Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Khamis, 8 Disember 2011

Vietnam | 7: Ruang Tinggal Yang Sempit Jadi Masalah

Ruang adalah masalah paling ketara di bandar Saigon. Melihatkan kedai-kedai di sepanjang jalan saja sudah cukup untuk memberitahu masalah yang dihadapi penghuninya. Keadaan ruangnya tidaklah melebar dari kiri ke kanan tetapi memanjang ke dalam. Kemudian ia dibina bertingkat-tingkat.

Begitu juga dengan rumah. Ruang tamu dan dapurnya di bahagian  bawah. Di sinilah aktiviti keluarga dilakukan. Motorsikal diletakkan di sini kerana tiada ruang meletaknya di luar. Lagipun kecurian amat mudah berlaku kalau di letakkan di luar. Bilik-bilik tidur pula di tingkat atas.

 

Beginilah keadaan bangunan yang dibina rapat-rapat. Ia meninggi, memanjang ke dalam dan bukan melebar.


Ruang kedainya memanjang  dan sempit. Orang yang berbadan besar tentu ada masalah nak masuk kedai ini.


Keadaan ruang sempit hanya membenarkan peniaga memamerkan barang-barang yang kecil dan sedikit.


Ruang depan hotel juga sempit, memanjang ke dalam dan tidak melebar.
 

Inilah kawasan perumahan yang laluannya hanya muat untuk sebuah kereta. Sekiranya dua kereta bertembung, salah satu kereta kena masuk ke laluan lain atau ke tepi. Pemandu di sini juga cekap mengundurkan (reverse) kereta mereka.


Lorong yang sempit hanya dapat dilalui oleh sebuah motorsikal.
 

Ruangan yang sempit juga membuatkan rumah jadi tempat jualan.


Motorsikal disimpan di ruangan dapur dalam rumah. Untuk membeli sebuah rumah begini memerlukan wang US$150,000 dan perlu dibayar TUNAI!

 

Keadaan rumah yang sempit, harga rumah yang mahal membuatkan orang di kota Saigon berniaga kecil-kecilan.


Lagak peniaga cermin mata ni tidak dapat kita lihat di tempat kita.


Nampaknya orang Vietnam suka berniaga.


Mengandar jualan begini masih lagi dilakukan.


Penyelesaian kepada ruang sempit ini - mereka lepak di taman. Dari jauh tamannya kelihatan cantik. Tapi awas! Belukar dan belakang pokok adalah tempat mereka membuang air kecil. Saya pernah terpandang seorang lelaki melakukan perbuatan tak senonoh ni..siang hari pulak tu.


2 ulasan:

  1. Itulah hakikatnya, kawasan yg amat terhad. Tapi saya suka pergi Ke HCM City ni dan sudah tiga kali ke sana. Mereka tidak menganggu pelancong dan yg lebih bagusnya kebanyakan peniaga terutama di kawasan night market dan pasar Ben Thanh boleh berbahasa Melayu sedikit2. Bandarnya juga agak bersih jika dibandingkan dengan bandar2 di Indonsia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie,
      Ya, saya juga telah berjumpa orang Vietnam yang fasih berbahasa Melayu walaupun tidak pernah sampai ke Malaysia. Oleh kerana ramai orang Malaysia ke sana, maka mereka dengan mudah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Saya juga suka dengan HCM dan bercita-cita akan kembali ke sana.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...