Musim panas di Cyprus jadi tumpuan pelancong. Salah satu tempatnya ialah Limassol atau Lemesos.
Petang itu saya bersiar-siar melihat pantai Limassol. Ia hanya di seberang jalan saja dari hotel saya. Pantainya landai. Kelihatan ramai orang kulit putih berjalan-jalan dan berjemur. Mereka semua separuh bogel. Tetapi bagi saya mereka ini berbogel. Kadang-kadang saya terpaksa mengalihkan mata saya kerana terlihat payu dara-payu dara yang sengaja didedahkan oleh yang empunyanya dan ponggong-ponggong yang terkeluar.
Saya mundar-mandir melihat laut biru. Sungguh biru. Memang cantik. Tetapi melihatkan pesta bogel di sepanjang pantai bukanlah menenangkan jiwa malahan menyesakkan. Hairan dengan kejahilan manusia. Tak malunya! Cawat mereka hanya menutupi bahagian depan kemaluan. Yang lainnya terdedah. Mereka berjemuran berama-ramai untuk menggelapkan kulit yang kekurangan ultra violet.
Saya lihat kulit saya. Warnanya hampir sawo matang. Saya rasa amat bertuah dilahirkan sebagai orang Melayu yang berkulit hampir sawo matang ini. Saya tak perlu berjemur seperti mereka.

Di sini saya hanya memilih gambar-gambar yang bersesuaian sahaja. Bogel yang saya maksudkan tidak saya pamerkan. |
Saya rasa saya tidak sesuai berada di tempat ini. Ini bukan tempat saya. Mereka mengadakan pesta bogel sedang saya berkelubung. Teringat saya pada hadis tentang larangan mendedahkan aurat daripada Muawiyah bin Haidah RA. yang menceritakan;
Aku [Muawiyah] telah bertanya Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah! Bilakah masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?" Jawab baginda, "Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki." Aku [Muawiyah] bertanya lagi, "Bagaimanakah jika sekiranya seseorang daripada kami sedang bersendirian?" Nabi s.a.w menjawab, "Allah lebih layak untuk kamu malu daripada manusia." (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tarmizi; hadis ini hasan)
Sedang saya mundar-mandir, ada seseorang memerhati saya. Dia menegur saya. Sangkanya saya orang Arab. Mungkin kerana penampilanku yang berhijab. Apabila saya beritahu bahawa saya orang Malaysia, dia terkejut. Dia memberitahu saya bahawa dia seorang penjual daging dan beragama Kristian Ortodoks. Tapi namanya Islam - Adil. Saya tanya mengapa namanya Islam. Katanya bapanya menyukai nama itu.
Sesungguhnya Cyprus terletak di antara dua dunia: Asia Barat dan Barat. Satu dunia Islam dan satu dunia Kristian. Ini dapat dilihat dari sudut sejarahnya. Cyprus pernah ditakluki dan diperangi oleh tentera-tentera Islam. Islam pernah bertapak di sini. Ketika zaman Umayyah, Abbasiah dan Usman.

Di Cyprus kepercayaan kepada mitos amat kuat. Orang Cyprus mempercayai dewa-dewa sebagaimana orang-orang Greek. Pada setiap bulan Ogos-September pesta Arak diadakan di Limassol. (Maklumat ini saya ketahui daripada pemandu pelancong saya). Pesta Arak ini diadakan selama sepuluh hari demi mengagungkan Dewa Wain (Arak) yang bernama Dionysus dan Dewi Cinta dan Kecantikan yang bernama Aphrodite. Pesta wain ini sudah diadakan sejak 1961 dan dihadiri oleh ratusan orang dari seluruh Cyprus. "Drink wine, for better life!" Itulah motto pesta ini.
Limassol terkenal dengan pembuatan wain dan penanaman anggur. Pada Pesta Arak ini pelbagai acara hiburan diadakan: tari-menari, makan-makan, persembahan teater dan minum arak secara percuma - ditaja oleh syarikat-syarikat wain terbesar di sini.
Pesta ini dimulai dengan upacara memijak anggur dengan kaki untuk dijadikan wain. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana mereka meminum air hasil dari kotoran-kotoran kaki, cekam-cekam kuku, lelehan air peluh dan bulu-bulu mereka yang gugur bercampaur baur dalam anggur-anggur yang dipijak itu menjadi arak yang digilai. Memang benarlah ia air syaitan. Cara penghasilannya sahaja dimulakan dengan pijakan kaki yang mungkin bercekam, bercagu dan mungkin baru sahaja keluar dari tandas. Uweak!! Ini lebih jijik daripada nasi tangas atau nasi kangkang. Tapi inilah cara wain dibuat sebelum ia diperam. Inilah yang menjadi kebanggaan Cyprus.

Anggur dipijak untuk dijadikan wain. Sumber: http://www.marcopolo-exp.es, flickr.com/photos/wallyg, mnn.com, sipofspokane.com
|
Hukum arak sudah jelas di dalam al-Quran. Firman Allah Ta’ala :
Ada lagi kisah menarik saya di Cyprus. Ingin tahu kisah persidangan yang saya hadiri? Teruskan mengembara bersama saya dalam pos yang akan datang.
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah : 90)
...bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.