Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Rabu, 14 Disember 2011

Dubai: Membeli-belah Gaya Mewah (Bhg II)

Kota Wafi??? Betulkah apa yang saya lihat? Terkesima saya pertama kali melihat Pusat Membeli-belah Kota Wafi. Apa tidaknya, bangunan yang saya sangka muzium itu rupa-rupanya adalah Pusat Membeli-belah eksklusif. Binaan mall ini diilhamkan daripada senibina Mesir purba yang dihiasi dgn patung-patung Firaun, lukisan-lukisan dinding, tulisan hieroglifik, piramid dan taman-taman.

Memasuki bahagian bawah tanah pusat membeli belah ini pula, membawa saya ke zaman hikayat Seribu Satu Malam (Alfu Laila Wal Laila). Bahagian bawah tanah ini dipanggil Souk Khan Murjan. Lampu-lampu yang menerangi Khan Murjan ini membuatkan saya ingin terus dibuai magika zaman silam Alfu Laila Wal Laila bersama-sama Puteri Shahrazad, Marjina dan Aladdin.



Lukisan zaman purba Mesir diabadikan pada dinding-dinding pusat membeli-belah Wafi ini.

Lukisan dan tulisan hieroglifik pada dinding mengimbau kembali aktiviti orang zaman Firaun.



Kesenian Mesir purba diabadikan kembali pada tiang-tiang dan bumbung Kota Wafi.

 
Taman ini terletak di halaman Pusat Membeli-belah Wafi. Lampu-lampu gantung menghiasi taman ini. Lantainya pula dilepa dengan mozaik. Di belakang sekali kelihatan bumbung bangunan berbentuk piramid.

 
Taman, kolam dan kincir air dijadikan lanskap indah di halaman pusat membeli belah mewah ini. 



Perkara yang menarik di sini, tandas dijaga dengan begitu bersih sekali. Sentiasa ada orang yang mencucinya. Sebaik-baik saja selepas saya menggunakan paip air di sinki, terus ada pekerja yang mengelap sinki tersebut. Malaysia patut buat macam ni.


Kesenian Mesir terserlah pada dinding dan gerbang rumah kecil di taman.




Oleh kerana ini pagi Jumaat tiada peniaga di kedai. Barang-barang jualan tetap dipamerkan di kawasan terbuka. Namun tiada siapa yang berani mencurinya. Lihatlah beg-beg kertas disediakan di sebelah barang jualan untuk pelanggan mengisi barangan belian mereka semasa peniaga tiada di kedai.


Barang-barang jualan seperti ayat-ayat suci yang berbingkai dipamerkan di ruang laluan.



Inilah ruang dalam pusat membeli-belah Wafi. Pada tiang-tiang bangunan ini terdapat tulisan hieroglifik. Tidak ramai orang yang berkunjung kerana pada masa ini adalah pagi Jumaat. Kebanyakan kedai dibuka selepas solat Jumaat.

 

Tempat makan juga dihiasi dengan penuh kesenian dan dijaga dengan rapi.



Lampu ukiran gaya Emirat menghiasi siling Pusat Membeli-belah Wafi ini.




Khan Murjan adalah pasar di bawah tanah yang terdapat dalam Pusat Membeli-belah Wafi ini. Sepanjang lorong dihiasi dengan lampu-lampu yang menarik. Stained glass yang berwarna-warni menjadi pilihan untuk rekaan siling.

  

Kejutan demi kejutan menanti kita di setiap penjuru Khan Murjan. Abaya (jubah) banyak dijual di sini.




Lampu-lampu yang diukir indah menjadi barangan yang sentiasa dicari pelanggan.



Barang-barang kaca ini dipamerkan di ruang kedai, tanpa ada peniaga yang mengawasinya. Peniaganya mungkin di rumah sedang bersiap-siap untuk solat Jumaat.



Kedai jualan kain ini dimilki oleh orang keturunan Filipina.




Selain daripada Pusat Membeli-belah Kota Wafi terdapat satu lagi Pusat Membeli-belah yang eksklusif iaitu The Palm, Atlantis. Inilah The Palm, Atlantis yang berwarna merah jambu.


The Palm dibina di sebuah resort yang menghadap laut, di atas tanah tebusguna. Kalau kita melihat di peta, tanah tebusguna ini berbentuk pohon palma. Saya pernah melihatnya dari atas kapalterbang ketika terbang dari Dubai ke Lanarka. Memang indah dan mengagumkan.



Rekaan dalaman The Palm amat mempersonakan.



Rekaan silingnya menjadi tumpuan.



Rekaan silingnya sungguh berwarna-warni.



Sebuah kedai menjual cermin mata.



Coklat-coklat yang dibungkus dengan menarik diletakkan di dalam almari kaca.




Di bilik solat disediakan tuala-tuala kecil dan selipar bagi keselesaan pengunjung yang ingin bersolat.



 

Tempat mengambil wuduk yang menarik.

 ...bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...