Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 9 September 2016

10 Tempat Makan Sedap di Ipoh

K alau anda ke Ipoh apakah yang ingin anda cari? Limau Bali? Kacang tanah Mengelembu? Gua Batu kapur? Cafe Hipster?

Kalau perut sudah berkeroncong, makanlah yang paling menjadi keutamaan, kan? Tapi yang mana satu yang sedapnya? 

Kali ini saya ingin mengajak anda ke tempat-tempat makan kegemaran saya dan keluarga saya di Ipoh, Perak. Juga, sebagaimana entri-entri tentang tempat makan sedap-sedap yang lepas, saya tidak dibayar atau disogok untuk mengiklankan tempat-tempat makan ini. Ini hanyalah tempat makan kegemaran keluarga saya.


1. Mee Rebus Ramli


Mee Rebus Ramli cukup popular. Kalau anda ke Ipoh pasti anda tak mahu ketinggalan memakan makanan  ini. Ia adalah resepi istimewa yang telah lama bertapak di Ipoh. "Betul-betul Ipoh Mali!"

Terdapat 3 restoren Mee Rebus Ramli. Iaitu di Taman Tasek Jaya, Jalan Raja Ekram dan Taman Bercham Raya.

Yang sering saya kunjungi ialah di Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Senang saja untuk mengunjunginya kerana ia jelas kelihatan di tepi jalan raya utama. Ia juga tidak berjauhan dengan Masjid Cina, Ipoh.

Sangat sedap meenya...tak sedar licin dah pinggan......

Mee Rebus Ramli yang pekat kuahnya. Ia sarat dengan cucur gebu dan telur rebus ...nyumm....

Restoren Mee Rebus Ramli ini letaknya di Tasek (Jalan Kuala Kangsar) Ipoh

2. Tom Yam Sri Okid


Tidak berjauhan dengan restoren Mee Rebus Ramli di Jalan Kuala Kangsar terdapat sebuah gerai tom yam yang menjual makanan Thai yang sedap-sedap. Antaranya: Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Seafood,Tomyam Poktek, Siakap Stim Limau, Bawal Pedas, Ikan Masak Masam Manis, Ikan Masak Kicap, Ikan Masak Merah, Ikan Masak Halia, Nasi Paprik, Sotong Goreng Tepung dan macam-macam lagi jenis makanan Thai yang sedap-sedap.

Tom Yam Sri Okid ini terletak di simpang jalan di antara Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Kelebang Selatan. Kalau anda datang dari Plaza Tol Jelapang iaitu terletak selepas Pizza Hut dan Peladang dan sebelum sampai ke AEON Mall Klebang. Di seberang jalannya (sebelah kanan jalan) terdapat Eastern Decorator.

Kedai ini beroperasi pada pukul 7.00 malam sehingga 3.00 pagi. Orang sentiasa ramai di kedai ini terutama selepas maghrib.


Macam-macam pilihan yang segar di sini

Udang celup tepung menjadi kegemaran kami. Manakala sambal belacan dan ulam timun diberikan percuma

Siakap Stim menjadi kemestian kami setiap kali makan di sini. Rasanya yang pedas-pedas, masam-masam manis ini membuatkan ia licin dalam sekelip mata.

Tomyam putih

Macam-macam jenis mee ada di sini


3. Tomyam Rizwan


Masakan Siam yang dimasak oleh tukang masak dari Selatan Thailand yang telah berhijrah di tanahair kita terdapat dengan banyak di Ipoh. Salah sebuah yang menjadi kegemaran saya dan suami ialah di Tomyam Rizuan yang letaknya di Taman Klebang Putra, Jalan Putra, Chemor, Perak.

Di sini kami suka makan Ikan Siakap Stim, Telur Dadar, Kailan Goreng dan Sup Ekor. Menu lain boleh didapati di sini ialah Tomyam Poktek, Udang Goreng Tepung, Ayam Masak Paprik, Kerabu Mangga, Somtam, Ikan Masak Tiga Rasa, Nasi Pattaya dan macam-macam lagi.

Waktu perniagaan: Setiap hari, 4.00 ptg-10.00 malam.

Kailan Goreng, Telur Dadar, Sup Ekor dan nasi putih di Rizwan Tom Yam

Ikan Siakap Stim yang enak!

4. Tomyam Aliesha


Tomyam Aliesha di Meru, Ipoh menjadi kegemaran keluarga saya. Kalau kami datang sekeluarga, kami tempah 5-6 meja kerana keluarga kami besar. Antara masakan kegemaran kami ialah Ayam Gajus, Tomyam Poktek, Ikan Tiga Rasa, Pulut Mangga, Somtam, Nasi Padprik dan macam-macam lagi. Tukang masak dan pekerja-pekerja restoren ini semuanya dari Selatan Thailand.

Baru-baru ini Restoren Aliesha Seafood telah menambah menu makanannya di atas permintaan ramai pelanggan. Antaranya ialah nasi bubur, chicken chop dan makanan barat lain.

Restoren ini luas dan selesa. Anda boleh pilih untuk duduk di dalam bilik yang berhawa dingin atau di luar. Saya dan suami saya suka ke restoren ini kerana makanannya sedap dan tuan punya restoren ini sangat peramah. Apabila kami sampai tuan punya restoren ini suami isteri pasti menyambut kami dan bersalaman dengan kami. Kadang-kadang mereka duduk semeja dengan kami, berbual-bual dengan kami sambil menemani kami makan.

Restoren ini dibuka pada pukul 6.00 petang hingga 3.00 pagi.

Saya pernah menulis entri tentang restoren ini. Anda boleh mengimbas kembali tentang restoren ini DI SINI


Tomyam Poktek ini paling sedap


Ikan 3 Rasa pun sedap


Ayam Gajus ini kegemaran saya



5. Tomyam Kelapa Awina


Pernahkah anda makan Tomyam Kelapa? Tomyam Kelapa yang pertama kali saya makan ialah di Restoren Awina Tomyam di Ulu Kinta, Ipoh. Tomyam ini sangat sedap rasanya. Dalam mangkuk tomyam ini diisi dengan makanan laut, seperti udang, sotong dan ikan, sayur-sayuran dan isi kelapa yang dipotong-potong dalam bentuk persegi kecil. Kuahnya ada rasa masam-masam-manis, kemanisannya itu terbit dari air buah kelapa yang dijadikan kuahnya. Setelah sekali mencubanya terasa sangat keenakannya, saya hendak mengulanginya lagi. Kalau boleh,  ia disediakan dalam buah kelapa, tentu lebih membangkitkan selera.

Makan sekali nak lagi...itulah keenakan Tomyam Kelapa Awina.


Tomyam Kelapa Awina yang diisi dengan kepingan isi kelapa, sotong, ikan, udang dan sayur-sayuran.

Restoren Awina letaknya di pinggir jalanraya

6. Mee Kicap Daud Mat Jasak


Mee Kicap juga popular di Ipoh. Mee Kicap yang istimewa yang menjadi kegemaran saya dan suami ialah Mee Daud Mat Jasak, yang letaknya di Jalan Datuk Onn Jaafar.

Mee Kicapnya istimewa kerana ia direbus dengan kuah yang dicampur dengan bebola ikan. Kita boleh pilih bebola ikan kegemaran kita. Ia dihidangkan secara berasingan, dan terpulang kepada kita untuk makan dengan cara tersendiri.

Mee Kicap Daud Mat Jasak memang asli rasanya. Tak dapat rasa yang macam ini di tempat lain. "Betul-betul Ipoh Mali!"

Selain daripada Mee Kicap, terdapat Mee Goreng, Sotong Kangkong, Nasi Lemak dan macam-macam lagi.

Pada kunjungan saya baru-baru ini iaitu pada hari Jumaat, pelanggan boleh mendapatkan bubur gandum secara percuma. Ceduk saja bubur itu dengan sendiri dan makanlah sebanyak mana yang anda suka! Sedapnya!!!!

Waktu perniagaan: Isnin-Sabtu 8.00 pagi- 10.00 malam.



Warong Mee Daud Mat Jasak ini di tepi jalan aje...tapi apabila kita duduk makan...hmm tak mahu bangkit-bangkit

Mee dan sayur-sayur di dalam pinggan berasingan. Bebola ikan dan fish cake pilihan kita di dalam mangkuk yang lain.


Suami saya satukan mee, sayur-sayuran dan bebola ikan itu ke dalam satu mangkuk

Ini mee kicap pilihan saya

Ceduk sendiri bubur gandum yang diberi percuma ini



7. Sup Ekor di  Medan Selera Taman Kanak-kanak


Sup Ekor yang paling sedap yang pernah saya makan, dijual di Medan Selera Taman Kanak-kanak yang bersebelahan dengan Gerbang Malam. Terdapat beberapa gerai di situ, tetapi gerai makcik (Gerai Arjuna) yang letaknya di tengah-tengah, menjual sup ekor yang sangat sedap. Sup Ekor ini amat lembut sesuai sangat untuk gigi warga emas macam saya ni dan rasanya.... perghhhhh!!!!!!....  sukar untuk diceritakan. "Betul-betul Ipoh Mali!" Kenalah cuba sendiri, baru tahu kesedapannya..... :)

Hanya tangan makcik tu masak saja yang  sedap. Kalau makcik tu tak ada, jangan order, kerana rasanya tak sama macam makcik ni masak.

Sup Ekor ini sedap dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Di dalamnya adalah lebih kurang 6 ketul ekor lembu. Dikatakan makan sup ekor bagus untuk kesihatan terutamanya untuk orang demam selsema dan untuk membangkitkan tenaga batin.


Selain itu makanan lain yang sedap di sini ialah Koew Teow Goreng, Nasi Ayam Penyek dan Bakso.


Lembut dagingnya. Rempah sup ekornya amat terasa 








q























8. Makanan India Utara di Pakeeza Restaurant


Kalau anda suka makan makanan India Utara, Pakeeza Restaurant adalah tempat yang sesuai untuk anda menjamu selera, terutama bersama keluarga. 

Ketika kami makan malam sekeluarga di sini, kami tempah sehingga 5 meja kerana keluarga kami besar. Saya sangat menggemari Puri di sini. Purinya sedap dan lembut. Saya suka memakannya dengan kuah kari. Harganya tidaklah mahal, cuma RM1.20 sekeping.

Bagi mereka yang suka maka Roti Nan terdapat pelbagai jenis roti nan di sini seperti  Garlic Nan, Onion Nan dan Cheese Nan yang harganya RM4.50. Roti lain yang boleh dimakan ialah Capati (RM 2.00) dan Roti Tandoori (RM2.50)

Nasi Briyani kosong yang berharga RM4.90 sepinggan bolehlah dimakan dengan Daging Masala dan Pakeeza Beef yang masing-masing berharga RM 7.50 sepiring. Kalau suka, tambahlah Pajeri Terong yang hanya RM5.50 sepiring.

Kesemua makanan di sini HALAL!

Untuk membasahkan tekak, lassi mangga amat sesuai, harganya RM5.50. Minuman lain seperti jus carrot, nenas dan honey dew berharga RM 4.50 juga boleh didapati di sini.

Restoren ini letaknya di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, Ipoh, Perak. 

Sebahagian dari keluarga saya menjamu selera di Pakeeza Restaurant. Di hadapan sekali ialah Puri yang sedap itu! Kami tempah sampai 5 meja di sini sebab keluarga kami besar.

9. Nasi Ganja Greentown, Ipoh


Nasi Ganja yang terkenal di Ipoh, letaknya di sebuah restoren yang bercampur dengan Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee.

Nasi Ganja ini sebenarnya adalah nasi kandar dengan gulai kari ayam, udang, daging dan macam-macam jenis gulai kari. Ia dinamakan Nasi Ganja kerana sesiapa yang memakannya biasanya akan datang lagi kerana ketagihan memakannya, disebabkan sedapnya nasi itu.

Saya pernah makan tengahari di sini, tetapi orang punyalah ramai...sehingga kena beratur panjang. Meja pula sudah penuh dan terpaksa menunggu sekejap.


Nalaa........

10. Kacang Putih


Ini bukanlah restoren atau tempat makan-makan, tetapi ia adalah kudap-kudapan yang kita beli untuk dibawa pulang.

Kalau anda hendak mengadakan majlis makan, kenduri kawin atau berhari raya dan tak ada idea bagaimana hendak menghidang tetamu anda, datanglah ke Kampung Kacang Puteh, Buntong, Ipoh. Di Kampong Kacang Puteh ini ada banyak kedai-kedai yang menjual kacang putih dan muruku dengan banyak dan harganya murah.

Boronglah kacang putih, muruku dan goreng-gorengan pilihan anda di mana-mana kedai kacang putih di Kampong Kacang Putih ini. Nak yang putih? Hijau? Kuning? Merah? Pedas? Tawar? Manis? Masin? Semuanya ada di sini.

Kalau anda borong banyak-banyak di kedai D.N.S, anda pasti diberi beberapa bungkus kacang putih PERCUMA! Tak ke best tu! "Betul-betul Ipoh Mali!"



Macam-macam pilihan kacang putih dan muruku boleh didapati di sini dengan harga yang murah


Begitulah 10 tempat makan sedap di Ipoh.  Kalau ada tempat makan sedap yang belum saya cuba dan senaraikan, beritahulah saya ya... :)


35 ulasan:

  1. salam...
    tq utk post nie...ada beberapa tempat yang akan saya cuba nnti...
    saya suka makan dim sum kat greentown...tiap kali pergi, mesti singgah untuk makan halal dim sum kat sini...
    Address: 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak
    Phone:05-255 2010
    Hours: Open today · 8AM–9PM

    BalasPadam
    Balasan
    1. leDaa SuzieAnnA,
      Wah yang ni saya kena cuba...belum pernah lagi ke tempat ni. Saya suka juga makanan Cina. Terima kasih sebab bagitau :)

      Padam
    2. dim sum kt greentown mmg sdap...sy dah pergi makan...kami ni food hunter....hehehe

      Padam
    3. Greentown mall a.k.a Pelangi Mall..nasi lemak, ais batu campur pun sedap!! Rugi tak cube yop.

      Padam
  2. Restoran nasi Vanggey tak masuk senarai ke... Wah nampaknya NA suka sangat dengan Tom Yam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah makan dua kali di nasi Vanggey...tapi tak masuk senarai saya :)
      Tom Yam banyak di Ipoh, ada lagi yang tak saya senaraikan.

      Padam
  3. Meleleh air liur tgk siakap stim sri orkid tu. Sup ekor pun sedap makan panas panas dgn nasi dan sambal belacan. Saya dah lama tak makan dim sum ..sedapnya.

    BalasPadam
  4. Dalam banyak banyak tmpt makan tu..ciku dah terjah ke
    10. Kacang Putih
    9. Nasi Ganja Greentown, Ipoh
    8. Makanan India Utara di Pakeeza Restaurant
    6. Mee Kicap Daud Mat Jasak
    1. Mee Rebus Ramli tapi kat station 18 punye..hihi

    lately kami suka makan mi kicap di Gazebo abg Nash Bikers area simpang kampung seri rahmat dan laksa telur bersarang area taman botani..hihi.

    Tq sharing ye kak nara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah hebat Ciku! Separuh daripada yang saya senaraikan ini dah Ciku terjah. Ciku cubalah pula masakan Thailand yang saya senaraikan.

      Laksa telur bersarang dan mi kicap Gazebo yang Ciku bagi tahu tu saya dah dengar, tapi belum lagi mencubanya. Nampaknya saya pun kena terjah juga.

      Padam
  5. mee kicap tu selalu kawan2 bagitahu ...lama dah takturun ipoh kak...balik kampung lajak terus ke taiping...lepas ni boleh plan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suzie kena cuba, baru tahu sedap ke tidak:) Bagi saya yang suka makan sup-sup ni, ianya sedap.

      Padam
  6. Tomyam kelapa awiena & Alisha ni nampak sedap! Selalu dtg ipoh x tau dah nak makan mane2. Balik2 mee rebus ramli. Thanks for your recommendation :)

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam
  7. Sedap-sedap nampaknya makanan orang Perak. Selagi halal dan bersih, kita makan je la.

    BalasPadam
  8. Menariknya semua senarai..Kalau turun ipoh bolehlah try nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try...Pilihlah yang sesuai dengan selera :)

      Padam
  9. Best bc post pasal tempat makan..
    Nak share jgk kalau sarapan pagi bole try di Restoran capati maklong
    Taman perpaduan ulu kinta.rujuk fb..
    1.capati sardin dal n kari ayam
    2.char kotiew, kotiew kerang
    3.mee kicap mee kari
    4.cucur udang
    Selamat mencube... Tq

    BalasPadam
  10. Terliur baca..nti g ipoh nk try la..
    Jemput singgah blog sy http://sweetwin.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. +dieabella+
      Terima kasih kerana membaca blog saya. Saya juga dah baca blog +dieabella+ :)

      Padam
  11. Ada rancangan nk pegi ni sbb wife teringin ke ipoh nk terjah rasa masakan best seperti diwarkan

    BalasPadam
  12. Tomyam Sri Orkid dh tutup.. nampak macam restoran terbiar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya nampak restoren Tomyam Sri Orkid dah terbakar.

      Padam
    2. Terbakar... Skrg ni tgh build up balik.. Kedai tomyam ni mmg sedap..nnt dh bukak balik boleh korang pegi..

      Padam
  13. saya dan kawan2 dah try. mlm tadi mee kicap mat jasak ni.. tp xsedap pun.. xboleh nak telan.. xsure maybe ktorg xreti. makan mee kicap tu

    BalasPadam
  14. Sedapnyaa...Terima kasih atas perkongsian. :)

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas maklumat. Insha Allah saya akan ke Ipoh pada Disember 2017 ni. Tak sabar nak merasa nasi ganja.

    BalasPadam
  16. Wahh harus cuba next week jalan2 utara.. Thanx sharing ni..:)

    BalasPadam
  17. Saya nak ke Ipoh next week. Hotel mana yg dekat agar senang nak terjah makan.

    Saya ada cuba popia S Ali di Medan Selera Taman Kanak2. Sedap. Puas hati

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.