Malam nanti saya akan berada di dalam kapalterbang MAS. MH 52 akan
membawa saya ke sebuah tempat yang belum pernah saya kunjungi. Doakan penerbangan MH 52 selamat, ya?
Ce kome teka, saya
nak backpack ke mana? Saya bagi clue sikit: negara ini sebuah negara besar dan maju, pernah menjajah negara kita, pemimpin negara kita pernah meletakkan dasar supaya kita mencontohi negara ini ....??? Ce teka, ce teka!
Saya backpack berdua je. Seminggu saya di sana, insyaAllah.
Adakah blog ini akan bersawang selama seminggu? Oh tidak! Untuk mengelakkan ini berlaku, di sini saya tinggalkan anda dengan entri tentang Vietnam yang belum habis saya ceritakan lagi. Jom baca sampai habis :)
____________________
Vietnam Lagi (6): Restoren Makanan Halal
S
ekarang ini restoren halal banyak terdapat di sekitar Ho Chi Minh. Semasa saya di sana baru-baru ini saya telah makan di beberapa buah restoren, antaranya ialah:
a) Restoren Serai
Restoren Serai letaknya di belakang pasar Ben Tanh. Alamatnya: 22 Thu Khoa Huan St, Ben Tanh, Ho Chi Minh City.
Restoren ini menyajikan masakan Malaysia seperti Ikan Goreng, Sayur
Campur, Tomyam dan Ayam Goreng. Kita juga boleh memesan menu masakan
tradisional Vietnam seperti Pho.
Restoren Serai ini letaknya di belakang Pasar Ben Tanh
Makan malam di Restoren Serai
Pho adalah masakan tradisional Vietnam seperti mee sup. Anda kena cuba.
Ulam-ulaman yang dimakan bersama Pho
Oleh kerana saya suka mencuba masakan tempatan, saya telah memesan Pho untuk makan tengahari. Rasanya boleh tahan sedapnya. Tetapi Pho paling sedap yang pernah saya makan di Ho Chi Minh dimasak di gerai tepi jalan sahaja. Saya pernah ceritakan dalam entri saya pada 2011 di SINI.
b) Kasim Baba's Prata House
Sekiranya anda ingin makan roti
canai, anda boleh makan di Kasim Baba's Prata House. Restoren ini letaknya di hadapan
Restoren Serai yang saya nyatakan tadi. Tetapi saya sendiri
belum mencubanya kerana ketika itu saya telah kenyang. Jadi anda boleh
cuba sendiri dan beritahu saya.
Kasim Baba berniaga pada waktu malam
c) Restoren Quan An
Restoren ini letaknya di kawasan Masjid Cholon Jamial, 641 Nguyen Trai St, 5th District, 11th Ward, Ho Chi Minh City.
Restoren ini menyediakan masakan yang amat sedap terutamanya tomyam, telur dadar, sayur goreng campur dan kari ikan. Saya cadangkan anda makan di sini.
Masjid Cholon Jamial
Menara Masjid Cholon Jamial
Pintu masuk kawasan Masjid Cholon Jamial. Restoren Quan An di sebelah kiri pintu ini.
Di dalam restoren Quan An. Ada pokok yang tumbuh di dalam restoren ini.
Sajian enak di Quan An
d) Saigon Green House
Saigon Green House letaknya di 96A Nam Ky Khoi Nghia, Dist 1, Hoh Chi Minh City. Ia dimiliki oleh orang Melayu Champ. Restorennya bersih dan setingnya kemas. Restoren ini menyediakan masakan Melayu seperti Ikan Goreng Masam Manis, Telur Dadar, Sup Sayur, Tauge Goreng dan Ayam Goreng.
Masjid Jami'ul Muslimin letaknya di 49, Trinh Hoai Duc, My Tho. Di sini ada restoren yang menyajikan masakan Malaysia seperti Ikan Goreng Kerabu Mangga, Sambal Tumis Udang, Sup Ikan Bercampur Nenas, Ayam Goreng dan Sayur Campur dengan Sotong.
Di luar kawasan Masjid Jami'ul Muslimin
Masjid ini mempunyai kedai makan
Sajian makan tengahari kami: Sup Ikan Bercampur Nenas, Sambal Udang dan Ikan Goreng Kerabu Mangga
Di luar Masjid Jami'ul Muslimin ada kedai menjual air tebu
Tersenyum je makcik ini apabila saya tangkap gambarnya
Kalau anda ke Vietnam nanti, bolehlah cuba makan di tempat-tempat yang saya senaraikan di sini. Kemudian beritahu saya, pengalaman anda.
Restoren Halal Yang Lain
Semasa kunjungan saya yang pertama ke Ho Chi Minh saya makan di restoren halal yang lain. Saya pernah ceritakan dalam entri pada tahun 2011. Untuk restoren halal yang lain itu sila lihat di
Saya gemar menonton teater atau persembahan kebudayaan. Di Bali, saya telah menonton Kecak. Di Surabaya, saya telah menonton persembahan Angklung. Di Vietnam pula bagaimana?
Pada kunjungan kali ini saya dan kawan-kawan Wilayah Utara Travel telah berpeluang menonton teater unik Vietnam iaitu Teater Patung Air (Water Puppet). Sebelum ini teater ini hanya dipersembahkan di kota Hanoi sahaja, tetapi kini ia telah dibawa ke kota Ho Chi Minh.
Pintu masuk teater Patung Air
Patung pari-pari di luar dewan
Beginilah rupanya set bagi teater Patung Air
Kami masuk ke dalam dewan yang sudah dipenuhi dengan penonton. Ramai juga Mat Salleh. Di atas pentas terdapat set sebuah rumah (mungkin istana) dan di hadapannya terdapat takungan air empat segi. Terdapat pencerita yang bercerita dan mereka duduk di atas kerusi di kiri kanan takungan air itu. Mereka berdialog, bernyanyi dan bermain muzik dengan bantuan mikrofon.
Pencerita dan pemuzik yang mengiringi teater Patung Air
Patung seorang nelayan sedang memancing di dalam air
Kemudian muncul watak-watak dalam bentuk patung dari belakang rumah itu. Ini memukau pandangan kami kerana patung-patung itu berjalan dan bergerak di dalam air itu. Saya tertanya-tanya bagaimana patung-patung itu digerakkan di dalam air itu? Pasti ada dalangnya, macam main wayang kulit?
Terdapat pelbagai cerita yang menggambarkan kehidupan masyarakat Vietnam seperti bercucuk tanam, mandi sungai, bermain, bersawah, melesung dan lain-lain lagi. Pergerakan patung-patung itu kadang kala lucu. Walaupun kami tidak faham sepatah haram kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa Vietnam, kami masih terlopong. Ini disebabkan kadang-kadang mereka menggunakan kesan khas seperti api yang menyembur keluar dari mulut naga. Fantastik!
Petani menanam padi di dalam sawah
Petani dan kerbau
Pari-pari sedang menari di dalam air
Raja menaiki tongkang di atas air
Api tersembur dari mulut naga
Dalang-dalang yang menggerakkan patung muncul dari belakang tabir apabila persembahan selesai
Pada akhir cerita barulah saya tahu bahawa patung-patung itu digerakkan oleh dalang. Dalang-dalang itu muncul dari dalam kolam air dan berdiri di dalam air separas punggung untuk memberi penghormatan kepada penonton. Mereka kemudiannya menyelam ke dalam air, melambaikan tangan dari dalam air dan hilang di balik set rumah. Semua penonton tepuk tangan. Kami semua rasa sangat gembira.
Cruise Malam
Setelah selesai menonton teater tradisional Vietnam Patung Air itu, kami ke Sungai Siagon untuk menaiki Cruise Malam. Cruise Malam itu mempunyai tiga tingkat dan ramai orang di dalamnya. Kami menaiki tingkat kedua dan duduk di kerusi yang disediakan. Kami dihidangkan dengan air teh panas dan buah-buahan tempatan.
Cruise malam yang kami naiki
Orang ramai di meja makan di dalam cruise
Buah-buahan yang dihidangkan kepada kami
Saya ke kepala cruise untuk melihat pemandangan Sungai Saigon dan kota Ho Chi Minh pada waktu malam. Cuaca di Ho Chi Minh panas ketika itu, angin pula tidak bertiup walaupun kami berada di atas sungai luas. Saya kemudiannya pergi ke kepala cruise dan berdiri di situ. Barulah saya dapat merasakan sedikit tiupan angin Sungai Saigon yang perlahan.
Saya dapat melihat pemandangan kota Ho Chi Minh di pinggir tebing pada waktu malam. Ketika itu juga saya mendengar muzik dimainkan oleh sekumpulan muzik yang duduk di tengah-tengah dek cruise. Lagu yang mereka mainkan ketika itu ialah "Sakura". Nasib baik bukan lagu Celine Dion "My Heart Will Go On" dalam filem Titanic. Kalau tidak berangan jadi Jack dan Rose,"I lap U, U lap me...U jump I jump..." he he he...
Kapal-kapal berlabuh di Sungai Saigon
Cruise ini dihiasi lampu-lampu dan belayar di Sungai Siagon
Pemandangan tebing Sungai Saigon pada waktu malam
Banyak cruise menyediakan khidmat makan malam sambil belayar santai di Sungai Saigon
Selesai persembahan muzik "Sakura", saya terdengar muzik lain
dimainkan pula. Saya perhantikan ramai orang berkerumun. Sayapun turut
serta ke arah orang ramai yang berkerumun itu. Rupa-rupanya mereka
menyaksikan persembahan kehandalan seorang perempuan menatang lilin dan gelas menggunakan mulut.
Persembahan yang mendebarkan
Aksi kemahiran di atas cruise
Mengambil bunga dengan mulut dengan cara melentikkan badan
Kota Ho Chi Minh di waktu malam yang saya ambil dari dalam cruise
Puas juga kami belayar makan angin pada waktu malam di Sungai Saigon. Lebih kurang sejam lamanya pesiaran malam itu belayar. Setelah "kembung" makan angin malam Sungai Saigon kamipun pulang ke hotel dengan gembira .
K
ami masih berada di My Tho iaitu sebuah kota yang terletak di Selatan Vietnam. Di My Tho terdapat Sungai Mekong dan 3 buah pulau yang terkenal. Salah sebuah daripadanya ialah Pulau Unicorn.
Padaentri yang lepas saya telah menceritakan tentang saya dan kawan-kawan merasa madu lebah asli, buah-buahan tempatan dan membeli-belah di Pulau Unicorn. Setelah itu kami menuju ke tebing sungai. Gembiranya saya kerana saya telah diberi satu kejutan. Apakah kejutan itu?
Gambar sampan didayung di sungai nipah muara Sungai Mekong, My Tho. Saya suka gambar ini.
Lihatlah gambar di atas yang saya tangkap tu. Inilah kejutan yang saya maksudkan: menyusuri sungai pokok nipah ke muara Mekong di My Tho. Sebelum ini kerap saya lihat gambar begini di dalam filem. Tetapi kali ini saya menyaksikannya sendiri dan berada di sana.
Makcik ini gigih mendayung sampan di muara Sungai Mekong
Saya dan kawan-kawan saya pun turun ke jeti dan masuk ke dalam sampan yang sedang menunggu kami. Oleh kerana kami berjumlah 11 orang, maka kami menaiki 3 buah sampan. Sampannya kecil dan muat untuk empat orang penumpang dan dua orang pendayung. Seorang pendayung duduk di kepala sampan dan seorang lagi di ekor sampan. Saya mengambil tempat duduk di hadapan sekali, betul-betul di belakang pendayung di kepala sampan.
Kedua-dua pendayung sampan yang kami naiki itu adalah perempuan. Mereka
memakai terendak di kepala dan memakai baju
tradisional Vietnam. Pendayung wanita itu pun mendayung sampan itu
sebaik-baik kami semua duduk. Mereka mendayung dengan laju dan amat kuat
kudratnya. Kagum saya melihat kekuatan mereka.
Pendayung membawa penumpang menyusuri sungai pohon nipah menuju ke muara Sunga Mekong
Kadang-kadang berlaku pertembungan sampan-sampan di sungai kecil ini
Ada pendayung yang berlumba-lumba mendayung dan memotong sampan kami
Sampan ini sedang memotong sampan kami
Kami melalui sungai yang tidak
berapa luas. Macam sebuah terusan atau parit sahaja. Tetapi air sungainya
nampak dalam kekuning-kuningan. Di sepanjang tepi sungai
terdapat banyak pokok-pokok nipah. Banyak juga sampan yang lalu-lalang
dan kadang-kadang berselisih serentak. Pada masa-masa tertentu ia sesak. Traffic jam! Tetapi masing-masing memberi laluan dan melancarkan pergerakan.
Kami berselisih dengan pendayung wanita yang pulang dari menghantar penumpang.
Ada juga pendayung lelaki.
Pohon nipah meredupkan suasana
Seronoknya saya melihat suasana begini. Kelihatan sangat meriah. Cuaca pula tidaklah panas sangat. Tambahan pula pohon-pohon nipah yang rendang di tepi sungai membuatkan ia redup. Kadang-kadang saya terlihat rumah-rumah di atas tebing sungai.
Muara Sungai Mekong di My Tho
Tidak berapa lama kemudian, kami nampak sungai lebar. Rupa-rupanya kami sudah sampai ke muara Sungai Mekong. Ini bermakna kami sudah berada di jeti hujung. Kami kenalah keluar dari sampan dan naik ke tebing. Jadi kami berada di dalam sampan itu kira-kira 20-30 minit. Saya rasa puas.
Sampan kawan-kawan saya sudah sampai di jeti muara Sungai Mekong
Tapi sebelum meninggalkan sampan itu kami kenalah bayar tambangnya. Tambangnya ikut suka hati kita je nak bayar berapa. Mereka tak tetapkan berapa bayarannya. Baguskan? Ini bertujuan supaya orang ramai mengenali kehidupan masyarakat pulau ini dan budi bahasa mereka.
Pembuatan Gula-gula
Kami kemudiannya pergi ke tempat membuat gula-gula kelapa. Kami juga dapat melihat pokok buah-buahan yang terdapat di situ.
Penduduk Pulau Unicorn sedang membalut gula-gula kelapa
Buah ini tak tahu namanya. Buahnya macam durian tapi daunnya macam daun mempelam
Merentas Sungai Mekong dan Membeli-belah Lagi
Selesai melihat pembuatan gula-gula, kamipun menaiki bot semula merentas Sungai Mekong. Di dalam bot kami minum air kelapa yang sudah disediakan oleh pemandu bot. Sedapnya minum air kelapa yang segar di tengahari sambil menikmati pemandangan Sungai Mekong. Saya sudah menangkap gambar Sungai Mekong dalam entri lepas. Boleh imbas kembali di SINI.
Sampai di jeti tanah besar Vietnam, kamipun singgah membeli-belah cenderamata yang terdapat di situ. Harganya amat murah. Malahan ia lebih murah daripada yang dijual di Pasar Ben Tanh.
Cenderamata berupa fridge magnet dan dompet dilambakkan di atas lantai kedai
Saya membeli beberapa keping fridge magnet cantik di sini yang berharga RM4.00
T-shirt begini berharga RM5.00
Kamipun pulang semula ke kota Ho Chi Minh dan berehat di hotel. Esoknya ada lagi tempat menarik yang kami kunjungi. Apakah tempat itu? Kalau nak tahu, tunggulah entri akan datang.