D'Jamuan Homestay |
Homestay ini menghadap jalan raya. Di sebelah kanan ialah Jambatan Iskandar. |
Saya memilih sebuah bilik kerana ketika itu saya bermalam dengan suami saya. Bilik sewanya dilengkapi:
1) katil (queen size)
2) pemanas air / cerek
3) aircond
4) bilik air
5) peti sejuk
6) tv
Bilik yang saya inapi di D'Jamuan Homestay |
Sterika dan ironing board disediakan |
Rumah disediakan untuk mereka yang datang berkeluarga |
Tetapi sekiranya anda datang bersama keluarga, anda boleh menyewa rumah yang disediakan. Setiap rumah dilengkapi:
1) 3 bilik tidur (katil queen size)
2) 2 bilik air
3) ruang tamu yang selesa
4) pemanas air / cerek
5) peti sejuk
6) seterika
7) aircond
8) tv
Kedai yang ada di hadapan homestay |
Pasar mini ini menjual macam-macam keperluan harian |
Di sekeliling homestay ini terdapat banyak kemudahan seperti kedai runcit dan kedai makan.
Restoren ini mudah dikunjungi |
Saya cadangkan anda ke Restoren D'Jamuan kerana di sini mereka menyediakan juadah yang enak seperti nasi lemak, mee kari, nasi ayam penyet, gulai tempoyak dan macam-macam lagi. Homestay ini letaknya di Jamuan iaitu sebelah Jambatan Iskandar, Kuala Kangsar.
Nasi lemak dan air limau kasturi asam boi ini sungguh sedap dimakan waktu sarapan di Restoren D'Jamuan |
Mee kari Restoren D'Jamuan yang saya makan waktu tengahari. Sedap. |
Kuih-muih juga boleh didapati di restoren ini |
Speciality di sini ialah Nasi Ayam Penyet. Nasi Ayam Penyet ini amat sesuai untuk makan malam atau tengahari. Sungguh sedap. |
Suasana kampung di D'Jamuan Homestay |
Kita boleh berehat di balkoni homestay dan melihat suasana hijau |
Suasana sekeliling yang terdapat rumah-rumah kampung, Sungai Perak dan pokok-pokok boleh membuatkan rehat anda tenang. Untuk keluar melawat juga tidak susah kerana ia letaknya berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah di Kuala Kangsar seperti Istana Kuning, Istana Bukit Candan, Masjid Ubudiah, Malay College Kuala Kangsar, Jambatan Victoria dan macam-macam lagi.
Jambatan Victoria berdekatan dengan D'Jamuan Homestay |
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Haslina di talian 017-5067726 @ 017-5404612