B ulan puasa tahun ini kadang-kadang saya dan keluarga berbuka di rumah, kadang-kadang-kadang di masjid dan kadang-kadang di restoren. Baru-baru ini kami berbuka di Restoren Aliesha Seafood yang letaknya di Hala Meru 13, Taman Meru, Ipoh Perak.
Kami sampai di restoren itu pada pukul 7.00 petang. Kami disambut dengan senyuman dan bersalam-salaman dengan pegusaha restoren itu ~ suami isteri. Waktu berbuka pada hari itu ialah 7.29 malam.
Kami terus order makanan kegemaran kami iaitu Ikan Bawal Masak Tiga Rasa, Ayam Gajus, Telur Dadar dan Tomyam. Minuman pula ialah air sirap, air bandung cincau dan Nescafe ais.
Kami terus order makanan kegemaran kami iaitu Ikan Bawal Masak Tiga Rasa, Ayam Gajus, Telur Dadar dan Tomyam. Minuman pula ialah air sirap, air bandung cincau dan Nescafe ais.
Tak lama duduk, kami terus dihidangkan dengan buah kurma dan agar-agar. Kedua-duanya diberi percuma. Air kosong yang diletakkan di sebuah meja juga boleh diambil dengan percuma, sekiranya mahu.
Air Bandung Cincau, Sirap dan Nescafe ais dihidangkan dengan segera |
Tidak lama menunggu makanan siap disaji.
Nasi putihnya disajikan dengan kobis dan lobak merah segar |
Tomyam campur |
Telur dadar |
Ikan Bawal Masak Tiga Rasa ini kegemaran suami saya |
Ayam Gajus ini kegemaran saya |
Apabila masuk waktu berbuka, tuan punya restoren datang hampir kepada kami dan memberi tahu yang kami sudah boleh berbuka. Tuan punya restoren ini sangat kenal dengan kami kerana keluarga kami sering makan di restorennya.
Layanan yang mesra dan makanan yang sedap menjadikan kami sentiasa datang ke sini untuk menjamu selera. Restoren ini sentiasa dikunjungi ramai orang. Kalau anda belum pernah makan di sini, boleh mencubanya.
Masakan lain yang ada adalah Som Tam, Pulut Mangga, Tomyam Poktek, Tapai, Siakap Stim Limau, Kerabu Mangga, Kerabu Campur, Udang Goreng Tepung, Sotong Goreng Tepung dan macam-macam lagi masakan Siam. Pengusaha restoren ini, tukang masaknya dan pekerja-pekerjanya datang dari Thailand dan membuka perniagaan di sini. Restoren ini dibuka pada pukul 6 petang hingga 3 pagi.
Tomyam Poktek dan tapai pulut juga disediakan |
Masakan lain yang ada adalah Som Tam, Pulut Mangga, Tomyam Poktek, Tapai, Siakap Stim Limau, Kerabu Mangga, Kerabu Campur, Udang Goreng Tepung, Sotong Goreng Tepung dan macam-macam lagi masakan Siam. Pengusaha restoren ini, tukang masaknya dan pekerja-pekerjanya datang dari Thailand dan membuka perniagaan di sini. Restoren ini dibuka pada pukul 6 petang hingga 3 pagi.
Sedapnyalah bandung cincau tu. Kalau tokey kedai peramah kita memang suka datang makankan ?
BalasPadamBandung cincau tu bertambah sedap lebih-lebih lagi ketika berpuasa dan cuaca pula panas. Peniaga kena sentiasa peramah dan senyum. Inilah pelaris utamanya :)
PadamKalau saya memang tak cukup kalau air minum cuma segelas...
BalasPadamRestoran ini tak jauh dari Mydin Mall ke...
Memang tak cukup segelas air semasa berbuka, Mie. Ya, restoren ini tak jauh dari Mydin Mall Meru dan Terminal Bas Aman Jaya. Di kawasan ini jugalah letaknya rumah pengasas Qu Putih.
PadamAgar-agar nampak sedap.
BalasPadamSesuai untuk berbuka :)
Padamtomyam tu nampak sedap..
BalasPadamsilap masa pula baca blog ni.. tengah hari pulak ni..
Minta maaf En Mus kalau buat Encik Mus terliur tengah-tengah puasa ni.
Padam