Entri kali ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu Amira Razali. Sebagai warga Ipoh, Amira ingin berkongsi dengan anda konsep sebuah kedai makan yang unik di Ipoh. Rekabentuk dan konsep kedai ini boleh dijadikan idea untuk anda yang ingin membuka kedai makan sendiri. Amira rasa ketinggalan sekiranya tidak mengetahui tentang kedai ini dan dia mahu anda juga sepertinya.
Jadi Yong, Yeop moh kite bace tulisan Amira ini...
Jadi Yong, Yeop moh kite bace tulisan Amira ini...
_____________
Burps & Giggles, Restoren Tidak Selamat dan Melalaikan?
-oleh Amira Razali-
P apan tanda yang besar atau warnanya yang terang, itulah cara kebiasaan setiap restoren bagi menarik minat pengunjung. Apatah lagi, lokasi yang strategik di tengah bandar kolonial di Jalan Sultan Yusuf, Ipoh ini mampu mendapat keuntungan yang lumayan.
Tetapi berlainan pula bagi sebuah restoren ini apabila kita sendiri tidak sedar akan kewujudannya. Sekilas pandang, kita mungkin akan merasakan ianya seperti deretan kedai lama yang tidak digunakan lagi. Yang menariknya, restoren ini berani membiarkan pengunjung tertanya-tanya tentang keselamatan mereka untuk berkunjung ke sini secara luarannya. Hal ini demikian kerana struktur dan reka bentuk bangunannya yang kelihatan usang begitu rapuh di mata saya, seakan-akan tidak selamat untuk memasuki restoren ini.
Pengusaha 'Indulgence Restaurant', Ms Julie Song membuka restoren ini yang berkonsepkan santai dan retro iaitu Burps & Giggles. Burps & Giggles ini bermaksud apabila kita kenyang kita akan sendawa kemudian kita akan gembira bak kata pepatah "kenyang perut, suka hati."
Restoren ini dibuka seawal pagi sehingga 8 malam dan tutup pada setiap hari Selasa.
Tatkala saya dan rakan saya memasuki restoren ini, hati saya benar-benar terpaut dengan susun atur dan barangan di dalamnya.
Restoren ini tidak mempunyai menu yang tetap seperti kebanyakan
restoren. Menunya akan berubah dan akan ditulis di papan hitam dengan
kapur yang berwarna-warni. Tulisan kapur ini boleh membuatkan kita
mengimbau zaman persekolahan.
Bagi pengunjung beragama Islam yang ingin ke sini, tidak perlu risau kerana makanan di restoren ini halal.
Bagi pengunjung beragama Islam yang ingin ke sini, tidak perlu risau kerana makanan di restoren ini halal.
Keadaan restoren pada hari Ahad sekitar jam 11 pagi mula dipenuhi
pengunjung.
Saya dan rakan sempat memerhati setiap ragam pengunjung. Tidak kira bangsa atau agama semuanya kelihatan gembira ke restoren ini. Dari anak kecil yang bermain-main di suatu sudut yang dipenuhi bantal dan berlatarkan gambar wanita di dinding sehinggalah warga tua yang berdua-duaan di sudut ruang kecil bertemankan tingkap yang dipenuhi gantungan buku tiga lima.
Saya terfikir sejenak sekiranya saya di tempat perempuan tua itu pasti saya bahagia kerana ditemani suami yang begitu romatik walaupun sudah tua. Setelah meneliti pasangan tua itu baru saya sedar kerusi yang diduduki mereka itu lain dari kerusi biasa. Kerusi yang dilapik oleh beberapa helai kain seperti kain selimut itu tentunya memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja. Tidak hairanlah sudut itu menjadi pilihan mereka.
Saya dan rakan sempat memerhati setiap ragam pengunjung. Tidak kira bangsa atau agama semuanya kelihatan gembira ke restoren ini. Dari anak kecil yang bermain-main di suatu sudut yang dipenuhi bantal dan berlatarkan gambar wanita di dinding sehinggalah warga tua yang berdua-duaan di sudut ruang kecil bertemankan tingkap yang dipenuhi gantungan buku tiga lima.
Saya terfikir sejenak sekiranya saya di tempat perempuan tua itu pasti saya bahagia kerana ditemani suami yang begitu romatik walaupun sudah tua. Setelah meneliti pasangan tua itu baru saya sedar kerusi yang diduduki mereka itu lain dari kerusi biasa. Kerusi yang dilapik oleh beberapa helai kain seperti kain selimut itu tentunya memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja. Tidak hairanlah sudut itu menjadi pilihan mereka.
Di sini motorsikal lama atau antik digunakan untuk perhiasan. Susunan dan barangan perhiasan restoren ini benar-benar di luar kota pemikiran.
Apabila saya menaiki tangga ke tingkat atas saya dapati basikal tua beroda tiga ala-ala filem P. Ramlee yang boleh membawa penumpang di sebelah menjadi ganti meja. Basikal itu seolah-olah tergantung dan sekali lagi saya mempersoalkan tentang keselamatan pengunjung yang duduk di situ. Saya ingin tahu: ada atau tidak pengunjung makan di situ? Apabila salah seorang pelayan ditanya, dia mengatakan di situ menjadi tempat yang paling digemari oleh pengunjung. Kayu yang kelihatan rapuh itu juga hanya sekadar seni lukis yang membuatkan kayu itu seakan hidup walhal ianya telah disimen terlebih dahulu.
Adakah warga Ipoh ini sememangnya berani? Atau mungkin saya yang penakut?
Sekali sekala saya terpandang pasangan remaja yang keluar masuk seperti mencari tempat kosong di ruangan yang diberi nama 'lazy lane'. Kaki saya terus melangkah untuk melihat keunikan di sana pula.
Kerusi dan meja yang dikhaskan untuk dua orang saling menghadap menjawab persoalan saya. Di sini lebih santai dan mempunyai lebih privasi kerana terselindung dari kebisingan. Beberapa lukisan wanita yang gemuk berpakaian dalam sambil membawa pakaian salin yang juga pakaian dalam cukup menggelikan hati saya.
Basikal lama di hujung 'lazy lane' ini menjadi tarikan saya. Dari jauh seperti basikal lama yang lengkap tetapi apabila didekati basikal ini berbentuk 3D - separuh bahagian hadapan basikal ialah lukisan dan selebihnya barulah basikal yang sebenar. Apatah lagi yang menaikinya artis antarabangsa yang terkenal iaitu Marilyn Monroe.
Saya minum latte. Ia memuaskan hati saya kerana rasanya sedap seperti rupanya. Ia dihidangkan dengan seni yang cantik berbentuk hati di permukaan latte. Buat penggemar drama Korea, tentu sukakan latte yang dihidang sebegini rupa. Saya juga terleka seketika takala menikmati latte ini. Rasa seperti berada di Korea. Jika si pembuatnya lelaki ala-ala lelaki Korea, boleh jadi seharian saya di restoren itu.
Apabila difikirkan kembali tentang masa yang diambil restoren ini untuk menyediakan hidangan sememangnya agak lewat. Walau bagaimanapun, restoren ini bijak kerana membawa konsep retro dan santai dengan hiasan yang pelbagai. Pengunjung akan jadi lalai dan terkesima untuk melihat di sekeliling. Sekuang-kurangnya mereka tidak begitu prihatin tentang masa. Begitu juga dengan keselamatan di sini. Bangunannya kelihatan rapuh tetapi faktor keselamatan diutamakan dan ia telah diuji terlebih dahulu.
Saya tinggal di Ipoh sudah bertahun-tahun dan Jln Sultan Yusuf ini memang menjadi laluan rutin namun inilah kali pertama saya tahu kewujudan kedai ini. Memang langsung tak perasan ada kedai ini. Terima kasih atas entri ini, nanti saya nak try masuk kedai ini, tgk gambar unik sgt..terima kasih.~
BalasPadamHafsah,
PadamNanti Hafsah trylah masuk kedai tu, tengok macam mana. Nanti beritahu saya, apa pendapat Hafsah pula, ya?
Belum ada rezeki nk masuk, yg pasti susah nk park kereta sbb ia betul2 tepi main road, mungkin ada tempat tp agak jauh. Kelihatannya majoriti chinese yg masuk (time sy tgk tu la).
PadamHafsah,
PadamParking mungkin agak jauh sebab ia kedai tepi jalan. Kena menapak jugaklah. Ya, kedai tu kedai Cina, pasti orang Cina yang ramai masuk.
Pastikan sijil halal JAKIM ada ya :)
Wah menarik betul cafe ni....saya nak suruh mmber saya yg duduk di sana pi cari tempat ni, senang nak bawa saya nanti...hehehe
BalasPadamDJ,
PadamBolehlah suruh member DJ tu cari tempat ni, sebab tak ramai yang perasan kedai ni. Kalau kedai ini ok, bolehlah DJ pi pulak. Lepas tu beritahu saya, apa pendapat DJ tentang kedai ni :)
Unik lah prof...saya suka hasil kreativiti mereka...mungkin ada pengaruh ala ala korea gitew seperti kedai halal korea sweetree di ampang..very cozy
BalasPadamNekcik,
PadamBoleh tiru idea kreatif dia orang.
sesuatu yang ala2 "lama" itu adalah seni. every weekend saya suka lepak kat Ali, Muthu & Ah Hock restoran. Makanannya sedap dan hiasan dalaman ala2 zaman 60an - 80an gitu.
BalasPadamNampaknya saya ni pun barangan seni sebab saya ni orang lama - otai gitu :)
Padam