Masih lagi di selatan Cyprus. Bas mini yang saya naiki membawa saya ke kampung lain pula.
Waktu sudah tengahari. Bas itu singgah di sebuah kafe tepi pantai yang indah. Kafe itu juga ada jual cenderamata. Saya cuma jamu mata sahaja.
Matahari sangat terik. Tekak saya terasa sangat kering. Saya duduk minum di kafe tepi pantai itu. Saya duduk di tepi tingkap. Saya nampak sebuah patung bogel berdiri dengan gaya seksi di luar tingkap kafe, menghadap laut. Patung Dewi Cinta, agaknya?
Dari tingkap kafe itu saya dapat lihat pantai yang indah. Bak lukisan indahnya. Nama pantai itu ialah Petra tou Romiou. Ia juga tidak jauh dari Pafos iaitu sebuah lagi kota tepi pantai yang bakal saya lawati. Petra tou Romiou ini 25 km dari timur Pafos.
Waktu sudah tengahari. Bas itu singgah di sebuah kafe tepi pantai yang indah. Kafe itu juga ada jual cenderamata. Saya cuma jamu mata sahaja.
Cafe tepi pantai Petra tou Romiou |
Matahari sangat terik. Tekak saya terasa sangat kering. Saya duduk minum di kafe tepi pantai itu. Saya duduk di tepi tingkap. Saya nampak sebuah patung bogel berdiri dengan gaya seksi di luar tingkap kafe, menghadap laut. Patung Dewi Cinta, agaknya?
Dari tingkap kafe itu saya dapat lihat pantai yang indah. Bak lukisan indahnya. Nama pantai itu ialah Petra tou Romiou. Ia juga tidak jauh dari Pafos iaitu sebuah lagi kota tepi pantai yang bakal saya lawati. Petra tou Romiou ini 25 km dari timur Pafos.
Setelah minum secawan teh, saya pergi ke belakang kafe dan memasuki taman-taman yang ada di situ. Cantik!
Petra tou Romiou ~ tempat kelahiran Aphrodite dari jarak atas bukit |
Saya berjalan lagi ke belakang taman. Saya berada di atas tanah tinggi. Dari tanah tinggi ini saya lihat laut Mediterranean yang terbentang luas. Tiga buah bongkah batu kapur kelihatan hampir dengan pantai. Ia terbentuk hasil daripada hakisan air laut. Amat indah. Bagaikan berada di alam fantasi, itulah perasaan saya.
Lazimnya, apabila sesuatu tempat itu terlalu indah, maka timbulah berbagai-bagai kepercayaan.
Inilah tempat kelahiran Aphrodite ~ Dewi Cinta dan Kecantikan ~ dalam jarak dekat |
Menurut kepercayaan penduduk di sini, itulah tempat kelahiran Dewi Cinta dan Kecantikan yang bernama Aphrodite. Dewi Cinta dan Kecantikan ini muncul dari buih air laut Mediterranean ini dalam keadaan berbogel.
Aphrodite hanyalah mitos, bukannya sejarah yang benar-benar berlaku, namun kepercayaan kepadanya amat kuat. Sehingga kini tempat ini dianggap keramat. Ada yang mempercayai bahawa untuk seseorang itu kelihatan sepuluh tahun muda dan cantik dia mestilah mandi di sini. Caranya dia mestilah mandi bogel, di tengah-tengah malam, hari Jumaat, 13 haribulan. (Hee ... Seramnya, macam dalam filem Friday the 13th lah pulak). Orang Indonesia kata malam Jumaat kliwon?
Sebuah gambar lukisan tentang seorang wanita mandi di laut Petra tou Romiou. Sumber: camphalfblood.wikia.com |
Gambar wanita mandi bogel di laut Petra tou Romiou |
Patung Aphrodite di laman cafe. Patung dewi ini diabadikan pada kotak makanan. |
Oleh kerana kepercayaan dan mitos yang kuat terhadap Aphrodite kebanyakan tempat-tempat perniagaan diberi nama sempena nama Dewi Cinta dan Kecantikan ini. Sehinggakan patung Dewi Cinta ini diabadikan di hadapan kafe ini. Kotak bungkusan makananpun gambar Dewi ini.
Organisasi Pelancongan Cyprus juga menggunakan mitos ini di setiap kawasan pelancongan termasuklah di muzium, tapak arkelogi dan taman.
Aphrodite juga adalah lambang kesuburan wanita kerana dia ada anak hasil perkahwinannya dengan Dewa Dionysus. Aphrodite juga adalah penjaga laut dan penjaga kesuburan pertanian. Jadi nelayan dan petani berharap sangat pada Dewi ini.
Berbalik pula kepada mandi bogel malam Jumaat di Petra tou Romiou. Dalam Islam, kalau kita percaya bahawa dengan mandi bogel di malam Jumaat kliwon boleh awet muda, ini dipanggil khurafat.
Barulah saya tahu bahawa ramai orang Cyprus percaya kepada khurafat. Kepercayaan khurafat ini terlihat juga pada pohon-pohon yang terdapat di sekitar Cyprus. Cuba anda renung pokok dalam gambar di bawah ini. Apakah yang boleh anda simpulkan?
Gambar di atas ini aku ambil dalam perjalanan saya ke Pafos. Saya lihat banyak pokok-pokok di sini diikat dengan saputangan pada ranting-rantingnya, dan saputangan itu sudah carik-carik. Pokok-pokok ini pula tidak berjauhan dengan masjid. Cuba tengok gambar kiri, bawah. Ada masjid kan?
Apakah maksud ikatan saputangan pada ranting-ranting pokok ini? Mengapa mereka berbuat demikian?
Orang Cyprus mempercayai bahawa pokok itu keramat. (Mereka itu mungkin termasuk orang Islam kerana pokok ini berdekatan dengan masjid). Mereka percaya sekiranya mereka mengikat saputangan di ranting pokok itu maka penyakit yang dideritai akan sembuh.
Dalam Islam khurafat adalah satu bentuk penyelewengan aqidah. Ia mengalihkan pergantungan manusia daripada Yang Maha Pencipta kepada makhlukNya yang dicipta. Allah menyeru hamba-hambanya bergantung kepada Allah. Firman Allah:
...bersambungBarulah saya tahu bahawa ramai orang Cyprus percaya kepada khurafat. Kepercayaan khurafat ini terlihat juga pada pohon-pohon yang terdapat di sekitar Cyprus. Cuba anda renung pokok dalam gambar di bawah ini. Apakah yang boleh anda simpulkan?
Di pinggir-pinggir jalan saya lihat banyak saputangan diikat pada ranting-ranting pokok. Kelihatan sebuah masjid di tepi jalan (gambar bawah - kiri) |
Gambar di atas ini aku ambil dalam perjalanan saya ke Pafos. Saya lihat banyak pokok-pokok di sini diikat dengan saputangan pada ranting-rantingnya, dan saputangan itu sudah carik-carik. Pokok-pokok ini pula tidak berjauhan dengan masjid. Cuba tengok gambar kiri, bawah. Ada masjid kan?
Apakah maksud ikatan saputangan pada ranting-ranting pokok ini? Mengapa mereka berbuat demikian?
Orang di sini mengikat saputangan pada ranting pokok. Mungkin percaya bahawa dengan berbuat demikian permintaan mereka tercapai? |
Orang Cyprus mempercayai bahawa pokok itu keramat. (Mereka itu mungkin termasuk orang Islam kerana pokok ini berdekatan dengan masjid). Mereka percaya sekiranya mereka mengikat saputangan di ranting pokok itu maka penyakit yang dideritai akan sembuh.
Dalam Islam khurafat adalah satu bentuk penyelewengan aqidah. Ia mengalihkan pergantungan manusia daripada Yang Maha Pencipta kepada makhlukNya yang dicipta. Allah menyeru hamba-hambanya bergantung kepada Allah. Firman Allah:
"Demi jika engkau tanyakan kepada mereka, siapakah yang menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab: (Ialah) Allah. Katakanlah: Adakah kamu lihat, jika Allah menghendaki kemelaratan bagiku, dapatkah tuhan-tuhan (berhala-berhala) yang kamu sembah, selain daripada Allah menghilangkan kemelaratan itu? Atau Allah menghendaki rahmat untukku, dapatkah mereka menahan rahmat itu? Katakanlah: Yang mencukupiku hanya Allah, kepadaNya bertawakkal semua orang yang bertawakkal." (Surah Al-Zumar: 38)Dalam entri yang akan datang saya akan ceritakan lawatan saya ke kota peninggalan Alexander the Great. Ikutlah pengembaraan saya di Cyprus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.