Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 20 Oktober 2012

Backpack ke Mongolia Dalam (3): Jatuh Cinta Pada Remaja Tahfiz Hohhot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan Nota Kembara dan pembaca sekelian,

P ada entri yang lalu saya berjanji akan memberitahu bahawa saya jatuh cinta pada remaja di Hohhot, Mongolia Dalam (Inner Mongolia). Bagaimanakah ia boleh berlaku? Baiklah, di sini saya akan ceritakan sebab-sebabnya saya jatuh cinta.

Kota Hohhot di waktu senja

Pada hari itu setelah berjalan-jalan di kotaraya Hohhot bersama 4 backpackers: Asrul, Adi Putra, Najibah dan Syafiqa sehingga hampir senja, kamipun ke Masjid Besar (Qinzhengdasi) untuk solat Magrib dan Isyak.

Kamipun masuklah ke dewan solat. Dewan solat lelaki di bangunan bawah. Dewan solat (musala) wanita di tingkat atas dan perlu naik tangga. Ramailah kaum Hawa yang hadir untuk solat jemaah itu. Ramai yang muda-muda dan memakai jubah hitam. Nampak sungguh sempurna pemakaian mereka. Sejuk mata menengok mereka berpakaian begitu. Seronoknya dapat solat dengan mereka!




Imam pula membaca ayat-ayat al-Quran dengan begitu baik sekali, lengkap dengan tajwid, mengikut lajjah Arab dan lagunya sedap didengar. Tanpa dipinta airmataku jatuh setitis demi setitis.


Menambah kawan baru
Rasulullah SAW bersabda, ‘Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kecintaan dan kasih sayang di antara mereka adalah laksana satu tubuh, yang apabila salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakit’ (Hadis R. Muslim)


Oleh kerana kami musafir kami solat jamak sahaja. Setelah selesai semua kewajipan kami, kami didatangi oleh ramai anak-anak gadis. Mereka amat gembira dengan kehadiran kami. Ramai yang ingin berkenalan dan meminta nombor telefon serta emel. Oleh kerana Syafiqa tahu cakap China, maka dia dapat lebih banyak kawan baru dan lebih banyak berbual-bual dengan mereka.

Gadis-gadis Islam Hohhot yang hadir solat Maghrib dan Isyak di Masjid Qinzhengdasi

Menara Masjid Qinzhengdasi yang unik

Setelah itu kamipun turun dan keluar dari musala itu dan pergi ke kawasan hadapan masjid. Ada beberapa jemaah lelaki di dalam dan di luar masjid menunggu waktu Isyak. Kami lihat beberapa orang remaja lelaki mundar-mandir di hadapan madrasah, menghafaz ayat-ayat Al-Quran. Mereka memakai jubah putih dan berserban merah-putih. MasyaAllah wajah mereka kelihatan sungguh bersih. Khalis! Suci! Sesuci embun pagi! Mereka adalah pelajar-pelajar Tahfiz al-Quran.


Pelajar-pelajar tahfiz sedang menghafaz al-Quran

Asrul dan Adi Putra sedang berbual dengan pelajar-pelajar tahfiz al-Quran Hohhot

Asrul dan Adi Putra ada di situ. Asrul memperkenalkan kami dengan seorang al-hafiz yang sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan berusia 25 tahun. MasyaAllah! Saya kagum! Saya pun suruh al-hafiz itu membaca surah Al-A'la. Lalu beliau membacanya dengan lancar di hadapan kami tanpa melihat al-Quran. Wajahnya bersinar bak purnama! Saya jatuh cinta pada mereka kerana mereka adalah golongan yang mulia di sisi Allah. 
"Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

"Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Remaja ini adalah seorang al-hafiz, sudah menghafaz keseluruhan al-Quran

Pelajar-pelajar tahfiz al-Quran sedang menelaah dan menulis tulisan Arab.

Asrul memberitahu kami bahawa dia telah melihat bilik kuliah mereka dan melihat mereka menelaah kitab dan menulis tulisan Arab. Mereka ingin membawa kami melihat bilik kuliah itu. Tapi tiba-tiba muazin meneriakkan azan Isyak. Lalu semua pelajar-pelajar tahfiz itu beratur di hadapan masjid, mendengar azan. Setelah selesai azan, semuanya menadah tangan dan berdoa. Sejurus kemudian mereka masuk ke masjid untuk solat Isyak.


Muazin melaungkan azan di hadapan pintu masuk masjid

Selesai solat isyak remaja Tahfiz al-Quran di sini duduk di masjid mendengar tazkirah

Begitulah kagumnya saya melihat anak-anak muda Hohhot yang menjadi penghafaz ayat-ayat suci Al-Quran. Penghafaz al-Quran (hamlatul Quran) ataupun al-Hafiz ini dan ibu bapa mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah, iaitu di dunia dan di akhirat.
"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafaznya).”(Riwayat Muslim)



Kota Hohhot pada waktu malam

Pada malam itu Adi Putra menelefon ejen pelancongan yang kami jumpa di stesen keretapi pagi tadi. Kami setuju dengan pakej mereka untuk ke Xilamuren esok pagi. Kami pilih ejen itu sebab tawaran yang diberikan adalah berpatutan dan ia lebih memudahkan kami ke sana. Kami bayar 250 yuan (RM125) untuk pakej itu. Ini termasuk penginapan, makanan dan pengangkutan. Kami akan menginap di khemah yurt orang Mongol, menaiki kuda dan ke padang pasir.

Dapatkah kami mencapi hasrat kami ke Xilamuren, hidup berkhemah macam nomad Mongol dan menunggang kuda di padang rumputnya? Kalau anda ingin tahu, nantikan kembara saya dalam entri akan datang.

...bersambung...




14 ulasan:

  1. Salam Yong Prof

    Keme memang nunggu N3 Yong ni...haha...
    Untung la Shafiqa....dapat lebih ramai kawan baru daripada Yong...haha..jgn marah

    Yong pulak bahasa mandarin nyer camne ?

    memang Yong, keme pun kalau pegi Pusat Tahfiz seperti kat Seksyen 2 Shah Alam tu, suker tengok anak2 muda remaja ni punye muker...bersih sungguh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Yong ASP,
      Terima kasih kerana menunggu entri ini. Ini buat teman bersemangat.

      Tak marah. Apa nak marahkan. Setiap manusia mempunyai keistimewaan masing-masing. Memang Syafiqa banyak dapat kawan baru di sini sebab dia pandai cakap China. Senang berkomunikasi. Kalau mereka tanya soalanpun boleh jawab dengan mudah. Cuma saya ni yang terkial-kial, tumpang sekaki je. Bahasa China saya masih di takuk lama juga, ate main kutip-kutip tepi jalan je. Dema tu masuk kelas formal, sehari belajor 8 jam, itu je yg dipulun.

      Seronok kalau melihatkan orang-orang muda sudah memilih ke jalan yang mulia itu, kan? Semoga Allah tetapkan iman mereka.

      Padam
  2. Balasan
    1. @MasZuber,
      Sejuk perut ibu yang mengandungkannya :)

      Padam
  3. Sumpah memang saya tak sangka pasal population muslim sangat ramai kt sini, sepanjang saya study pasal Hohhot dan Inner mongolia, takde pun yg bercerita pasal islam, ada tu adalah, tapi tidak la pulak kata diorg ni ramai, ingatkan minority.. ni yg buatkan saya tak sabar nk menjejakkan kaki ni...

    Mudah2an budak2 tahfiz tu terus la aktif dengan aktiviti yg cemerlang gemilang tu..sejuk ati mak pak diorg..

    Akak nk ke Xilamuren? omg!!!!!!!!!!!!! saya dah jelas ketahap maxima ni, tak sabar nk tunggu entry berikutnya! Akak pegi ni bulan bile??

    BalasPadam
    Balasan
    1. @BlueEwoke,
      Salam Zulhijjah. Saya juga tidak tahu menahu fasal populasi Islam di Hohhot ini sehinggalah saya ke sini pada akhir bulan Ogos 2012 ini. Ya, ramai orang yang datang ke sini tidak menceritakan tentang Islam di sini. Dari bacaan saya juga kurang informasi tentang ini. Oleh sebab kami backpack dan pergi ikut cara kami sendiri fasal itu kami temui perkara ini. Rasanya pakej pelancongan biasanya tidak buat trip ke sini. Menurut Nadiya, wanita Hohhot yang menolong kami cari hotel dan bawa kami jalan2 di sini, populasi Islam di Hohhot melebihi 100,000 ribu. Tetapi di keseluruhan Wilayah Autonomi Inner Mongolia ini, menurut laman web http://www.islamichina.com/CityManage/img_180_210_1.html seramai 210,000! Masjid pula terdapat lebih 177 buah. Saya juga amat kagum apabila melihat remaja dan orang Islam di sini yang mengamalkan Islam dengan begitu baik.

      Ya, sama-samalah kita mendoakan yang budak-budak Tahfiz ini istiqomah dan terus menjadi insan mulia.

      Ya, saya ke Xilamuren! Alhamdulillah. Maaflah kalau akak buat BlueEwoke jealous. Bukan tujuan akak untuk membuatkan orang cemburu. Akak nak kongsi ilmu saja. Mudah-mudahan orang dapat mencari iktibar daripada cerita-cerita kembara akak. Tapi akak rasa jealous BlueEwoke itu jelous yang baik/positif, kan?

      InsyaAllah, dalam esok lusa keluarlah entri tu! Akak pergi bulan Ogos baru-baru ini, masa itu musim panas, masa yang sesuai untuk ke Xilamuren, sebab cuacanya tidak begitu panas, malam pula sejuk. :)

      Padam
  4. masa saya ke niu jie mosque kat beijing pun rasa pun dah nak menitis air mata bila dapat solat berjemaah dalam bukan negara rasmi islam tu sendiri..

    hish memang syahdu lagi bila nampak golongan muda la hafiz camtuh.. kan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr shah_rule,
      Perasaan terharu ini terbit mungkin kita berada di negara yang Islam bukan agama rasmi. Mendengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran dari saudara Islam kita di bumi asing membuatkan kira rasa Islam itu indah, Islam itu persaudaraan, Islam itu megah dianuti di mana-mana. Subhanallah!

      Golongan hafiz muda itu membuatkan saya kagum kerana kegigihan dan ketabahan mereka menghafal Quran walaupun mereka tinggal di negara yang agama bukan menjadi landasan utama hidup mereka.

      Padam
  5. Balasan
    1. Farahnas irina,
      Mungkin Farahnas dah jatuh cinta macam saya :)

      Padam
  6. Woah 250 yuan pakej kesemuanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bayaran ini untuk pengangkutan ke padang rumput itu, penginapan dalam khemah, makan 3 kali sehari dan pertunjukan hiburan/kemahiran bergusti/kemahiran menunggang kuda.

      Padam
  7. Assalamualaikum puan. Boleh dapatkan no nadiya atau mana2 org local hohhot yg boleh berbahasa inggeris dan muslim? Saya nak ke sana insyaAllah bulan depan atas urusan kerja. Perlu bantuan kerana pergi seorang. Mohon jasa baik puan utk email contact no ke wmurshida@gmail.com

    Terima kasih puan =)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. Boleh mintak contact no Nadiya atau mana2 org tempatan hohhot yg boleh berbahasa inggeris dan muslim? Saya insyaAllah kena ke hohhot bulan depan seorang diri. Perlukan bantuan di sana. Mohon puan email ke wmurshida@gmail.com ya kalau ada contact no. Terima kasih

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.