Poskad dermaga Victoria yang saya beli. Inilah Hotel Fairmont Empress yang menjadi mercu tanda popular di kawasan dermaga pulau nombor 1 Kanada ini. |
Hotel Fairmont Empress yang menjadi mercu tanda perairan pantai Victoria berdiri megah menghadapi Lautan Pasifik. Elegannya senibina bangunan ini membuatkan ramai selebiriti filem Hollywood dan keluarga Diraja Wales menginap di sini.
Di kawasan Hotel Empress itu terhampar pemandangan dermaga yang cantik. Banyak kapal-kapal layar dan bot-bot kecil berlabuh di dermaga. Kilauan airnya dengan biasan imej persekitaran memukau mata saya.
Kelihatan orang bersiar-siar di kawasan dermaga itu dengan menaiki kereta kuda. Suasana ini membuatkan saya seperti kembali ke zaman silam era Victoria.
Kelihatan orang bersiar-siar di kawasan dermaga itu dengan menaiki kereta kuda. Suasana ini membuatkan saya seperti kembali ke zaman silam era Victoria.
Suasana tenang dan damai ini membuatkan orang mudah sahaja berbasikal, malahan berjalan kaki.
Saya berjalan-jalan di tebing dermaga sambil menghirup udara segar yang ditiupkan oleh angin laut. Bagpiper, busker dan pelukis tempatan menyerikan lagi suasana, membuatkan hati saya terpaut dan kaki saya berat meninggalakan tempat ini.
Saya berjalan-jalan di tebing dermaga sambil menghirup udara segar yang ditiupkan oleh angin laut. Bagpiper, busker dan pelukis tempatan menyerikan lagi suasana, membuatkan hati saya terpaut dan kaki saya berat meninggalakan tempat ini.
Seronoknya melihat orang menaiki kereta kuda mengelilingi kota Victoria |
Ramai orang suka lalu-lalang di hadapan Hotel Empress yang letaknya di dermaga di kota Victoria. Hotel Empress ini adalah mercu tanda dermaga. |
Bersiar-siar makan angin di pesisir dermaga sambil mendengar pemuzik jalanan bermain muzik |
Busking di tebing dermaga |
Pelukis jalanan pun ada dan boleh melukis karikatur kita |
Bangunan Parlimen yang terletak di kawasan menghadap perairan dermaga Victoria |
Bagpiper di hadapan Bangunan Parlimen. Tiang berukir di sisi bagpiper ini adalah Totem Pole iaitu seni ukir orang asli Kanada. |
Menaiki Kapal Layar dan Belayar di Lautan Pasifik
Anda suka tak naik kapal layar?
Saya suka. Oleh kerana Vancouver Island ini di kelilingi oleh Lautan Pasifik (Utara), sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang belayar di atas lautannya.
Saya ini jenis orang yang tak takut air sebab saya tahu berenang sejak kecil. Jadi saya mengintai-intai peluang untuk belayar di Lautan Pasifik (Utara) yang luas itu. Dapat sekejap pun tak apa.
Bolehlah cuba naik kapal layar ini |
Setelah meninjau-ninjau di kawasan dermaga Victoria, saya pun
menaiki sebuah kapal layar. Saya pilih 3 jam pelayaran dengan bayaran
CAD$34.00. BEST!
Bersama-sama saya belayar ketika itu ada dua orang Mat Salleh lelaki dan dua orang Mat Salleh perempuan. Saya pun joint mereka mengembangkan layar.
Cuaca sejuk ketika itu. Angin bertiup. Nak katakan sepoi-sepoi bahasa pun tidak. Entah apa bahasa pun saya tidak tahu. Yang saya tahu angin itu bertiup dengan dingin sekali. Angin itu semakin sejuk apabila kapal layar itu belayar semakin jauh meninggalkan daratan. Jari-jemari saya semakin sejuk. Saya tak tahan. Saya lalu memakai sarung tangan nylon bercampur kulit tiruan. Sarung tangan itu dapat menebat angin dingin masuk ke dalam tulang-tulang saya dan melegakan saya.
Cuaca sejuk ketika itu. Angin bertiup. Nak katakan sepoi-sepoi bahasa pun tidak. Entah apa bahasa pun saya tidak tahu. Yang saya tahu angin itu bertiup dengan dingin sekali. Angin itu semakin sejuk apabila kapal layar itu belayar semakin jauh meninggalkan daratan. Jari-jemari saya semakin sejuk. Saya tak tahan. Saya lalu memakai sarung tangan nylon bercampur kulit tiruan. Sarung tangan itu dapat menebat angin dingin masuk ke dalam tulang-tulang saya dan melegakan saya.
Terdapat banyak pulau-pulau di kawasan ini. Fiord dan serokan boleh dilihat samar-samar di balik kabus sejuk. Ombak ketika itu tenang. Ikan-ikan yang ada di lautan itu ialah ikan salmon, herring, halibut dan kod. Tapi kami tidaklah memancing, cuma menikmati belaian angin sejuk Lautan Pasifik. Katanya, kalau belayar jauh ke tengah lautan, kami boleh lihat ikan paus. Tapi kami tidak ke situ.
Gembiranya saya ketika itu kerana saya dapat belayar di kawasan air yang paling luas di dunia. 3 jam sudah cukup untuk saya menikmati pengalaman indah itu.
Kapal terbang terapung-apung di permukaan air ketika mendarat/berlepas. Gambar ini saya ambil ketika kapal layar saya meninggalkan tebing. Kelihatan Hotel Empress di latarbelakang. |
Mat Salleh yang turut sama dalam pelayaran itu menaiki tangga kapal, meninjau lautan luas dan membetulkan layar. |
Penulis duduk di atas kapal layar bersama dua perempuan Mat Salleh lalu penulis menyarung tangan keranan tidak tahan dengan kesejukan |
Penulis ikut sama melebarkan layar kapal |
Penulis duduk di hujung kepala kapal layar |
Begitulah indahnya pengalaman saya belayar di Lautan Pasifik berdekatan dengan Vancouver Island.
Malam itu saya berehat di Renouf House dengan tenang dan mengemas barang-barang untuk pulang ke tanah air.
Meninggalkan Renouf House
Pagi terakhir saya di Vancouver Island itu saya bersarapan bersama isteri Sean yang down syndrome dan pasangan suami isteri dari Seattle. Home-made bread masakan Sean itu saya nikmati dengan sepuas-puasnya dan saya pasti merindui keenakannya.
Saya amat menggemari roti buatan Sean. Dan Sean tahu itu.
Setelah sarapan, saya menjenguk ke dapur dan melihat Sean di situ. Di dapur ada banyak roti. Sean telah membakar roti lebih pagi itu. Saya hairan. Sean lalu membungkus roti itu. Tanpa saya duga Sean menghulurkannya pada saya.
"Something to bring home, for your kids," kata Sean.
Tergamam. Terkejut. Gembiranya saya dengan pemberian Sean itu. Tentu anak-anak saya dapat merasai keenakan roti masakan Sean itu. Sean, tuan rumah Renouf House yang baik hati mampu membuat saya mengukir seribu senyuman, seribu kenangan indah.
Setelah membayar harga sewa Renouf House - Bed & Breakfast dengan harga diskaun yang amat berbaloi, saya lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Sean dan penghuni Renouf House. Pengalaman indah, budi baik orang Vancouver Island dan ilmu yang saya perolehi amat bernilai sekali. Hati saya kini terpaut. Ingin sekali saya membawa keluarga saya menjejak kaki ke pulau indah permai ini. Tapi adakah impian saya itu akan terlaksana? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Renouf House- Bed & Breakfast, tempat saya tinggal selama di Vancouver Island, British Columbia, Kanada. |
Di Malaysia, keluarga saya menanti saya dengan sabar. Ada ole-ole yang ala kadar saya sediakan untuk mereka sebagai tanda ingatan dan kesabaran mereka ketika ketiadaan saya.
|