Dalam entri saya yang terakhir dalam siri kembara saya di Cyprus ini saya ingin ceritakan satu daripada barang kenang-kenangan yang saya beli di Cyprus. Sebenarnya ada barang-barang lain yang saya beli seperti beg, mug, kipas, penyangkut kunci dan tempat letak nota/bil tetapi saya lebih berminat untuk menulis tentang fridge magnet kerana ramai blogger yang gemar mengumpul fridge magnet.
Di Cypruslah saya mula menanam minat mengumpul fridge magnet. Fridge Magnet dari Cyprus mempunyai keunikan dan seni yang tersendiri. Pada permulaannya saya membeli fridge magnet Cyprus ini kerana kawan-kawan saya meminta saya membelikan untuk mereka.
Di Cyprus, saya ke kedai cendermata yang berdekatan dengan hotel penginapan saya. Saya dapati banyak yang cantik dan unik. Saya beli banyak untuk kawan-kawan saya. Kerana keunikannya saya juga turut membelikan untuk diri saya. Sejak itu saya mula menanam minat menjadi pengumpul fridge magnet.
Lihatlah antara fridge magnet Cyprus yang menjadi kegemaran saya.
Di Cypruslah saya mula menanam minat mengumpul fridge magnet. Fridge Magnet dari Cyprus mempunyai keunikan dan seni yang tersendiri. Pada permulaannya saya membeli fridge magnet Cyprus ini kerana kawan-kawan saya meminta saya membelikan untuk mereka.
Di Cyprus, saya ke kedai cendermata yang berdekatan dengan hotel penginapan saya. Saya dapati banyak yang cantik dan unik. Saya beli banyak untuk kawan-kawan saya. Kerana keunikannya saya juga turut membelikan untuk diri saya. Sejak itu saya mula menanam minat menjadi pengumpul fridge magnet.
Lihatlah antara fridge magnet Cyprus yang menjadi kegemaran saya.
Fridge magnet berbentuk pasu iaitu kraftangan orang Cyprus |
Oleh kerana Cyprus adalah sebuah pulau yang terletak di Laut Mediterranean maka fridge magnetnya dibuat bagi menggambarkan suasana pulau, lautan dan karakter Cyprus. Fridge magnet yang di atas ini dibentukkan menjadi pasu. Perusahaan pasu (tembikar) adalah perusahaan kraftangan yang penting di Cyprus. Villa-villa indah tepi pantai, burung-burung laut dan kapal-kapal berlayar terserlah pada fridge magnet berbentuk tembikar ini.
Peta Cyprus sering dibadikan sebagaimana yang terlihat pada fridge magnet yang kedua dan ketiga. Fridge magnet ini dibuat daripada polyresin dan batu.
Fridge magnet yang paling kanan mengabadikan Kota/Kubu Pafos yang telah diiktirafkan oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia. Ia dibuat berbentuk pasu terracotta yang digunakan untuk menyimpan wain. Cyprus terkenal sebagai tempat penanaman anggur dan pengeluaran wain sejak berabad-abad lamanya. Fridge magnet ini dibuat daripada campuran terracotta dan batu.
Frdige magnet yang menggambarkan peta Cyprus dan runtuhan bangunan purba |
Fridge magnet yang kiri ini pula dibuat dalam bentuk pinggan seramik yang kecil dan mengabadikan peta pulau Cyprus. Ia dibuat daripada seramik yang licin dan berkilat.
Manakala fridge magnet yang paling kanan pula mengabadikan bangunan-bangunan purba yang menjadi tarikan pelancong ke Cyprus. Apabila disentuh terasa lorekan batu-bata bangunan ini, kerana ia dibuatkan timbul (3 Dimensi). Taman-taman bunga juga kelihatan pada fridge magnet ini. Fridge magnet ini dibuat daripada batu.
Harga setiap fridge magnet ini adalah di antara RM8.00 hingga RM10.00.
Matawang Euro digunakan di sini.
Salam perkenalan puan( sy x pasti nak panggil apa) ...memang cantik dan unik fridge magnet tu....
BalasPadamPu Trimaryam Ali,
PadamSelamat berkenalan. Pu Trimaryam pun minat fridge magnet macam saya? Fridge magnet dari Cyprus memang lain daripada yang lain. Sebelum ini saya bukanlah pengumpul FM, tapi bermula dari penemuan FM yang unik ini membuatkan saya menjadi pengumpul FM tegar :)
panggil putri je puan...a'ah, sy pun baru nak buat koleksi fridge magnet ni...
PadamSeronok kan kumpul fridge magnet ni. Macam-macam bentuk dan warna yang boleh kita lihat.
PadamProf saya pun gemar mengumpul fridge magnet.. tp yg dlm gambar Prof ini mmg lain dari yg lain. Err sy belum pernah sampai Cyprus.
BalasPadamHafsah,
PadamKeunikan fridge magnet Cyprus inilah yang membuatkan hati saya tertambat dan mula menjadi pengumpul fridge magnet.
Benda wajib beli kalau pi oversea mesti fm la
BalasPadamYg lain mmg tak kisah pun heheheheh
Lagipun ringan dan murah
Saya peminat tegar fm
Saya pun dah jadi peminat tegar fm macam Wan Zainiyah, mesti beli kalau melawat ke tempat baru, sampai penuh peti sejuk saya :D
Padam