Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Isnin, 18 Januari 2016

D'Jamuan Homestay di Kuala Kangsar

Sekiranya anda ke Kuala Kangsar samada untuk bercuti, balik kampung atau menghadiri kenduri kahwin dan anda tidak ada tempat untuk menginap, janganlah susah hati. Terdapat sebuah homestay yang letaknya berdekatan dengan pekan Kuala Kangsar iaitu D'Jamuan Homestay.  Saya sendiri telah tiga kali menginap di homestay ini dan mendapati ia sangat selesa dan harganya amat berpatutan.



D'Jamuan Homestay

Homestay ini menghadap jalan raya. Di sebelah kanan ialah Jambatan Iskandar.

Saya memilih sebuah bilik kerana ketika itu saya bermalam dengan suami saya. Bilik sewanya dilengkapi:
1) katil (queen size)
2) pemanas air / cerek
3) aircond
4) bilik air
5) peti sejuk
6) tv

Bilik yang saya inapi di D'Jamuan Homestay

Sterika dan ironing board disediakan 

Rumah disediakan untuk mereka yang datang berkeluarga

Tetapi sekiranya anda datang bersama keluarga, anda boleh menyewa rumah yang disediakan. Setiap rumah dilengkapi:
1) 3 bilik tidur (katil queen size)
2) 2 bilik air
3) ruang tamu yang selesa
4) pemanas air / cerek
5) peti sejuk
6) seterika
7) aircond
8) tv 


Kedai yang ada di hadapan homestay

Pasar mini ini menjual macam-macam keperluan harian

Di sekeliling homestay ini terdapat banyak kemudahan seperti kedai runcit dan kedai makan. 

Restoren ini mudah dikunjungi

Saya cadangkan anda ke Restoren D'Jamuan kerana di sini mereka menyediakan juadah yang enak seperti nasi lemak, mee kari, nasi ayam penyet, gulai tempoyak dan macam-macam lagi. Homestay ini letaknya di Jamuan iaitu sebelah Jambatan Iskandar, Kuala Kangsar.


Nasi lemak dan air limau kasturi asam boi ini sungguh sedap dimakan waktu sarapan di Restoren D'Jamuan
Mee kari Restoren D'Jamuan yang saya makan waktu tengahari. Sedap.
Kuih-muih juga boleh didapati di restoren ini
Speciality di sini ialah Nasi Ayam Penyet. Nasi Ayam Penyet ini amat sesuai untuk makan malam atau tengahari. Sungguh sedap.

Suasana kampung di D'Jamuan Homestay





Kita boleh berehat di balkoni homestay dan melihat suasana hijau

Suasana sekeliling yang terdapat rumah-rumah kampung, Sungai Perak dan pokok-pokok boleh membuatkan rehat anda tenang. Untuk keluar melawat juga tidak susah kerana ia letaknya berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah di Kuala Kangsar seperti Istana Kuning, Istana Bukit Candan, Masjid Ubudiah, Malay College Kuala Kangsar, Jambatan Victoria dan macam-macam lagi. 


Jambatan Victoria berdekatan dengan D'Jamuan Homestay


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Haslina di talian 017-5067726 @ 017-5404612

9 ulasan:

  1. Lain kali kalau ke KK bolehlah terjah tempat ini. Suasananya pun nampak tenang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali cari ketenangan di kampung seronok juga. Tempat lawatan menarik ada berdekatan. Nak cari makan pun tak susah.

      Padam
  2. Salam, saya akan membawa rombongan ke kuala kangsar pd 30.5.2016(isnin) Homestay ni bsar x?saya bawa pelajar ekolah eengah termasuk guru seramai 40 orang.klu nak asingkan lelaki dan perempuan blh x?
    t.k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana terdapat beberapa unit D'jamuan Homestay berdekatan.

      Padam
  3. Saya asal kuala kangsar, baru tahu ada homestay dan restoran best kat sini. Hehe. Nt bila balik kampung nak terjahlah ;)

    BalasPadam
  4. masih ada kekosongan tuk date 11Nov-13Nov rumah family

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila hubungi Pn Haslina seperti nombor di atas.

      Padam
  5. Prof dah sampai di Kampung Jamuan ye? Itulah kampung isteri saya.😊 Saya lalu je depan homestay tu.memang cantik kan?

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.