D
aiso|Japan! Ini adalah tempat membeli-belah barang-barang dari Jepun. Semasa saya ke Jepun dua tahun lalu, saya telah membeli-belah di kedai 100 yen. Semua barang-barangnya berharga 100 yen (lebih kurang RM3.70). .
Saya pernah menceritakan pengalaman saya membeli-belah di kedai 100 yen dalam entri saya tentang backpack di Jepun. Video tentangnya pun sudah saya kongsikan. Sila klik di
SINI untuk mengimbas kembali.
Mungkin anda pernah ke Jepun, melihat kedai ini atau membeli-belah di kedai ini.
Kini, saya dan anda tak perlu lagi ke Jepun untuk membeli-belah di Daiso|Japan. Di manakah Daiso|Japan ini berada? Daiso|Japan terdapat banyak di pusat membeli-belah utama di Malaysia. Dua buah Daiso|Japan yang pernah saya kunjungi ialah di 1) Aeon Mall Ipoh Kelebang dan 2) Queensbay Mall Pulau Pinang. Harga barang-barang di sini bukannya 100 yen atau RM3.70 untuk setiap barang sebagaimana di Jepun tetapi RM5.30.
Apakah barang-barang yang menarik yang boleh kita beli di Daiso|Japan? Jom lihat gambar-gambar yang saya ambil di kedua-dua Daiso|Japan itu.
1) Daiso|Japan Aeon Mall Ipoh Klebang
|
Daiso|Japan terdapat di Aeon Mall Ipoh Klebang |
|
Pintu masuk Daiso|Japan di Aeon Mall Ipoh Klebang dihiasi dengan gambar gadis Jepun berpakaian Kimono |
|
Pakaian musim sejuk dijual di Daiso|Japan Aeon Mall Ipoh Klebang |
|
Beg pakaian begini sesuai untuk mereka yang suka mengembara
|
|
Barang-barang untuk kemudahan berkebun juga dijual di Daiso|Japan |
|
Cebuk/gayung ini boleh dipelbagaigunakan |
2) Daiso|Japan di Queensbay Mall Penang
|
Daiso|Japan juga terdapat di Queensbay Mall Penang |
|
Pintu masuk Daiso|Japan di Queensbay Mall dihiasi dengan gambar seorang gadis Jepun. Papan tanda RM5.30 untuk setiap barang yang dijual di sini dapat dilihat dengan jelas oleh pelanggan |
|
Kotak-kotak vintage ini sesuai digunakan untuk mengisi barang-barang kecil di bilik |
|
Pasu-pasu bunga dan alat-alat berkebun juga terdapat di Daiso|Japan Queensbay Mall Penang |
|
Apakah yang anda boleh lakukan dengan barang-barang alumanium dan kaca ini? |
Pernahkah anda mengunjungi Daiso|Japan di tempat anda? Kalau pernah sila kongsikan pengalaman anda di ruangan bawah :)