Kali ini saya hendak ajak anda ke sebuah taman di Beijing yang saya suka pergi. Taman ini cantik, bersih dan jauh daripada kesesakan pelancong dan orang ramai. Taman ini bernama Zazhuyuan yang bermaksud Taman Buluh Ungu yang mempunyai banyak perdu buluh daripada pelbagai spesis. Oleh kerana namanya Taman Buluh Ungu sudah tentu saya ingin melihat yang dikatakan buluh ungu itu. Tentu cantik, kan?
Taman ini adalah yang ketujuh besarnya di Beijing dan letaknya di Daerah Haidan tidak berjauhan dengan Zoo Beijing dan Perpustakaan Negara (National Library).
Di taman ini terdapat 3 takungan air (tasik), satu terusan dan beberapa petak kolam memancing. Pertama kali saya ke sini adalah pada 1 Julai 2012 (kebetulan itu ialah hari ulangtahun Parti Komunis) dan ketika itu musim panas. Saya pergi seorang diri. Musim panas adalah sesuai untuk ke sini. Ingin tahu mengapa? Teruskan membaca ruangan ini kerana anda pasti bertemu dengan jawabannya.
Pada asalnya takungan air di taman ini adalah sumber bekalan air bagi penduduk di sini kira-kira pada abad ke-13. Terusannya pula digunakan oleh Maharaja Ming dan ia mengalir hingga ke Istana Musim Panas.
Keindahan taman diserikan lagi dengan beberapa sampan yang dikayuh
dengan menggunakan pendayung kayu mengelilingi tasik.
Burung-burung
merpati turun ke tanah mencari makan. Angin pula bertiup sekali-sekala
bagi mengurangkan kepanasan cuaca musim panas.
Jambatan-jambatan berbentuk gerbang melengkung diukir dengan motif bunga teratai dan buluh menyambungkan pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh tasik dan terusan.
Pokok-pokok dengan dedaun hijau rimbun serta reranting terjuntai-juntai ke bawah dan dibuai-buai angin bagaikan rambut anak gadis sunti yang disisir rapi dalam iklan syampoo. Indahnya suasana. Tenangnya jiwa.
Kanak-kanak bermain-main di taman permainan, orang tua-tua melakukan senaman tai chi, ada juga mat salleh yang belajar kungu fu di bawah pokok di atas bukit, ada juga keluarga yang berkelah di tepi tasik dan di dalam belukar, ada yang bermain mahjung dan menggesek biola di rumah pinggir tasik. Santai!
Kaki pancing juga tidak melepaskan peluang untuk merembat ikan-ikan di kolam ikan yang disediakan. Malahan untuk tidur juga amat sesuai di atas tikar yang dibentangkan di bawah rumpun buluh.
Pasangan berkasih juga memadu janji di bawah rumpun buluh yang rimbun bagaikan taman ini mereka yang punya. Barangkali menyanyikan lagu:
Bawah rumpun bambu,
hamba menunggu,
berdetap jantung kalbu,
hamba merindu
Untuk solat juga amat sesuai kerana tidak sesiapa yang menganggu.Cara ke sana:
Ambil subway laluan 4 dan turun di stesen National Library, keluar ikut pintu D. Kemudian berjalan ke arah kanan dan anda akan lihat sebuah jejantas serta papan tanda arah taman Zazhuyuan dan Zoo Beijing. Taman Zazhuyuan ini letakkannya di situ, sepelaung sahaja dari stesen subway tadi.
Buluh Ungu
Bagaimana pula dengan buluh ungu yang ingin saya lihat di taman ini? Sudah habis taman ini saya jelajah. Malangnya tiada satupun buluh ungu yang saya lihat. Kesemuanya hijau. Mungkin pada suatu ketika dulu ia pernah tumbuh dengan rimbun di sini tetapi buluh ungu itu mungkin sudah pupus.
Menurut sejarahnya, sebuah kuil dibina di sini dan dinamakan dengan Taman Buluh Ungu. Tapi saya tidak nampak kuil itu. Mungkin kuil itu juga sudah musnah.
Yang saya jumpa di taman itu ialah dua orang Bangladesh yang sedang mencari pintu keluar taman itu. Mereka yang menegurku dulu dan bertanyakan dalam Bahasa China samada saya orang Islam China atau tidak. Ini kerana saya memakai hijab. Inilah keistimewaan memakai hijab di Negara China kerana kita mudah ditegur oleh orang Islam. Pada hari itu sahaja sudah 3 orang menegur saya dengan soalan yang sama: di dalam subway, di taman ini dan di pasar.
Pada mulanya saya tidak mengenali mereka orang Islam kerana yang perempuannya tidak memakai hijab dan di dahinya ada aksesori seperti pottu (nandek) yang sering dipakai oleh orang Hindu. Setelah berkenalan saya mendapat tahu bahawa perempuan itu bekerja di universiti yang sama dengan saya iaitu Universiti Komunikasi China dan yang lelaki bekerja di Radio Antarabangsa China.
Mereka menyangka saya ada masalah makan di Beijing. Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak ada masalah itu kerana saya masak sendiri dan makan di cafetaria halal berdekatan rumah saya. Mereka menghadapi masalah makan dan merungut bahawa di restoren China pasti ada khinzir. Saya menasihati mereka supaya jangan sekali-kali mengunjungi restoren bukan halal.
Itulah sekelumit kehidupan manusia yang mengambil ringan tentang soal permakanan dan pemakaian dalam Islam. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka.
Kamipun keluar bersama-sama menuju ke stesen subway.
Saya pulang ke rumah saya di daerah Chaoyang dengan hati yang tenang dan gembira.
Saya pulang ke rumah saya di daerah Chaoyang dengan hati yang tenang dan gembira.
Iktibar dari Pertemuan
Teringat saya pada Hadith yang menyuruh kita orang Islam jangan berpakaian seperti orang kafir kerana ditakuti menjadi sebahagian daripada mereka. Iaitu sabda Nabi s.a.w.;
Saidina ‘Ali meriwayatkan; saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa yang menyerupai suatu golongan, maka ia dari golongan tersebut”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar r.a.).
Saidina ‘Ali meriwayatkan; saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Jauhilah kamu dari memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukanlah dariku”. (Riwayat Imam ar-Rhabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat. Menurut Imam Ibnu Hajar; sanadnya adalah La Ba’sa Bihi. Lihat; Fathul-Bari, bab al-Baranis).Apa pandangan anda? Jangan ragu-ragu untuk menyuarakannya di ruangan di bawah ini.
Boleh mandi ke di tasik ni, sbb ramai pulak apek belenggeng kat situ...
BalasPadamWah NA suka lagu2 retro ek...
@Mie,
PadamTak boleh mandi di tasik ni, apek belenggeng tu saya rasa sebab cuaca panas. Tasik yang ada apek belenggeng itu sebenarnya tempat kaki pancing.
Saya membesar dgn lagu-lagu retro. Banyak lagu-lagu retro yang saya tak sengaja hafal sebab selalu dengar. Lebih-lebih lagi lagu yang saya tak suka, mudah sangat saya menghafalnya, lagi tak suka, lagi mudah ingat he he he
Cantik tasik ni terutama part teratai besar2 tu.
BalasPadamBuluh ungu? hmmm macamanalah rupanya ye.
@Janggel,
PadamMemang banyak bunga teratai di tasik itu. Ada yg pink. Ada putih. Kuning pun ada. Masa itu sesuai untuk datang sebab teratai tengah banyak dan kembang. Itik-itik pun banyak berenang. Sampan pula dikayuh di tasik itu. Ramai juga fotografer yang datang ambil gambar di sini.
Buluh ungu itu tinggal nama sahaja.
saya ni akak, dah lama teringin nak amek gmbr bunga teratai yg real punye. i mean yg betol2 terapung atas tasik pastu kembang mekar. susah benor nak carik kat msia. aritu pegi taman tasik taiping ade beberapa kuntum teratai tp takdelah mekar, layu pulak tu. hurm..mybe 1 hari nnt.
BalasPadamhutan buluh mcm tu saya pn suka! kalo siang mmg nmpk lawa dgn pkok2 yg yang daun2 macam melambai2 tu. hehehe
@Danny,
PadamNanti suatu hari Danny boleh datang ke taman ni ambil gambar teratai banyak-banyak dgn daun pokok melambai-lambai. Tapi kena datang musim panas (Julai), sebab masa tulah teratai tengah kembang.
Kalau di Malaysia tu yang ada banyak teratai ialah di Tasik Chini, Pahang. Kalau di tempat lain tu di Thailand.
Hutan buluh memang lawa siang hari.Kemudian kawasannya jadi redup.
insyaALLAH. kalo ade rezeki. tp sy ni kureng skit nak jejalan musim panas. berpeluh je manjang...huhuhu
Padamkalo redup maunya ade hantuuuuuu~
@Danny,
PadamMusim panas memang berpeluh, melekit-lekit. Kalau tak suka melekit-lekit tu kita kena keluar awal pagi.
Betul, "hantu" memang suka tempat redup2 ni he he he
gosh! love the canals... and the boat ride makes it more lovely.
BalasPadamLily Riani,
PadamSalam perkenalan.
Thanks for visiting this blog and leaving your comments. You should witness this beautiful park yourself to enjoy it. This park is just a walking distance from the National Library subway station. It's very quiet, a good place to take a rest, furthermore there is no admission fee and loved by the locals. You barely see any tourist here.
Agak2 kan kalu gi time winter,mesti pemandangan dah berubah kan...
BalasPadamSalam eKa,
BalasPadamKalau winter barangkali tasik tu beku. Boleh main roller blade.
salam. seronok baca travelog anda. saya dah banyak adventure ke negara asing terutamanya timur tengah sewaktu belajar di Madinah, Arab Saudi dahulu tapi nak tulis travelog sangat berat rasanya.
BalasPadamalhamdulillah, bulan November 2011 tahun lepas, saya menjelajah bumi andalusia. pada awalnya saya hanya nak ke andalusia sahaja kerana cita2 untuk melawat bekas2 peninggalan wilayah Islam ini telah tersemat sejak remaja lagi setelah membaca tamadun Islam di Andalusia, tetapi oleh kerana tiket pesawat mahal saya ke itali dahulu selama 6 hari, kemudian dari venice ke Ishbiliyyah ( seville kata orang sepanyol ) menaiki ryanair iaitu pesawat seperti air asia., setelah itu ke Qurtubah (Cordova), Jabal Toriq ( Gibraltar wilayah UK). Dari jabal toriq ke Gharnatah (granada), sempat juga ke Sirra Nevada untuk bermain salji dan seterusnya ke Madrid. Dari Madrid menaiki bas ke Paris selama 18 jam (4 kali berhenti). Hanya 2 malam shj di Paris dan tak sempat ke London kerana tiket penerbangan pulang sudah di tempah . Jumlah hari 18 hari dan belanja semua 5500RM seorang termasuk tiket 2400RM dengan Kuwait airways, routenya KL Kuwait Rome dan pulang Paris Kuwait KL.
Asalnya nak jelajah bersama seorang kawan tp last minit kawan tu ada hal dan saya ambil keputusan untuk jelajah secara solo kerana sewaktu remaja dulu saya pernah pergi bangkok, singapore dan lain2 negara secara solo tetapi isteri nak ikut sama. Oleh itu kami berdua menjelajah secara backpacking dalam usia saya separuh abad. Memang sukar nak berkomunikasi dengan masyarakat di negara2 yg kami lawati kerana mereka tak boleh berbahasa inggeris tetapi ALLAH Maha Penyayang kerana sepanjang kembara ketika mengalami kesukaran alhamdulillah kami bertemu dengan orang2 Arab dan saya boleh berbahasa Arab.
Banyak pengalaman yang kami perolihi sepanjang kembara ini. Hajat hati nak tulis travelog tetapi memerlukan masa.
Kami naik tram dari airport Rome ke Roma Termini. Memang susah nak cari hotel di Rome yang telah pun di tempah awal di booking com. Itu pun setelah tanya mat bangla yg kerja di cybercafe. Dia cari dalam google dan setelah itu kebetulan kawannya nak pergi hampir dengan hotel itu. alhamdulillah , akhirnya jumpa setelah 2 jam berpusing2 sebelum jumpa mat Bangla tadi. semoga ALLAH beri ganjaran kepadanya. Aamin. Hari ke 3 kami sewa hotel depan stesyen Roma Termini.
Ketika di venice jumpa dengan mat bangla yang pernah kerja di Malaysia. Saya tanya dia arah nak gi masjid. Katanya kena naik bas ke Islamic Centre ikut jalan darat. Hentian bas letaknya atas dari stesyen keretapi. Kami juga menjelajah ke Pisa, Firenza, Venezia dengan tren kerana setelah tanya orang tiada bas ke tempat2 tersebut. Kami juga nak pergi ke Milan dan seterusnya ke Switzland tapi tak ada kesempatan takut tak sempat ke Andalusia yang merupakan tempat utama kembara kami.
Insha ALLAH, tahun ini atau tahun depan saya nak melawat negara yang lain pula seperti london, netherland, switzland, Portugal, Brussels, Hungary dan lain-lain.
Juga ingin melawat laluan sutera untuk melihat wilayah autonomi umat Islam China yang satu ketika dulu sebelum komunis China menaklukinya bernama Turkistan Timur. Saya pernah ke Beijing tahun 2004 dan tinggal di rumah sepupu saya yg mengajar Bahasa Melayu di Beijing Foreign Universiti. Sebaik tiba di Beijing saya terus talipon airlines untuk ke Xinjiang tetapi hrg flight 2400yuan dan bila saya tanya keretapi saya diberitahu perjalanan 48 jam. Olih kerana cuti terhad saya berazam utk pergi lain kali shj. Akhirnya saya ke Tianjin melawat perkampungan orang Islam di sana.
Namun begitu rasanya tahun ini tak dapat kembara jauh2 kerana saya dah umrah 3 kali. kali terakhir 10 malam terakhir Ramadhan dan pulang 2 syawwal , juga secara backpacking dengan seorang kawan yang tak jadi ikut saya ke Eropah tahun lepas. Rasanya tahun ni yang ada baki 3 bulan lagi cukuplah ke Indonesia, sabah, Serawak dan Brunei sahaja. Semoga ALLAH memudahkan dan memakbulkan hasrat saya ini.
Assalamualaikum mdnasiridris,
PadamApa khabar? Maafkan saya sangat-sangat sebab baru hari ini terperasan ada ulasan dari sdra.
Menarik sungguh kembara sdra. Bertuah sdra dapat belajar di Madinah. Sudah pastinya fasih berbahasa Arab. Saya teringin fasih dalam bahasa Arab. Saya juga ada kenalan siswa di Universiti Madinah. Pertama kali buat umrah saya juga backpack ke Madinah dan Mekah. Yang sambut saya di sana ialah student Universiti Madinah dan kenalan orang Mekah dan Madinah. Mereka telah mempermudahkan urusan umrah saya.
Saya juga seperti sdra minat melihat kesan-kesan/pengaruh Islam di tempat-tempat lain. Saya pernah ke Toledo untuk menyaksikan keruntuhan Islam yang dahulunya agung di sana. Begitu juga sempat kembara ke Itali, Greece, Switzerland, France dan London pada zaman remaja saya.
Bumi ini terlalu luas, banyak lagi tempat yang belum saya teroka. Pada usia separuh abad ini saya berpeluang mengembara kerana anak-anak sudah dewasa. Saya juga minat menulis tentang kembara saya sejak dari dahulu lagi. Setiap lepas mengembara saya tulis catatan saya sendiri di atas kertas. Baru kini saya berpeluang untuk buat blog kerana pada usia sekarang saya agak stabil dari segi pekerjaan dan keluarga.
Saya rasa ramai orang mengembara ke banyak tempat tetapi tidak dapat berkongsi pengalaman mereka. Setiap kali saya mengembara atau ingin belajar ke luar negara saya menghadapi masalah kerana tidak ada sumber rujukan dan panduan untuk bantu saya memulakan kehidupan di tempat baru. Jadi saya rasa dengan menulis blog ini dapat membantu mereka yang memerlukan. Disamping itu kita boleh menunjukkan pengaruh Islam di tempat-tempat lain kerana ramai orang tidak tahu tentang ini. Pengalaman saya bertemu dengan orang Islam dan menjejak masjid di China telah membuka mata saya dan ramai pembaca. Saya rasa perkongsian ini adalah sesuatu yang menggembirakan saya dan orang lain. Alhamdulillah saya sempat ke Xinjiang dan ada saya tuliskan pengalaman berharga ini dalam blog ini.
Saya cadangkan sdra tulislah blog, sebab saudara pernah tinggal di Madinah dan mengembara di Timur Tengah. Bukan semua orang berpeluang ke sana. Dengan menulis blog, sdra boleh membantu orang lain yang dahagakan panduan dari mereka yang berpengalaman.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saudara.
Assalaamu`alaikum.
BalasPadamTerima kasih kerana membalas ulasan saya. Saya minta maaf kerana dah lama saya tak buka gmail, tiba2 ada balasan dari Dr.
Memang tak dinafikan menulis blog sangat2 memberi manfaat kepada mereka yang inginkan panduan. Insha ALLAH, saya akan tulis blog pengalaman pengembaraan saya.
Memandangkan Dr pernah mengerjakan umrah secara backpacking , saya akan tulis ulasan dalam blog Dr nanti terutamanya masalah visa bagi sesiapa yang ingin umrah secara backpacking kerana setiap tahun saya mengerjakan umrah secara backpacking sejak tahun 1994 lagi. Tahun ini dah 2 kali saya umrah , bulan March umrah/Dubai dan cuti sekolah Jun umrah /Istanbul (3 hari 2 malam di Istanbul). Bulan March seramai 39 orang ikut saya, manakala bulan Jun seramai 17 orang.
Pada 22.10 hingga 26.10 insha ALLAH, saya dan 4 orang lagi rakan akan mengembara secara backpacking ke Seam Reap, Pnom Penh dan Ho Chi Minh. 22.10 dari LCCT ke SEam Reap bertolak jam 6.50 pagi. Dari Seam Reap ke Pnom Penh dengan bas dari dari PP ke HCM juga dengan bas. Dari HCM ke LCCT berangkat jam 8.30 pagi. Jadi rasanya masa agak terhad namun begitu kami tidak bercadang melawat Angkor Wat, cuma kami akan bergambar di hadapan tembok Angkor WAt sahaja sebagai tanda kami dah sampai sepertimana saya dan seorang rakan ke YogYakarta tahun lepas, kami pergi ke Borobudur tapi setakat bergambar di hadapan pintu masuk sahaja.
Kalau Dr nak bagi nasihat tentang HCM saya ucapkan berbanyak terima kasih.
Sekian wassalaam.
mdnasiridris,
PadamSilalah tulis tentang pengalaman sdra backpack ke Mekah dan Madinah. Tambahan pula sdra pernah tinggal/belajar di sana. Tentu pengalaman sdra lebih banyak daripada saya. Pengalaman orang yang pernah tinggal lama di sana dengan orang yang datang sekejap-sekejap tentulah berbeza. Panduan untuk mendapatkan visa juga amat bermanafaat kerana sdra sering ke sana. Tentu ada banyak perubahan dari segi peraturan mendapatkan visa.
Tidak masuk ke dalam kuil itu adalah tidakan sdra yang tepat.
oh maaf, tujuan kami ke Kemboja dan Vietnam lebih di fokuskan untuk ziarah dan ber silatur rahmi dengan masyarakat Islam di sana.
BalasPadamDi Kemboja dan Vietnam pun ramai orang Islam. Lazimnya menjalin hubungan sesama Islam adalah tumpuan utama apabila seseorang Muslim ke luar negara.
PadamAssalamualaikum prof....sy nak tanya prof masuk ke Zizhuyuan Park tue pintu yg mana satu?? dah byk kali sy ke situ tp xpernah pula jumpa ada bot berkepala spt singa dan juga byk bunga teratai. Mungkin sy terlepas pandang.
BalasPadamWaalaikumusalam Aina.
PadamSaya masuk ke Zazhuyuan Park ikut pintu yang berdekatan dengan jejantas yang macam dalam gambar di atas. Dari station subway National Library, saya keluar ikut pintu D, kemudian saya ke kanan. Jalan sekejap saja dah sampai pintu masuk. Saya pergi bulan Julai, masa tu musim panas, bunga teratai banyak, bot kepala naga dan sampan banyak di tasik dan terusan. Aina pergi bulan bila? Kena datang musim panas baru jumpa semua ni.