Entri kali ini amat istimewa, ia adalah sumbangan daripada
penulis undangan: Suhaib Alrumy. Kisah kembara Suhaib Alrumy ke Kemboja amat menarik sekali dan Suhaib ingin berkongsi pengalamannya di sana dengan anda. Beginilah ceritanya:
______________________________
P
esawat Air Asia AK944 berlepas dari Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pemandangan tanahairku kian sayup kehilangan. Kini aku berada di paras ketinggian 35,000 kaki dari bumi. Aku terpesona melihat pemandangan awan yang cukup indah ini. Perjalanan aku pada kali ini menghala ke bumi Kemboja. Aku sungguh gembira. Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pandangan."
|
Membelah awan |
Tidak lama kemudian...
Jam digitalku menunjukkan pukul 4.30 petang waktu Kemboja. Aku melihat daratan di sisi tingkap kapal terbang. Alhamdulillah kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh.
|
Penulis undangan entri ini - Suhaib AlRumy - di dalam kapalterbang ke Kemboja |
Misi pada kali ini di bumi Kemboja adalah untuk melakukan khidmat masyarakat bersama enam orang doktor, tiga orang sukarelawan dan seorang jurugambar. Antara khidmat masyarakat yang kami laksanakan di beberapa perkampungan Islam adalah melakukan gotong-royong, menyampaikan makanan asas kepada keluarga miskin, pemeriksaan kesihatan dan bantuan ubat-ubatan.
|
Sampai di lapangan terbang Kemboja |
Aku mula menolak troli barang yang dibawa keluar menuju pintu utama. Ustaz Wahid sedang menanti kedatangan kami. Ustaz Wahid adalah orang Kemboja berketurunan Cham dan fasih bertutur bahasa Melayu.
Kami mula memasukkan barang ke dalam perut van. Sebanyak dua buah van disediakan untuk eksplorasi pada kali ini.
|
Ustaz Wahid orang Cham yang fasih berbahasa Melayu |
Ustaz Wahid memperkenalkan dua orang ustaz yang ditugaskan bersama dengan kami sepanjang berada di Kemboja iaitu Ustaz Ismail dan Ustaz Mokhtar. Secara tidak langsung mereka berdua akan menjadi penterjemah bahasa kerana mereka amat fasih berbahasa Melayu. Mereka pernah belajar di sebuah sekolah Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Perlis selama dua tahun. Mereka mengambil Marhalah Khassah (tingkatan enam) untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM).
Di Phnom Penh
|
Keadaan jalanraya di Phom Penh |
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Hotel Khemer Royal untuk meletakkan barang. Mataku memandang pemandangan di bandar Phnom Penh. Aku terdiam seketika kerana melihat suasana lalu lintas yang tidak terurus dengan baik. Walaupun terdapat lampu isyarat tetapi mereka tidak mempedulikannya. Ada kenderaan yang bertentangan arus, ada motosikal yang dinaiki seramai empat orang dan sentiasa terdengar bunyi hon. Tetapi yang peliknya, sepanjang perjalanan aku ke tempat penginapan, tidak ada satu pun kemalangan jalanraya berlaku.
Sebaik sahaja sampai di Hotel Khemer Royal, kami mula mengasingkan barang yang perlu dibawa dan barang yang perlu disimpan.
Pada hari pertama kami diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas tetapi dengan syarat pasport mesti sentiasa berada di sisi kerana ingin mengelakkan perkara yang tidak diduga berlaku.
Aku mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan di sepanjang pesisiran Sungai Mekong yang terletak di hadapan hotel. Aku melihat suasana masyarakat setempat yang pelbagai ragam — ada yang meminta sedekah, ada yang bermain sepak raga secara berkumpulan, ada yang berniaga dan pelbagai lagi.
Setelah hampir dua jam aku berjalan, aku pulang ke hotel untuk berehat dan makan malam.
Ke Kampung Baianlong
Pagi esoknya, aku bangun menunaikan solat subuh tetapi terlelap semula.
Pintu bilikku diketuk bertubi-tubi kerana aku tidak sedar. Lantas aku bangun dan terus membasuh muka. Aku tersipu malu semasa turun ke lobi kerana semua orang menanti kehadiranku. Aku meminta maaf kepada setiap orang kerana kelewatanku. Kami menaiki van dan terus menuju ke restoren untuk mengisi perut yang meronta meminta diisikan.
|
Jalan Kampung Baianlong |
Van mula memasuki jalan Kampung Baianlong. Tidak ada sedikit pun tar diturap malah hanya tanah merah. Jalan berlubang sana sini. Debu merah berterbangan mengotori badan van. Sedih melihat keadaan jalan. Hatiku bertanya, "Bagaimana pula keadaan penduduk kampung?"
|
Jalan becak |
Aku diberitahu Ustaz Ismail bahawa penempatan orang Islam Kemboja dipecah-pecahkan supaya tidak duduk setempat kerana bimbang Islam akan bangkit dan tersebar di seluruh bumi Kemboja.
Mataku melirik pemandangan luar yang masih hijau tidak terusik arus pembinaan.
|
Kereta lembu masih digunakan |
Empat jam perjalanan kami dari bandar Phnom Penh menuju ke Kampung Baianlong. Ketika hampir sampai ke Masjid Muktasim, ramai kanak-kanak mengekori van. Barangkali mereka menanti kedatangan kami.
Setibanya di masjid berkenaan, kami diserbu oleh kanak-kanak meminta cokolat tetapi berjaya dikawal oleh ustaz yang berada di masjid berkenaan.
|
Diserbu kanak-kanak |
|
Pakaian yang didermakan oleh orang Malaysia dipakai oleh kanak-kanak Islam Kemboja
|
Sedikit majlis ringkas dilakukkan sempena kedatangan kami dan mereka dimaklumkan dengan aktiviti yang akan dijalankan. Selesai majlis ringkat tersebut, aktiviti gotong-royong dimulakan serentak dengan pemeriksaan kesihatan.
|
Pakaian yang sama dipakai oleh kanak-kanak ini setiap hari
|
|
|
Kanak-kanak Islam Kemboja |
Aku melihat keadaan kampung yang begitu kotor dengan sampah bertaburan merata tempat dan bau busuk kanak-kanak tidak mandi. Aku sedih kerana orang Islam di Kemboja tidak mempunyai kesedaran tentang kebersihan. Aku melihat seorang anak kecil memakai baju yang comot lagi lusuh dan tidak berseluar. Aku amat bersyukur kerana berada di Malaysia dan amat simpati dengan nasib mereka di bumi Kemboja.
|
Pelajar di dalam kelas |
|
Guru mengajar di dalam kelas |
|
Pelajar perempuan di dalam asrama. Asrama mereka bukan seperti asrama di Malaysia |
|
Inilah rupa dapur di asrama pelajar-pelajar perempuan. |
|
Kedai gunting rambut |
Aku melihat keadaan Kampung Baianlong umpama zaman 60an di Malaysia kerana keadaan mereka yang serba kekurangan. Rata-rata penduduk di perkampungan itu bekerja sebagai petani dan rumah mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan tandas.
|
Doktor dalam kumpulan kami memasuki kampung dan mengunjungi pesakit |
|
Doktor dari kumpulan kami merawat pesakit |
Aku, dua orang sukarelawan dan seorang doktor berpeluang berkunjung ke rumah yang terpilih untuk menyampaikan bantuan makanan asas dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
|
Makanan yang didermakan oleh orang Malaysia diagih-agihkan kepada orang Kemboja yang memerlukan |
|
Inilah rumah dan tempat bermain kanak-kanak Kampung Baianlong |
Melihat keadaan dalam salah sebuah rumah yang dikunjungi amat daif. Mereka tidur berlantaikan buluh sahaja dan berbumbungkan jerami.
|
Rumah berlantaikan buluh |
Sebelum Pulang
Setelah sehari suntuk kami mengadakan aktiviti di Kampung Baianlong, kami mula mengemas segala peralatan yang dibawa untuk bergerak pulang ke tempat penginapan. Sebelum bergerak pulang, penduduk kampung menyediakan jamuan khas untuk kami. Aku terharu seketika kerana kasihan terhadap penduduk miskin tetapi sanggup bersusah payah menyediakan makanan tradisional mereka.
|
Wanita Kemboja |
Ketika akau berjalan menuju tempat makan, aku terlihat durian dikupas dan isinya diletakkan ke dalam sebuah bekas besar serta dicampurkan dengan telur itik. Aku terpaku kerana mereka meramas-ramas isi durian tersebut dengan telur itik menggunakan tangan mereka. Aku berasa mual.
|
Durian dengan telur itik |
Makanan dihidangkan untuk kami semua dan aku melihat isi durian yang dibuatkan oleh mereka sebentar tadi membuatkan aku tidak lalu untuk menjamah. Tetapi melihat air muka mereka yang ikhlas menyediakan makanan tradisional itu membuatkan aku rela hati untuk merasa sedikit isi durian tersebut dengan sebuku roti. Sedap. Aku menambah lagi. Kesedapan yang dirasai menghilangkan rasa mual di tekakku.
|
Penulis undangan - Suhaib AlRumy - (di tengah) bergambar dengan penduduk kampung Baianlong |
Sebelum bergerak pulang, kami bergambar dengan semua penduduk yang hadir bersama menjayakan program khidmat masyarakat. Satu kenangan yang diukir dalam ingatanku
— berjaya melihat keadaan bumi Kemboja dan mendapat pengalaman yang berharga di tempat orang.
Sungguh aku gembira dengan perjalanan pada kali ini dan melihat sendiri keadaan masyarakat Islam Kemboja di Kampung Baianlong. Perkara yang paling aku akan ingat sampai mati adalah cara mereka menyediakan makanan tradisional.
Pulut durian diramas dengan telur itik? itu sangat rare ok..saya pun takut nk makan.. Macam mana nak beri sumbangan untuk misi2 macam ni? kalau akak tau mohon share ye..thanks :D
BalasPadamChawanna Na,
PadamMemang 'rare' durian diramas dengan telur itik. Dengar sajapun dah lain macam rasanya. Tapi menurut Suhaib - sedap.
Tentang memberi sumbangan untuk misi macam ini biasanya kita boleh hubungi Mercy Malaysia: http://www.mercy.org.my/ ataupun perkumpulan sukarela di tempat masing-masing.
Tetapi yang Suhaib pergi ini saya tak pasti, nanti saya tanyakan dia, ya.
Chawanna Na,
PadamUntuk beri sumbangan untuk misi macam ini sila hubungi mereka di sini: http://www.haluan.org.my
Comelnya kanak2 kemboja ni. Seronok dapat join misi misi macamni.
BalasPadamMemang comel kanak-kanak Kemboja ni...yang rambut perang pun ramai.
PadamSaya pun selalu berangan nak join misi sukarela ni.
Assalamualaikum wr.
BalasPadamMemang begitu kehidupan masyarakat Islam di kemboja walaupun saya tidak ke Wilayah Kg.Cham...cuma ke perkampungan Cham di P.Penh dan sempadan Vietnam...begitulah kehidupan mereka. Kami sempat berbual dengan Mufti Kemboja Ust.Kamaruddin yang menceritakan banyak perkara tentang Islam di Kemboja...kebanyakkannya kisah sedih.
InsyaAllah kami akan ke sana lagi 7-12 dis ni.
Waalaikumusalam Nasa Saba,
PadamWang bestnya dapat buat misi macam ni...bilalah giliran saya.
Selalunya Islam dipinggirkan malah ditindas di negara yang diterajui oleh kafir.
Salam Prof....syabas kerana dapat nyumbang bakti kepada saudara islam di sana...saya dan kluarga slalunya tumpang buat qurban kat sana. ..teringin jugak nak pergi sini suatu hari nnti..insyaallah..prof dapatkn contact no ustaz ustaz tu ye....tq
BalasPadamSalam Nekcik,
PadamSyabas kepada Suhaib Alrumy, sebab dia yang pergi dan dia yang tulis entri ini.
Usaha Nekcik berqurban di sana tu, satu usaha yang murni.
Untuk hubungi mereka sila klik di sini http://www.haluan.org.my
Wassalaamu alaikum.
PadamPada 22-26.10 baru2 ini saya dan 3 lagi rakan ke Kemboja dan Vietnam. Kami ke Seam Reap, kemudian hari yang sama terus ke Madrasah Darul Ulum ,yg di asaskan rakan saya tak jauh dari sempadan Thailand. Esuknya ke Phnom Penh , singgah sebentar di perkampungan islam Battambang. Kami menaiki kereta adik Allahyarham Hj Musa yg kebetulan ingin mengunjungi saudara maranya di Phnom Penh. Hanya 1 mlm di sini , esoknya ke Ho Chi Minh , 2 mlm. Kami sempat singgah di sebuah madrasah yg terletak di masjid Jamiul Anwar, kira2 15 minit dengan teksi.
Dlm bulan ini sepupu saya ajak ke Kemboja kerana dia nak sampaikan sedikit sumbangan kewangan. Saya rasa berat nak pergi tetapi oleh kerana dia mendesak kena lah pergi juga kerana dia nak pergi sendiri melihat keadaan masyarakat islam di sana. Sekarang, saya masih tercari-cari nak ke kampung mana kerana tempat yg saya pergi baru2 ini rumah masyarakatnya tidaklah se dhaif yg saya lihat seperti yg gambar dr paparkan. Adakah Kg ini jauh dari Phnom Penh? berapa jam dari Phnom Penh? atau mungkin rakan2 disini dapat beri cadangan. sekian terima kasih . Wassalaamu alaikum.
Waalaikumusalam mdnasiridris,
PadamMenarik sekali misi saudara tu. Saya cuma pernah ke Ho Chi Minh sahaja untuk ibadat korban.
Kampung yang ditunjukkan di dalam entri ini letaknya 4 jam dari Phnom Penh. Suhaib Al-Rumy yang pergi. Katanya kehidupan di situ memang daif. Kalau saudara nak ke sanapun elok juga. Kalau boleh bawa misi pendidikan tentang kebersihan dan kesihatan. Pendidikan kebersihan lebih sesuai kerana mereka masih kurang dalam soal ini.
Ada banyak kampung miskin di Kemboja ini. Banyak juga kampung yang telah didatangi misi kebajikan dan kata orang yang pernah pergi, orang sana sudah mula manja. Sejauh mana kebenaran itu saya tidak pasti.
Saya tidak dapat beri cadangan untuk pergi ke kampung mana, sebab sayapun belum pernah ke Kemboja. Saya cadangkan saudara hubungi www.haluan.org.my.
Assalamualaikum wr. Prof....
BalasPadamSaya ke Kemboja lagi disember lalu...berbual dengan pemilik Restoran Wau di New York Hotel bertanyakan tentang perkampungan Islam di sana...ada satu perkampungan air orang Islam yang terbiar kira-kira 2 km dari Phnom Penh....mereka berkeluarga dalam sampan dan surau di daratan. Saya sendiri tidak sempat ke sana kerana mendapat tahu di saat akhir..kami ke Chao Doc di sempadan Vietnam.
Ada perkampungan Islam di sana tetapi rumah mereka disubsidi oleh kerajaan Vietnam...menginap di hotel terapung...tapi susah nak dapatkan makanan halal sampai minta tolong restoran yang dah tutup di perkampungan Islam masakkan makanan untuk kami...siap hantar ke hotel lagi.Alhamdulillah.
Dari Chao Doc kami ke Ho Chi Minh..naik bas yang tempat duduknya 80% berbaring...naik bas mesti tanggalkan kasut...bas naik feri...perjalanan 7 jam...di stesen bas ekspress ini disediakan kereta khas gratis untuk kita ke tempat penginapan kita.
Sekadar berkongsi pengalaman...21-24 Mac ni ke Ho Chi Minh lagi...lepas tu ke Surabaya 24-27 April...blog prof banyak membantu trip kami.Terima kasih.
Waalaikumusalam Nasa Saba,
PadamSangat menarik sekali pengalaman Nasa ke Kemboja. Sangat berkesan di jiwa saya. Kisah kemiskinan, perkampungan air, berumah dalam sampan dan bas yang tempat duduknya berbaring membuatkan saya teringin ke sana menyaksikannya sendiri. Tentu pengalaman ini membuatkan kita rasa insaf dan bersyukur di atas limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah selama ini.
Semoga trip ke Hoh Chi Minh dan Surabaya nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.
Terima kasih kerana memanafaatkan blog saya :)
dengan kesempatan ini saya menyeru bantuan dari Malaysia untuk masuk keperkampungan orang ChamBani.
Padam^ mereka ini sesat dalam Islam - solat 1 kali saja seminggu.
^ tidak dipedulikan olih Pihak Berkuasa Islam Kemboja kerana ( anda akan tahu sebabnya bila acapkali ketempat mereka )
^ tiada NGO Malaysia yg masuk membantu disana ( ChamBani ) sedangkan mereka juga perlu bantuan sama dgn orang diluar penempatan mereka.
^ serta orang Muslim diluar penempatan ChamBani menerima kunjungan / bantuan dari luar ( Malaysia )setiap tahun.Jujurkah Ustaz yg mengatur lawatan tersebut ( tiadakah kepentingan peribadi mereka dari semua ini )
Saya simpati dengan nasib mereka. Semoga ada yang dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.
Padammasalah utama kemboja ialah ekonomi yang baru sahaja berkembang dan kadar kemiskinan berjaya diturunkan secara berperingkat dan tiada pengangguran efektif.
BalasPadamkampong cham ini terletak di tengah kemboja jadi ianya jauh sedikit dari pelabuhan utama dan pertanian adalah pilihan. Komoditi yang utama patut di tanam adalah kelapa sawit.
Orang melayu kemboja sepatutnya belajar celik huruf dalam bahasa Inggeris dan khmer..dan kemudian hendaklah berhijrah ke pnonh penh untuk menjadi pekerja kilang pakaian yang merupakan sumber ekonomi atau sumber eksport utama kemboja. Majoriti pakaian yang dihasilkan di kemboja dieksport ke amerika syarikat dan england.
Dengan cara ini mereka tidak payah berhijrah ke luar negara dan hasil gaji tersebut boleh dihantar ke kampong cham...apabila pendapatan penduduk meningkat maka ramai pelabur akan masuk ke sana.
Kemiskinan mereka bukan disebabkan perang khmer rouge kerana perang tersebut hanya meletus 1975-1979 sahaja dan didapati mereka tidak pun memiliki rumah banglo 2 tingkat atau kereta motor pun sebelum perang. Mereka sebenarnya memang miskin secara warisan.
Untuk menyelesaikan masalah, mesti dibaiki dari akarnya..
Info yang sangat berguna. Terima kasih. Mungkin Rosman sudah berada lama di Kemboja sehingga mampu menulis begini.
Padamassalam. knapa saya tak boleh nk tgok gmbar. kna dpt approal dulu ke
BalasPadamWaalaikumusalam Mohd Zamri. Gambar yang hilang sudah ditemui dan dah boleh tengok kembali.
Padam