Saya juga tersenyum sebabnya saya tidak perlu memasak untuk mereka. Mereka siap-siap beritahu saya, "Jangan masak. Kami nak makan kat luar!" Bukan bermakna masakan saya tak sedap. Bukan! (Cewah tak mau kalah..kik kik kik). Ini disebabkan Pulau Pinang terkenal dengan "syurga makanan." Orang yang sekali-sekala datang ke sini, pasti nak merasa akan nikmat dan suasana makan di "syurga makanan" ini.
Kalau nak tahu tempat makan sedap di sesuatu tempat itu kenalah tanya orang tempatannya, ya tak? Ask the local, bak kata suku sakat Francis Light yang kononnya the founder of Penang. Kenyataan mat salleh yang mengatakan orang putih yang jumpa dulu Pulau Pinang ini seolah-olah menunjukkan bahawa Pulau Pinang ini dulunya dunia gelap, tak bertamaddun, tak pernah dijumpai oleh manusia luar. Kenyataan begini memperendahkan-rendahkan dan memperlekeh-lekehkan orang kita. Memang tak patut betul penjajah ni...ish ish ish...
Tugu Francis Light di Fort Cornwallis, Penang |
Berbalik pada fasal makan sedap, entri kali ini ingin menceritakan tempat-tempat makan yang orang Tanjung (tempatan) suka pergi terutama saya.
Kalau anda merujuk kepada media arus perdana atau brosur pelancongan, mereka membariskan banyak tempat makan sedap, tapi itu mungkin sudah berbaur dengan unsur-unsur komersialisme dan tujuan-tujuan lain.
Tempat-tempat yang akan saya sebutkan di sini tiada unsur-unsur komersial, tiada hubungan saudara-mara atau kenalan, jauh sekali saya disogok untuk mempromosikannya, cuma inilah tempat yang sering saya bawa saudara-mara saya tiap kali mereka tanya saya, "Tang mana makan sedap kat Penang ni?"
1. Nasi Campur Melayu ala Kampung di Awet Muda
Awet Muda bukan tempat makan yang ekslusif. Biasa-biasa sahaja. Tiada penghawa dingin, tiada berdinding, tiada dihidangkan oleh pelayan, tapi makanan di sini sedap!
Masakannya ala kampung: ada petai, jering, ulam-ulaman, sambal tempoyak, sambal belacan, ikan keli bakar, gulai lemak rebung, gulai nangka, cendawan goreng, sayur campur, goreng kailan, gulai kari kijang (hanya pada hari Jumaat), dan macam-macam lagi. Setiap kali saya ke sini pasti ramai yang sudah beratur menceduk makanan dan layan diri.
Masakannya ala kampung: ada petai, jering, ulam-ulaman, sambal tempoyak, sambal belacan, ikan keli bakar, gulai lemak rebung, gulai nangka, cendawan goreng, sayur campur, goreng kailan, gulai kari kijang (hanya pada hari Jumaat), dan macam-macam lagi. Setiap kali saya ke sini pasti ramai yang sudah beratur menceduk makanan dan layan diri.
Restoren Awet Muda ini letaknya di Lorong Sungai Dua, berdekatan dengan pintu masuk Universiti Sains Malaysia. Mudah dicari kerana ia letaknya di tepi jalan sebelum membeluk kiri ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).
Waktu berniaganya dari 10.00 pagi hingga 4 petang (makan tengahari), Isnin hingga Jumaat. Sabtu & Ahad tutup.
Anggaran belanja sepinggan nasi dengan ulam, ikan bakar dan gulai ialah RM4.00-5.00.
Waktu berniaganya dari 10.00 pagi hingga 4 petang (makan tengahari), Isnin hingga Jumaat. Sabtu & Ahad tutup.
Anggaran belanja sepinggan nasi dengan ulam, ikan bakar dan gulai ialah RM4.00-5.00.
Masakan Melayu di Awet Muda |
2. Masakan Asli Melayu di Pen Mutiara
Yang ini pula, agak ekslusif tempatnya. Setingnya kemas, berhawa dingin, makanan dihidangkan oleh pelayan dan sambil makan pengunjung dihiburkan dengan nyanyian dan muzik secara live. Makanannya sangat ringkas tetapi sedap. Misalnya walaupun telur dadar atau ayam goreng dengan kunyit sahaja sudah amat menyelerakan.
Makanan lain yang sedap ialah Kari Kepala Ikan Istimewa, Sotong Goreng Tepung, Udang Goreng Tepung, Kerabu Mangga, Tom Yam, Sup Ekor, Ikan Siakap Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin, ulam-ulaman dan macam-macam lagi masakan asli Melayu. Minuman yang menjadi kegemaran saya ialah air limau kasturi bercampur asam boi.
Makanan lain yang sedap ialah Kari Kepala Ikan Istimewa, Sotong Goreng Tepung, Udang Goreng Tepung, Kerabu Mangga, Tom Yam, Sup Ekor, Ikan Siakap Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin, ulam-ulaman dan macam-macam lagi masakan asli Melayu. Minuman yang menjadi kegemaran saya ialah air limau kasturi bercampur asam boi.
Lokasinya ialah di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Batu Maung, Bayan Lepas. Oleh kerana ia terletak di Dermaga Batu Maung dan di kawasan nelayan maka ikan, sotong dan udangnya didatangkan segar setiap hari dari dermaga itu yang letaknya di belakang restoren ini sahaja.
Surau yang cantik, bersih dan selesa juga di sediakan di hadapan restoren. Waktu operasi Pen Mutiara ialah dari pukul 12.00 tengahari hingga 10.00 malam.
Satu set hidangan makanan untuk seorang yang mengandungi nasi, Kari Kepala Ikan, Siakap Tiga Rasa, Sotong Goreng Tepung, Kangkung Goreng Belacan, Kerabu Mangga, Telur Dadar, buah-buahan dan Air Limau Kasturi Asam Boi beranggaran RM30.00-41.00.
Surau yang cantik, bersih dan selesa juga di sediakan di hadapan restoren. Waktu operasi Pen Mutiara ialah dari pukul 12.00 tengahari hingga 10.00 malam.
Satu set hidangan makanan untuk seorang yang mengandungi nasi, Kari Kepala Ikan, Siakap Tiga Rasa, Sotong Goreng Tepung, Kangkung Goreng Belacan, Kerabu Mangga, Telur Dadar, buah-buahan dan Air Limau Kasturi Asam Boi beranggaran RM30.00-41.00.
3. Mee Udang Teluk Kumbar
Teluk Kumbar terkenal dengan Mee Udang. Udangnya besar-besar dan segar, dibawa naik terus dari laut yang berdekatan. Di sini meenya di hidang penuh dengan udang besar-besar. Seolah-olah kita kena cari dan gali mee dalam timbunan udang! Rupanya macam Mee Bandung, tapi rasanya berbeza: ada rasa manis-manis udang, ada rasa masam-masam tomato dan pedas-pedas sedikit.
Lokasi Mee Udang ini ialah di Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar. Ia terletak di halaman rumah kampung. Terdapat 3 buah gerai yang popular di sini seperti Mee Udang Salwa, Mee Udang Pak Long dan Mee Udang Ayu. Kedai-kedai ini sudah beroperasi lebih 25 tahun.
Kedai-kedai makan Mee Udang ini dibuka dari 1.00 petang sehingga ke 10.00 malam. Namun ia cepat kehabisan. Jadi kena datang lebih awal. Saya selalu datang dalam pukul 6.00 petang atau 8.00 malam.
Kedai-kedai makan Mee Udang ini dibuka dari 1.00 petang sehingga ke 10.00 malam. Namun ia cepat kehabisan. Jadi kena datang lebih awal. Saya selalu datang dalam pukul 6.00 petang atau 8.00 malam.
Satu pinggan mee udang berharga di antara RM13-14.00 bergantung kepada saiz udang.
4. Popia Basah Taman Tun Sardon
Popiah Basah sedap ini ada dijual di Pasar Malam di Taman Tun Sardon, Jalan Hilir Pemancar, Gelugor, setiap hari Rabu. Gerai Popiah Basah ini sentiasa ada ramai orang beratur membelinya. Ia digulung dan disediakan di gerai itu. Inti utamanya ialah tauge, sengkuang dan ubi kentang. Kulit popianya lembut dan nipis. Kuahnya pula ada yang pedas dan ada yang manis.
Dengan RM2.00 kita boleh dapat 4 ketul popiah.
Gerai ini sudah beroperasi berpuluh-puluh tahun lamanya. Sudah berpuluh-puluh ketul saya memakannya dan rasanya tetap sedap.
Dengan RM2.00 kita boleh dapat 4 ketul popiah.
Gerai ini sudah beroperasi berpuluh-puluh tahun lamanya. Sudah berpuluh-puluh ketul saya memakannya dan rasanya tetap sedap.
5. Pasembur Kassim Union Street
Pasembor (atau "pasemboq" disebut mengikut loghat Tanjung) ialah masakan terkenal di Penang. Ia seperti rojak sayur-sayuran yang terdiri dari tauge, hirisan timun dan hirisan sengkuang. Bezanya ia mesti dilengkapi dengan cucur udang, cucur udang garing, cucur kacang atau cucur Kupaai. Pilihan tambahan ialah tauhu, sotong, telur rebus goreng, fish cake, ubi kentang dan lain-lain lagi. Ia dituang dengan kuah kacang yang manis-pedas.
Resepi Pasembur yang asli berasal dari Penang. Orang Tanjung kata rasanya, "NALA!" Maksudnya SEDAP! Pasembur yang nala ini terdapat di Pasar Malam Tun Sardon, Gelugor, Pesiaran Gurney dan Union Street.
Yang hendak saya ceritakan di sini ialah Pasembor Kassim Union Street. Rasanya memang NALA!
Harga semangkuk Pasembor Campur (saiz kecil) ialah RM4.00, manakala Pasembor Campur (saiz besar) ialah RM7.00.
Resepi Pasembur yang asli berasal dari Penang. Orang Tanjung kata rasanya, "NALA!" Maksudnya SEDAP! Pasembur yang nala ini terdapat di Pasar Malam Tun Sardon, Gelugor, Pesiaran Gurney dan Union Street.
Yang hendak saya ceritakan di sini ialah Pasembor Kassim Union Street. Rasanya memang NALA!
Harga semangkuk Pasembor Campur (saiz kecil) ialah RM4.00, manakala Pasembor Campur (saiz besar) ialah RM7.00.
Gerai roda tiga Pasembor Nana Kassim in letaknya di Union Street di belakang Shanghai Bank yang juga bertemu dengan Beach Street, tidak berjauhan dengan Menara Jam Queen Victoria.
Ia beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Sabtu pada waktu pejabat. Ahad tutup.
Ia beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Sabtu pada waktu pejabat. Ahad tutup.
Kita boleh duduk di gerai sambil makan Pasembur Union Street dengan teh tarik secawan. |
6. Nasi Kandar Beratur Jalan Kapitan Keling
Nasi Kandar Beratur memang banyak di Penang. Gerai-gerai ini bukannya ekslusif. Tepi jalan saja. Tetapi ramai yang beratur menunggu giliran untuk memakannya. Ia dioperasikan oleh peniaga tempatan. Antaranya ialah di Jalan Kapitan Keling, Gelugor, Jelutong, Line Clear, Bayan Lepas, Relau, Flat Kampung Melayu dan banyak lagi.
Yang saya hendak ceritakan di sini ialah Nasi Kandar Beratur yang letaknya betul-betul di hadapan Masjid Kapitan Keling. Ia telah lama beroperasi sejak tahun 1943 dan dikatakan mempunyai resepi asli. Ia dibuka mulai 10 malam sehingga pagi.
Lauk-pauk yang boleh anda pilih ialah ayam ros, ayam goreng, ayam madu, telur ikan, ikan bawal goreng, kari kambing, kari ayam, papadum, kobis goreng, kacang buncis dan ikan goreng. Untuk satu hidangan nasi kandar, kambing dan bendi kita cuma perlu bayar dalam anggaran RM5.60. Untuk memastikan kesedapannya mintalah "kuah campuq" kerana kesedapan nasi kandar terletak pada kuah campurnya itu.
Yang saya hendak ceritakan di sini ialah Nasi Kandar Beratur yang letaknya betul-betul di hadapan Masjid Kapitan Keling. Ia telah lama beroperasi sejak tahun 1943 dan dikatakan mempunyai resepi asli. Ia dibuka mulai 10 malam sehingga pagi.
Lauk-pauk yang boleh anda pilih ialah ayam ros, ayam goreng, ayam madu, telur ikan, ikan bawal goreng, kari kambing, kari ayam, papadum, kobis goreng, kacang buncis dan ikan goreng. Untuk satu hidangan nasi kandar, kambing dan bendi kita cuma perlu bayar dalam anggaran RM5.60. Untuk memastikan kesedapannya mintalah "kuah campuq" kerana kesedapan nasi kandar terletak pada kuah campurnya itu.
Nasi Kandar Beratur Masjdi Kapitan Keling ini akan dikunjungi ramai pada lewat malam hingga ke pagi. |
7. Nasi Mendi di Ivory Plaza
Nasi Mendi atau Nasi Arab ini terdapat di Ivory Plaza, Halaman Bukit Gambier, bersebelahan dengan USM. Terdapat 3 buah kedai nasi Arab di kawasan ini yang diusahakan oleh orang Arab seperti AlShami Restaurant, Nasi Bukhari Mendi Sajid Khan dan lain-lain lagi. Ini disebabkan ramai komuniti Arab yang datang dari Yaman, Palestin dan Syria tinggal di sini.
Sepinggan Nasi Mendi berharga kira-kira RM8.00-12.00. Selain daripada Nasi Mendi terdapat resepi masakan Arab yang lain seperti Kambing Biri-biri Maklouba, Briyani Ayam, Shish Kebab, Kambing Biri-biri Hanith dan lain-lain lagi.
Kebiasaannya nasi Arab dihidang dengan kambing atau ayam bersama dengan laban (dadih), sup dan kadang-kadang roti. Shai (teh) Arab dan kopi Arab boleh juga dipesan.
Nasi Bukhari Mendi Sajid Khan di Ivory Plaza |
Nasi Mendi AlShami Restaurant, Ivory Plaza. (Gambar ihsan Iqa). |
Itulah saja jawapan kepada persoalan, "Tang mana makan sedap kat
Penang ni?" Tetapi kalau anda tahu ada tempat makan sedap lain di Penang ni, tolong habaq mai! Boleh kita pakat-pakat pekena!
Untuk sambungan "Tang Mana Makan Sedap Kat Penang?" (2) sila KLIK DI SINI.
wahh sedapnya....gulai itik pun ada kat awet muda tu...hehehe ni yg rasa nak pi penang ni...sedapnya....ada satu kedai saya pernah pergi tp di Bkt Mertajam, nama kedai Puncak Mutiara Cafe...lokasi agak tersorok, tp makanan dia sedappp....kedai makan dalam kebun macam tu...hehehe
BalasPadamDJ,
PadamYa, gulai itik, ayam kampung dan kijang pun ada di Awet Muda. Kena mailah kalau macam tu.
Ya, saya pun dah dengan tentang Puncak Mutiara tu, tapi saya tak sampai-sampai lagi ke situ. Kena pergi jugalah ke situ suatu hari nanti.
Pen Mutiara dengan Puncak Mutiara tak sama. Pen Mutiara boleh2 la, Puncak Mutiara tak sedap.
PadamProf..
BalasPadamsy ni org penang gak tp seberang. Kt island sy xbeapa tau mana yg best..1 je saya tau kt area queen bay mall tu..restoran tepi pantai yg boleh nampak bridge tu..mknan sedap sgt..seafood.
Zila,
PadamKalau datang island nanti bolehlah saya bawa Zila makan-makan. InsyaAllah.
Restoren dekat Queens Bay tu yang mana satu Zila maksudkan? Saya selalu juga pergi gerai tepi pantai yang nampak bridge tu. Tapi gerai bukan restoren.
Dia maksudkan Hammer Bay kot.
PadamWah kalau ada cuti boleh juga JJCM ke Penang. Banyak pilihan dan nampak sangat menyelerakan...
BalasPadamMailah JJCM di Penang. Mie nak makan kat mana, nanti saya boleh belanja, insyaAllah.
PadamHahaha tapi kalau saya la, lepas baca entry ni saya akan keluarkan statemen:
BalasPadam"Jangan bawak kami makan kat luar, kami nak Kak NA yang masak!"
Hehehe. good info kak.
Ha ha ha kantoi akak ! Takut Rain yang menyesal nanti :D
Padamterpaksa join sama nanti! tp nasik mendi ayam merah tu sgt mengancam. btw, tak penah makan pasemboq. sedap sgt ke? ;))
PadamHenry Fox,
PadamMesti kena join.
Mestilah sedap pasemboq tu!!!!! Kalau nak tau macam mana rasanya kenalah mai Penang. Nanti habaq bila nak mai, akak boleh belanja pasemboq tu! No problemo. InsyaAllah. :)
Nak jugak Kak Na... :)
PadamKamen Amor,
PadamNo problemo :)
awat su slalu tgk dr blurkan gambaq dr??
BalasPadamSu,
PadamSaya pemalu. Lagipun yang utama ialah kandungan dan cerita kembara saya, bukan muka saya.
Sah cuti bln 12 nanti saya nk pegi Penang, walaupun dh pegi byk kali, tapi berbaloi2, sb memang byk makanan best! ya ampun lazatnye nampak semua makanan, esp cendawan goreng tu..ihiks
BalasPadamNampak gayanya kena singgah makan di Awet Mudalah untuk dapatkan cendawan goreng. tu Chawanna Na :). Cendawan tu memang sedap.
PadamSalam kak
BalasPadambulan depan lepas anak dok habis SPM nak ke Penang jejalan cari makan sambil rehatkan minda dan badan
nampak gaya bolehlah pi tinjau dan cuba tempat yang kak tulis ni
Salam Rezeki,
PadamEloklah bawa anak jejalan, rehatkan minda yang penat belajar. Tentu best. Cubalah makan di tempat makan yang saya ceritakan itu. Mana tahu Rezeki dan keluarga suka. Kalau nak saya bawakan pun boleh, tak ada masalah. Hubungilah saya :)
salam...
BalasPadamminggu ni saya nak pi penang..hantar anak balik politeknik kat seberang perai..kat mane best makan yer?? adik
Salam Puan Shima Khafidz,
PadamCuba ke DePauh Garden di Taman Permatang Pauh, berdekatan dengan Petronas. Ada nasi ayam, nasi campur, satay, burger, kambing panggang, tom yam dan macam-macam.
Salam.
PadamSya selalu juga makan2 kat Penang. tapi tak pernah tahu pun gerai awet muda tu. Nanti ada kesempatan, ingat nak pegi ke sana juga.
Saya selalu update tentang tempat2 makan ni terutama di Penang di blog saya juadahmalaysia.com.
Salam,
PadamNanti bolehlah Shima cuba di Awet Muda.
Saya dah baca blog juadah, semua tentang makanan...menarik :)
Salam
BalasPadamNk mintk tlg bgtau tmpt mn jual char kuew tiau udang penang yg lazat
Hani,
PadamSalam kembali. Tempat makan Char Koay Teow sedap BANYAK terdapat di Penang. Biasanya gerai tepi jalan je. Char Koay Teow Melayu di Penang beza sikit sebab ia basah, berkuah sikit dan ada udang. Oleh sebab saya memang suka makan Koay Teow, bagi saya semua gerai yang jual Koay Teow tu sedap. Tapi kena makan panas-panas.
Antara yang boleh dicuba ialah di Bayan Lepas (kawasan Sunshine), Taman Tun Sardon, Batu Feringgi (dekat pasar malam), Permatang Pauh dan lain-lain lagi.
Bestnya menu2 d penang ni, nanti nak g try lah, tp sure saya akn sesat d penang, hihi
BalasPadamMohd Rashidie,
PadamSebenarnya banyak lagi makanan sedap di Penang yang belum saya masukkan dalam blog ini. Mohd Rashidie kena cuba menu yang belum dicuba lagi. Tempat makan yang saya tunjukkan dalam entri ini mudah untuk dicari. InsyaAllah tak sesat :)
Sy suker mkn nasi kandaq line clear... Sdp sgt... Tgh2 makan tetiber ader sorang nana tiup wisel smbil jerit LINE CLEAR... HAHAHAHAHA...
BalasPadamHa ha ha Line Clear selalu :D
PadamTengok makanan diatas rasa nk gi penang sekarang gak. Cadang nk gi penang raya ke 2,tapi saya rasa mesti banyak kedai yg tutupkan.
BalasPadamRaya ke-2 biasanya kedai masih tutup, tapi mungkin (tak pasti) ada kedai nasi kandar yang dah mula berniaga.
PadamSalam Kak NA, tumpang singgah sini..hehe... Tengok gambaq makanan pun rasa dah lapaq..hehe.. kalau nak tambahan tempat makan best di Penang, jemputla ke page saya.. ---> http://hairacookies.blogspot.com/2014/05/makanan-wajib-di-penang-part-1.html
BalasPadamSalam perkenalan (^^,)
Selamat berkenalan Juz Haira!
PadamSaya dah singgah blog Juz Haira. Makanan yang ditunjukkan sedap-sedap belaka. Mee Udang Pak Ngah tu di mana?
Saya nak pegi penang 14 june ni...first time pegi penang.. nak cube makan pasemboq tu...pasar malam kat p.pinang ni kat mane yg glamer??
BalasPadamNerra saya minta maaf sebab terlambat balas.
PadamPasar malan di Taman Tun Sardon, hari Rabu, ada jual macam-macam makanan sedap. Kalau nak Pasar Malam yang lebih besar, kena pergi ke Bayan Lepas, berhadapan dengan Lapangan Terbang dan Tabung Haji pada hari Sabtu.
nasi kandar line clear pn best...
BalasPadamYa, Nasi Kandar Line Clear juga popular.
PadamBaru2 ni saya gi penang semata mata nk mkan kerana terliur dgn gambar dan citer yg prof siarkan.
BalasPadamYa ke Junanis Sofiya? Jadi Junanis pergi makan di mana?
PadamSaya pegi kedai makan awet muda tapi tutup.frust. makan nasi kandar beratur, nasi kandar line clear, laksa di bukit bendera, pergi batu feringgi nak makan char kue tiow mady tapi tutup. Banyak makanan yg nk saya cuba, tapi perut kenyang dan masa pun tak cukup.
PadamJunanis Sofiya,
PadamAwet Muda hanya buka waktu makan tengahari pada hari bekerja sahaja. Lain kali Junanis telefon mereka dulu. Nombornya ada di atas. Mungkin ketika Junanis datang ke Penang tu, musim cuti umum, ramai peniaga cuti termasuk Mady.
Erm sedapnya...
BalasPadamMakanan2 yg boleh sebabkan sembelit...
http://nazribcm2012.sharethisstory.net/my-852398-5946
Kalau sembelit jangan makan daging dan minum teh tarik. Pilih makanan yang lembut, sayur-sayuran dan air buah-buahan segar.
PadamTq2!!! Love this post.. Skg dh try mady char kuey teown.. Seriously trrbark dlm hidup! Next nasi kndar kt flat tu..popia..pasemboq..adoiii..mokmok kite! Xpe jnji mkn..tq post sal kt mna mkn sdap kt penang...
BalasPadamCuba jangan tak cuba Nurul. Sedap ke tak sedap ke bagi tahu kat saya.
PadamSedapnya nampak makanan-makanan ni.. boleh try nanti.. :)
BalasPadamAnyway, jemput ke entry saya untuk mencuba nasi ganja pula..
http://miaqaisarah.com/2015/04/15/nasi-ganja-perlis/
Saya dah singgah di blog miaqaisarah. Nampak sedap-sedap makanannya...
Padamsedap2 semua , dulu duk penang lama, bila baca ni rasa rindu dan teliuq pula
BalasPadamBerapa lama tak balik Penang? Macam-macam ada di Penang la ni.
PadamTengah survey nak makan nasi Arab di Penang. Dulu duk kat seremban pi makan kat nasi Arab Damsyik di Senawang, Seremban.
BalasPadamShahida boleh cuba nasi Arab, kambing biri-biri dan roti di AlShami, Ivory Plaza ni. Saya dan keluarga selalu makan di sini.
Padampen mutiara dan awet muda, nama yang menarik. ivory plaza pun. tapi bila ke penang, memang cari pasembuq la..specialty kat sana kan.
BalasPadamPasembuq memang asal dari Penang...jadi memang patutlah Suhailey mai Penang cari pasembuq :)
PadamKak na .. ceq asl penang .. tapi xrajin ronda2 .. rekomen mai satu kedai mkn tepi laut sempoi mia ..
BalasPadamAmalies,
PadamKedai makan tepi laut yg sedap lagi sempoi ialah di Hammer Bay, berdekatan dgn Queensbay Mall.
Salam kak Na...kedai makan kat Hammer Bay start buka pukul brp ye? Saya kat Bayan lps, tgh cari tpt makan dekat2 sini...
BalasPadamSalam kembali ayuone. Saya pernah ke Hammer Bay pukul 6 ptg. Waktu tu depa dah mula berniaga. Pernah juga ke sana 11 malam. Pun mereka masih berniaga.
PadamNak tnya, kedai melayu yang ada kari telur ikan ada x..
BalasPadamMamak x nak..
Nak bawak orang mengidam makan..
Area penang laa
Maaf...belum jumpa lagi yang sedapnya.
PadamPi kat matang damaq laut. Dkat ngn masjid. Kedai tu kena masuk kot celah umah org. Ada gulai teluq sembilang situ. Mmg masakan melayu. Ada 2 kedai
Padam