Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 28 Mac 2015

Liburan di Jakarta (6): Dijamu Makanan Enak di Restro La Dhana

S epanjang apapun perjalanan, biasanya saya melalui saat-saat indah. Antara saat-saat indah yang saya temui di Jakarta ialah dijamu makanan enak-enak oleh pelajar saya yang kini menetap dan bekerja di Jakarta. 

Seorang daripadanya ialah Rizki. Rizki telah bergraduasi dari Universiti Sains Malaysia dua tahun lalu. Kedatangan saya di Jakarta dinanti-nantikannya. Tetapi disebabkan kesibukan bekerja sebagai pensyarah di Universitas Mercu Buana, Rizki hanya sempat bertemu dengan saya pada cuti Hari Natal. 

Jadi pada petang Jumaat 26 Disember 2014 Rizki menjemput kami di rumah Yan di Duren Sawit, Malaka Asri. Rizki rupa-rupanya baru berkahwin lima bulan dan membawa isterinya bersama. Mereka kemudiannya membawa kami sekeluarga ke sebuah restoren tidak berjauhan dengan rumah Yan.

Nama restoren itu ialah La Dhana - Cofee & Restro yang terletak di Jalan Raya Pondok Kelapa, Blok E9 No 3B, Duren Sawit, Jakarta Timur.

La Dhana dari luar. Ia terletak di deretan kedai dan hampir dengan jalan raya.

Restoren La Dhana mempunyai dua tingkat. Suasana La Dhana amat selesa dan bersih. Hiasan dalamannya bersesuaian dengan konsep sebuah restoren makanan Barat bercampur makanan tempatan.

 La Dhana dihiasi dengan bingkai-bingkai gambar kopi dan kata-kata yang menarik orang untuk minum kopi.


Hiasan dalamannya sesuai sebagai tempat minum-minum kopi. Kami melihat banyaknya gambar dan kata-kata obsesi tentang kopi. Koleh, teko dan botol kopi dipamerkan di ruang masuk restro.

La Dhana  sesuai untuk mereka yang gemarkan kopi.
Mereka yang gemarkan kopi tentu suka dengan kata-kata ini

Kamipun segera dibawakan oleh seorang pelayan ke tingkat atas. Di situ kami duduk berdekatan dengan tingkap yang dihiasi dengan daun-daun ivy. Ternyata tempat itu telah ditempah untuk kami. Aroma kopi yang menerawang ke setiap sudut restoren itu membangkitkan selera kami untuk mencicipnya walaupun cuma secangkir

Rizki dan isterinya memesan makanan di La Dhana
Menu istimewa di La Dhana terdiri daripada makanan Indonesia dan Barat
Kopi pelbagai rasa terdapat di sini
Menanti makanan dihidang
Saya meneliti sehelai kain yang dihadiahkan Rizki kepada saya

Kami sangat berterima kasih kepada Rizki yang telah datang dari jauh iaitu dari Jakarta Barat ke Jakarta Timur untuk bertemu saya sekeluarga dan belanja kami makan. Tidak cukup dengan membelanja kami makan, Rizki menghadiahkan saya sehelai kain dari Kalimantan dan ole-ole berupa kopi La Dhana.


Kopi La Dhana yang dihadiahkan kepada saya untuk dibawa pulang
Kopi ini pilihan suami saya
Cappucino ini pilihan saya


Makanan ini pilihan anak sulung saya
Pasta Cabonara ini pilihan kakak saya
French Fries Cheese and Garlic dan Red Valcano (ice blended dengan perasa ubi merah)
Pizza

Pisang Bakar yang ditaburi keju parut dan cokolat 
Nasi Goreng

Kamipun memakan semua makanan yang enak-enak di restoren La Dhana itu. Saya cadangkan anda juga patut makan di restoren La Dhana kalau berkunjung ke Jakarta.

Kicap Bango

Kemudiannya Rizki membawa saya dan keluarga ke sebuah pasaraya untuk membeli keropok udang dan kicap Bango untuk dibawa pulang.






Malam nanti kami diundang makan lagi. Di manakah kami akan makan? Siapa pula yang menjamu kami? Ikuti sambungannya dalam entri akan datang.

 ...bersambung

Isnin, 23 Mac 2015

"Best Travel Blog" ~ Undilah Blog Notakembara Naramas Aman dalam Malaysia Social Media Week 2015

U ndilah blog saya untuk anugerah "Best Travel Blog" dalam Malaysia Social Media Week 2015.


Cara-cara untuk mengundi:


Langkah #1 ~ Lawati laman web Malaysia Social Media Week 2015. http://socialmediaweek.com.my/programmes/awards/awards-category.htm

Cari menu "Category".

Kemudian pergilah ke menu voting



Langkah ke-2: Log in facebook anda. Mereka akan minta kebenaran menyambungkannya ke facebook anda.




Langkah ke-3:  Pilihlah Kategori anugerah - "Best Travel Blog"




Langkah ke-4 : Skrol ke bawah dan carilah laman web notakembara. Kemudian tekan butang "vote".


  

Cari blog notakembara untuk diundi di sini


Langkah Akhir: Setelah anda mengundi blog saya, butang "vote" hijau bertukar menjadi merah ~ "voted"




Terima kasih kerana mengundi blog saya untuk anugerah Malaysia Social Media Week 2015.

Rabu, 18 Mac 2015

Liburan di Jakarta (5): Jamu Selera di Natrabu ~ Restoren Yang Dikunjungi Perdana Menteri Malaysia

D i manakah kami boleh dapat makanan yang paling enak di kota Jakarta? Itulah pertanyaan kami pada Yan hari itu.

Awal-awal pagi lagi Yan sudah mencadangkan saya dan keluarga saya makan tengahari di Natrabu iaitu sebuah restoren masakan Minang. Jadi selepas ke Masjid Kubah Emas di Depok, Pak Supirpun membawa kami ke Natrabu yang terletak di Jalan Sabang, di tengah-tengah kotaraya Jakarta.

Kotaraya Jakarta yang lengang menjelang hari Natal

Keadaan jalan raya di Jakarta ketika itu tidaklah 'macet'. Ini disebabkan ketika itu sehari sebelum cuti hari Krismas. Penghuni kota Jakarta ramai yang sudah 'mudik' dan keluar dari kotaraya Jakarta. Pasaraya dan pusat membeli-belah juga banyak yang tidak menjalankan perniagaan pada hari itu.

Dengan mudah kami dapat menemui restoren Natrabu yang terletak di tepi jalan. Dengan mudah juga kami mendapat pakir betul-betul di hadapan restoren itu.

Natrabu- Restoren masakan Minang 

Apabila kami masuk sahaja ke dalam Natrabu, kami terlihat Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam bingkai gambar di dinding restoren itu. Ada dua bingkai gambar Dato' Seri Najib di situ.

Kemudian di satu sudut dinding terdapat gambar mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar di Natrabu. Rupa-rupanya, kedua-dua Perdana Menteri kita pernah makan di restoren ini!

Kalau kedua-dua Perdana Menteri kita sudah makan di sini, sudah tentulah makanan dan layanan di sini istimewa.

Perdana Menteri Malaysia pernah makan di restoren ini beberapa kali
Lagi gambar Perdana Menteri Malaysia di Natrabu

Ruang makan di Natrabu di bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian. Kita boleh pilih tempat duduk yang kita suka: berdekatan kaunter atau di ruang belakang yang terlindung atau ruang terbuka di tengah-tengah. Ruang makannya disusun kemas dengan meja dan kerusi kayu yang berwarna hijau dan kuning.

Terdapat sebuah pentas pelamin dengan sepasang patung yang memakai pakaian tradisi orang Minang di suatu sudut restoren. Ini membuatkan sudut itu seperti sebuah muzium mini dan menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar di situ. Disamping itu Natrabu menyediakan tandas dan musolla yang bersih.

Kemas dan bersih
Pelamin Minangkabau yang dihiasi di dalam Natrabu

Kekemasan dan kebersihan restoren Natrabu membuatkan kami tidak sabar-sabar mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan kaunter. Aroma masakan Minang yang terbit dari para-para makanan membangkitkan selera kami.

Pelayan memakai pakaian tradisional ketika bekerja di Natrabu

Pelayan-pelayan di situ melayan kami dengan mesra. Mereka memakai baju tradisional Minangkabau dan bertengkolok. Pelayan-pelayan itu segera menghidangkan segala juadah tanpa diminta-minta. Jadi penuhlah meja panjang di situ dengan serbanika lauk pauk yang sedap-sedap. Mewahnya!!

Pelbagai masakan Minang disajikan di atas meja 

Antara masakan yang dihidangkan ialah Dendeng Berlado, Sambal Ijo, Rendang Daging Minang, Gurame Panggang, Ikan Goreng, Pegedil, Ayam Pop, Gulai Udang, Terong  Berlado dan macam-macam lagi. Tetapi kami tidaklah memakan kesemua yang terhidang. Kami memilih beberapa jenis lauk sahaja dan mengenepikan piring lauk yang tidak mahu kami makan.

Memang sedap masakan Minang di Natrabu. Kesemua ahli keluarga saya memuji keenakan masakannya. Yang paling saya suka ialah rendang daging dan terong berlado.

Natrabu- Restoren Minang letaknya di Jalan Sabang, Jakarta Pusat

Kalau anda ke Jakarta jangan lupa singgah di Natrabu.


...bersambung


Sabtu, 7 Mac 2015

Liburan di Jakarta (4): Kubah Emas di Depok

M asjid Kubah Emas. Pernah dengar tak? Suami saya menyarankan kami untuk ke Masjid Kubah Emas. Lokasinya tidak jauh dari Jakarta iaitu lebih kurang sejam setengah perjalanan kereta ke Depok. Depok adalah kota di bahagian Jawa Barat iaitu di bahagian selatan Jakarta.

Kami sekeluarga menaiki kereta yang disediakan oleh Putri dan Indra untuk ke Depok. Pak Supir yang peramah dan kelihatan berpengalaman walau bagaimanapun tidak tahu lokasi masjid itu kerana tidak pernah ke sana. Jadi di sepanjang jalan di kota Depok, dia banyak bertanya orang di tepi jalan.

Kereta putih inilah yang kami naiki dan lelaki berpakaian hitam ini adalah Pak Supir kami

Sesampainya di sana, hari sudah tengahari dan cuaca terlalu panas terik. Ramai orang datang berkunjung ke situ. Dari jauh kami lihat keindahan dan kemegahan masjid itu melalui kubah, menara dan senibinanya. Cantik!

Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Kristal (Terengganu) dan Taj Mahal (India).

Berjalan menuju Masjid Kubah Emas ketika panas terik

Masjid ini juga dikenali dengan Masjid Dian Al MahriKubahnya emas. Terdapat lebih kurang 5 buah kubah megah di situ. Satu kubah utama dan 4 lagi kubah kecil. Setiap kubah itu disaluti emas setebal 2-3 milimiter dan dilapisi juga dengan kristal.

Masjid ini dibina oleh seorang dermawan yang asalnya ingin dijadikan Pusat Islam. Terdapat taman-taman dan beberapa bangunan serbaguna yang dibina berhampiran dengan masjid ini untuk orang ramai berehat dan melihat masjid itu.

Penulis bergambar di taman di hadapan Masjid Kubah Emas, Depok
Kebersihan dijaga di sekitar masjid
Masjid ini letaknya di Jalan Meruyung Kecamatan Limo Kota Depok, Jawa Barat 
Bangunan di sekitar masjid

Ketika itu jam menunjukkan 12 tengahari dan hampir masuk waktu zuhur. Kamipun mengambil wuduk dan menyimpan kasut di kaunter. Kasut tidak dibenarkan diletakkan di tangga masjid tetapi mesti diletakkan di kaunter titipan. Ketika memijak lantai masjid, terasa panas tapak kaki kerana terik matahari membakar lantainya. Mujurlah saya memakai setokin jadi kuranglah sedikit panasnya.

Kawasan di dalam masjid, menuju ke ruang solat wanita
Kemudian kami masuk ke dalam masjid. Ketika itu azan zuhur berkumandang dan orang ramai menuju ke ruangan solat di belakang mimbar. Ruang bumbung masjid itu dihiasi dengan lampu chandelier yang indah dan siling yang dilukis dengan awan gemawan.

Hiasan siling masjid yang indah
Ruang solat wanita letaknya di belakang terpisah dari ruang solat lelaki di hadapan
Mimbar
Kenangan bersama keluarga di hadapan pintu (bahagian lelaki) Masjid Kubah Emas

Itulah pengalaman baru kami di Masjid Kubah Emas Dian Al Mahri.


...bersambung