Apa khabar pembaca semua? Pada hujung-hujung tahun ini nak bercuti ke mana? Ke bandar? Kalau ke bandaraya seperti Kuala Lumpur untuk membeli-belah atau jalan-jalan tentu seronok, kan? Tetapi di manakah anda menginap? Rumah saudara-mara atau di hotel sahaja?
Kalau anda ingin menginap di hotel, saya cadangkan sebuah hotel yang letaknya betul-betul di pusat bandar raya. Iaitu Quality Hotel. Saya telah menginap di sini beberapa kali kerana bertugas (out station) di Kuala Lumpur.
Lokasi Quality Hotel
|
Quality Hotel dari luar pada waktu malam |
Bagi saya Quality Hotel amat selesa kerana letaknya di Jalan Raja Laut iaitu di pusat bandar raya Kuala Lumpur. Jadi mudah sahaja hendak ke mana-mana. Kenderaan awam juga mudah didapati. Bagi mereka yang kaki shopping, pusat membeli-belah yang terdekat ialah SOGO :)
|
Quality Hotel berdekatan dengan Sogo dan Bangunan Mara |
Setelah berjalan-jalan di bandar raya Kuala Lumpur, kita pasti kepenatan dan ingin berehat di dalam bilik yang selesa.
Bilik Quality Hotel
Bilik hotel ini menggunakan sistem kad kunci elektronik. Apabila kita masuk ke dalam biliknya kita akan kagum dengan keluasannya iaitu lebih kurang 38 meter persegi. Biliknya berhawa dingin yang boleh dikawal suhunya. Bilik tidak merokok dan perkhidmatan WIFI juga disediakan.
|
Dua buah katil bersaiz Queen dan skrin LCD dengan rangkaian ASTRO ini amat berbaloi untuk diinapi oleh sekeluarga
|
|
Bilik mandi peribadi - bathtub dan pancuran air hujan, pengering rambut, sabun, syampoo, berus gigi, ubat gigi, kertas tandas, tisu dan tuala disediakan |
|
Sterika, papan sterika, peti keselamatan, selipar dan pajama juga siap disediakan |
|
Peti sejuk mini, cerek elektrik, cawan, air mineral, Nescafe, teh dan Milo juga disediakan |
Sarapan Percuma di Quality Hotel
|
Buffet untuk sarapan |
Kita diberi sarapan percuma di hotel ini. Sarapan disediakan dengan cara buffet dengan pelbagai pilihan menu Barat dan tempatan.
Menu masakan Barat yang lazim ialah roti, bijirin, susu, buah-buahan kering, pastri, kek dan macam-macam lagi boleh dipilih mengikut kegemaran.
Untuk makanan tempatan pula kita disajikan dengan nasi lemak, roti canai, nasi dagang, mee goreng, kuih-muih dan pelbagai lagi.
|
Nasi lemak |
|
Nasi dagang
|
|
Ubi kayu rebus |
|
Mee goreng |
|
Dim Sum |
|
Keledek rebus |
|
Sira buah-buahan |
|
Suasana sarapan pagi di Coffee House, Quality Hotel Kuala Lumpur |
Penginapan dan sarapan di Quality Hotel ini berharga RM325 semalam. Walau bagaimanapun, saya tidak membayarnya kerana penginapan saya di sini ditaja oleh sebuah agensi kerana melakukan kerja-kerja penting negara.