Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 30 Disember 2015

Menginap dan Sarapan di Quality Hotel Kuala Lumpur

Apa khabar pembaca semua? Pada hujung-hujung tahun ini nak bercuti ke mana? Ke bandar? Kalau ke bandaraya seperti Kuala Lumpur untuk membeli-belah atau jalan-jalan tentu seronok, kan? Tetapi di manakah anda menginap? Rumah saudara-mara atau di hotel sahaja? 

Kalau anda ingin menginap di hotel, saya cadangkan sebuah hotel yang letaknya betul-betul di pusat bandar raya. Iaitu Quality Hotel. Saya telah menginap di sini beberapa kali kerana bertugas (out station) di Kuala Lumpur.


Lokasi Quality Hotel

Quality Hotel dari luar pada waktu malam

Bagi saya Quality Hotel amat selesa kerana letaknya di Jalan Raja Laut iaitu di pusat bandar raya Kuala Lumpur. Jadi mudah sahaja hendak ke mana-mana. Kenderaan awam juga mudah didapati. Bagi mereka yang kaki shopping, pusat membeli-belah yang terdekat ialah SOGO :)

Quality Hotel berdekatan dengan Sogo dan Bangunan Mara

Setelah berjalan-jalan di bandar raya Kuala Lumpur, kita pasti kepenatan dan ingin berehat di dalam bilik yang selesa.


Bilik Quality Hotel


Bilik hotel ini menggunakan sistem kad kunci elektronik. Apabila kita masuk ke dalam biliknya kita akan kagum dengan keluasannya iaitu lebih kurang 38 meter persegi. Biliknya berhawa dingin yang boleh dikawal suhunya. Bilik tidak merokok dan  perkhidmatan WIFI juga disediakan.

Dua buah katil bersaiz Queen dan skrin LCD dengan rangkaian ASTRO ini amat berbaloi untuk diinapi oleh sekeluarga

Bilik mandi peribadi - bathtub dan pancuran air hujan, pengering rambut, sabun, syampoo, berus gigi, ubat gigi, kertas tandas, tisu dan tuala disediakan
Sterika, papan sterika, peti keselamatan, selipar dan pajama juga siap disediakan
Peti sejuk mini, cerek elektrik, cawan, air mineral, Nescafe, teh dan Milo juga disediakan


Sarapan Percuma di Quality Hotel


Buffet untuk sarapan

Kita diberi sarapan percuma di hotel ini. Sarapan disediakan dengan cara buffet dengan pelbagai pilihan menu Barat dan tempatan. 

Menu masakan Barat yang lazim ialah roti, bijirin, susu, buah-buahan kering, pastri, kek dan macam-macam lagi boleh dipilih mengikut kegemaran. 

Untuk makanan tempatan pula kita disajikan dengan nasi lemak, roti canai, nasi dagang, mee goreng, kuih-muih dan pelbagai lagi.

Nasi lemak
Nasi dagang

Ubi kayu rebus 
Mee goreng
Dim Sum
Keledek rebus 
Sira buah-buahan
Suasana sarapan pagi di Coffee House, Quality Hotel Kuala Lumpur

Penginapan dan sarapan di Quality Hotel ini berharga RM325 semalam. Walau bagaimanapun, saya tidak membayarnya kerana penginapan saya di sini ditaja oleh sebuah agensi kerana melakukan kerja-kerja penting negara.

13 ulasan:

  1. Salam..sy blogwalking..Memang best menginap di hotel yang bertaraf 3 bintang keatas..pastinya mendapat layanan yang istiwewa kan..

    **************

    Jika ke KL bersama keluarga dan anak-anak kami mencadangkan Homestay Ceria Kuala Lumpur ini. Dekat dengan bandar dan kemudahan. Dah ramai yang berpuashati.

    http://homestayceriakualalumpur.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cinet kerana mencadangkan Homestay Ceria di Taman Melati. Dekat dengan tumpuan utama di Kuala Lumpur. Saya telah pun melawat blog ini. Insya Allah Homestay ini termasuk dalam senarai saya kalau tiada tempat menginap di KL.

      Padam
  2. Lokasi hotel ini memang terbaik... dekat dengan stesyen LRT. kawasan beli-belah dan MARA Digital!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mie. Sesuai untuk mereka yang sesekali datang ke KL dan suka shopping.

      Padam
  3. sungguh bacaan yang mengesankan :) ingin rasanya berada disana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ariefsigli kerana sudi membaca blog saya. Semoga Ariefsigli dapat datang ke Kuala Lumpur :)

      Padam
  4. salam kak, sy cuma nak bgtau sy baru balik dr beijing n xian...byk ceduk info dr blog akak...hehehe thanks yer!beijing n xian mmg best!=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow mesti pengalaman yang unik dan berbeza dari saya :) Apa yang best di Beijing dan Xian? Cer cerita.
      Terima kasih DJ sebab rujuk blog akak :)

      Padam
    2. Semua pun best!makan, tempat jalan-jalan, cuaca...hehehe cuma ada la sikit ala-ala nak kena scam tp Alhamdulillah berjaya di atasi...hehehe

      last minute je study, nasib baik blog akak banyak membantu... =D

      Padam
    3. Orang sudah berpengalaman luas dalam bab travel ni tentu susah nak ditipu. :)

      Padam
    4. Eh bukan macam tu kak, takde la luas mana pun...tapi Alhamdulillah, waspada tu lebih sikit...hehehe

      Padam
  5. Wow kak Nara sambut tahun baru kat KL ye ..hihi..main je.Outstation koje ye.Ciku dan famili ke N9 bebaru ni just lepak with makayah and adik beradik di rumah kakak je .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hari tu akak out station di KL...sambut tahun baru pula di Perak :)

      Tentu Ciku seronok lepak-lepak dengan keluarga di rumah...tambahan pula ada makayah lagi best :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.