Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Ahad, 4 Disember 2011

Vietnam | 3: Selera Halal Tepi Jalan

Makanan yang amat menyelerakan di Vietnam ialah Pho (disebut fur). Pho banyak terdapat di sini. Tetapi yang dicadangkan oleh kawan saya yang telah 5 tahun tinggal di Vietnam ialah di kawasan Huynh Van Banh. Huynh Van Banh juga ada masjid dan penempatan orang Islam. Gerai makan pho yang sedap ni letaknyadi tepi jalan saja, di hadapan rumah orang pulak tu.

Pertama kali merasa pho, memang saya puas hati. Perghhh terbaik! Ini membuatkan saya sanggup datang ke Vietnam hanya semata-mata kerana mahu makan Pho ini.

Orang lain dah pun tulis pasal pho ni. Silalah klik: http://vn.gohalalplanet.com/vietnam-city-halal-guides/hcmc/halal-restaurants-hcmc/halal-street-food-vendor

 

Bulan dan bintang sebagai lambang Islam diabadikan di kaca gerai


Pho adalah sup daging yang dimakan dengan bihun atau kway teow beserta ulam-ulaman. Ulamnya rasanya seperti pudina. 

Untuk rasa pedas yang lebih menyegat kami meminta cili padi yang dihiris kasar-kasar. Kepada mereka yang suka pedas tu buatlah macam kami ni kerana orang Vietnam kurang makan pedas.

Seperti sup ekor atau bakso, pho sedap dimakan semasa panas-panas.


Bukan pho saja disediakan tetapi makanan laut seperti kepah dan kerang juga ada. Rasanya enak.


Sebuah lagi restoren makanan halal yang terletak di kawasan ini ialah Kedai Zai Dah, orang Melayu Cham. Zai Dah fasih berbahasa Melayu. Zai Dah memaklumkan kepada saya dia pernah tinggal di Malaysia selama 8 tahun. Di Malaysia dia menjual kain dari rumah ke rumah. Teringat saya semasa di kampung dahulu, ramai wanita-wanita Cham ini masuk ke kampung-kampung menjunjung kain untuk dijual. Mak saya pernah membeli kain-kain itu. Mereka ini masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand secara sembunyi-sembunyi.


Rumah Zai Dah dijadikan kedai makan. Kelihatan anak Zai Dah di sini. Dia belajar di sekolah pondok di Terengganu.


Inilah puan Zai Dah di luar kedainya. 

Laman web yang di bawah ni dah tulis pasal kedai Zai Dah ni. Untuk lebih lanjut klik:
http://vn.gohalalplanet.com/vietnam-city-halal-guides/hcmc/halal-restaurants-hcmc/kedai-zai-dah/

2 ulasan:

  1. saya bakal menjejakkan kaki ke vietnam tahun depan. Banyak info2 disini yang membantu pengembaraan saya ke sana nanti.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Nurlyanna selamat sampai ke Vietnam dan bergembira di sana.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...