S empadan Malaysia dan Thailand sangat luas. Satu lagi sempadannya yang utama ialah Rantau Panjang-Sungai Golok.
Rantau Panjang telah menambat hati ramai orang. Apakah yang menarik di Rantau Panjang?
Satu lagi makanan istimewa Rantau
Panjang ialah Mee Celup. Bahan-bahan asli yang dibeli di
sempadan Siam menjadikan keaslian rasa masakan tersebut tiada bezanya dengan
negara asal masakan tersebut, Thailand. Jika anda berada di Rantau Panjang,
cubalah ke kedai makan berhadapan Masjid Jamek Kube Cenok untuk menikmatinya.
Aiskrim Baba terkenal di Rantau Panjang kerana keunikan bahan yang ada di dalam hidangan
aiskrim tersebut. Dengan RM 2.00 pelanggan boleh menikmati kemewahan rasa dalam aiskrim tersebut.
Terdapat banyak surau di sekitar bangunan rumah-rumah kedai. Di Rantau Panjang terdapat sebuah masjid yang diaspirasikan daripada seni bina Islam di China dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.
Namun, pembaca disarankan untuk tidak melawat Rantau Panjang sekitar bulan Disember kerana dikhuatiri berlaku banjir dan akan menyukarkan pergerakan pengunjung. Seeloknya, pilihlah waktu yang sesuai.
Rantau Panjang telah menambat hati ramai orang. Apakah yang menarik di Rantau Panjang?
Makanan malam
Cubalah makan ‘lokcing.' ‘Lokcing’ merupakan sejenis makanan beku yang dicucuk kepada lidi dan dibakar. Setelah itu dimasukkan ke dalam sos yang menggiurkan sebelum dihidangkan. Sos lokcing inilah yang membuatkan ianya sedap dimakan.
Kalau anda hendak makan lokcing, datanglah ke Rantau Panjang di malam hari untuk mendapatkannya.
Kalau anda hendak makan lokcing, datanglah ke Rantau Panjang di malam hari untuk mendapatkannya.
Temui Abe Mat di hadapan kedai Bebas Cukai Rantau Panjang 8.00 mlm-2.00 (Gambar ihsan Nur Hasliza Mohd Salleh) |
Mee Celup Kube Cenok
Mee Celup (Gambar ihsan Nur Hasliza Mohd Salleh) |
Aiskrim Baba
Basahkan tekak anda dengan Ais Krim Baba (Gambar ihsan Nur Hasliza Mohd Salleh) |
Jualan Bebas Cukai
Rantau Panjang dikenali dengan zon Bebas Cukai yang menjadi tarikan kepada
kaki membeli-belah. Terdapat pelbagai jenis barangan dan
produk yang dijual di sini.
Bermula dengan makanan, pakaian,
aksesori bahkan perhiasan rumah turut didagangkan di Rantau Panjang. Dengan RM150.00 pengunjung boleh membeli pakaian wanita dan aksesori sebelum meninggalkan Rantau Panjang.
Kedai-kedai di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang (Gambar ihsan Nur Hasliza Mohd Salleh) |
Pastikan anda banyak minum air kerana anda akan berjalan dalam jarak yang jauh untuk memilih barangan impian anda di situ. Pastikan juga, poket anda cukup tebal untuk ke sana kerana barang-barang yang dijual susah untuk didapati di tempat-tempat lain terutamanya perhiasan rumah dan set pinggan mangkuk ekslusif.
Kemudahan
Terdapat hotel-hotel, rumah tumpangan
serta motel bajet yang ada di sekitar pekan Rantau Panjang dan semuanya
berhampiran dengan bazaar-bazar jualan di pekan tersebut.
Terdapat banyak surau di sekitar bangunan rumah-rumah kedai. Di Rantau Panjang terdapat sebuah masjid yang diaspirasikan daripada seni bina Islam di China dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.
Masjid Beijing Rantau Panjang (Gambar ihsan Nur Hasliza Mohd Salleh) |
Nota: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nur Hasliza Mohd Salleh yang mengirimkan gambar-gambar di ruangan ini dan tips menarik untuk mengunjungi Rantau Panjang.
Bestnya! Saya dah lama teringin nak explore Kelantan!
BalasPadamKalau dah habis PKP dan boleh rentas negeri, boleh pergi ni.
BalasPadam