Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 24 Januari 2014

Masjid Cina Pertama di Perak


"Masjid Cina kat sini dan siap. Orang dah solat raya kat situ," kata jiran saya apabila saya balik Raya Puasa di Ipoh tahun lepas. 

"Kat mana masjid tu?" tanya saya.

"Kat Tasek. Dari sini [Jalan Kuala Kangsar], straight je. Sebelah kiri, sebelum belok jalan ke TESCO Extra," jelas jiran saya.

Maklumat jiran saya ini membuat saya teruja. Jadi pada hari Raya Puasa ke-3 yang lalu saya dan keluarga saya pun pergi solat di situ. Raya Puasa lepas? Ha ha ha....dah lambat saya nak cerita pasal ni. Tapi tak apa, kan? Sebab ramai yang masih tidak tahu tentang kewujudan Masjid Cina ni.

Atap, tiang dan dinding bangunan Masjid Cina Taman Tasek Jaya, Ipoh yang bersenibina rumah ibadat di China

Apabila kami sampai di kawasan masjid itu kami nampak sebuah bangunan besar berwarna merah jambu dengan senibina China. Sekilas pandang macam tokong. Tapi bukan tokong. Ia masjid. Terpesona kami. 

Kawasan masjid ini letaknya betul-betul di belakang deretan kedai dan kawasan perumahan yang rata-rata penghuninya berbangsa Cina. Taman Tasek Jaya nama kawasannya. Masjid itu betul-betul tepi jalan.

Menara Masjid Cina Taman Tasek Jaya, Ipoh

Ketika kami ke masjid itu, azan zohor sedang berkumandang. Jelas kedengaran dari pembesar suara di menara masjid. Banyak juga kereta dan motosikal yang lalu-lalang. Tetapi ramai juga penunggang motorsikal yang menoleh beberapa kali ke arah masjid itu dengan kehairanan. Kebanyakannya orang Cina. Mungkin mereka sangka itu ialah tokong. Mungkin mereka merasa pelik mendengar azan berkumandang dari sebuah 'tokong'. Ini disebabkan masjid [yang disangkakan tokong] ini baru enam hari dibuka untuk solat. Jadi orang yang lalu-lalang pasti memberi reaksi kehairanan dan pelik.

Masjid Muhammadiah atau Masjid Cina Muslim, Taman Tasek Jaya, Ipoh yang baru dibuka tahun 2013. Gambar ini diambil 6 hari selepas ia dibuka. Ia masih belum siap sepenuhnya kerana terdapat bahagian yang dihadang untuk pembinaan.

Kamipun menuju hampir ke masjid. Masjid itu amat baru dan kerja-kerja pembinaan masih lagi dijalankan di bahagian-bahagian tertentu tetapi tidaklah menganggu.

"Masjid Muhammadiah" - itulah yang kami baca di pintu masuk Masjid Cina Muslim itu. Masjid ini mempunyai jawatankuasa daripada bangsa China, Melayu dan India. Antaranya Dr Fadzli Cheah. Pembinaan masjid itu adalah hasil kerjasama jawatankuasa Masjid Lama Muhammadiah bersama pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Ipoh. Inilah Masjid Cina pertama di Perak.


Bahan-bahan binaan dan ukiran masjid ini dibawa dari China

Apabila saya masuk ke dalam masjid, bau cat baru, permaidani baru dan perabut baru menusuk hidung saya. Semua baru, semua bersih, semua cantik. 

Di dalam masjid itu luas dan dihiasi indah dengan senibina China. Bahan-bahannya diimport khas dari China. Senibina China ini melambangkan Islam itu universal. Ini bermakna bahawa Islam bukan milik sesuatu kaum sahaja, tetapi meliputi semua bangsa, warna kulit dan keturunan. Ia juga adalah satu syiar Islam. Ia mempunyai konsep yang hampir sama dengan Masjid Beijing di Kelantan. Sila klik di sini untuk membaca entri saya yang lalu tentang Masjid Beijing di Kelantan.

Tempat solat wanita di tingkat atas.

Dengan adanya Masjid Cina Muslim ini, maka Ipoh kini mempunyai satu lagi tarikan.

Jom Solat


10 ulasan:

  1. Aslm.wr.
    Info yg baik..sy pn br tahu.
    Moga msj ini dimakmurkan sebaiknya..tidak sebagaimana sebhg masjid yg gah tp basi pengisiannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Nasa Saba,
      Saya dapati amat kurang penulisan blog tentang masjid ini. Saya harap dengan penulisan saya ini, orang ramai tahu kewujudan masjid ini. Bolehlah orang ramai memakmurkan masjid ini dan sentiasa ada aktiviti yang berfaedah di situ.

      Padam
  2. Bagus jugak kan prof tuko fesen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaah Nekcik. Tak adalah satu fesen je, kan. Bila ada fesen yang lain sikit, orang pun suka datang masjid.

      Padam
  3. Bagus juga....semoga Islam berkembang pesat di kalangan bangsa tionghua di Malaysia...itu doa saya yang kekal abadi buat bangsa Cina di Malaysia.

    BalasPadam
  4. Pernah terbaca pasal masjid ni.. insyallah kalau ke sana boleh la singgah ke masjid ni.. teringin sangat nak lihat dgn mata sendiri :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time Traveller,
      Salam kenalan. Kalau ke utara, singgahlah ke masjid ini. Mudah untuk dicari. Ia tidak berjauhan dengan Tol Jelapang, ikut susur keluar Sungai Siput, kemudian cari jalan Kuala Kangsar menuju ke Chemor. Tengok dengan mata sendiri baru puas, kan.

      Padam
  5. Lawat masjidchemor.blogspot.my

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.