Tabebuia atau Tecoma atau Cedar berbentuk seperti trompet maka ada yang memanggilnya Trumpet Bush |
|
Kampus USM Penang pada pagi musim bunga 3 April 2014 |
|
Warga USM meraikan musim bunga di USM. Mekarnya bunga Tabebuia menandakan musim panas berakhir dan bermulanya musim hujan |
|
Warga USM tidak mahu ketinggalan merakamkan saat-saat indah musim bunga 'Cherry Blossoms of Penang' di kampus |
|
Siswi USM berbaring di atas bunga-bunga Tabebuia dan gembira melihat bunga-bunga itu berguguran di atas mereka |
|
Tabebuia sesuai di tanam di hutan hujan seperti di Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Malaysia |
|
Nama lain bagi Tabebuia ialah Pau d'arco dan Lapacho |
|
Tabebuia dijadikan ubat pelbagai penyakit seperti kanser, jangkitan, ulcer dan macam-macam lagi, namun ia juga memberi kesan sampingan dan masalah kesihatan seperti pendarahan dan pengguguran |
|
Tabebuia berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah, namun kurang penyelidikan dilakukan mengenainya. |
|
Pokok Cedar atau Tabebuia juga terdapat di Taman Perumahan di Bukit Jambul Pulau Pinang |
|
Orang Cina di Bukit Jambul memanggil bunga Cedar atau Tabebuia ini Feng Ling Hua |
|
Bunga Cedar Putih ini tinggi di atas pokok di Bukit Jambul |
|
Cedar Putih juga dibuat teh oleh orang Amerika Selatan |
|
Lebah sukakan bunga Tabebuia atau Tecoma ini |
|
Bunga Frangipani pun ada |
|
Bunga Dulang pun sedang mekar |
|
Warna kuning bunga Dulang yang harmoni dengan kubah Masjid USM |
|
Saya dan bunga Tabebuia di Relau, Pulau Pinang. Jangan marah saya kaburkan muka saya he he he |
|
'Cherry Blossom of Penang' di kawasan perumahan Relau, Pulau Pinang mengeluarkan bunga yang lebat selepas kemarau panjang, ia petanda bermulanya musim hujan. |
|
Bunga Tabebuia atau bunga Kertas Tisu gugur ke tanah di Relau dan mengindahkan pemandangan |
|
Pasar di Relau, Pulau Pinang ini nampak biasa-biasa sahaja pada hari biasa tetapi bertukar menjadi indah ketika musim 'Cherry Blossoms of Penang'. Ramai juga orang lelaki yang berhenti mengambil gambar di sini |
Cantik tak?
Pulau Pinang berpotensi menjadikan negeri ini sebagai taman Tabebuia atau Tecoma seperti taman-taman di Tokyo yang dipenuhi Sakura, atau Washington D.C yang dipenuhi pokok
Cherry Blossoms dan berjaya menarik ribuan pengunjung ke sana setiap kali bunganya mekar.
Saya mencadangkan supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang menanam lebih banyak pokok Tabebuia ini di sepanjang jalan di kawasan Relau, Bayan Baru dan Bayan Lepas kerana ia mampu menarik ribuan pengunjung datang ke Pulau Pinang.
Setuju tak dengan cadangan saya? Tinggalkan respons anda di ruangan bawah :)
Subhanallah. Kalau macam ini gayanya tak payahlah kita ke jepun lagi. Kita mai penang je. Satu Malaysia kena tanam.
BalasPadamMai Penang cepat-cepat, sehari dua lagi bunga ni habis luruh. Ya, kena tanam bunga ni banyak-banyak supaya negara kita cantik.
Padamsalam... saya sempat juga menyaksikan luruhan bunga ni di sekitar tol gombak...memang feeling abis macam ada di jepun... cantik, sangat sesuai dikomersilkan...
BalasPadam** salam kenalan...
Salam kenalan Cheq Sue. Bukan orang perempuan saja feeling habis bila tengok bunga banyak-banyak ni, yang lelakipun tak mahu kalah. :)
Padamkat Putrajaya pun sedang 'ranum' berbunga kak..best sangat2..
BalasPadamWah mesti bertambah cantik Putrajaya sekarang ni dengan pesta bunga. Di sana banyak warna apa?
PadamSalam Kak
BalasPadamKat tempat saya pun byk bunga ni tgh dok berbunga dan gugur bertaburan,
Salam kembali Rezeki,
PadamRezeki di Johor, kan? Wah, nampaknya seluruh Semenanjung dilanda musim bunga. Syukur :)
Pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia patut menanam lebih banyak pokok spesis ini. Nanti boleh istiharkan bulan April sebagai musim bunga kat Malaysia. Boleh tarik pelancung untuk melawat negara kita.
BalasPadamSetuju sangat sangat Mie! Kalau Washington .D.C boleh isytiharkan bulan Mac-April sebagai 'Festival of Cherry Blossoms', mengapa kita tidak, kan?
PadamSaya rasa memang patut kite tanam pokok yang lawa-lawa mcam ni kat seluruh malaysia, sebab boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan utk semua orang. Kat area selangor pun byk pokok ni..best betul tgk tempat sendiri lawa mcm ni di musim spring :D
BalasPadamSetuju dengan Na! Bukan di luar negera saja kita dapat tengok bunga lawa macam ni. PBT perlu buat kempen agresif menanam pokok ini dan boleh jana pendapatan negara.
Padamsubhanallah cantiknye…..tiba2 rindu mengamit dgn USM. cam br je tinggalkan USM
BalasPadamRostina,
PadamMemang cantik...kalau rindu datanglah kembali ke USM yang bertambah cantik ni :)
Salam kak..
BalasPadamKat putrajaya,kedah,johor pun ada bunga bunga tu..memang tengah musim kot dah macam spring lak..hihi..selalu setahun sekali memang ada bunga bunga pokok tu ..:)
Salam Ciku,
PadamBunga ni memerlukan cuaca yang panas terik untuk kembang elok. Baru-baru ni negara kita kemarau, jadi sebab itu bunga ni kembang di seluruh Semenanjung. Nampaknya di sebalik kemarau ada hikmahnya. Itulah kekuasaan Allah.
OOO betul lah bunga Dulang yang berjuntai warna kuning tu. Kat Alamanda ada ookok tu semua ja bunga daun tak ada. Memang cantik. Kat Putrajaya bunga ala-ala cherry ni sedang berkembang. Ada puteh ada pink. Kalaulah sepanjang jalan kat highway dari Hospital Serdang masuk ke Putrajaya sepanjang laluan tu di tanam pokok ni berderet2 berselang seli putih dan purple.... wah mesti cantik. Ni pokoknya bercampur-campur. Tak gempak sangat macam kat Penang ni. Tapi saya tetap jeles tahap gaban gambar yang posing atas taburan bunga purple tu ala-ala bollywood gitu. hish hish
BalasPadamNotie,
PadamYa, yang kuning tu bunga Dulang namanya, Saya tahu sebab ada tulis nama pokok tu di situ. Sains Kajihayat USM yang tulis. Nama saintifiknya pun ada, tapi tak ingat.
Mesti best tengok pemandangan cantik ala-ala spring kat oversea di Alamanda dan Putrajaya. Tapi pihak PBT mestilah tanam banyak lagi supaya tahun-tahun depan lagi meriah.
Gambar posing tu... mula-mula tu nak golek-golek atas bunga ala-ala Aishwariya Rai, tapi tersedar yang diri ni dah tua ha ha ha....
Wasalam Dr. Saya ada FB kat Dr. Nak minta izin dan kebenaran nak share artikel dr dalam blog saya Jumiesamsudin.Com. Kebenaran daripada dr saya dahului dengan ucapan terima kasih. My blog : JUMIESAMSUDIN.COM. Im a staff in International Office, USM.
BalasPadamJumizah,
PadamAssalamualaikum. Saya dah add Jumizah dlm FB. Silakan share artikel dari dalam blog ini. No problemo :)
Salam, kami buka JUALAN TEMPAHAN anak pokok tecoma aka Sakura Malaysia
BalasPadam- Minimum belian : 1 LOT/RM499
( 50 pokok )
- Tempoh : 1 tahun
- Jangkaan tinggi : 3kaki/1meter
- Pihak kami bertanggungjawab ke atas seluruh penjagaan anak pokok (tukar polibeg/tanah/penjagaan/rawatan spt baja dll)
- Pembeli wajib mengambil anak pokok selepas cukup tempoh (1 thn)
- Pihak kami tidak menyediakan khidmat transport tetapi akan membuat senarai panel transporter dari kawasan tapak semaian.
- Surat perjanjian disediakan pihak pembeli
- Jualan dibuka sepanjang 2018 dan bayaran perlu dibuat sebelum tahun berakhir.
*harga pasaran utk 3kaki adalah RM40
Pertanyaan/pembelian : www.wasap.my/601135500709 (RJ)
Fb : Tanah Hitam Until Tanaman
FbPage : JG&N Landscape Tree