Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 13 Mac 2014

New York Yang Agresif: Mengembara Cara Main Redah dan Memandu di Amerika Utara Sejauh 2, 798.2km (Bhg 5)

M emandu ke New York saya lakukan setelah seharian meredah New Haven, Connecticut bersama keluarga dan kawan-kawan.

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali saya ke kota metropolitan  New York. Saya telah ke sini pada musim sejuk dua tahun sebelum ini dan kali ini pada musim panas pula. Jadi dapatlah saya melihat perbezaannya.

Kami sampai di kota metropolitan New York pada waktu petang. Di sepanjang jalan menuju ke tengah-tengah kota New York, jalan amat sesak. Pada setiap simpang lampu isyarat, pasti ada golongan marhaen kota yang meminta-minta. Mereka mengangkat kadbod bertulis perkara yang dihajati misalnya, "Yo, I need money for weed. Hey! Why lie?" dan menayangkan kepada semua orang di dalam kereta yang berhenti sebentar menunggu lampu hijau.

New York City juga dikenali dengan The Big Apple. Imej dan karakter New York City dilihat pada fridge magnet

Setiap kali saya ke New York saya pasti melihat ramai manusia. Terutama di Times Square. Kami dapati kota ini amat happening. Kami melihat seribu satu ragam peniaga kaki limanya yang agresif. Kebanyakan peniaga kaki limanya adalah golongan Hispanic, Caribbean, Asia Selatan, Asia Timur, Afrika atau orang yang kelihatannya bukan orang Amerika. Ini disebabkan bahasa Inggeris mereka mempunyai accent asing yang pekat. 

Kami melihat barang-barang yang mereka jual seperti jam tangan, barangan kemas tiruan dan barangan kecil-kecilan yang mudah dijual. Mereka menjerit-jerit memanggil pelanggan dan menghebah-hebahkan harga barangan itu dengan suara yang kuat serta berulang-ulang kali. Tawaran harga yang diberikan menarik perhatian pelanggan.

Sedang kami melihat-lihat barang-barang jualan itu, tiba-tiba terdengar bunyi suara orang menjerit-jerit, lalu peniaga itu dengan tergesa-gesa membungkus barangan jualan yang sedang dibelek-belek pelanggan lalu melarikan diri. Barulah kami tahu bahawa mereka melarikan diri daripada pihak penguasa. Barangkali mereka pendatang tanpa izin yang mencari rezeki di kota besar ini. Terdapat berjuta-juta imigran tidak sah dan jumlah mereka melebihi 10% daripada populasi kota New York.


Wall Street, lanskap kotaraya New York dan Castle Clinton

Kami ke jalan terkenal seperti Wall Street. Di Wall Steet, bangunannya tinggi-tinggi dan saya terpaksa mendongakkan kepala apabila berjalan kaki di situ. Saya mengagak kalaulah seharian saya di kota ini, pasti tengkok saya sakit atau patah akibat terlebih dongak. 

Pejalan kaki juga berjalan kaki dengan pantas dan kelihatan sangat sibuk dan cergas. Mereka juga berpakaian korporat.

Di Wall Street kami dapat melihat New York Stock Exchange yang sangat terkenal. Terdapat patung-patung manusia menghiasi bangunan itu. Tidak berjauhan dengan kawasan itu terdapat sebuah patung kerbau. Saya tidak faham apakah fungsi patung kerbau itu. Mungkin juga ia adalah mascot negeri itu yang juga ada kaitan dengan Buffalo iaitu sebuah bandar di negeri  itu.

Kami lepak-lepak di Battery Park dan melihat Statue of Liberty dari jauh

Tempat yang kami pasti pergi setiap kali ke kota New York ialah Battery Park di Manhattan. Battery Park ini menghadap Satute of Liberty. Statue of Liberty adalah tugu peringatan berbentuk seorang wanita berjubah yang memegang obor. Ia berdiri kukuh di atas Pulau Liberty di New York Habor. Tingginya 46 meter dan telah dihadiahkan oleh Peranchis pada 1886. Ia adalah lambang kebebasan Amerika Syarikat. 

Tugu ini adalah panduan yang dilihat oleh imigran Eropah yang berhijrah ke Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Iaitu setelah belayar di dalam kapal berhari-hari lamanya, para penghijrah melihat patung itu sebagai petanda mereka sudah selamat sampai di Amerika Syarikat.  Inilah tempat mendarat para imigran dan memulakan penghidupan di Amerika.

Ada feri yang membawa orang ramai ke pulau itu untuk melihat patung itu dari dekat. Tapi kami tidak menaiki kapal itu, cuma melihat patung kebanggaan Amerika itu dari tanah besar.

Di Battrery Park ini kami dapat melihat banyak Street Performance dilakukan secara terbuka oleh pelbagai golongan manusia, kebanyakannya remaja kulit hitam. Mereka melakukan persembahan break dance, rap atau aksi kemahiran tertentu. Ramai orang mengerumuni persembahan itu. Di Battery Park juga terdapat taman-taman untuk berehat, patung-patung dan Castle Clinton.

Anak saya gembira dapat bermain di Battery Park setelah penat duduk di dalam kereta yang jauh perjalanannya

Saya ke tandas awam yang terdapat di situ. Saya tinggalkan anak saya bersama Mr Hubby dan pergi bersendirian. Dia menunggu saya tidak jauh dari tandas itu. Saya dapati tandasnya tidaklah bersih. Mungkin kerana ramai orang menggunakannya. Ketika saya berjalan keluar tandas itu, saya  diekori oleh seorang lelaki kulit hitam. Dia mengeluarkan kata-kata kasar dan menganggu saya yang membuat saya amat takut lalu melarikan diri. Saya mendekati Mr Hubby, anak dan kawan-kawan saya. Melihatkan saya sudah berada bersama geng saya, lelaki itu pun beralih ke arah lain lalu menghilangkan diri di celah-celah orang ramai.

Suasana yang happening, sesak, sibuk dan agresif di kota New York tidaklah serasi dengan jiwa saya. Jadi saya tidak sukakan New York kerana itu. 


Kami kemudiannya memandu ke Washington D.C pula. 

...bersambung

2 ulasan:

  1. One of my wishlist jgk mk smpai ke nyc ni. Especially times square tu... tp mmg btol bila akak cite yg org dorang agk agresif tu agk scary...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tak jauh NYC dengan UK, John. Boleh pergi kalau ada masa, duit dan dapat visa.

      Orang terlalu ramai di NYC, ramai illegal immigrants, ramai orang stress dan terdesak di sana, jadi ini menakutkan.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.