M
ekah ialah destinasi yang paling saya suka. Inilah tempat yang 'sekali pergi, hendak pergi lagi.' Di sinilah Kaabah dibina. Tempat tumpuan umat Islam sedunia. Terasa amat kuat panggilan Kaabah itu mengamit-gamit saya.
Saya telah mengunjungi Tanah Suci ini sebanyak tiga kali. Kali pertama pada Jun 2010 untuk mengerjakan umrah. Kali kedua pada November-Disember 2010 untuk mengerjakan haji. Kali ketiga pada Jun 2013 untuk mengerjakan umrah sekali lagi.
Ibadah Haji dan umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:

Kelebihan Ibadah Haji dan Umrah
Ibadah Haji dan umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:
"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah..." ( Al-Baqarah: 196)
"Tidak ada seorangpun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
"Perturutkanlah di antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara kedua-duanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibarat kir (nyalaan api tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur dosa di antara kedua-duanya. Sedangkan haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Mekah Dulu (2010) dan Sekarang (2013)
Setiap perjalanan itu mempunyai rencah-rencahnya yang tersendiri. Walaupun ke destinasi yang sama iaitu Mekah Al-Mukaramah, namun setiap kunjungan adalah berbeza. Di sini saya ingin kongsikan perbezaannya.
1. Cara Pergi yang Berbeza
"Guna pakej apa?" Inilah soalan yang sering diajukan kepada saya apabila kenalan saya mendapat tahu saya ke Mekah. Ini disebabkan lazimnya orang ke Mekah menggunakan pakej umrah atau pakej haji yang disediakan oleh ejen.
"Saya tidak menggunakan mana-mana pakej. Saya backpack ke Mekah!" beritahu saya pada mereka.
Rasa macam tak percaya, bukan? Sebenarnya itulah perjalanan unik yang pernah saya lalui. Saya ke Mekah melalui Thailand bersama kawan saya Liza. Kami memandu kereta dari Pulau Pinang ke Hadyai. Kemudian ke Bangkok. Menginap semalam di Bangkok, kemudian menaiki Qatar Airline ke Qatar dan kemudiannya ke Jeddah. Dari Jeddah kami memandu kereta ke Madinah. Setelah itu kami memandu pula ke Mekah. InsyaAllah saya akan buat satu entri khas tentang saya backpack ke Mekah dan Madinah ini.
Kunjungan kali kedua adalah untuk mengerjakan haji. Kali ini saya menggunakan pakej swasta. Saya terbang menggunkan MAS dari Pulau Pinang dan terus ke Jeddah. Di dalam kapalterbang saya amat tertarik melihat pramugarinya memakai hijab. Sangat cantik pemakaian pramugari MAS begini. Alangkah bagusnya kalau mereka terus memakai hijab untuk destinasi lain di dunia ini. Mengapakah MAS tidak menetapkan peraturan pemakaian berhijab kepada pramugari Islam? Saya tidak faham mengapa ia hanya diwajibkan kepada pramugari yang bertugas di dalam kapalterbang yang membawa jemaah haji sahaja tetapi tidak yang lain.
Kunjungan kali ketiga adalah untuk mengerjakan umrah. Kali ini saya pergi bersama kawan saya Salwa dan keluarga. Kami menaiki kapalterbang Saudi Airline dari KLIA dan terus ke Jeddah.
|
|
Nota: Oleh kerana kawalan dan pemeriksaan ketat kepada jemaah wanita, kamera dilarang dibawa masuk ke dalam Masjidil Haram. Sekiranya polis wanita yang bertugas ketika itu mendapati kita membawa kamera, kamera kita akan dirampas. Ada juga gambar-gambar di dalam kamera yang ditemui itu dipadamkan. Saya pernah melihat polis itu sedang memadamkan gambar-gambar dalam kamera seorang wanita di pintu masuk masjid. Saya juga sudah beberapa kali ditegur oleh pekerja-pekerja di dalam Masjidil Haram supaya jangan mengambil gambar. Oleh kerana masalah ini saya menggambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit dan kamera digital jenis compact. Jadi kualiti gambar dalam entri saya tentang Mekah adalah kurang memuaskan.
2. Pembangunan Kota Mekah yang Berbeza
Pada kunjungan yang pertama, saya dapati kota Mekah terlalu berdebu kerana banyak bangunan sedang diruntuhkan. Ia diruntuhkan kerana Kerajaan Arab Saudi ingin menjadikan kota Mekah bandar yang modern dan selesa kepada jemaah haji dan umrah. Namun pada kunjungan saya yang ketiga, saya dapati hotel-hotel, kedai-kedai dan rumah-rumah tradisional Arab yang dahulunya saya kunjungi kini sudah diruntuhkan. Antara yang saya ingin sentuh di sini ialah:
a) Masjid Kucing Hanya Tinggal Kenangan
Masjid Kucing amat terkenal di kalangan jemaah dari Malaysia. Dalam kalangan penduduk Mekah ia terkenal dengan Masjid Abu Hurairah. Abu Hurairah adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat baginda Abdurrahman bin Shakhr Al-Azdi. Nabi Muhammad SAW menggelar sahabatnya itu Abu Hurairah yang bermaksud "Bapa Kucing" kerana Abu Hurairah RA amat menyukai kucing. Rasulullah menganggap kucing bukanlah najis dan menyukainya. Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kucing:
Pada kunjungan 2010, saya sempat solat di Masjid Kucing. Jaraknya dari Masjidil Haram tidaklah jauh, kira-kira 10-15 minit berjalan kaki. Saya sempat mengambil gambar berdekatan dengan masjid itu. Ketika itu saya tidak tahu yang Masjid ini akan diruntuhkan. Maklumlah amat sukar saya mendengar sebarang masjid diruntuhkan lebih-lebih lagi di Kota Mekah yang suci. Tetapi sayang seribu kali sayang, pada kunjungan terbaru saya pada bulan lepas, saya mendapati masjid itu sudah diruntuhkan. Kini masjid itu cuma tinggal kenang-kenangan.

"Sesungguhnya [kucing itu] tidaklah najis karena ia termasuk yang berkeliling di antara kamu." (Hadis riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud)
Kucing di dalam Masjidil Haram. Kucing ini saya ambil gambarnya (dengan telefon bimbit) ketika sedang berikhtikaf di Masjidil Haram pada waktu zohor. |
Pada kunjungan 2010, saya sempat solat di Masjid Kucing. Jaraknya dari Masjidil Haram tidaklah jauh, kira-kira 10-15 minit berjalan kaki. Saya sempat mengambil gambar berdekatan dengan masjid itu. Ketika itu saya tidak tahu yang Masjid ini akan diruntuhkan. Maklumlah amat sukar saya mendengar sebarang masjid diruntuhkan lebih-lebih lagi di Kota Mekah yang suci. Tetapi sayang seribu kali sayang, pada kunjungan terbaru saya pada bulan lepas, saya mendapati masjid itu sudah diruntuhkan. Kini masjid itu cuma tinggal kenang-kenangan.
Penulis sempat bergambar dan solat di Masjid Kucing pada Jun 2010. Pada kujungan penulis pada Jun 2013 masjid ini sudah tiada lagi. Ia sudah runtuh dan kini hanya tinggal kenangan |
b) Restoren FELDA yang Sudah Tiada.
Saya suka makan di pusat membeli-belah yang terdapat di hadapan Masjidil Haram. Antaranya ialah D'Saji iaitu medan selera milik FELDA. D'Saji menyediakan masakan Malaysia seperti nasi lemak, kari ayam, nasi goreng dan mee goreng. Walau bagaimanapun ketika saya ke sana pada bulan lepas, saya tidak berjumpa dengan medan selera FELDA itu lagi. Saya mendapat tahu bahawa ia tidak lagi beroperasi.

Pada 2010 penulis sempat makan di medan selera makanan Malaysia milik Felda ini |
Pada 2013 restoren milik Felda sudah tiada lagi dan diganti dengan medan selera yang lain |
c) Tapak Rumah Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang Sudah Dijaga Rapi
Tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW letaknya berdekatan dengan Masjidil Haram, tidak berjauhan dengan Marwa. Pertama kali saya mengunjunginya saya dapati tapak rumah itu dijadikan perpustakaan. Menurut beberapa sumber, ia dijadikan perpustakaan kerana ingin mengelakkan bidaah atau kepercayaan khurafat di kalangan pengunjung. Tambahan pula tidak ada dalil sahih yang mengatakan bahawa ini ialah tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di dinding rumah ini diconteng dengan pelbagai tulisan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Orang juga terlalu ramai mengunjunginya sehingga menimbulkan kesesakan.
Dalam memberi wajah baru kepada Mekah, ramai yang menyangka rumah kelahiran Rasulullah SAW ini akan dirobohkan. Tetapi semasa saya ke sana pada bulan lepas, saya mendapati ia masih kukuh berdiri. Rumah kelahiran Nabi SAW ini tidak lagi diconteng dan ia dikawal dengan rapi. Peringatan dan larangan kepada pengunjung dicatatkan pada sebuah papantanda. Ini disebabkan oleh amalan khurafat dan kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah pengunjung rumah kelahiran Nabi SAW ini.

Penulis bergambar di hadapan tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW pada Jun 2010. Perhatikan ramai pengunjung dan dinding rumah ini diconteng |
Tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW semasa kunjungan penulis pada Jun 2013 yang sudah dijaga rapi dan tiada lagi contengan pada dinding. |
Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau juga dikenali dengan Abraj Al-Bait adalah menara jam tertinggi di dunia. Ia mengalahkan Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben London dan Menara Jam Ann-Bradly, Milwaukee Amerika Syarikat.
Semasa kunjungan saya pada 2010 Menara Jam ini masih dalam pembinaan. Ketika berjalan-jalan di kota Mekah saya ada mengambil gambar berlatarbelakangkan Menara Jam yang sedang dibina ini. Ketika itu saya tidak tahu bahawa ia akan menjadi Menara Jam tertinggi di dunia.
Ketika saya ke Mekah pada Jun 2013 baru-baru ini Menara Jam itu sudah siap dan kelihatan cantik, tinggi dan hebat. Semasa melakukan tawaf saya dapat melihat jam ini dengan jelas kerana ketinggiannya.
Menara ini dibina dengan kos 800 juta dollar Amerika dan diusahakan oleh Saudi BinLadin Group. BinLadin Group adalah kontraktor binaan yang bertanggungjawab dalam kebanyakan kerja-kerja renovasi kota Mekah sekarang ini.
Melalui bacaan saya mendapati jurutera yang merekacipta binaan Menara Jam ini adalah orang Malaysia iaitu Wan Nazri Wan Aria yang bekerja dengan sebuah syarikat Jerman. Menara ini juga mendapat kerjasama syarikat dari Dubai yang juruteranya juga terdiri daripada 14 orang rakyat Malaysia.
Pada 2010 jam besar ini sedang dalam pembinaan tetapi pada 2013 ia sudah siap dibina |
3. Mataf (Kawasan Tawaf) Semakin Sempit.
Masjidil Haram akan berwajah baru. Pelan perancangan Masjidil Haram ini akan menjadikan Kaabah kelihatan dari semua arah. Bagi merealisasikan ini, pengubahsuaian ruang di dalam Masjdil Haram dan sekitar mataf (kawasan tawaf) dilakukan. Ia dijangka siap dalam masa tiga tahun lagi. Keluasan mataf kini menjadi sempit kerana beberapa kawasan dikepong untuk kerja-kerja pembinaan.
Sebelum ini, semasa musim haji, saya pernah tawaf di bahagian tingkat satu Masjidil Haram. Mataf di tingkat atas ini kelihatan seperti sebuah lorong yang mengelilingi Kaabah. Pada kunjungan saya ke Mekah pada bulan lalu saya dapati lorong tawaf di tingkat satu ini sudah tidak digunakan untuk tawaf kerana sebahagian daripada lingkaran lorong ini ditutup untuk kerja-kerja renovasi. Disebabkan ini jemaah hanya dapat melakukan tawaf di bawah iaitu berdekatan dengan Kaabah. Maka keluasan untuk tawaf di bahagian bawah semakin sempit bagi menampung jumlah jemaah yang ramai.
Pada tahun 2010 lampu hijau sebagai penanda permulaan tawaf di letakkan pada dinding asal Masjidil Haram yang berhadapan dengan Hajarul Aswad. Pada tahun 2013, lampu hijau itu diletakkan pada dinding yang dilukis kerana bahagian ini sedang direnovasi |
Pada 2010 sekitar Masjidil Haram belum lagi direnovasi. Pada 2013 sekitar Masjidil Haram sedang direnovasi dan kelihatan crane dan jentera pembinaan yang memenuhinya. |
Mataf di bahagian bawah sesak dengan jemaah |
Mataf di tingkat atas Masjidil Haram yang dahulunya boleh digunakan untuk tawaf kini tidak boleh digunakan untuk tawaf kerana sebahagian daripadanya ditutup untuk kerja-kerja renovasi. Mataf di tingkat atas ini kini digunakan untuk solat, berdoa, membaca Quran dan melihat Kaabah. |
4. Kawasan Saie yang Lebih Indah
Kawasan saie iaitu di antara Safa dan Marwa tidak banyak berbeza. Cuma lampu hijau kelihatan lebih cantik dan kemas berbanding dengan dahulu. Manakala di bukit Safa kita tidak lagi dapat melihat Kaabah dari situ kerana ia telah dihadang oleh dinding.
Kawasan saie menggunakan lampu hijau jenis kalimantang pada Jun 2010 |
Kawasan saie diperindahan dengan rekabentuk lampu hijau, kipas dan hiasan siling yang lebih menarik |
Di sinilah permulaan saie. Gambar di sebelah kanan: Jemaah sedang menghadap Kaabah sebelum memulakan saie. Kaabah tidak kelihatan kerana dihadang oleh dinding. |
Sama-samalah Kita Fikirkan
Pekerja membaiki bahagian dalam Masjidil Haram |
Kerajaan Arab Saudi meruntuhkan bangunan bersejarah kerana ia mempunyai unsur-unsur bidaah.
KFC di hadapan Masjidil Haram |
Namun kesan permodenan Mekah ini menjadikan perbelanjaan untuk ke Mekah meningkat naik. Hotel-hotel yang mampu disewa oleh kebanyakan jemaah kita letaknya agak jauh dari Masjidil Haram - sekurang-kurangnya 1 km. Harga tanah dan bangunan di kota Mekah adalah yang termahal di dunia.
Kuota untuk mendapatkan visa mengerjakan umrah dan haji juga dikurangkan sehinggalah renovasi kota Mekah siap. Peraturan ketat dikenakan kepada pemohon visa umrah baru-baru ini. Ramai orang Malaysia memprotes peraturan ini. Oleh kerana ini permohonan jemaah Malaysia banyak yang ditolak.

Walaupun bukannya mudah untuk dijemput menjadi tetamu di Tanah Suci ini, penulis yang penuh dosa ini amat bersyukur kerana pernah berada di sini. Kepada-Nyalah saya pasrahkan doa dan harapan semoga dijemput lagi.
Tetamu yang penuh dosa |