Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 19 Mac 2014

Memori di Washington DC: Mengembara Cara Main Redah dan Memandu di Amerika Utara Sejauh 2,798.2km (Bhg 6)

S udah 3 minggu kami di atas jalan mengembara cara main redah. Ikut suka kami sahaja nak ke mana. Jadi selepas New York City kamipun memandu ke Washington D.C pula. Untuk ke situ kami melalui New Jersey, Pennsylvania dan Maryland.


Apa yang kami jumpa di Washington DC?

Washington DC adalah bandar metropolitan, bandar pertadbiran politik dan ibu negeri Amerika Syarikat. Di sini banyak bangunan bersejarah. Golongan kulit hitam yang dikenali dengan African American pun ramai juga.

Sebenarnya saya sudah ke Washington DC sebelum ini iaitu pada musim sejuk 1990. Wah lamanya!  Walaupun dah lama ia masih relevan, kerana tempat ini masih wujud dan tetap dilestarikan. Jadi gambar di dalam entri ini adalah campuran gambar semasa saya ke Washington DC pada musim panas 1992 dan musim sejuk 1990.  Jadi anda yang berada di Washington DC sekarang ini tentu boleh membuat perbandingan di antara dahulu dan sekarang, kan?

Washington DC adalah kotaraya yang cantik. Pada musim bunga ramai orang datang ke Washington DC untuk melihat cherrry blossom mekar dan menghiasi kotaraya ini. Cherry blossom atau bunga sakura ini berasal dari Jepun. Datuk Bandar Tokyo telah menghadiahkan 3,000 batang pokok sakura ini untuk ditanam di sini. Setiap tahun pada musim bunga di antara bulan March hingga April, National Cherry Blossom Festival pasti diadakan di sini.

Selama lebih 4 tahun saya tinggal di Amerika Syarikat saya tidak sempat ke Washington DC pada musim bunga, cuma mendengar cerita kawan-kawan sahaja. Ini disebabkan bunga cherry blossom ini hanya kembang pada waktu-waktu tertentu dan kembangnya tidak lama.

 

 

National Mall


Itik berenang di tasik biru di National Mall, Washington DC pada musim sejuk

Tempat utama yang kami redah ialah National Mall. Letaknya di  Constitution Ave NW, Washington DC. Bila sampai di situ, kami jalan kaki sahaja. Terdapat tasik dengan itik berenang-renang di situ. Amat indah.  

National Mall ini bukannya pusat membeli-belah. Tapi ia adalah kawasan terbuka yang dipenuhi taman-taman, air pancut, pokok, kolam dan monumen. Luasnya kawasan ini hampir 3.2 km.

Tupai di National Mall, Washington DC sedang makan acorn

Di taman juga terdapat banyak tupai dan burung yang turun ke padang mencari makanan. Ada banyak acorn (kacang oak) gugur di bawah pokok oak. Tupai-tupai suka turun ke tanah memakan acorn itu. Kami berjalan-jalan di taman dan sambil itu bermain-main dengan tupai dan burung yang ada di situ. 



Lincoln Memorial



Patung Presiden Abraham Lincoln

Di kawasan National Mall terdapat banyak tugu peringatan. Antaranya ialah Lincoln Memorial. Di situ kami dapat melihat patung Presiden Abraham Lincoln yang besar sedang duduk di kerusi. Ia mula dibina pada tahun 1914 dan mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1922.  Presdien Lincoln adalah presiden yang bencikan perhambaan kulit hitam di Amerika.

Anak saya duduk di  hadapan Lincoln Memorial pada musim panas. Inilah tempat Martin Luther King Jr memberi ucapan "I have a dream".

Banyak perhimpunan dan protes dilakukan di hadapan Lincoln Memorial. Martin Luther King Jr  iaitu pemimpin golongan kulit hitam yang berpengaruh di Amerika pernah membuat ucapan "I have a dream" pada tahun 1963 di hadapan Memorial ini.


Washington Monument

 

Itik berenang di kolam berhadapan dengan Washingon Monument pada musim sejuk

Di tengah-tengah kawasan National Mall terdapat Washington Monument. Ia adalah monumen presiden Amerika yang pertama iaitu George Washington. Monumen ini telah dibina pada 9 Oktober 1888.

Saya di Washington Monument  pada musim sejuk

Kami dapat melihat Washington Monument yang dibina di tengah-tengah padang, berhadapan dengan sebuah kolam. Monumen itu berbentuk obelisk (tiang tegak dan tajam di hujung), dibuat daripada marmar dan ia adalah binaan marmar yang paling tinggi di dunia. 
obelisk-shape

 
Washington Monument adalah bangunan ikonik di Amerika

Ada beberapa babak filem Forrest Gump (1994) lakonan Tom Hanks digambarkan di sini. Apabila menonton filem ini saya pasti teringatkan memori saya di sini.


Anak saya di Washington Monument pada musim panas

Washington Monument di hujung kolam pada musim panas


Kami berjalan kaki sehingga ke Henry Bacon Drive NW. Di situ ada  Vietnam Veterans Memorial. Di sini nama rakyat Amerika yang terkorban ketika peperangan Vietnam diabdaikan.

 

U.S. Capitol 

 

Saya di hadapan U.S Capitol ketika musim sejuk

Di bahagian selatan Washington Monument tadi terdapat sebuah bangunan kerajaan yang cantik iaitu U.S. Capitol. Kami jalan kaki sahaja ke situ. Ia beralamat di First Street Southeast, Washington DC. U.S. Capitol adalah pejabat dan tempat mesyuarat perwakilan kongres dan senator.

Anak saya di hadapan U.S Capitol pada musim panas

The memorial honors the “Great Emancipator” and 16th President of the United States, Abraham Lincoln. Designed by Henry Bacon in the style of ancient Greek temples, construction began in 1914, with the memorial opening to the public in 1922. Carving of the Lincoln statue took four years and was completed by the Piccirilli brothers under the supervision of the statue’s sculptor, Daniel Chester French. The murals contained on the inside of the memorial were painted by Jules Guerin. Many large gatherings and protests have taken place at this important memorial – Martin Luther King Jr. gave his “I Have a Dream” speech in front of it in 1963. - See more at: http://washington.org/DC-guide-to/lincoln-memorial#sthash.R77u5ivw.dpuf

The memorial honors the “Great Emancipator” and 16th President of the United States, Abraham Lincoln. Designed by Henry Bacon in the style of ancient Greek temples, construction began in 1914, with the memorial opening to the public in 1922. Carving of the Lincoln statue took four years and was completed by the Piccirilli brothers under the supervision of the statue’s sculptor, Daniel Chester French. The murals contained on the inside of the memorial were painted by Jules Guerin. Many large gatherings and protests have taken place at this important memorial – Martin Luther King Jr. gave his “I Have a Dream” speech in front of it in 1963. - See more at: http://washington.org/DC-guide-to/lincoln-memorial#sthash.R77u5ivw.dpuf

White House

 

Anak saya di belakang White House ketika musim panas

Kemudiannya kami ke White House iaitu istana presiden Amerika. White House telah berusia lebih 100 tahun dan pernah mengadakan acara negara seperti makan malam, majlis perkahwinan, ucapan presiden dan hos kepada pemimpin dunia. Kami hanya berjalan-jalan di luar bangunan sahaja. Ini disebabkan ia ditutup ketika itu.

Di hadapan White House pada musim sejuk


Mengakhiri Pengembaraan Main Redah


Berehat setelah penat berjalan kaki

Setelah berjalan-jalan di Washington DC kamipun merasa penat lalu semua berpakat untuk pulang sahaja ke Ohio. Kamipun melalui Virginia dan West Virigina iaitu country side yang banyak ladang, pokok-pokok dan pergunungan Appalachian. 

Itulah kisah kembara saya di Amerika Utara secara main redah selama 3 minggu pada 1992. Tanpa perancangan yang rapi dan 'main dan' sahaja. Ke tempat-tempat inipun mengikut kehendak hati kami ketika itu sahaja dan tidak terikat dengan jadual atau masa.

Kisah ini telah berlalu begitu lama. Cepatnya masa berlalu. Sudah 22 tahun! Namun ia tetap menjadi ingatan kerana kenangan manis yang saya alami.

Sekiranya anda berkunjung ke Washington DC pergilah ke tempat-tempat ini. Datanglah pada musim sejuk iaitu Disember-Februari kerana cuaca dinginnya yang nyaman dan pemandangannya cantik. Ataupun datanglah pada musim bunga iaitu pada bulan March-Mei kerana anda berpeluang melihat bunga sakura (cherry blossom) yang banyak di tanam di pinggir jalan Tidal Basin.  Kalau anda datang pada musim luruh (Fall), September-November, anda berpeluang melihat keindahan daun-daun pokoknya.

Semua tempat ini masih menjadi tarikan Washington DC sehingga hari ini. Ini disebabkan ia adalah gabungan antara masa lalu, sekarang dan masa depan. Bak kata penulis travel.aol.com, "Commonly referred to as "The District," this uniquely American city offers an independent vibe that connects all Americans from an exciting past to a limitless future."


4 ulasan:

  1. Mula2 bila dengar national mall tu ingatkan shopping complex.. he..he.. patong lincoln tu dok nmpak dalam movie jer.. i wish one day blh dapat tmgk the real one...:) Waktu ni anak2 prof baby2 lagi kan..he..he.. la ni dah besar panjang dah ler mika...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farikica,
      Memang nama Mall tu buat orang keliru, mesti kita sangka shopping complex he he he..rupa-rupanya Mall bermaksud kawasan yang luas...Saya pun dulu tengok movie je, tapi seronok sangat bila dapat tengok yang real...Semoga Farikica dapat sampai ke sini suatu hari nanti :)

      Ha ha ha memang baby sangat anak saya masa tu, baru berjalan jatuh, tengok gambar dia paut pagar depan White House, takut jatuh...sekarang ni dah besar dah 23 tahun he he he...

      Padam
  2. Nostalgik betul...saya pun pernah jalan-jalan sini around the same time (late 80s) dulu. Sempat juga melawat Museum of Natural History dan muzium kapal terbang (entah apa nama). Dan tak lupa berposing depan tempat-tempat wajib -Lincoln Memorial, Capitol, Washington Monument dan White House.
    Fesyen "model lelaki" depan White House tu...terserlah kelapanpuluhan / awal sembilanpuluhannya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. GreenLava,
      Memang nostalgik,,,nampaknya GreenLava berjalan jauh dan lebih banyak dari saya :) Saya tak sampai lagi ke Museum of National History dan kapal terbang tu.

      Fesyen "model lelaki" depan White House tu memang tersangat RETRO termasuk rambutnya sekali ha ha ha :D

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.