Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 6 Ogos 2014

Ketupat Periuk Kera Juadah Raya Yang Unik di Kuala Kangsar

J ika ada destinasi yang membuat saya ingin kembali berkali-kali sudah pastinya kampung halaman saya di Kuala Kangsar. Kemudiannya di Ipoh. Walaupun saya sudah mengembara ke merata pelusuk dunia dan pernah tinggal di tiga negara dalam jangka masa yang lama, saya masih tetap memilih tanah tumpah darah saya ini. Jiwa saya tenang di sini.

Bukit Chandan, Kuala Kangsar dari udara. (Aerial Photography oleh Salmiah Mior Abbas)
2 Syawal 1435 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Beberapa orang yang saya temui, rata-rata memberi alasan yang hampir sama. Maka kerana itu satu pertemuan kembali dengan rakan-rakan sekolah kami adakan setelah masing-masing terpisah puluhan tahun. Bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah yang dahulunya hanya budak-budak hingusan benar-benar menggembirakan. Lebih-lebih lagi masing-masing sudah memiliki rumahtangga sendiri, kerjaya yang stabil dan perubahan diri yang baik.

Lemang yang baru dimasak
Lemang jagung dan rendang yang dibuat oleh kawan saya Eshah. (Gambar ihsan Eshah Abdul Rahman)

Lemang dan rendang adalah juadah yang tidak ketinggalan ketika raya di Kuala Kangsar. Ada macam-macam jenis lemang ~ lemang pulut, lemang jagung, lemang tepung dan lemang ubi. Rendang yang menjadi kegemaran ialah Rendang Pedas dan Rendang Tok.

Masri sedang membakar lemang di luar rumah kampungnya di Rambai Tujuh, Kuala Kangsar. (Gambar ihsan Masri Ismail)
Rendang yang sedang dimasak Masri di dalam kuali. (Gambar ihsan Masri Ismail)
Kalau malas membuat lemang sendiri, kita boleh beli lemang yang banyak terdapat di sepanjang jalan di Kuala Kangsar terutamanya di antara Kota Lama Kiri hingga ke Chemor. Namun rasanya tidak seenak lemang yang dibuat sendiri.

Namun ada sejenis juadah tradisional yang jarang muncul dalam menu raya. Ia hasil air tangan kawan saya Masri. Ingin saya kongsikan di sini kerana bagi saya ia adalah juadah yang unik dan istimewa. Iaitu Ketupat Periuk Kera. Ia dibuat dengan memasukkan pulut bersantan ke dalam kelongsong Periuk Kera iaitu sejenis tumbuhan karnivor (yang memerangkap serangga).

Masri menunjukkan Periuk Kera yang baru ditemuinya di Senggang, Kuala Kangsar. (Gambar ihsan Masri Ismail)

Ketupat Periuk Kera ini mudah disediakan dan ia masak cepat. Namun ia jarang dibuat kerana kesukaran memperolehi Periuk Kera dalam kuantiti yang banyak.

Membersih kelongsong Periuk Kera perlu berhati-hati kerana ia nipis dan mudah terkoyak. Di bahagian luar kelongsongnya terdapat rerambut halus yang perlu dikikis keluar. Di dalam kelongsongnya pula sering ada serangga yang terperangkap dan perlu dikeluarkan. Begitu juga dengan bahagian leher (bottleneck) kelongsong Periuk Kera yang sempit juga perlu dibersihkan dengan berhati-hati.

Setelah Periuk Kera ini dibersihkan, pulut yang telah direndamkan dengan santan dan sedikit garam dimasukkan ke dalam kelonsongsong Periuk Kera. Pulut itu disumbatkan sehingga hampir penuh. Pulut mengembang apabila dimasak dan kalau disumbat terlalu penuh ia akan terkeluar dari kelongsongnya. Sedikit santan dimasukkan ke dalamnya supaya ia sebati dengan pulut.

Semasa menyusunnya di dalam kukusan, kelongsong Periuk Kera ini diletakkan dengan cara berdiri supaya isinya tidak tumpah. Ketupat ini lalu dikukus. Ia masak cepat di antara 30-45 minit. Rasanya? Sudah tentulah hmmm...PERGH!!!! LAZAT!

Ketupat Periuk Kera hasil tangan Masri yang sedia untuk dimakan...PERGHHH!!!!

Ketupat Periuk Kera ini boleh dimakan dengan rendang atau dimakan begitu sahaja. Teksturnya yang lembut dan warnanya yang keungu-unguan kerana kelongsong Periuk Kera melekat pada pulut membuatkan kelazatannya tidak dapat dilupakan.

Anda pernah makan Ketupat Periuk Kera? Kalau pernah, kongsilah pengalaman anda di sini.

Jumaat 5 Syawal 1435 di Masjid Cina, Ipoh. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Masjid ini sila imbas kembali entri saya yang lepas di SINI
Sekiranya anda ingin mendapatkan Rendang Tok, boleh cari di Pasar Karat (Memory Lane), Ipoh

Selamat berpuasa enam :)

39 ulasan:

  1. Tak pernh mkn yg periuk kera tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amat sukar hendak mendapatkannya Asyifa. Tetapi di Sarawak mungkin tak sukar mendapatkannya.

      Padam
  2. Waah! Baru shj semalam seorg kwn dari Perak bercerita yg dia pertama kali jumpa lemang periuk kera di Melaka. Saya beritahu dia yg saya pernah baca tentang lemang ini di Pahang. Tup-tup hari ini saya baca ada di Perak juga, haha!

    Intriguing bila semua cakap sedap! Nampak gaya perlu cuba cari ni... :-)

    Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga mendapat tahu ia boleh didapati di Pahang, Sarawak dan Sabah. Ini disebabkan di sana banyak hutan dan Periuk Kera banyak tumbuh di sana. Semasa saya ke Cameron Highland beberapa tahun lalu, Periuk Kera ditanam sebagai tanaman hiasan.

      Sedap di tekak saya. R.a.W kena cuba kalau jumpa.

      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat R.a.W juga.

      Padam
  3. Selamat Hari Raya Kak!
    Saya pernah rasa periuk kera ni, tapi dalam version Lemang Periuk Kera.
    Memang best yang amat...
    Tak sabar nak tunggu open house office,
    Sebab kebiasaannya, ni menu wajib yang bos tempah!

    Btw, Kuala Kangsar memang cantik!
    Best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat niL juga.

      Lemang Periuk Kera samakah dengan Ketupat Periuk kera?

      Wah bos niL siap tempah setiap kali open house di pejabat. Ini sudah bagus. Di mana dan bagaimana kalau kita hendak tempah? Boleh share?

      niL suka Kuala Kangsar ye? Terima kasih :)

      Padam
    2. Kuala Kangsar antara my favourite place dlm Malaysia ni.
      Rasa tenang semacam je kat sana.

      Rasanya macam sama je lemang ngan ketupat periuk kera. Sebab dalamnya still pulut.
      Office mate saya ada jual dan boleh tempah.
      Memang sedap lahh...

      Padam
    3. Oh ye ke niL?

      Saya pun rasa lemang dan ketupat Periuk Kera tu sama, sebab kedua-duanya pulut dan santan.

      Office mate niL ni mesti banyak tanam pokok Periuk Kera sehingga boleh menerima tempahan. Di mana agaknya dia tinggal?

      Padam
  4. Salam kak.Ciku pun g singgah kuala kangsar time raya hari tu sebab terasa nak masuk masjid ubbudiah dan istana tanpa paku tu di bukit chandan.cantik tengok real .Ciku tak pernah makan ketupat periuk kera tu..:)..oo..ciku stop makan laksa beras kuala dan cendol area tepi sungai tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ciku. Saya dah baca entri Ciku pasal raya di Kedah, Jerejak Resort, Kuala Kangsar dan Ipoh. Memang agak padat jadual Ciku. Kalau saya dah penat dah.

      Padam
  5. Slmt Hari Raya Aidilfitri & Slmt Posa 6 Prof,
    Ketupat periuk kera tu mmg unik, kat Borneo tu biasa le rupanya ada jugak kat Semenanjung ni. Sambutan Hari Raya kita mmg meriah dgn pelbagai juadah, x sama dgn negara lain. Tambahan pulak setiap negeri dan tempat ada je yg special juadahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Nadz juga. Selamat Posa 6 juga :)

      Di Borneo Ketupat Periuk Kera sudah menjadi juadah yang sering dihidangkan. Ini disebabkan di sana hutan masih diperlihara dan Periuk Kera masih banyak. Kalau di Semenanjung ketupat ini ada di Pahang, Johor dan Perak sebab banyak hutan.. Ya, betul tu Nadz, setiap negeri ada masakan istimewanya.

      Padam
  6. Sedap bunyi nya...tp gerun pun ada mmbygkan pokok ngappp binatang...hehe sy pokok periuk kera pun xpnh jupe, apetah lg lemang periuk kera..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok itu hanya tangkap serangga halus sahaja yang hinggap pada bunga/pokoknya. Itulah hebatnya ciptaan Allah. Pokok Periuk Kera ini boleh didapati di kawasan hutan seperti di Cameron Highland, hutan Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Saya pernah tengok di hutan di Balik Pulau, Penang dan Kuala Kangsar. Di Cameron Highland pula saya nampak ia dijual sebagai pokok hiasan.

      Padam
  7. Haaa ni yang di kartun upin ipin tu.. Salam dr tanah seberang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mas Miftahul. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di sini. Oh dalam animasi Upin Ipin pun ada kisah Periuk Kera ini? Saya baru tahu.

      Padam
  8. CT tak pernah dengar ketupat periuk kera tapi CT tahu periuk kera boleh guna kalau nak masak nasi just tak pernah tahu ada orang yang actually betul betul gunakan untuk memasak. unik hihiks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang unik dan kreatif orang kita. Ia jadi juadah di negeri-negeri di Malaysia yang mudah didapati pokok ini. Ia juga mudah disediakan berbanding dengan lemang dan ketupat daun palas/daun kelapa.

      Padam
  9. Kampung halaman... tempat jatuh lagi dikenang... inikan pula tempat bermain...

    Untung masih ada yang masih rajin membuat makanan yang unik... dapatlah merasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan pulang ke lubuk. Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya di belakang kerbau juga hinggapnya.

      Saya rasa amat beruntung dapat makan makanan unik ini.

      Padam
  10. Saya belum cuba lagi lemang periuk kera..harap dapat suatu hari nanti..mesti sedap..selamat hari raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Muhammad Khairuddin Lim juga.

      Kena rajin mencarinya kalau hendak mencubanya. Mungkin kena ke Borneo.

      Padam
    2. jika berminat utk tempahan sarang periuk kera boleh hubungi atau whatapps 0145305272

      Padam
  11. Masjid di Kuala Kangsar itu sering saya dilhat tapi dimana ya ? Kelihatannya Masjid itu sering dijadikan gambar Kalender atau sering masuk TV gitu... Masjid yang memang sangat indah.

    Suasana kampung halaman yang damai. Makanan yang unik dan lezat kelihatannya perlu dilestarikan Bu Nara. jangan sampai punah kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masjid cantik itu bernama Masjid Ubudiah yang letaknya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu di negeri Perak. Ia jadi tarikan wisatawan lokal dan manca negara kerana keunikan senibinanya dan bersejarah. Ia sering menjadi hiasan pada kalendar, ketika azan berkumandang di TV dan broshur wisata.

      Kuala Kangsar mempunyai kampung-kampung, sungai-sungai dan pekan bersejarah. Saya pernah menceritakan tentang 15 Tempat Menarik di Kuala Kangsar dalam blog ini. Mas Gunadi boleh baca dengan lebih lanjut.

      Ya, warisan ini harus dilestarikan, namun ia hampir pupus dek kerakusan manusia mengejar arus kemodenan melalui penebangan hutan.

      Padam
  12. kak prof,
    saya nih baru je dok heran..katanya (via tweeter) ada lemang periuk kera dari melaka, rupanya ada haa blog kisah lemang unik nih...
    periuk kera nih payah nak cari pokoknya,kan...
    SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin.
    heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anash a.k.a.Tan Sre Cocoa,
      Lemang ini jarang dibuat, itu sebab ia jarang diketahui. Ia memerlukan kelongsong Periuk Kera, tetapi pokok ini dah hampir pupus. Di Sabah dan Sarawak ia adalah juadah biasa sebab Periuk Kera banyak terdapat di sana. Nampaknya kita kena tanam pokok ini secara komersial. Bolehlah ramai orang merasa dan makanan unik ini dapat dilestarikan.

      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Raya di mana?

      Padam
    2. (tansre cocoa?) *terus tersedak air mineral* (hihi)
      err...
      rare lemang nih...elok gak akak prof buat entry bagi faham jenis lemang yang ada.
      saya raya di Melaka...kampung mak ayah saya

      Padam
    3. Memang rare lemang ni. Katakan di Melaka pun ada lemang ni.

      Orang Melaka selalu buat masak lodeh dengan nasi empet masa raya kan?

      Padam
  13. Salam Kak NA
    Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf zahir dan Batin. Bila kite nak raya bersama ntah kan.. Sedapnya nengok ketupat periuk kera tu. Takpernah pulak rasa...firstime taun ni baru dengor. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ren,
      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Dah habis puasa 6? Kalau dah, "Tahniah" :)
      Bolehlah kita raya bersama di Ipoh, insyaAllah tahun depan kita buat arrangement. Ketupat Kera tu memang sedap. Marvelous! Memang susah nak dapat. Kira bertuahlah kalau dapat.

      Padam
  14. Selamat Hari Raya Prof. Semuga Allah menerima amalan dan ibadah kita.

    Prof;

    Waktu zaman saya muda muda, saya rasa di Sarawak atau Sabah (tak pasti), mereka ada buat pulut dalam periuk kera nih.

    Dan dalam tahun 1998 waktu saya menjalankan project di Gurun, nursery di G Jerai dan sekitar Gurun / SP amat popular dengan pokok periuk kera nih ..

    By the way, says orang Grik Perak ... heheheh Kuala banyak meninggalkan kenangan buat says.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Encik Ghazali. Semoga Ramadhan yang lalu dan Syawal memberi makna dan berkat buat keluarga Encik Ghazali.

      Betul tu, orang Sarawak dan Sabah buat ketupat Periuk Kera. Menurut Nadz Yusop seorang pengunjung blog ini (sila lihat komennya di atas), Ketupat Periuk Kera ini adalah perkara biasa di sana.

      Ya, saya percaya di Gunung Jerai ada banyak pokok ini. Di Grik, Hutan Belum dan Pengkalan Hulu juga rasanya pasti ada pokok ini sebab di sana hutan terpelihara.

      Oh orang Grik rupanya. Encik Ghazali bersekolah di Kuala ke dulu?

      Di Kanada buat lemang tak raya ni?

      Kami guna alumanium foil dan bakar dalam oven je untuk buat lemang semasa di USA dulu he he he...

      Padam
    2. Saya sekolah kat Kuala, tapi Kuala Lumpur hahahhaa ... kami waktu kecik dah berhijrah ke KL ... ayah merantau mencari rezeki ke KL.

      Dia orang ada beli buluh kat kedai Dollarama (kedai 2 ringgit) ... tapi buluh tuh kering (di guna buat perhiasan) ... so terbakar hehehehheee

      Padam
    3. K.L pun Kuala juga kan.. :)

      Yang di Dollarama tu buluh import dari Philippine ye? Jadi dah lama keringnya. Lain kali tak payah guna buluh, letakkan daun pisang yang dibeli di Oriental Market atau Thai Market ke atas alumanium foil, kemudian letakkan pulut bersantan ke atasnya, tekan-tekankan pulut itu supaya rapat, buat panjang-panjang macam lemang, kemudian gulungkan, lepas tu masukkan ke dalam oven. Bake atau Grill...dah jadi lemang he he he...

      Padam
  15. Salam prof! Belum terlambat kiranya Jm nk ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin sambil menghulur 10 jari sambil salam dan peluk cium dai jauh muah muah muah
    Rupanya d perak ada menu unik ketupat periuk kera mmg susah nk dpt periuk kera ni mesti bermusim kan Jm pernah tgk periuk kera yg besar dan panjang tp yg ini bulat2 comel je. Lemang pun pelbagai variasi ada jagung ada lemang tepung haaa yg tu Jm pernah mkn :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jari Manis. Tak lambat JM, sebab JM dah ucap dan hantar awal-awal kad raya ke alamat saya.

      Memang susah nak dapat menu Ketupat Periuk Kera ni sebab ramai yang tak tahu dan tak dapat cari Periuk Kera ni. Nampaknya kenalah kita tanam pokok tu banyak-banyak supaya boleh kita cuba sendiri memasaknya dan orang yang datang raya di rumah kita mesti rasa teruja. JM pun pernah makan lemang tepung? Saya pulak yang belum pernah he he he...

      Padam
  16. CN tahu kewujudan ketupat periuk kera ni bila tengok cerita upin ipin..tak pernah nampak real dan tak pernah rasa ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata-kata CN mengesahkan lagi kata-kata Miftahul Rozak dari Tanah Seberang. Dia juga pernah tengok ketupat Periuk Kera ini dalam Upin Ipin. Tengok komennya di atas.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.