Sekiranya kesemua jawapan anda "YA", maka pasangan atau teman anda layak untuk menerima 2 tawaran daripada MAS iaitu:
a. Promosi untuk pasangan (companion fare) untuk penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi kakitangan kerajaan (sila lihat Lampiran 1 di bawah);
b. Penambahbaikan kemudahan untuk kakitangan kerajaan - Kebenaran masuk ke Golden Lounge bagi kakitangan kerajaan yang membuat penempahan kelas ekonomi (Y dan B) (sila lihat Lampiran 2 di bawah).
Pejabat Jualan MAS di Lapanganterbang Pulau Pinang. Slogan "Journeys are made by the people you travel with" amat sesuai dengan tawaran yang saya nyatakan dalam entri ini. |
Surat tawaran ini juga telah diedarkan kepada Jabatan-jabatan kerajaan. Saya sendiri telah ke Pejabat Jualan MAS di Lapanganterbang Pulau Pinang dan meminta penjelasan daripada pegawai di situ tentang tawaran ini.
Inilah surat tawaran yang diedarkan oleh pihak MAS ke Jabatan Kerajaan |
Ini juga adalah surat tawaran yang diedarkan oleh MAS |
Oleh kerana surat yang saya sertakan di atas saiznya kecil dan sukar dibaca melalui skrin, di bawah ini saya tuliskan semula supaya memudahkan anda.
a. Promosi untuk pasangan (companion fare) untuk penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi kakitangan kerajaan;
Untuk makluman, Malaysia Airlines kini menawarkan harga tambang pasangan (companion fare) diskaun sebanyak 20% daripada harga pasaran kepada kakitangan kerajaan. Berikut adalah tatacara penggunaan harga berkenaan:
» Tiket pertama (primary tiket) dikeluarkan dengan menggunakan waran.
» Tarikh penerbangan dan destinasi penerbangan untuk tiket kedua (pasangan) mestilah sama dengan tiket pertama.
»Tiket kedua (pasangan) perlu dikeluarkan oleh Agensi Pengembaraan yang sama yang mengeluarkan tiket pertama yang menggunakan waran.
» Terma dan syarat penggunaan tiket kedua (pasangan) adalah tertakluk kepada kelas penempahan yang ditempah.
» Harga lATA (FIF/CIF/YIF) dan harga pasaran promosi (kelas penempahan 0 dan Z) adalah terkecuali dari diskaun ini.
» Takrif pasangan adalah sesiapa sahaja yang mengikuti kakitangan kerajaan untuk tugasan rasmi dan hanyalah layak untuk seorang sahaja.
» Agensi Pengembaraan akan mengisi borang untuk mendapat pengesahan/kelulusan dari pejabat MAS sebelum pengeluaran tiket untuk pasangan dibuat.
» Untuk Agensi Pengembaraan yang tidak ada stok tiket (non BSP agent), tiket kedua (pasangan) akan dikeluarkan oleh kaunter tiket MAS dan caj 'service fee' sebanyak RM50 untuk penerbangan Domestik dan RM80 untuk penerbangan Antarabangsa akan dikenakan. Pembayaran untuk tiket kedua (pasangan) adalah secara tunai atau menggunakan kad kredit.
» Tawaran ini sah untuk penerbangan yang bermula dari Malaysia sahaja.
» Tarikh berkuatkuasa tawaran ini ialah pada 11hb Ogos 2014 dan akan berakhir pada 31 Disember 2014.
b. Penambahbaikan kemudahan untuk kakitangan kerajaan - Kebenaran masuk ke Golden Lounge bagi kakitangan kerajaan yang membuat penempahan kelas ekonomi (Y dan B)
Untuk makluman, Malaysia Airlines kini menawarkan kemudahan bagi pegawai kerajaan yang membuat tempahan untuk tugasan rasmi menggunakan WARAN untuk kelas Ekonomi (kelas penempahan Y dan B sahaja) adalah dibenarkan untuk memasuki Golden Lounge Malaysia Airlines.
Golden Lounge hanya terdapat di lokasi berikut:
Domestik ~ KLiA, Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang
Antarabangsa ~ Singapura, London (Heathrow), Perth dan Melbourne
Terma & syarat menggunakan kemudahan adalah seperti berikut:
» Penumpang hendaklah menunjukkan pas masuk (boarding pass) atau e-ticket kepadakakitangan yang bertugas.
» Kakitangan di kaunter akan membuat semakan untuk memastikan kelas penempahanY dan B sahaja yang layak untuk memasuki Golden Lounge
» Penumpang akan diterima masuk ke Golden Lounge jika syarat-syarat penempahantelah disahkan.
» Sila ambil perhatian bahawa kemudahan ini tidak digunapakai ke atas Oneworld Lounge dan '3rd party lounge'.
» Tarikh berkuatkuasa tawaran ini ialah pada 5hb Ogos 2014 hingga 31 Disember 2014.
Jadi jangan terlepas. Rebutlah tawaran ini sebelum ia berakhir.
nice sharing...thanks.
BalasPadam"Sharing is caring," kata sesetengah orang he he he
Padaminsyallah kerana baru tahu walaupun saya kakitangan awam...
BalasPadamNanti bolehlah bawa Cinta sekali :)
Padamuntung le.. i bukan keje kerajaan..sedihhh..
BalasPadamJangan bersedih...Kalau ada kawan atau adik-beradik kerja dengan kerajaan bolehlah Puan Azian manafaatkan tawaran ini.
PadamProf.JM tidak memenuhi syarat yang tetapkan huhuhu
BalasPadamJM tak kerja dengan kerajaan ke? Tapi JM boleh ikut adik-beradik, saudara-mara atau kawan yang kerja dengan gomen. Takrif pasangan itu sesiapa saja yang pergi bersama kakitangan gomen tu :)
Padamkawan pun boleh ekk...haaa ni nk kwn dgnn org gomen ni.. :D
PadamApabila saya ke Kaunter Jualan Mas tu, saya tanyakan takrifan pasangan itu. Kata pegawai di situ, ikut takrifannya ialah "sesiapa saja (anyone) yang mengikuti kakitangan kerajaan". Ini bermakna kawanpun boleh. Nana nak kawan ke nak kawin dengan orang gomen? :D
Padamwahh untungnya sapa kakitangan kerajaan
BalasPadamUntung bagi kakitangan kerajaan yang selalu outstation jauh dengan keluarga.
PadamTawaran ini rasanya pun dah ada sebelum ini. Kawan saya ada yang mengambilnya dan berlepas ke Melboune pada malam ini (29/8)... Secara kebetulan entry ini keluar...
BalasPadamBetul tu Mie, sebelum ini pun ada tawaran ini, tetapi diskaunnya 10% manakala yang terbaru ini 20%. Baguslah kawan Mie dapat memanafaatkan tawaran terbaru ini.
PadamBestnya tapi sayang saya bukan pejawat awam. Harga tiket flight selalu buat saya pening bila nak travel.
BalasPadamBudak Kampung boleh gunakan tawaran ini dengan menemani kawan atau saudara mara yang bekerja dengan kerajaan.
PadamBetul tu. Harga tiket flightlah paling tinggi sekali berbanding dengan perbelanjaan lain. Lebih-lebih lagi kalau ke Eropah atau Amerika Utara.
waahh..bestla penjawat awam..20% tu..huuhu
BalasPadamYa, bolehlah bertugas dengan bawa teman :)
Padammak and ayah kakitangan krajaan boleh lah kan.. kekeke :D huuurm akak NA doakan tabung CT penuh nak travel january nanti ya ya ya.. gatal-gatal kaki dah ni hihihi. lambat sungguh tabungku penuh.
BalasPadamTabungnya besar sangat agaknya, pasal tu lambat penuh. :)
PadamSaya doakan tabung CT cepat penuh.
amin amin.. naaak jalan !! sedey asyik CT aje kena tinggal kat malaysia orang lain pergi jalan-jalan.
PadamJalan-jalan kat Malaysia pun best, apa? :)
Padamhuurm best tu best *kuis kuis pasir..*
PadamInsha Allah adalah rezeki tu :)
PadamSaiful says
BalasPadamFebruary 23, 2016 at 7:39 pm
Salam, mohon laluan
Menjemput rakan2 like page kami, mohon sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara mara di seluruh dunia. Jasa baik sahabat semua, kami sekeluarga amat menghargai nya.
Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK ) dengan kadar berpatutan.
HUBUNGI @
Whatsapp di +447478 684277
Facebook page: Makan Angin London
https://www.facebook.com/makananginlondon
Instagram: makananginlondon
Website: http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk/
Reply