P
ada entri lepas saya telah memberi panduan kepada anda yang ingin menaiki keretapi bawah tanah (subway train) di dalam bandar-bandar di Beijing. Pada entri ini saya akan memberi panduan kepada anda yang ingin menaiki keretapi ekspres (Airport Express Train) ke pusat bandar Beijing dari lapangan terbang Beijing (Peking).
Apabila anda sampai di lapangan terbang antarabangsa Beijing iaitu di Terminal 2 atau 3, anda turunlah ke tingkat paling bawah lapangan terbang tersebut. Anda boleh menggunakan lif atau eskalator ke situ. Di situ anda akan lihat platform keretapi ekspres.
Lapangan terbang Beijing. Ikuti papan tanda untuk mencari platform keretapi ekspres |
Apabila anda sampai di lapangan terbang antarabangsa Beijing iaitu di Terminal 2 atau 3, anda turunlah ke tingkat paling bawah lapangan terbang tersebut. Anda boleh menggunakan lif atau eskalator ke situ. Di situ anda akan lihat platform keretapi ekspres.
Pergilah ke kaunter pembayaran dan bayarlah 25 yuan (RM 12.50) untuk satu hala. Selain membayar tunai anda juga boleh menggunakan kad pintar (sekiranya ada) untuk pengangkutan di Beijing (yang saya ceritakan dalam entri lepas).
Laluan-laluan
Hanya terdapat 2 sahaja destinasi. Anda boleh pilih untuk turun di Sanyuanqiao atau Dongzhimen. Ia mengambil masa hanya 20 minit sahaja ke Dongzhimen. Kelajuan keretapi ekspres ini boleh mencecah hingga 110 kilometer/jam.
Waktu operasi:
Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Peking → Sangyuanqiao → Dongzhimen
Dongzhimen → Sangyuanqiao → Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Peking

Guna peta ini sebagai panduan |
Waktu operasi:
Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Peking → Sangyuanqiao → Dongzhimen
Stesen
|
Mula
|
Akhir
|
Pertukaran
|
T2
|
06:35
|
23:10
|
---
|
T3
|
06:21
|
22:51
|
---
|
Sanyuanqiao
|
06:52
|
23:27
|
Subway Line 10
|
Dongzhimen
|
---
|
---
|
Subway Line 2 dan Subway Line 13
|
Dongzhimen → Sangyuanqiao → Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Peking
Stesen
|
Mula
|
Akhir
|
Pertukaran
|
Dongzhimen
|
06:00
|
22:30
|
Subway Line 2 dan Line 13
|
Sanyuanqiao
|
06:04
|
22:34
|
Subway Line 10
|
T3
|
---
|
---
|
---
|
T2
|
---
|
---
|
---
|
Imbaskan atau jolokkan tiket pada lubang di pintu masuk platform |
Setelah itu masuklah ke kawasan platform untuk bertolak/berlepas. Tetapi untuk memasukinya anda perlu imbas barang-barang dahulu menggunakan mesin pengimbas (pemeriksaan keselamatan) yang terdapat di pintu masuk platform.
Kemudian imbaslah tiket di pintu masuk. Pastikan anda menyimpan tiket ini sepanjang perjalanan kerana tiket itu nanti akan diimbas ketika keluar di stesen Sanyuanqiao atau Dongzhimen nanti. Sekiranya anda hilangkan tiket itu, anda perlu membayar denda sebanyak 250 yuan.

Keretapi ekspres lapangan terbang ini amat laju dan tepat waktu perjalanannya |
Naiklah keretapi ekspres yang sampai setiap 15-20 minit. Perjalanan memakan masa 20 minit dan anda boleh turun di Sanyuanqiao atau Dongzhimen.
Keadaan di dalam keretapi ekspres lapangan terbang Beijing yang bersih dan selesa |
Apabila sampai ke stesen keretapi Sanyuanqiao atau Dongzhimen anda turun dan keluar dengan mengimbas tiket yang anda beli tadi. Anda perlu tukar (transfer) ke keretapi dalam bandar. Anda perlulah membeli tiket lain untuk ke destinasi seterusnya. (Untuk panduan membeli tiketnya, sila lihat entri lepas).
Sekirannya anda turun di stesen Sanyuanqiao, anda boleh tukar (transfer) ke laluan/line 10 (warna biru muda).
Sekirannya anda turun di stesen Dongzhimen, anda boleh tukar (transfer) ke laluan/line 2 (warna biru tua) dan 13 (warna kuning)

Anak-anak saya baru sampai dari Malaysia dan menaiki Airport Express Train dari lapangan terbang Peking ke Sanyuanqiao |
Untuk kembali semula ke lapangan terbang anda boleh menggunakan keretapi yang sama dengan tambang yang sama. Anda boleh memilih untuk naik dari stesen Dongzhimen atau Sanyuanqiao.
Sekiranya anda berlepas dari Dongzhimen ke Lapangan terbang, anda hendaklah masuk ke stesen subway melalui pintu E dan ambillah lif turun ke B1, kemudian belilah tiket dan lalui pemeriksaan keselamatan, kemudian ambil lif turun ke B4 dan tunggulah di platform berlepas dan naiklah keretapi ekspres.

Oleh kerana perkhidmatan keretapi ini beroperasi dari 6.21 pagi dari lapangan terbang Beijing dan sekiranya anda menaiki Air Asia dan sampai pada pukul 3 pagi, anda boleh tunggu di lapangan terbang sehingga pukul 6.21 pagi untuk menaiki keretapi ekspres ini.
Nota: Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah restoren halal di Terminal 2 lapangan terbang Beijing, tetapi ia hanya dibuka pada siang hari. Kemudahan surau tidak disediakan di Terminal 2 tetapi ia disediakan di Terminal 3.
Pada entri akan datang saya akan memberi panduan untuk menaiki keretapi dari Beijing ke bandar-bandar utama di negeri China.

...bersambung