Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Ahad, 20 April 2014

10 Hadiah Menarik Untuk Komentator Paling Rajin

 
B erita gembira buat pembaca blog Nota Kembara Naramas Aman !!!





Sudah  2 tahun  4 bulan usia blog saya ini. Daripada tak siapa mengenali saya, kini dah ramai pembaca dan kenalan. Banyak yang positif saya perolehi setelah menulis di blog ini. Ramai yang menyokong blog ini. Dengan sokongan ini membuatkan blog Nota Kembara Naramas Aman terus hidup.

Sempena dengan ini saya ingin menghargai sumbangan pembaca yang paling rajin meninggalkan komen setiap kali saya pos entri.  Mereka ini telah 2 tahun lebih membaca blog saya dan rajin sangat-sangat mengulas entri saya. Seramai 10 orang yang saya kenalpasti. Jadi saya bahagikan hadiah  untuk mereka yang bertuah ini kepada 2 tahap:

 

I) 4 Pemenang Utama (Komentator Paling Rajin - Tahap Pertama)


Setiap 4 Komentator Paling Rajin - Tahap Pertama  bakal menerima hadiah sebuah topi Utagha dan sehelai t-shirt  = (1 topi + 1 t-shirt). Topi dan T-shirt ini direka khas oleh SHAZETVISUALS dan kesemuanya limited edition. Ada 4 warna topi dan rekaan  t-shirt. 4 Pemenang Utama ini diberi peluang untuk memilih topi dan t-shirt pilihan mereka.



Inilah rupa topi yang akan saya hadiahkan kepada 4 pemenang itu. Utagha bermaksud Utara. http://www.shazetshowbiz.bigcartel.com

Sehelai t-shirt juga akan saya dihadiahkan bersama topi tadi. http://www.shazetshowbiz.bigcartel.com
Salah satu design t-shirt yang boleh dipilih. http://www.shazetshowbiz.bigcartel.com

4 Pemenang Utama tersebut ialah:


1. Mie  (http://mymiee.blogspot.com)

2. Aku Seorang Pengembara  (http://atlas-pengembara.blogspot.com/)

3. Zila  (http://akulovetravel.blogspot.com)

4. Janggel/Rain/Ren  (http://janggeltrekking2.blogspot.com)


Jadi kepada Mie, Aku Seorang Pengembara, Zila dan Janggel/Rain/Ren, sila nyatakan topi dan t-shirt yang anda suka,  termasuk warna dan saiznya. Untuk memilih topi dan t-shirt anda, sila lihat di laman web ini: http://www.shazetshowbiz.bigcartel.com

(Nota: topi dan t-shirt dalam laman web http://www.shazetshowbiz.bigcartel.com ini adalah milik anak saya, jadi jangan risau kesemuanya ada dalam simpanan saya, insyaAllah).



II) 6 Pemenang Kedua (Komentator Paling Rajin - Tahap Kedua)


Seterusnya pemenang berikut bakal menerima souvenir yang saya beli semasa mengembara ke pelbagai tempat, contoh souvenir: Fridge Magnet atau lain-lain yang sesuai/mudah diposkan:

1. Danny/John/Henry Fox  (http://kakiberangan.blogspot.com/)
2. Orga  (http://skampung.blogspot.com/)
3. Chawanna Na/BlueEwoke  (http://blueewoke09.blogspot.com/)
4. Farikica  (http://farikicasworld.blogspot.com/)
5. Nekcik  (http://terataknekcik.blogspot.com/)
6. Muhammad Khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/


Sila hantarkan alamat anda (mesti di Malaysia ya, sebab nak jimat belanja pos... he he he) dan maklumat yang berkaitan kepada notakembara@yahoo.com atau mesej saya di facebook saya supaya saya boleh poskan hadiah-hadiah tersebut.

Bagi "pembaca senyap" blog ini jangan marah ya...saya ucapkan terima kasih juga kepada anda semua. Rajin-rajinlah tinggalkan ulasan di blog ini.

Kepada anda yang belum lagi menjadi pengikut blog ini atau belum "Like" facebook saya sila lakukan sekarang :)


26 ulasan:

  1. tahniah pak lang mie dan zila, wahhh mas mkl dan ren pun tersenarai tahniah buat korang :-)
    Prof, jm kategory silent reader so lepas ni perlu tggalkan komen lah ek mana tahu masuk dlm lust nanti heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jari Manis,
      Lepas lepas ni kenalah rajin-rajin tinggalkan komen. Barulah saya tahu yang entri saya ni ada yang baca.

      Padam
  2. Terima kasih. Rezeki... Tahniah semua. Selamat maju jaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Muhammad Khairuddin Lim.

      Padam
  3. Tak sedar pulak saya org ke-3 komen terbanyak kat blog prof..hehe. Syoknya saya sampai tak terkata nih!! Nak cepat2 claim hadiah dari anak prof nih..hehe. Makseh banyak2 ye prof..saya sangat hargainya...syukur sangat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah Zila top 3 paling rajin komen :) Beritahulah melalui email topi warna apa dan baju warna/saiz/design apa yang Zila suka. Nanti saya poskan, insyaAllah.

      Padam
    2. Prof..saya dah dapat hadiah yang dijanjikan..hehe..makaseh byk2 ye prof..

      Padam
    3. Alhamdulillah...sama-sama :)

      Padam
  4. Alhamdulillah rezeki terpijak nampaknya...terima kasih banyak-banyak PM HRH. Sebenarnya bukan ada niat apa-apa pun bila meninggalkan komen di sini... sekadar memberi sokongan. Sekali lagi terima kasih di atas hadiah yang diberi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Mie. Terima kasih kerana selama ini menyokong blog ini. Sila beritahu melalui emel saya warna topi, saiz/warna t-shirt dan alamat Mie untuk saya poskan hadiah tu.

      Padam
  5. asalam Prof. .he..he...alhamdulilah naik jugak nama nekcik..mekaseh bebnyak....unsangkerable prof...saja suka suka....orang pencen kan ...ada lah masa
    alhamdulilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Nekcik,
      Tahniah! Surprise! Seronoknya orang dah pencen sebab ada banyak masa :)

      Padam
  6. Tahniah buat semua pemenang....saya sejak jd travel blogger baru kenal blog ni...apaun blog ni sentiasa jadi rujuan buat saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faizal Fredley,
      Terima kasih kerana sudi singgah, tinggalkan ulasan dan rujuk blog ini.

      Padam
  7. Assalam Prof

    Terkezut cacing kerawit den baco......namo naik tetibo....Ohhhh.....
    Terima kasih kepada Prof NA.
    Suker suker....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Yong ASP,
      Surprise! Hah moh deraih antor le alamat dan kaborkan topi dan t-shirt yang berkenan di hati.

      Padam
  8. Sekali lagi terima kasih...Ssya dah tinggalkan alamat kat fb Prof.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, saya dah dapat alamat itu. InsyaAllah akan saya poskan hadiah itu.

      Padam
  9. Tahniah kepada mereka yang berjaya moga memberi inspirasi kepada yang lain juga :D

    BalasPadam
  10. Wah...saya pon menang...yaayyy!!! Nanti saya emailkan alamt ya. Prof... terima kasih daun keladi.. klu blh next time nk lg...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Farikica pun menang. Cepat-cepat email saya alamat. :).

      Padam
  11. Hahhaha ye ke kak! Tq sesangat.. Akak la tak join kitorg p royal belum, kalau tak leh kasi fm kt sana.. Nanti saya emailkan kt akak address saya ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kenapa, tak percaya ek? Ha, cepat hantar alamat.

      Tak boleh nak join Royal Belum hari tu, sebab akak pergi dengan trip USM, jadi jarak masa tu dekat-dekat, lain kali ajak lagi ya.

      Padam
  12. Alhamdulillah tak sangka pulak dapat hadiah dari KAK NA. Terima kasih, bila cawana bgtau saya menang hadiah kat blog akak, saya terus terpikir, "saya masuk peraduan apa eh? " haha rupanya pengkomen paling banyak kekekeke. Alhamdulillah. Support rakan2 blogger :) terima kasih ye kak. Esok saya buat pilihan. Kene cek betol2 saiz dan warna tqkut tak muat :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, baru Ren respons, menunggu jugak. Cepat buat pilihan t-shirt dan topi, lepas tu bagi alamat.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...