Pada hari-hari terakhir kami di Nara kami ke pusat membeli-belah yang letaknya di belakang dan hadapan stesen Kintetsu Nara. Kedai-kedai di sini cantik, penuh seni dan kemas.
|
Pusat membeli-belah di belakang stesen Kintetsu Nara |
|
Kedai sayur-sayuran dan buah-buahan di Nara sangat rapi dan bersih. |
|
Kedai sayur-sayuran dan buah-buahan di sini macam kedai kraf pula gayanya. |
Kami tertarik dengan sebuah kedai sayur-sayuran dan buah-buahan di sini kerana ia dihias seperti sebuah kedai kraf. Kami singgah membeli sayur-sayuran dan cendawan Jepun untuk dimasak. Ada sayur yang masih segar dan ada sayur semalam yang tidak terjual. Sudah tentu sayur semalam dijual dengan lebih murah ~ separuh harga. Ketika membeli, seorang pembeli yang fasih berbahasa Inggeris mengesyorkan saya untuk membeli sayur semalam kerana ia masih elok dan harganya murah. Penjual sayur itu yang tidak tahu berbahasa Inggeris amat berterima kasih kepada pembeli itu tadi kerana mengesyorkannya kepada saya.
Kami memasak sendiri selama di Jepun. Selain dijamin halal ia lebih menjimatkan. Tambahan pula susah mencari makanan halal di sini.
|
Kami beli sebuah buku manga di kedai buku terpakai ini |
|
Buka manga yang kami rembat. Harganya cuma 50 yen (RM1.50) |
Kami kemudiannya singgah di kedai buku terpakai. Terdapat banyak buku yang dijual dengan harga yang murah. Oleh kerana anak saya peminat manga, dia sempat merembat sebuah buku manga yang harganya cuma 50 yen (RM 1.50).
|
Kasut Jepun ini boleh dibeli sebagai cenderamata |
|
Ketiga-tiga fridge magnet ini berharga 350 yen ( RM10) satu set. Ia dianggap murah kerana harga fridge magnet di Nara di antara 350-500 yen (RM10-15) setiap satu, sedangkan yang ini 3 keping 350 yen. |
Oleh kerana Nara amat sinonim dengan rusa dan kuil, fridge magnet di sini kebanyakannya gambar rusa dan kuil. Ia ditulis Nara dalam tulisan Jepun. Ada sebuah kedai yang menjual fridge magnet dan pada magnet itu bertulis Nara di atasnya dalam huruf rumi, tetapi penjualnya yang berbangsa Turki menyatakan ia dibuat di Turki. Ia cantik tetapi saya hendakkan sesuatu yang berasal dari Nara bukan Turki.
Saya pergi ke beberapa kedai dan memilih fridge magnet yang sesuai. Apabila membungkusnya, saya perhatikan bahwa peniaga di situ membungkusnya dengan amat rapi.
|
Makanan Jepun yang dipamerkan di luar kedai. Tetapi ini hanya replika sahaja. |
|
Kedai Nara biasanya digantungkan tangkal merah di pintu kedai |
Terdapat banyak restoren makanan Jepun di situ. Ada juga makanan India, Itali dan Vietnam. Tapi tiada satu pun kedai halal. Kami hanya melihat dari luar kedai. Contoh makanan yang dijual dipamerkan di luar kedai.
|
Kuih ini sedap. Rasanya macam tepung gomak. Ia dibuat daripada tepung beras dan intinya kacang hitam. |
Kami lalu di sebuah kedai yang menjual kuih. Kami tertarik melihatnya lalu bertanya kepada penjualnya. Dia memberitahu kami (dalam bahasa Inggeris) bahawa kuih itu dibuat daripada tepung beras dan intinya kacang hitam. Ia dijual satu set yang mengandungi 10 biji kuih. Oleh kerana kami tidak tahu rasanya, dia suruh kami mencubanya dengan membeli satu. Lalu kami cuba. Rasanya sedap. Rasanya hampir sama dengan tepung gomak.
|
Papantanda kedai ini terdapat di hadapan stesen Kintetsu Nara |
|
Wanita Nara berpayung dan berpakaian elegan pada musim panas |
Apabila penduduk tempatan di sini nampak kami mereka menegur dengan ucapan "Koniciwa". Kamipun jawab,
"Kau ni kecewa?" "Koniciwa."
|
Cafe ini ala Inggeris |
Waktu Malam di Nara
Apabila petang kami pulang ke rumah, memasak, makan, mandi, solat dan berehat.
|
Lambang rusa terukir pada siling pusat membeli-belah di Nara |
|
Papantanda sebuah kedai kek |
|
Ais Batu Campur Nara. Jangan tertipu, ini hanya replika sahaja. |
|
Beginilah waktu malam di pekan Nara pada Musim Panas. Kedainya tutup awal iaitu pukul 8 malam. |
Rakyat msia yang berbangsa mealyu ada sebahagianya beragama Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup ISlam yang sebenar. Kes rompakan sana sini walaupun sudah di pasang security..jika d tinggalkan kedai tidak bertuan dan biar tabung bersepah di jalan seperti di Nara..mmg cari nahas. Jepeun mmg terpuji dengan akhlak dan nilai sosial yg tinggi. Sangat berdisiplin dari semua segi. Prof!..i like Japanese Man...JM mau kahwin dengan mereka boleh...ahahah..mcm minta kebenaran dari mak mak pulak
BalasPadamJari Manis,
PadamSelamat berpuasa :).
Betul tu Jari Manis. Sikap buruk orang kita membuatkan orang bukan Islam sangka Islam tak bagus. Sebenarnya sikap terpuji orang Jepun ini telah lama diterapkan dalam Islam. Tetapi ramai yang tak ambil peduli dan malahan ingkar. Kalau kita bersikap baik, tentu ia jadi teladan dan merupakan dakwah kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam.
Boleh JM, kalau berkenan dengan lelaki Jepun apa salahnya. Bertambahlah umat Islam.
Selamat berpuasa buat NA sekeluarga...
BalasPadamDi Jepun memang banyak tempat membeli-belah yang terletak diantara dua bangunan, di atasnya dibumbungkan, di panggil sunroad atau dalam Nihongo, sanrodo.
Orang Jepun memang sangat tera dalam membuat replika makanan. Kalau tak salah saya di Tokyo ada satu pusat menjual barang seperti ini serta keperluan dapur yang lain.
Disiplin yang tinggi , kejujuran dan kebersihan adalah ciri-ciri untuk jadi negara maju. Kenapa susah sangat nak praktik kat tempat kita...
Selamat berpuasa kepada Mie dan keluarga. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas-lepas.
PadamOh sunroad = sanrodo namanya. Terima kasih bagi info berguna ni. Seronok berjalan di bawah sanrodo tu, sebab lebih sejuk.
Saya perasan dalam Nihongo, banyak perkataan Inggeris yang dijadikan Nihongo
Negara-negara lain seperti Malaysia dan Vietnampun dah mula tiru Jepun yang letakkan replika makanan di luar kedai. Agaknya makanan tiruan yang dijual di Malaysia dibeli dari Tokyo.
Bagaimanakah kita akan menjadi negara maju menjelang 2020 sedangkan sikap, kejujuran, kebersihan dan alam sekitar kita masih di takuk lama malahan ada yang semakin punah?
Tuan disebelah pun boleh hilang inikan pula jika tidak bertuan.Belum sampai seminit saya rasanya semua barang sudah hilang jika peniaga di Malaysia praktikan cara begitu.
BalasPadamSaya pun kesal dengan sikap orang kita yang begitu. Itulah sebabnya hukum hudud patut dilaksanakan.
PadamSelamat berpuasa....menarik cerita anda ....entah bila Malaysia boleh mencapai ke tahap seperti negara Jepun.
BalasPadamSelamat berpuasa Muhammad Khairuddin.
PadamNegara kita tak akan mencapai tahap negara maju selagi kita tidak berubah dari sekarang. Kita perlu didik masyarakat kita dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi.
Wah murah 50% kalo beli sayur semalam?untung sngat dah tu....dah la segar bugar rupa sayur dia...memang terbaiklah....replika makanan tu mmg pimana-mana kedai majoriti ada gitu kan...dah la mcm real habes...hehehe menarik....
BalasPadamBudaya pandang ke timur dah lama diwar-warkan sejak zaman Tun M lagi...tapi entah la di mana silapnyaaa.... =(
Selamat berpuasa DJ.
PadamSelagi boleh berjimat kita berjimat.
Replika makanan tu salah satu strategi menarik pelanggan. Tapi adakah yang dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan itu hasilnya sama macam replika?
Tinggal 6 tahun sahaja lagi kita akan berada di 2020, tapi adakah kita akan mencapai tahap negara maju dengan mempunyai nilai-nilai murni?
Salam kak
Padamhehehe sekali lagi buat wawasan 4040 pulak, tak dapat kot hehehe
kita ni islam ada nur keimanan , tapi nilai2 murni agak kurang, depa jepun dan barat sebaliknya, tiada cahaya keimanan , tapi nilai2 murni mereka sangat tinggi.
Mcm kak yang pernah menetap dan berkelana kat luar negara, pasti rasa kenapa mereka boleh , kat tanah melayu , mana silapnya .....
Adakah sistem pendidikan kita ada kelemahan atau ada kesilapan dalam masyarakat kita hari ini menyebabkan semakin terhakis nilai2 murni dalam kehidupan kita berbanding dulu2 zaman atuk-nenek kita yang mana semua nilai2 murni2 tu sentiasa ditekankan dan dipraktikkan .
Assalam Rezeki,
PadamSaya pun tak faham kenapa masyarakat kita jadi begini. Mungkin salah asuhan? Mungkin kelemahan sistem pendidikan kita yang berorientasikan peperiksaan? Mungkin salah pemimpin?
Semasa tinggal di Amerika, saya sangat kagum dengan sikap-sikap orang Amerika yang peramah, perniagaan yang mementingkan kepuasan pelanggan, sistem perbankan yang bagus, sistem jalan raya yang baik, PR yang bagus dan macam-macam lagi. Contohnya: apabila kita melalui bangunan berpintu, orang yang di hadapan kita akan membukanya untuk kita. Apabila kita membeli di kedai, peniaga pasti bertanyakan khabar kita dengan tersenyum dan pasti mengucapkan kebahagiaan kita dan terima kasih. Sejak dari kindergarten cikgunya mengajar murid-murid beratur, makan sayur-sayuran dan macam-macam lagi nilai-nilai murni. Apabila saya balik Malaysia, saya mendapat cultural shock kerana amalan murni itu amat kurang dalam masyarakat kita.
Semua bersih dan teratur, menunjukan Jepun adalah negara Maju. banyak hal positif dari Jepun untuk dijadikan pelajaran bagi Kita rupanya Bu Naramas.
BalasPadamYa, Mas Gunandi, kita patut contohi amalan dan sikap positif mereka. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Padamsalam ramadhan dan selamat bepuasa sis..
BalasPadambest baca entry kembara di jepun ni..
ptama kali saya baca kdai letak barang diluar just sdiakan duit..nampak akhlak
di jepun ...kalau di negara sendiri.. jawapnya barang hilap..tabung pun lebur.. kalau nak aplikasi kat malaysia agaknya lambat lg la... yg kedai sayur tu dah mcm kdai kraff pandai peniaga nak tarik pembeli cantik dekorasinya..kat malaysia saya pnah jmpa stu kdai mcm tu tapi utk syur organik.. brangan pun agak mahai la.. tapi bgusla saya suka kdai tu ada konsep sendiri ,, menarik :)
Selamat menyambut Ramadhan Bro Sobri. Semoga Ramadhan ini lebih baik daripada yang lepas.
PadamBetul tu, di Malaysia kita belum boleh buat cara jual-beli macam ini ~ main letak tabung duit di luar kedai. Bagaimana kalau kita cuba? Kalau hilang, kita redha je...niat sedekah je. Lama-lama mungkin masyarakat kita boleh faham dan lepas tu masyarakat kita pun tak curi atau tak bayar.
Kita boleh tiru dekorasi kreatif untuk kedai sayur tu. Mungkin lebih menarik pelanggan.
salam ramadhan dan selamat berpuasa sis..
BalasPadammenarik betul entry ni..sdikit sbayak dpat tahu bdaya kat negara lain..
memng betul disiplin ngara jepun tinggi contohnya naik bas dan bniaga siap boleh ambik sendiri..
tanpa risau ketidakjujuran atau kcurian.. sifat yg kita hrus cotohi..lg satu suka konsep kedai sayur tu.. cantik mesti yg masuk pun teruja.. :)
Semasa saya tinggal di Amerika dulu, mereka pun buat sistem jual-beli main letak di kaki lima je, tapi mereka hanya jual surat khabar. Surat khabar itu diletakkan dalam satu peti di kaki lima jalan, tak ada penjual di situ, surat khabar boleh diambil oleh sesiapa saja dan bayarannya dimasukkan di dalam slot tepi peti itu.
PadamJepun pun begitu, berdisiplin ketika menaiki bas dan jujur.
Mula-mula saya tak perasan itu kedai sayur, ingatkan kedai kraf, sehinggalah anak saya yang beritahu.
Baca kisah Nara nih
BalasPadamterus mengimbau pengalaman kami tempohari
tenang sungguh cara cerita prof disini...
saya baca je ...nak drop komen tak sangat sebab bahasa saya tunggang langgang..
heheh
Salam ramadhan
Selamat berpuasa.
PadamAnash ni Tansree Coco kan? Ni mesti trip ke Jepun dengan geng Kaki Jalan, Kaki Berangan, Janggeltrekker... Saya dah tengok Tansree Coco bergumbira dan bergaya habis di sana dalam blog depa. Yang paling saya ingat ialah kasut boot tumit tinggi dengan coat hijau posing depan Osaka Castle...retis habis... :)
heheh...
Padamok,,tengah termalu-malu nih...
iya..itu saya..tapi di luar blog...saya tak pakai kasut gitu..kiki
gara-gara mereka yang meng'groom'kan saya..pasrah je la..
hahahah..
teruskan berkarya prof. mmg best sbnr baca info sini. gambar pun 'tajam' (sharp?)
Apa nak malunya Tansree, ok apa?
PadamTerima kasih Tansree sebab bagi perangsang pada saya berkarya. Terima kasih kerana meninggalkan komen :)
Selamat berpuasa prof..konsep meniaga tinggal barang dan customer sendiri byr tu ada jugak berlaku kat pasar ramadhan kepala batas..mak saya lah citer..bila masuk Asar semua org ke masjid sebelah pasar tu..makanan jualan semua ditinggalkan dan diletak tanda harga..orang yg tinggal adalah perempuan yang uzur dalam 3-4 org gitu. Mak sayapun beli dan letak duit dalam tempat duit yang disediakan. Kagum saya dgr mak saya cter.
BalasPadam1 day impian saya nak bukak cafe tercapai..saya nak deco kat depan cafe saya mcm gambar prof snap tu..hehe..mesti org tertarik nak masuk
Selamat berpuasa Zila.
PadamBaguslah kalau di Kepala Batas dah mula buat begitu. Mulakan dengan bulan Ramadhan, lepas tu teruskan ke bulan Syawal, lama-lama boleh buat setiap hari.
Saya pun ada perasan sebuah gerai Pasar Malam dekat rumah saya di Bayan Lepas. Dia jual brooch, pin, sikat, beg dan macam-macam jenis manik urai. Setiap kali masuk waktu maghrib, peniaga itu berhenti berniaga sekejap untuk solat. Gerainya dibiarkan begitu sahaja dengan terdedah, tanpa sesiapa menjaganya, orang ramai lalu-lalang, tapi tak seorangpun curi barang jualannya. Mungkin kita boleh didik masyarakat kita dengan cara ini, sedikit demi sedikit.
Oh cafe yang English Country style tu ke? Menarik! Kalau dah buka, saya nak datang minumlah. Mesti sedap. Zila kan pandai masak. Saya pun dulu selalu berangan macam tu...nak buka kedai kraflah, kedai keklah...he he he...
Salam Kak NA
BalasPadamSelamat menunaikan Ibadah Puasa! Entah bila kita boleh sembang2 kat kedai mamak lagi kan.
Saya suka jenjalan kat pasar di Jepun tu sebab nampak kemas dan teratur. Lepas tu boleh jumpa macam2 benda pelik juga :)
Assalam Ren,
PadamSelamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas-lepas. Ya, bila lagi kita boleh sembang dan makan roti bakar telur goyang lagi? Mai la Penang lagi...
Seronok, kan jenjalan di Jepun. Saya banyak rujuk pada blog Ren sebelum ke Jepun ni...Terima kasih bagi idea pada saya.
Hehehe insyaAllah kak NA kami akan terjah penang lagi dalam masa terdekat hehhe. Harap2 dapat la duduk kedai mamak sambil makan roti telur goyang lagi!
PadamTerharu pulak blog saya jadi rujukan hehehe. Alhamdulillah mana yang baik tu bolehla di ambil, yg buruk ditinggalkan kekeke ;)
Khabaq mai, bila mau mai Penang. Kita jumpa lagi, sembang-sembang, pekena makanan yang sempoi-sempoi, sedap-sedap punya.
PadamYa, saya rujuk banyak kali blog Ren. Ren cadangkan supaya pergi ke Naramachi, jadi akak pun ikut cadangan Ren tu. Ce tengok entri yang lepas, pasal Naramachi, kan. Jadi akak dah tolong cover tempat yang Ren tak pergi :)
kemasnyaaa tempat ni. kedai jual buah and sayur pun cantik..
BalasPadambagusnya budaya diorang ni. sayur tak habis jual semalam dijual dengan harga half price.
beratur naik bus.. alahai adab yang mengagumkan. kita budaya yang baik baik tanak pulak ikut apply kat negara sendiri..
BTW selamat menyambut ramadhan akak :D
CT Humairah,
PadamSelamat menyambut Ramadhan, semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Makan apa berbuka petang ni?
Sayur semalam yang saya beli tu, ok je. Kami masak, habis dimakan. Tak sakit pun. Jom kita ikut amalan baik-baik orang Jepun.
Comel betul kasut jepun tu... nak buat souvenir pon mesti mahal tu prof.. bnyk ke shopping hari tu prof? he..he.. tp kedai makan jepun saya observe mmg suka buat replika makanan gitu.. even dkt Msia pon...
BalasPadamBoleh tahan mahal selipar Jepun tu, kalau 1590 yen tu lebih kurang RM50.00. Saya tak banyak shopping di sana, cuma beli fridge magnet 3 ketul, buku second hand dan sayur untuk masak di sana.
PadamYalah, replika makanan tu dah berjangkit sampai ke Malaysia.
Selamat berpuasa Kak NA.
BalasPadamMasa kat Osaka haritu pun dapat tau yang orang Jepun kalau boleh nak habiskan jualan haritu juga. Sebab diorang nak kekalkan kesegaran bahan jualan. Tapi kalau sayur semalam tu still segar, orang Msia memang rembat je. Japanese je kot jarang nak beli kan. Best lah ada adegan masak memasak. Meal lengkap lak tu. Kitorang haritu masak megi jelah selalu. And nasi bila rajin hihi.
Suka tengok bandar Nara ni. Serba serbi klasik. And paling suka bila akak tunjuk sign no smoking tu. Berdisiplin sungguh kan diorang ni.
Selamat berpuasa Bibie.
PadamOrang di negara maju selalu begitu, sayur atau roti dijual untuk satu hari je...tiap-tiap hari tukar yang baru...kalau yang semalam punya, dia buang atau bagi percuma pada sesiapa yang nak. Saya yang ciput ni, jualan semalam tapi masih elok, rembat je.
Memasak sikit-sikit je Bibie sebab susah nak dapat makanan halal di Nara.
Tanda "NO SMOKING" atas kaki lima memang tak pernah saya tengok sebelum ini. Jepun memang 'smart".
Amalan terbaekkkkk...dirujuk dan jika dipraktikkan akan menambah perkasa harga sebuah bangsa!
BalasPadamBoleh diimplementasikan di tanahair sendiri :)
PadamProf pi musim panas. Saya pi waktu sejuk. Nak tgk apa bezanya nanti.
BalasPadamPasti banyak bezanya. Nak juga tahu....nanti ceritakan dalam blog Encik ya...
Padam