Mengembara sambil membeli-belah di Dubai dengan "Gaya Sempoi"? Macammana tu? Bagaimana saya boleh sampai ke tempat-tempat mewah ini dengan budget yang rendah? Di sini saya beri beberapa panduan untuk ke sana dengan berjimat dan membeli-belah dengan budget yang rendah.
Menaiki Big Bus di Dubai
Naiklah Big Bus. Hanya dengan membayar 200 dirham (RM190), kita boleh sampai ke semua tempat-tempat menarik dalam masa 24 jam. Memang berbaloi berbanding dengan menyewa teksi atau menyewa kereta. Kerana parking di sini susah nak dapat dan kalau dapatpun tersangatlah mahal. Tambang teksi juga amatlah mahal. Jadi dengan menaiki Big Bus ini memang menjimatkan duit. Bolehlah kita katakan kita telah membuat pilihan yang bijak.
Big Bus ini membawa kita
ke 21 tempat dalam masa 24 jam. Kita boleh berhenti di satu tempat. Turun, jalan-jalan ikut kesesuaian masa kita dan naik semula bas. Bas berikutnya yang bergerak secara "hop-on hop-off" akan datang dalam masa 20 minit dan membawa kita ke tempat seterusnya.
![]() |
Deira City Centre |
Perjalanan bermula di Deira City Centre, sebuah Pusat Membeli-belah di daerah Deira. Di sini jugalah tempat membeli tiket bas ini. Daripada kecewa mencari tempat letak kereta dengan kesesakan di kota Dubai, lebih baik kita bayar 200 dirham pada Big Bus ni. Lebih berbaloi dan sempoi. Datanglah ke Deira City Centre pada awal pagi.
Semasa saya menaiki bas ini, saya diberi earphone untuk mendengar rakaman penerangan tentang tempat-tempat sepanjang perjalanan. Ada 8 bahasa yang saya boleh pilih. Saya pilih bahasa Inggeris.
![]() |
Tempat menunggu bas bertutup |
Selain daripada Big Bus, kita boleh pilih untuk menaiki bas penumpang biasa. Semasa saya pergi ke Dubai, tempat menunggu bas ini letaknya tidak berjauhan dengan hotel saya. Cuba anda lihat gambar di atas. Lihatlah tempat menunggu basnya, amatlah sempoi kerana ia bertutup dan berkaca. Inilah perhentian bas bertutup pertama yang saya lihat.
Tempat-tempat Menarik Laluan Big Bus
Burj al-Arab |
Salah satu tempat yang saya pergi ialah Pantai Jumeirah. Di tepi pantai ini terdapat taman dan Burj al-Arab. Burj al-Arab ialah satu-satunya hotel bertaraf 7 bintang yang terdapat di dunia. Lihatlah Burj Al-Arab ini yang saya tangkap. Gambarnya yang di atas tu.. Cantik bukan?
.
Berketinggian 321 meter ia juga adalah bangunan kedua tertinggi di dunia. Ia dibina di atas sebuah pulau buatan manusia dan menjadi lambang transformasi urban Dubai. Ia meniru bentuk layar kapal. Dibina pada 1994 dengan kos AS$650 juta ia adalah hasil rundingan dengan syarikat dari United Kingdom.
Dalam perjalanan sekitar Dubai saya dapat lihat masjid tercantik di Dubai: Masjdi Jumeirah. Ia terletak di Jalan Jumeirah.
Jalan Jumeirah |
Masjid Jumeirah |
Struktur batuan Masjid Jumeirah ini adalah satu lambang senibina Islam yang modern. Kita boleh lihat lampu-lampu indah menghiasi Masjid Jumeirah. Bilik solat wanita di Masjid Jumeirah juga disediakan. Kesenian Islam terserlah pada menara Masjid Jumeirah.
Hotel/Tempat Menginap
Siapa kata hotel-hotel di Dubai mahal-mahal belaka? Dubaipun ada budget hotel juga. Saya sewa hotel yang hanya 150 Dirham (RM140) semalam tetapi selesa. Hotel ini sudah saya tempah secara online sebelum pergi ke Dubai. Hotel ini letakknya di tengah-tengah kota Dubai. Hotel ini pula tak bising. Awas, kebanyakan hotel ada kelab Bollywood...bunyinya yang kuat membuatkan kita tidak boleh tidur.
Di Dubai saya menginap di dua buah hotel. Gambar di bawah ini ialah hotel pertama yang saya duduki di Dubai. Hotel ini cuma 150 dirham (RM140) semalam.
Dalam bilik Hotel K-Porte Inn. Hotel ini letaknya di tengah-tengah kota Dubai |
Bilik air Hotel K-Porte Inn, di Dubai |
Manakala di bawah ini ialah hotel kedua yang saya duduki: Sadaf Hotel. Kedai-kedai terdapat di sekelilingnya. Memang mudah untuk mendapatkan makanan dan barang-barang keperluan dari kedai-kedai yang berdekatan.
Sadaf Hotel juga letaknya di tengah-tengah kota Dubai |
Bilik air Sadaf Hotel |
Bilik Sadaf Hotel |
Makan
Makan tidak menjadi masalah kerana restoren halal memang banyak di sini. Saya makan di tempat-tempat yang biasanya dibuka oleh orang Pakistan. Ia banyak terdapat berdekatan dengan hotel-hotel. Hotel pula menyediakan sarapan pagi percuma dan menyediakan shuttle bus
percuma ke Pusat Bandar.
Gaya Apa Paling Sempoi?
Gaya yang paling sempoi sekali ialah berkenalan dengan orang Dubai. Di sana saya berkenalan dengan beberapa orang kawan baru. Kawan-kawan yang saya kenali pula baik-baik orangnya. Hubungan kami berkekalan sehinggalah ke hari ini. Di antaranya ialah Mariam dan Profesor AR. Saya kenali mereka ketika membentangkan kertas kerja di Abu Dhabi.
Mereka mengundang saya makan di rumah mereka, membawa saya melawat Dubai dan ke tempat-tempat yang lebih jauh seperti Ras Al-Khaimah, Sharjah, padang pasir dan lain-lain tempat yang pelancong tak pergi. Mariam tinggal di kawasan mewah di Dubai iaitu Jumeirah. Dia mempunyai perniagaan di merata dunia dan pemandunyalah yang mengambil dan menghantar saya.
Mereka mengundang saya makan di rumah mereka, membawa saya melawat Dubai dan ke tempat-tempat yang lebih jauh seperti Ras Al-Khaimah, Sharjah, padang pasir dan lain-lain tempat yang pelancong tak pergi. Mariam tinggal di kawasan mewah di Dubai iaitu Jumeirah. Dia mempunyai perniagaan di merata dunia dan pemandunyalah yang mengambil dan menghantar saya.
Di atas ini gambar Canadian University of Dubai. Mariam bawa saya ke sini. Canadian University of Dubai menawarkan kursus undergraduate dalam bidang seni dan sastera.
Dubai juga adalah kota media. Kelihatan dalam gambar di atas ialah menara kembar di Dubai. Untuk melihat menara kembar ini saya harus ke Jumeirah.
Burj Khalifa Dubai.
Muzium Dubai
Walaupun Profesor AR adalah seorang yang sibuk tetapi beliau sanggup menggadaikan masa beliau untuk membawa saya ke Muzium Dubai.
Halaman depan Kubu Al Fahidi yang terdapat di situ adalah tinggalan orang Arab. Muzium ini merumuskan budaya dan sejarah orang-orang Arab melalui gambar-gambar, patung-patung, kraf tangan dan barang-barang yang dipamerkan.
Rumah-rumah di Jumeirah
Jumeirah adalah kawasan yang dihuni oleh golongan berada. Ia terletak di pinggir pantai. Di sinilah saya terpesona dengan senibina rumah-rumahnya.
Rumah-rumah dengan gaya villa dibina dengan megah di kawasan mewah Jumeirah ini.
![]() |
Mariam di rumahnya bersama keluarga |
salam. Boleh tak tau hotel yang pertama tu area mana? Hotel kedua rate dalam berapa ya? Terima kasih
BalasPadamMaharani,
PadamSalam kembali.
Hotel pertama tu namanya K-Porte Inn Hotel. Ia letaknya di Dubai city centre (daerah Diera). Di tengah-tengah kota Dubai. Ia terletak di kawasan hotel. Banyak hotel berdekatan dengannya dan tak jauh daripada Dubai Creek yang terkenal tu.
Hotel kedua juga di Dubai City Centre. Namanya Sadaf Hotel. Ia letaknya di tengah-tengah kota Dubai, tidak berjauhan dengan hotel pertama tadi, cuma ia lebih hampir dengan Fish Roundabout. Di kawasan ini banyak kedai-kedai, metro bus station dan restoren. RM180 satu malam, pada masa saya pergi dahulu. Dah lama saya pergi ni. Mungkin harga sekarang berbeza.
Banyak info yang saya dapat. Bahagian yang paling saya suka ialah shopping gaya sempoi.
BalasPadamTerima kasih Syafinaz. Shopping gaya sempoi ni sesuai untuk orang berbajet rendah macam saya. Kalau tak mahu beli, window shopping pun dah cukup :)
Padam