Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Isnin, 4 Mei 2015

Merentas Sempadan Thailand ke Danok

Oleh kerana rumah saya di Pulau Pinang dan sempadan Thailand Selatan tidaklah jauh, iaitu kira-kira 2 jam pemanduan kereta, saya telah beberapa kali ke sana di hujung minggu.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda cara-cara memasuki sempadan Thailand Selatan ke pekan Danok.

Untuk ke Danok kita menggunakan lebuhraya ke utara melalui negeri Kedah. Di Kedah kita melalui Sungai Petani, Alor Star, Changlun, kemudian Bukit Kayu Hitam yang terletak di sempadan. Untuk melihat petanya sila klik DI SINI.

Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah

Apabila sampai di sempadan Thai, kita akan lihat gerbang kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam. Bawalah kereta kita ke kaunter imigresen ini dan tak perlulah turun.

Menuju ke Kawasan Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam

Setelah melalui kompleks imigresen ini, kita carilah parkir yang letaknya berdekatan dengan Kawasan Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam.

Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam ini letaknya di hadapan kawasan parkir

Tinggalkan kereta kita di sebuah parkir berdekatan dengan sebuah kompleks membeli-belah bebas cukai. Bayaran parkir untuk sehari ialah RM15.00


Mendapatkan arrival card di meja di hadapan pintu parkir

Kemudian dapatkan arrival card di sebuah meja yang letaknya di pintu pagar pakir itu. Tunjukkan pasport kita dan bayarlah RM2. Arrival card/pass itu diisi oleh mereka dengan cepat. Tak sampai 5 minit ia pun siap.

Setelah mendapatkan arrival card/pass itu kita bolehlah ke Imigresen di sempadan Thailand. Kita berjalan kaki sahaja - lebih kurang 5-10 minit. Kita akan menemui Kompleks pemeriksaan Kastam pihak Thailand.

Boleh dapatkan khidmat van/teksi untuk ke destinasi seterusnya

Sekiranya kita ingin ke utara seperti Hatyai (60 km dari Danok), Lapangan terbang Hatyai, Klong Ngae, Songkhla, Nathawee, Krabi, Phuket, Pakbara, Satoon atau Watpahkor, kita boleh menggunakan perkhidmatan teksi-van yang terdapat berdekatan dengan kawasan parkir tadi.


Beratur untuk pemeriksaan pasport untuk masuk ke Thailand Selatan

Apabila kita sampai di Imigresen Thailand kita perlu beratur untuk pemeriksaan pasport. Selitkan duit seringgit di dalam pasport kita utk proses pemeriksaan itu. Kalau tak diselitkan duit seringgit ini, khabarnya pegawai di situ akan cari pasal dengan kita dan membuatkan proses mendapatkan cop itu menjadi sukar. (Begitulah dilakukan ketika balik semula ke Malaysia nanti).

Lama atau sekejap beratur di sini bergantung kepada bilangan orang ramai dan jumlah kaunter yang dibuka. Kalau kita ke situ pada hari cuti umum atau hari Jumaat dan Sabtu, tempat ini menjadi sesak.

Setelah selesai pemeriksaan pasport dan pasport kita dicop, kita pun boleh masuk ke Thailand. Pekan yang terdekat di sempadan Thailand itu ialah Danok, iaitu ia hanya di sebelah kaunter imigresen tadi.

Kedai-kedai di pekan Danok

Di Danok terdapat banyak hotel, kedai dan tempat makan halal yang diusahakan oleh orang Islam.

Baru-baru ini saya ke sini dengan suami saya untuk makan-makan, membeli-belah, memotong rambut dan mengurut badan.

Disamping itu ada juga yang datang ke sini untuk mendapatkan barang-barang untuk berniaga. Di sini juga ramai peniaga Islam berketurunan Melayu dan mereka bercakap Melayu dengan kita.

Ada juga orang ke sini untuk mendapat perkhidmatan yang kononnya 'seronok' tetapi dilarang oleh agama kita. Sekiranya kita mempunyai niat baik, ke mana-mana sahaja kita pergi, kita pasti tidak akan terpesong.

Hotel Oscar ini letaknya di pekan Danok. RM80 semalam
Restoren ini letaknya tidak jauh dari kaunter Imigresen di sempadan Thailand
Pelbagai lauk-pauk disediakan
Makan tengahari dengan tomyam campur, rebung goreng udang, kerabu mangga, telur dadar dan timun menjadi pilihan utama. Harga makan tengahari di sini tidak jauh beza dengan harga di Malaysia malahan ia lebih mahal. Namun kesedapannya tiada tandingan kerana resepinya asli.
Mangga dimakan dengan pulut menjadi kegemaran saya

Untuk kembali semula ke Malaysia, kita mestilah melalui Imigresen Thailand sekali lagi. Hulurkan pasport, arrival card/pass dan duit seringgit. Ambil semula kereta yang kita tinggalkan di parkir dan lalulah di kaunter Imigresen Malaysia.

Begitulah cara-cara untuk merentas sempadan Thailand ke Danok.

Baca juga:
Merentas Sempadan Thailand Melalui Betong - Hari 1 ~ Dari Betong ke Yala

34 ulasan:

  1. Janji dapat cop kat pasport kita kan... hehe. Lagipun tak perlu nak beli insuran kenderaan bagai... idea yang bagus. NA bermalam juga di sana ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cop tu penting, kalau tidak sia-sia datang dari jauh. Betul tu Mie, memandu di Thailand kena ada insuran, lepas tu memandu di Thailand kena berhati-hati, kalau berlaku kemalangan, mungkin memeritkan.

      Ya, saya bermalam di Danok, di hotel Oscar seperti dalam gambar di atas.

      Padam
  2. kenape perlu suruh mereka isi arrival card ek? wajib ke suruh diorang?

    www.mytravellicious.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab arrival card itu mereka yang pegang. Jadi nak tak nak memang kena mereka yang isi.

      Padam
  3. Saya tak pernah masuk sini walau orang syok cerita shopping kat sini. Teringin jugak. Tengok lauk kat menu tu lagi teringin sebab suka makanan macam ni.Heaven rasanya dapat makan tomyam udang yang masam-masam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba masuk sini bila Rahimah cuti. Makanan memang sedap-sedap. Rahimah boleh cuba ayam goreng makan dengan pulut pula.

      Padam
  4. Kad putih...akak selalu isi sendiri.
    Kalau area Danok mereka memang akan bagi bila kita minta. Selalunya Abe Mat minta dan akak isi.

    BalasPadam
  5. Puan Professor ...

    Iya .. sewaktu saya di Gurun Kedah dahulu, kami selalu turun ke Danok ...

    1) Makan
    2) Gunting Rambut
    3) Massage
    4) Karaoke

    Memang seronk makan di sana ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. En Ghazali pun makan-makan, gunting rambut, massage macam saya jugak? :D
      Makan memang sedap di sana, kalau mengidam masakan sana saya senang-senang je ke sana. Kalau En Ghazali di Gurun lagilah senang...kan..? :)

      Cuma karaoke je saya belum. Lagu apa yang ada? Melayu?

      Padam
  6. Balasan
    1. Tak perlu bawa kereta sebab Danok terlalu dekat dengan sempadan Malaysia, hanya beberapa langkah berjalan kaki sahaja. Kalau bawa kereta, memerlukan banyak dokumen untuk diserahkan. Insuran Thailand juga perlu diperolehi. Kalau berlaku kemalangan, khabarnya ia lebih menyusahkan kita.

      Padam
  7. salam kenal prof...
    saya selalu masuk thailand ikut rantau panjang atau pengkalan kubor, kelantan. sbb kelahiran kelantan saya blh guna border pass saja dan blh sampai sehingga ke hatyai...lebih dari tu kena guna passport. kereta blh reg kat kastam dan dpt plate sementara...tulisan thai
    makan kat belah sana mmg sedap2...tomyam putih fuhhhh kalau jumpa...mmg mkn tak toleh kiri kanan dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal Liza.

      Beruntung bagi mereka yang tinggal di sempadan. Bagi yang tinggal di sempadan seperti di Golok/Naratiwat mereka mempunyai dua kerakyatan, kan? Dulu Selatan Thailand ini adalah milik Tanah Melayu tetapi terpisah melalui Perjanjian Bangkok.

      Saya juga pernah membawa masuk kereta sehingga ke Hatyai ketika saya backpack ke Mekah (sila lihat entri saya ke Mekah). Ketika keluar masuk Thailand kami tidak perlu melalui kerenah birokrasi disebabkan kawan saya ada ID kastam he.. he.. he..
      Tomyam putih.... pergh.... memang itu yang saya buru setiap kali masuk Thailand :D

      Padam
  8. Setakat ini saya belum pernah selit RM1..tak tahu kena buat macam itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ini saya selitkan seringgit tak kira masuk dengan kawan, sendiri atau dengan perkhidmatan van awam. Telah menjadi amalan di sini sejak bertahun-tahun lamanya.

      Padam
  9. Balasan
    1. Tapi kalau boleh terlepas dari menyelitkan seringgit tu, lagi bagus.... rezeki tu :)

      Padam
  10. Tiap kali cuti sekolah kami sekeluarga suka ke danok terus ke hatyai hingga ke koh lanta dan sampai ke krabi memandu sendiri...setakat ni tiada masalah memandu di thailand lagi best dapat explore banyak tempat di thailand selain makanan thailand seperti tomyam dan pancake thai yg bermacam2 perisa hotel2 di sana sangat murah berbanding malaysia untuk 4 dan 5star hotel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menariknya! Sudah tentu Maliza dapat lihat dengan lebih dekat masyarakatnya, pekan-pekan dan pulau-pulau yang cantik.

      Saya juga pernah memandu sehingga ke Hatyai.

      Padam
  11. Assalam prof, dah lama jugak Nanie tak ke negara gajah putih nie, memang kalau ada kesempatan mesti cari pulut ayam dan tomyam putih. Bab selit seringgit tu memang dah tradisi mereka, agaknya bawah meja diaorang mesti ada guni, bayangkan satu hari beribu orang yang masuk kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Nanie. Saya pun suka tomyam putih dan pulut. Mesti cari itu dulu :D

      Walaupun seringgit, tetapi apabila dikumpul-kumpulkan memang kaya-raya dia orang... memang kita ni jadi makanan dia orang je...

      Padam
  12. Acik Prof !!! next visit CT nak ikut hehhee.. nak pergi nak makan kat sana.. tapi mak ayah bukan jenis extreme nak berjalan2 ni.. jangan lupakan dakuuuu..

    BalasPadam
  13. Siti ni kawan sy ni hehe..inshaAllah sy pun ada plan nak ke danok dalam masa terdekat sebab skrg menetap di gurun..tahun lepas dah ke krabi tp naik flight la hehe

    BalasPadam
  14. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    BalasPadam
  15. Salam...
    Sy nk tanya, kalo kita nk sewa teksi dr danok ke songkla berapa harganya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurzafirah,
      Menurut papan tanda yang saya lihat di sana, tambang teksi ke Songkhla ialah RM130 untuk satu hala.

      Padam
  16. Guna matawang ringgit ke buat ?

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum :)
    Sy belum pernah ke Thailand. Bercadang utk pergi backpacker ke sana. Ada apa2 tips untuk first timer mcm saya? Lagi satu, di sana kalau nk pusing pekan dgn berjalan kaki tak jadi masalah kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Tyra.
      Kalau ke Thailand berjalan kaki di pekan-pekannya tidak menjadi masalah. Cuma Tyra kena ambil tahu juga suasana yang berlaku ketika itu melalui media kerana kadang-kadang ada berlaku pergolakan. Kalau suasana tidak aman, janganlah pergi. Adalah baik untuk berjalan-jalan di Thailand sekiranya ada kawan Tyra orang Thailand yang menemani Tyra.

      Untuk pengetahuan Tyra, hotel di Thailand memegang pasport kita ketika menginap dan akan dipulangkan setelah kita check-out. Kadang-kadang pihak hotel mengambil kesempatan untuk meminta duit lebih daripada kita sebelum dia memulangkan pasport kita.

      Padam
  18. Duit kena tukar juga me?

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.