"Tang mana makan sedap kat Penang?" Soalan ini ditanya lagi pada saya. Pada entri lalu saya telah beritahu anda jawapannya. Sila lihat siri lepas di sini. Tapi takkan itu sahaja, kan. Katakan Penang ini "syurga makanan", mestilah ada banyak lagi tempat makan sedap, kan?
Kali ini saya tambah lagi tempat makan sedap kat Penang. Sebabnya ada berlambak!
1. Penang Char Koay Teow
Penang terkenal dengan Koay Teow. Tak sah kalau saya tidak senaraikan Char Koay Teow dalam blog ini. Ramai juga pembaca blog ini yang tanya saya, "Koay Teow, tang mana yang sedap?"
Ini jawapanya: Ada banyak, tak tau nak habaq, tetapi saya cadangkan TIGA (3) tempat ini, sebab rasanya...Pergh!!! Ho Liao!
a) Bob Char Keow Teow dan Koew Teow Kerang, di Jalan Akuarium, Gelugor
Koew Teow Kerang yang dimasak Bob, harga RM3.00 |
Koew Teow Kerang masakan Bob ialah koew teow yang digoreng kering dan diletakkan tauge, kucai, telur, kerang dan kicap serta ramuan lain yang Bob sahaja yang tahu. Memang ho liao! Makan pula panas-panas. Memang meleleh ayak lioq!
Senyum saja bila kami tangkap gambar Bob tengah goreng Koew Teow |
b) An Penang Char Koay Teow, di Gelugor
An Penang Char Koay Teow ini pun sedap...malahan yang paling paling saya suka ..... Tabik spring kat An!!!
An Penang Char Koay Teow mengandungi koay teow, tauge, kucai, udang dan anda boleh pilih untuk digoreng basah atau kering. Hampa mintaklah yang special.
"Bro, kasi Char Koew Teow Special punya, teluq mata kerebau taghoh ataih!"
Char Koay Teow Special - RM6.00 |
Koay Teow Udang RM3.50 |
Bila hampa pekena panas-panas PERGHH! KAW KAW punya! Mak mertua lalupun hampa tak nampak!
Gerai ini dibuka selepas 10.00 malam. Letaknya di Gelugor juga. Tidak berjauhan dengan Jalan Akuarium tadi. Ia terletak di antara Tokong Hindu dan Masjid Jamek Sungai Gelugor. Amat mudah dilihat dari jalanraya (Jalan Sultan Azlan Shah).
c) Mady Penang Char Koay Teow, di Batu Feringghi
Kalau anda ke Batu Feringghi pada waktu malam carilah gerai Mady Penang Char Koay Teow. Keow Teow Mady pun sedap juga. Letaknya gerai Mady ini ialah sebelum memasuki kawasan pasar malam Batu Feringghi yang berdekatan dengan The Ship - Steak House. Sebelum anda sampai ke kawasan Pasar Malam dan The Ship ini, sekiranya anda datang dari Tanjung (atau Georgetown), anda pasti nampak setesen Petronas di sebelah kiri, tetapi sebelum anda melepasi Petronas, masuklah ke lorong kiri untuk ke gerai Mady.
Bila disebut Char Koay Teow, ini bermakna ia digoreng basah dan berkuah. Ini istilah orang Melayu di sini. Tapi walaubagaimanapun boleh juga minta digoreng kering tanpa kuah. Harganya di antara RM3.50-4.00.
2. Makanan Thai
a) Somtam, Khenom Chiin, Ruam Mit dan Khao Nyiaow Ma Muang di Tesco Sungai Dua (sebelah USM)
Bagi anda yang suka makan makanan Thai yang authentic datanglah ke gerai yang menjual makanan Thai ini di food court Tesco Sungai Dua (bersebelahan dengan USM). Dimasak oleh orang Siam. Halal.
Orderlah Somtam. Somtam iaitu sejenis salad atau Kerabu Thai. Dan-dan tu jugak depa buat. Depa orang Siam. Mai dari Yala. Cakappun Siam. Tapi cakap Melayupun depa boleh.
Orderlah Somtam. Somtam iaitu sejenis salad atau Kerabu Thai. Dan-dan tu jugak depa buat. Depa orang Siam. Mai dari Yala. Cakappun Siam. Tapi cakap Melayupun depa boleh.
Somtam mengandungi hirisan betik muda, kacang panjang, lobak merah, tomato, mangga, kacang tanah, udang kering, perahan limau nipis, sos ikan, bawang putih dan cili padi. Rasanya: Masam-manis-pedas, betiknya rangup...Mmm...exotic!
Kemudian pesan juga Khenom Chiin iaitu bihun berkuah lemak bercampur ikan kisar serta daun selasih. Macam laksa. Bila bihun dan kuahnya masuk tekak: Pergh!! Lazat! Boleh juga makan Somtam tadi dengan Khenom Chiin ....pergh...pure heaven!
Lengkapi hidangan anda dengan pembasuh mulut yang dipanggil Ruam Mit iaitu campuran sengkuang cina, buah nipah, cendol, lengkung, santan dan ketulan ais. Rasanya: Perghh!!! Sempoi!
Khao Nyiaow Ma Muang, RM5.00 |
Kalau suka pulut dan mangga, orderlah Khao Nyiaow Ma Muang. Ia dibuat daripada pulut yang dikukus, dicampur gula, hirisan mangga masak yang segar dan dituang dengan santan pekat bergaram. Rasanya lemak berkrim mmmmm!!!! Sempoi habis!
b) Pak Hussin Tomyam, di Sungai Ara
Makanlah Tomyam Udang atau Tomyam Campur bersama dengan nasi putih di Pak Hussin Tomyam. Rasa dia mmmm....ADA KICK!
Selain itu anda boleh menikmati masakan Thai yang lain seperti Siakap Tiga Rasa, Ayam Pakapauu, Nasi Goreng Ayam Masak Pedas, Kerabu Mangga, Nasi Padprik, Nasi Pattaya dan macam-macam lagi. Anda boleh order berasingan atau set.
Tempat makan ini letaknya di sudut Jalan Bayan dan Lorong Sungai Ara, Kampong Tersusun Sungai Ara.
Pak Hussin Tomyam di sudut Jalan Bayan dan Lorong Sungai Ara |
Tempat makan ini letaknya di sudut Jalan Bayan dan Lorong Sungai Ara, Kampong Tersusun Sungai Ara.
3. Nasi Lemuni
a) Nasi Lemuni, di Astaka Bukit Jambul
Dapatkan Nasi Lemuni sedap untuk sarapan pagi di Astaka Bukit Jambul yang letaknya di belakang Hotel Vistana dan bersebelahan dengan Restoren Kayu Nasi Kandar. Jangan datang pada hari Isnin kerana ia ditutup.
b) Nasi Lemuni, di Astaka Taman Tun Sardon
Untuk Nasi Lemuni yang dibungkus dengan daun pisang datanglah ke Astaka Taman Tun Sardon bersebelahan pasar, pada waktu pagi/sarapan.
Di Astaka ini ada macam-macam makanan dan kuih-muih untuk sarapan. Ada nasi goreng, nasi lemak, roti canai, capati, mee goreng, koew teow goreng, apom, moi, mee sup dan macam-macam lagilah. Sambil makan anda boleh mendengar nyanyian "live" dari penyanyi golongan istimewa yang mempunyai suara yang merdu dan nyaring. Belilah hasil anyaman mereka atau hulurkan sumbangan.
Di Astaka ini ada macam-macam makanan dan kuih-muih untuk sarapan. Ada nasi goreng, nasi lemak, roti canai, capati, mee goreng, koew teow goreng, apom, moi, mee sup dan macam-macam lagilah. Sambil makan anda boleh mendengar nyanyian "live" dari penyanyi golongan istimewa yang mempunyai suara yang merdu dan nyaring. Belilah hasil anyaman mereka atau hulurkan sumbangan.
Golongan Istimewa yang menghiburkan pengunjung Astaka Taman Tun Sardon |
4. Laksa
Laksa pun terkenal di Penang. Tak sah kalau saya tak senaraikan laksa dalam blog saya ni.
a) Laksa Janggus, di Kampung Perlis, Balik Pulau
Gerai Laksa Janggus letaknya di halaman rumah kampung |
Untuk menikmati laksa yang sedap di Penang ini, pergilah ke Kampung Perlis, Balik Pulau. Di sini ada gerai yang menjual laksa yang dikenali dengan Laksa Janggus.
Ramai orang beratur untuk membeli dan membayar Laksa Janggus |
Ketika saya pergi baru-baru ini iaitu pada pukul 5.30 petang, hari Khamis, orang ramai di situ sedang makan. Kemudian saya pergi hari Ahad, 5.00 petang...mak oii...lagi ramai orang. Di sini juga ada jual pisang goreng...nak beli pisang goreng ni pun kena beratur panjang.
Gerai laksa ini di halaman rumah dan asalnya ia dijual di bawah pokok janggus.
Laksa Janggus, resepi istimewa - RM3.50 semangkuk |
Rasa laksa ini memang sedap, kaw kaw punya! Tak tau nak habaq macam mana sedapnya...hampa kena pi sendiri...try sendiri...baru tau!
5. Nasi Kandar
Nasi Kandar berasal dari Penang. Cukup terkenal. Asalnya ia dijual secara berkandar. Itu sebab ia dipanggil Nasi Kandar atau Nasi Kandaq mengikut loghat Penang.
a) Nasi Kandar Subaidah, di USM
Beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Kandar Subdaidah USM. Tengok beratur sampai dua barisan. |
Di dalam kampus USM ada sebuah restoren Nasi Kandaq iaitu Nai Kandar Subaidah. Kalau anda datang tengahari, memang ramai sangat orang beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Kandaq.
Nasi Kandaq, lauk ikan keli dan gulai timun, kuah campur - RM3.50 |
Macam-macam pilihan lauk Nasi Kandaq ada di sini seperti daging, ayam goreng, ikan, kambing, kobis, bayam, terung, timun dan macam-macam lagi.
Restoren ini mempunyai bentuk yang menarik dan bersih. Ia ada dua tingkat. Di bahagian atas, bentuknya seperti sebuah cafe atau Bistro, dipanggil Subaidah Bistro.
b) Nasi Kandar Kampong Melayu, di Flat Kampong Melayu Air Itam
Nasi Kandaq Kampong Melayu ini amat popular di kalangan penduduk tempatan. Kalau hampa mau pekena sepinggan dua, hampa kena pi pagi-pagi. Kalau hampa pi lambat, hampa melepas.
Nasi Kandaq di sini memang ori! Dimasak oleh tukang masak Penang. Sempoi saja nasi kandaq kat sini! Hampa mintalah yang sempoi-sempoi sudahlah. Macam ni, "Mamu, taruk teluq, daging, bendi, kuah campuq!"
Orang yang bungkus bawa balikpun suka order yang macam ini.
Bila makan, rasanya: Pergh! SEMPOI! Sehingga menjilatjari pinggan :)
Orang...tu dia...punyalah ramai beratuq.. |
Nasi Kandaq di sini memang ori! Dimasak oleh tukang masak Penang. Sempoi saja nasi kandaq kat sini! Hampa mintalah yang sempoi-sempoi sudahlah. Macam ni, "Mamu, taruk teluq, daging, bendi, kuah campuq!"
Orang yang bungkus bawa balikpun suka order yang macam ini.
Bila makan, rasanya: Pergh! SEMPOI! Sehingga menjilat
Nasi Kandaq lauk teluq, daging, bendi dan kuah campuq, RM3.80, Teh Tarik RM1.00 |
Penuh - Orang ramai tak kira bangsa sarapan dengan Nasi Kandaq Kampong Melayu. Ketika ini 9.30 pagi, hari Sabtu. |
Roti canaipun ada |
Nasi Kandaq Kampong Melayu ini letaknya di Flat Kampong Melayu, Air Hitam, tingkat bawah sekali, di kawasan pasar pagi.
Tapi kalau hampa terlepas makan pagi di sini, hampa pilah ke Desa Mawar, Air Hitam. Saya tak pernah pi Desa Mawar. Cuma ada pembaca blog ini yang habaq.
6) Nasi Campur
a) Nasi Campur Man Apom, di Gelugor
Gerai NasiCampur Man Apom biasa-biasa saja, tapi....Perghh! |
Untuk makan tengahari, datanglah makan Nasi Campur Man Apom. Nasi Campur Man Apom ini sudah bertahun-tahun di Gelugor. Gerainya tepi jalan, bawah pokok, depan deretan kedai, berdekatan dengan Pejabat Pos Gelugor. Nampak macam biasa-biasa saja gerai ini. Tapi lauk-pauknya PERGH terbaik, sampai menjilat
Antara menu yang ada untuk makan tengahari di Man Apom |
Lauk-pauknya pelbagai jenis. Antaranya gulai nangka, dalca, gulai daging, daging kurma, ayam goreng, hati ayam goreng, ikan kering goreng, ulam-ulaman, sambal belacan, kelempung goreng, sambal tumis sotong, sambal tumis petai, telur dadar, rendang, sup daging, acar timun, tauge goreng, kobis goreng, pajeri terung, pajeri nenas dan macam-macam lagi. Saya selalu makan di sini.
Man Apom kata, "Tak sedap beritahu kami, sedap beritahulah kawan."
Bangganya ada org dok promosi makanan dr Penang... telioq la dok tengok mcm2 ada. walaupun lbh 20 taun dok merantau di Lembah Kelang, Penang ttp di hati.
BalasPadamJangan dok terlioq terlioq Mohd Nadzir ...mailah pekena, tak kan tak balik Penang kot :)
Padampenang most wanted yoooo....hahaha...terbaekkkkk
Padamnasi lamuni tu memang sedap..tak ada tempat lain jual..
BalasPadamDr Aishah,
PadamDah pernah makan nasi lemuni di sini ke?
Kat sungai pinang astaka taman sri pinang lagi sedap dan murah...tu yang ori dah berbelas tahun diorang meniaga.rm1.20 je pastu nasi jelas nampak kaler dan ada sambal nyuk lagi.
PadamSambal nyuk tu favourite saya :)
PadamYa Allah, somtam dengan pulut mangga tu memanggil2 la!
BalasPadamMailah sini, kali ni kalau datang saya belanja Ren, no worries.
Padamwa wa wa wa wa wa koleksi kew tiau... sedapnyer !!!
BalasPadamZura Lee pun suka koay teow ya...mmm memang sedap.
Padamaduhai prof..terliur saya..slupp. hehe. saya suka makanan negeri saya :)
BalasPadamAduhai Zila, jangan terliur terliur... jom pekena...saya belanja :)
Padampergh prof... terbaekk
BalasPadamTerima kasih Shaza :D
Padampergh... terbaekkkk larh.. lapor char kuey tiow lak
BalasPadamChar Kuey Teow tu mesti! He he he
Padambaru2 ni saya naik jambatan ke2 penang...sampai ke seberang pukul 1.30tgh..saya cari tempat makan yg berhampiran semua tutup....at last saya makan nasi ayam sebelum sampai balik pulau..walaupun tak sedap tapi lapar punya pasal saya telan je...apa2 pun tq for the info.
BalasPadamDi atas pulau, Jambatan ke-2 letaknya di Batu Maung, di situ ada tempat makan sedap - Pen Mutiara, ada saya ceritakan dalam entri "Tang Mana Makan Sedap Kat Penang?" bahagian 1 yang lalu.
Padampenang memang food paradise..tringat dlu2
PadamYa, betul tu Zulhilmi. Tentu Zulhilmi ada kenangan manis di Penang :)
Padamsalam kak Na,saya akan stay di.golden sand shang rila batu feringgi..
BalasPadam1.char k.teow maja tu selepas dr golden sand ker? sebelah kiri atau kanan.sbb sepanjang jalan tu penuh kedai dan pasar malam tak perasan.
2.tempat mee udang teluk kemur tu agak2 dr batu feringgi berapa lama.jauh tak.sbb kami naik teksi dr hotel.
3.mee sotong tu kat mana?
4.selain padang kota lama ada tempat lain macam padang kota lama ke?
5.tak silap saya ada 2 tesco..yg jual somtam ni dekat tesco yg mana ya?
ni kunjungan ke2 saya ke penang.last time x berapa enjoy penang food bcoz x berapa tahu tempat.hopefully tis time nk pegi try semua food.dan this time jugak bring my family from.singapore tubyg nk explore kat penang..haha sori ka na panjang betul cerita n pertanyaan yana.
Salam Yana,
Padam1. Char Koew Teow Madi tu selepas Golden Sand. Sebelah kiri jalan sebelum pasar malam tu. Simpang sebelum Petronas.
2. Teluk Kumbar tu lebih kurang 40-50minit dari Batu Feringghi, bergantung kepada keadaan traffic.
3. Sotong kangkong ada di Jalan Akuarium, Gelugor. Ada juga di Gurney Drive.
4. Selain Padang Kota Lama, ada berdekatan dengan Queensbay Mall, tepi pantai, nampak Jambatan Pulau Pinang, dekat round about. Ada seafood sedap di situ.
5. TESCO sebelah USM ada somtam.
Enjoy!
terima kasih untuk 2 entry makanan kat penang ni...kami 1st time ke penang hujung bulan ni.. harapnya sempat la menyinggah semua tempat yang ada tertulis tu..
BalasPadamMoga Rozita dapat jumpa makanan yang sedap dan sesuai dengan selera.
PadamJuga jangan lupa baca entri saya tentang tempat makan sedap di Penang siri pertama ye.
Assalammualaikum & salam kenal
BalasPadamGood info and good job!
Jom visit blog saya http://sihat-cantikmulus.blogspot.com/
Waalaikumusalam Noorfadzilah.
PadamSelamat berkenalan. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Ya, saya sudah melawat blog Noorfadzilah. Banyak produk kesihatan. Usaha yang baik tu :)
Sedang bercuti disini, tgk blog ni pulak.. Sedapnya .. Terliur tgk semuanya . Huhu...
BalasPadamSelamat bercuti di Pulau Pinang dan selamat menikmati juadah yang pelbagai di sini :)
PadamThank you for sharing.. memang best2 makan kat Penang nie :)
BalasPadamBetul tu. CeritaMama suka makan apa di Penang?
PadamTqs prof..sya gnakn utk rujukan sya ketika bercuti di Penang...mmg mabeles char kuew tiau AN...
BalasPadamOh Mrs Maharis dah cuba makan char koew teow An tu ye! Jadi Mrs pun setuju keo teow tu sedap kan. :)
PadamHujung bulan sebelas nak bercuti d Penang pula..mmg cari tpt mkn sedap2..anak2 mmg kaki mkn..ada cdgan homestay tak kalau ada yg berkolam mandi ok gak..masalahnya kalau dah ada kolam jawab tak berjln la..asyik lyn mereka mandi kolam...
BalasPadamBanyak homestay di Penang ni. Merata-rata. Tak tahu nak cakap yang mana sesuai sebab tak pernah duduk. Homestay yang ada kolam rasanya tak ada. Kalau yang ada kolam tu, tentulah hotel.
PadamKalau di mainland area bandar perda ad homestay yg ada kolam renang.. Area kondo mutiara.. Mudah-mudahan dapat membantu..
Padamnpe pasembur x tersenarai...????
BalasPadampdhl pasembur pown populr gak selain nsik kndr...
Ya, betul tu Nora, pasembur sangat popular. Saya telah ceritakan tentang pasembur dan telah saya senaraikan dalam bahagian pertama: "Tang Mana Makan Sedap Kat Penang".
PadamSila klik
http://nota-kembara.blogspot.com/2013/11/tang-mana-makan-sedap-kat-penang.html
jangan makan pasembor di padang kota lama , cekik darah ..untuk info shaja
BalasPadammemang betoi pun dah kena dah rege main hentam je
Padambetoi tu
PadamSy tambh 2 pinggan mkn char kuey teow mady..orgnya baik..tq bost..suggestion mmg trbaikkk
BalasPadamYa ke Nurul? Mesti sedap.
PadamKat mna keaw tiaw sup bawa jmbtn Antara may bnk dgn stesen bas glugor .ada lg tak. Memg sedap giler
BalasPadamTak pasti yang mana satu yang Not maksudkan...stesen bas Gelugor tu pun sudah tak ada. Adakah May Bank dan "jambatan" yang Not maksudkan itu ialah jejantas di Gelugor?
PadamSaya jadi jeles.. sejeles-jelesnya.. Pernah gi Penang, hanya sekali (backpacker). Tak salah tahun 2008 tapi tak jumpa makanan yang sedap-sedap cam ni. InsyaAllah, ada rezeki akan pergi lagi. Baca isi info blog ni, saya rasa sayu, hiba juga terkesima (saya ni cepat touching kot) bila baca kat Nasi Lemuni (Astaka Taman Tun Sardon). Bukan perasaan tu kat makanan hanya bila lihat ada OKU yang berniaga sambil menghibur.. Rasanya kalau ke Penang, saya nak ke sana buat jejak kuliner di Penang. Backpacker ni susah nak bawa barang banyak, jadi ada niat nak memberi sumbangan saja. Nak tanya sikit, mengapa bila saya makan makanan yang dikatakan sedap, rasanya tidak sedap pada saya?? Biasanya begitulah. Selepas makanan lalu kat anak tekak, tak sedap dah... Apapun, nice info dan baik untuk dibuat rujukan oleh para tourist..
BalasPadamKali ini kalau Syamrin ke Penang bolehlah jejak kuliner dengan menderma sekali.
PadamMengapa makanan itu dikatakan sedap pada orang lain tapi tak sedap pada kita?Jawapannya mudah je: setiap orang mempunyai lidah yang berbeza, tekak yang berbeza, perut yang berbeza, latarbelakang yang berbeza. Jadi yang penting kita cuba dan kalau sesuai dengan citarasa kita, maka bolehlah kita ulangi lagi atau rekemen pada orang lain.
Betul tu, saya setuju.. Janganlah serius sangat,, Saya kata makanan sana tak sedap bila dah lalu kat anak tekak.. hahaha. Memanglah bila dah lalu anak tekak, semua benda jadi tak sedap tanpa rasa kecuali masih di dalam mulut. Maaf ya.. Gurau-gurau sikit.. Memang saya akan kembali lagi ke Penang tetapi tak tahu bila..
PadamOh ya ke? :D Bergurau tak mengapa. Serius sangat pun tak seronok, kan?
PadamWow.. Info yg bagus Tu Prof.. Sy esok balik Penang.. Terliuq pulak post prof pasai makanan Penang.. Nak kena try Nasi kandaq Kampung Melayu.. Tak penah try.. Info terbaik Prof
BalasPadamBoleh pi try. Tapi kena pi pagi-pagi.
PadamWe're from Shahran Corner where it is known as An Char Koey Teow would like to thanks for the post and publisity! We're truly happy to heard your positive comment over us. Do come over here again !;)
BalasPadamMemang saya selalu makan di gerai An :)
PadamSemoga rezeki An bertambah.
mabeles cakotiaw an.. hat ni mmg kelia baq ang..
BalasPadamFatin,
PadamSaya pun suka :)
Boleh cuba apom balik station crispy kat bt fringgi.. Kat sana terdapat 32 rasa pelbagai jenis rambang mata nk pilih.. Kawasan berdepan dgn hotel parkroyal n di bawah jejantas holiday inn.. Sila cuba.. Kalu suka boleh dtg lagi
BalasPadamTerima kasih Siti Norbaiyah atas cadangan itu. Nanti saya cuba, insyaAllah.
Padam