Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Khamis, 8 Disember 2011

Vietnam| 6: Shopping di Pasar Ben Tanh

Kebanyakan bandar raya ada pasar tumpuan ramai. Di bandar Hoh Chi Minh (Saigon) ini Ben Tanhlah tempatnya. Ia  terletak di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan kebanyakan hotel.


Inilah pasar Ben Tanh yang letaknya tidak jauh dari hotel saya  menginap. Gambar ni saya ambil dari tingkap hotel.

 
Keluar saja dari hotel sudah ada peniaga yang meminta saya membeli jualannya. 


Buah susu ini tak ada di Malaysia. Ini pertama kali saya melihat dan memakannya. Rasanya lemak, manis seperti susu.

Buah susu: gambar tangkap dekat.



Ada peniaga yang bermotosikal. Durian ni tak boleh lawan durian Perak, Balik Pulau, malah buah durian yang gred rendah sekali kat Malaysia pun masih menang. Durian Vietnam ni rasanya manis saja...tak ada rasa lemak.

Abang Beca di tengah jalan.
Abang Beca mengayuh beca sambil menelefon. Punyalah banyak beca dikayuh tapi tak ada pulak penumpang naik.


Jual buah

Yang perempuan menjual buah nona, epal Vietnam, ciku, buah naga, dll. Epal Vietnam ni pula lain rasanya, bukan macam epal yang biasa kita makan. Rasanya macam buah pear, ada biji besar di dalam. Epal ni saya beli bawa balik Malaysia. Dapatlah adik-beradik merasanya.
 
Mempelam

Buah mempelam banyak terdapat di sini. Kalau nak beli jangan beli yang besar-besar begini, "Yang besar tak berapa elok. Belilah yang bersaiz kecil," kata Fatimah, kawan Vietnam saya.

Fatimah fasih sangat-sangat berbahasa Melayu. MashaAllah. Dia tak pernah sampai Malaysiapun. Dia "pick up" bahasa Melayu dari suaminya yang tiap-tiap hari berurusan dengan orang Melayu. Suaminya pun tak pernah ke Malaysia. Disebabkan tiap-tiap hari suaminya bercakap di telefon dalam bahasa Melayu, Fatimah pun 'pick up' di situ.

Tidur tengahari di tepi jalan adalah kebiasan orang di sini.

Pelbagai jenis nasi dan pulut dijual. Macam-macam warna.

                                        Roti Peranchis ini adalah pengaruh dari pemerintahan Peranchis di sini.

                                                                                  Roti Peranchis ni tentu sedap kalau ia halal.
Pasar Ben Tanh dari depan.
 Bunga segar digubah indah dan dijual di luar pasar Ben Tanh.
Patung-patung kecil, bot-bot kecil dan beca adalah ikon Hoh Chi Minh.

Key chain, fridge magnet

Dalam pasar Ben Tanh terdapat macam-macam barang. Dari lukisan, kraftangan, kain, baju sehinggalah makanan. Di sini aku beli magnet peti sejuk (fridge magnet) dan rantai kunci (key chain). Murah je.

Kala jengking berbisa dijadikan ubat.

Lukisan sudah menjadi seni yang dikomersialkan. Ada lukisan yang dibuat daripada kulit telur.

Kena pandai tawar

Tempat ini tumpuan pelancong. Tawarlah barang yang anda beli sehingga separuh daripada harga yang diletakkan.

Tarik menarik tangan di antara peniaga dan pembeli berlaku di sini kerana peniaga ingin sekali kita membeli. Saya diperlakukan begini. Mula-mula mereka membelek-belek baju saua dengan jari lalu menolak  saya ke dalam bazar. Seorang lagi menarik tangan saya. Terperangkaplah saya di dalam bazar, tak boleh keluar selagi saya tak beli. Saya pun beli 2 helai blaus. Harganya taklah mahal...sebab saya tawar bagai nak rak. Dalam belasan ringgit je.

Kotak-kotak kayu adalah seni kraf yang digemari ramai.

Kain ela kapas

Kain ela berjenis kapas amat murah di sini. Ramai juga peniaga yang fasih berbahasa Melayu. Kagumnya saya. Mereka tak pernah datang Malaysia pun. Mereka belajar bahasa Melayu dari pelanggan sehingga mereka fasih. Ini menunjukkan bahasa Melayu bahasa lingua-franca. Bahasa perniagaan. Ini juga menggambarkan orang Malaysia suka membeli-belah di sini.

Peniaga di sini sukakan orang Malaysia datang membeli sehingga memaksa kita. Pernah juga mereka meminta duit seringgit daripada saya. Kata mereka "untuk kenang-kenangan." Kalau mereka dapat seringgit daripada setiap orang Malaysia yang datang tentu mereka untung kan? Saya dah kena.

Dalam pasar juga buah-buahan ada dijual.


6 ulasan:

  1. buah epal susu ada la d malaysia..sapa ckp x de bang..itu buah zmn kecik2 sy sgt suka mkn tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh baguslah ia ada di Malaysia. Saya percaya ia ada. Di mana saya boleh dapat buah ni? Saya nak pergi carilah.

      Padam
    2. Ya...buah susu ada di Malaysia. Masa saya kecik dulu pokok buah susu ada di tepi sungai :)
      Sekarang saya dah jumpa lagi buah susu.

      Padam
    3. Ya? Bestnya dapat tengok pokok dan buah susu di tepi sungai di tempat Iman. Di mana tu Iman? Kedah ke?

      Saya pulak yang tak tahu...ish..ish... Lemahnya saya.

      Padam
  2. Buah susu yg menjalar tepi pagar tu kut. Org sini ada panggil buah susu.
    Bkn buah markisa ke tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faishrull,
      Buah susu saiznya besar, 2-3 kali ganda bola tenis, bulat, rasanya manis dan warnanya hijau & ungu. Manakala buah markis kecil dan lonjong. Ia juga dipanggil passion fruit, rasanya masam. Sila tengok entri saya tentang Brastagi, ada gambar buah markisa. (Gambar atas kiri, buah warna oren) Sila klik: http://nota-kembara.blogspot.com/2012/01/berastagisayurnya-segar-buahnya-bugar.html

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...