P
ada entri lepas saya telah memberi panduan kepada anda yang ingin menaiki keretapi bawah tanah (subway train) di dalam bandar-bandar di Beijing. Pada entri ini saya akan memberi panduan kepada anda yang ingin menaiki keretapi ekspres (Airport Express Train) ke pusat bandar Beijing dari lapangan terbang Beijing (Peking).
Apabila anda sampai di lapangan terbang antarabangsa Beijing iaitu di Terminal 2 atau 3, anda turunlah ke tingkat paling bawah lapangan terbang tersebut. Anda boleh menggunakan lif atau eskalator ke situ. Di situ anda akan lihat platform keretapi ekspres.
Lapangan terbang Beijing. Ikuti papan tanda untuk mencari platform keretapi ekspres |
Apabila anda sampai di lapangan terbang antarabangsa Beijing iaitu di Terminal 2 atau 3, anda turunlah ke tingkat paling bawah lapangan terbang tersebut. Anda boleh menggunakan lif atau eskalator ke situ. Di situ anda akan lihat platform keretapi ekspres.
Pergilah ke kaunter pembayaran dan bayarlah 25 yuan (RM 12.50) untuk satu hala. Selain membayar tunai anda juga boleh menggunakan kad pintar (sekiranya ada) untuk pengangkutan di Beijing (yang saya ceritakan dalam entri lepas).
Laluan-laluan
Hanya terdapat 2 sahaja destinasi. Anda boleh pilih untuk turun di Sanyuanqiao atau Dongzhimen. Ia mengambil masa hanya 20 minit sahaja ke Dongzhimen. Kelajuan keretapi ekspres ini boleh mencecah hingga 110 kilometer/jam.
Waktu operasi:
Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Peking → Sangyuanqiao → Dongzhimen
Dongzhimen → Sangyuanqiao → Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Peking

Guna peta ini sebagai panduan |
Waktu operasi:
Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Peking → Sangyuanqiao → Dongzhimen
Stesen
|
Mula
|
Akhir
|
Pertukaran
|
T2
|
06:35
|
23:10
|
---
|
T3
|
06:21
|
22:51
|
---
|
Sanyuanqiao
|
06:52
|
23:27
|
Subway Line 10
|
Dongzhimen
|
---
|
---
|
Subway Line 2 dan Subway Line 13
|
Dongzhimen → Sangyuanqiao → Terminal 2 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Peking
Stesen
|
Mula
|
Akhir
|
Pertukaran
|
Dongzhimen
|
06:00
|
22:30
|
Subway Line 2 dan Line 13
|
Sanyuanqiao
|
06:04
|
22:34
|
Subway Line 10
|
T3
|
---
|
---
|
---
|
T2
|
---
|
---
|
---
|
Imbaskan atau jolokkan tiket pada lubang di pintu masuk platform |
Setelah itu masuklah ke kawasan platform untuk bertolak/berlepas. Tetapi untuk memasukinya anda perlu imbas barang-barang dahulu menggunakan mesin pengimbas (pemeriksaan keselamatan) yang terdapat di pintu masuk platform.
Kemudian imbaslah tiket di pintu masuk. Pastikan anda menyimpan tiket ini sepanjang perjalanan kerana tiket itu nanti akan diimbas ketika keluar di stesen Sanyuanqiao atau Dongzhimen nanti. Sekiranya anda hilangkan tiket itu, anda perlu membayar denda sebanyak 250 yuan.

Keretapi ekspres lapangan terbang ini amat laju dan tepat waktu perjalanannya |
Naiklah keretapi ekspres yang sampai setiap 15-20 minit. Perjalanan memakan masa 20 minit dan anda boleh turun di Sanyuanqiao atau Dongzhimen.
Keadaan di dalam keretapi ekspres lapangan terbang Beijing yang bersih dan selesa |
Apabila sampai ke stesen keretapi Sanyuanqiao atau Dongzhimen anda turun dan keluar dengan mengimbas tiket yang anda beli tadi. Anda perlu tukar (transfer) ke keretapi dalam bandar. Anda perlulah membeli tiket lain untuk ke destinasi seterusnya. (Untuk panduan membeli tiketnya, sila lihat entri lepas).
Sekirannya anda turun di stesen Sanyuanqiao, anda boleh tukar (transfer) ke laluan/line 10 (warna biru muda).
Sekirannya anda turun di stesen Dongzhimen, anda boleh tukar (transfer) ke laluan/line 2 (warna biru tua) dan 13 (warna kuning)

Anak-anak saya baru sampai dari Malaysia dan menaiki Airport Express Train dari lapangan terbang Peking ke Sanyuanqiao |
Untuk kembali semula ke lapangan terbang anda boleh menggunakan keretapi yang sama dengan tambang yang sama. Anda boleh memilih untuk naik dari stesen Dongzhimen atau Sanyuanqiao.
Sekiranya anda berlepas dari Dongzhimen ke Lapangan terbang, anda hendaklah masuk ke stesen subway melalui pintu E dan ambillah lif turun ke B1, kemudian belilah tiket dan lalui pemeriksaan keselamatan, kemudian ambil lif turun ke B4 dan tunggulah di platform berlepas dan naiklah keretapi ekspres.

Oleh kerana perkhidmatan keretapi ini beroperasi dari 6.21 pagi dari lapangan terbang Beijing dan sekiranya anda menaiki Air Asia dan sampai pada pukul 3 pagi, anda boleh tunggu di lapangan terbang sehingga pukul 6.21 pagi untuk menaiki keretapi ekspres ini.
Nota: Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah restoren halal di Terminal 2 lapangan terbang Beijing, tetapi ia hanya dibuka pada siang hari. Kemudahan surau tidak disediakan di Terminal 2 tetapi ia disediakan di Terminal 3.
Pada entri akan datang saya akan memberi panduan untuk menaiki keretapi dari Beijing ke bandar-bandar utama di negeri China.

...bersambung
Terima kasih. Info ni sgt berguna utk saya.terima kasih sekali lagi
BalasPadamSama-sama. Semoga Syieda boleh menggunakan panduan ini.
PadamThanks for sharing Prof :)
BalasPadamWelcome :)
PadamSistem pengangkutan kereta api di Beijing macam agak mudah untuk di fahami. Wah nampaknya nanti saya pun akan berhenti di stesyen Sanyunqiao...
BalasPadamYa, sistemnya mudah difahami. Kalau turun di Sanyuanqiao, ia dekat dengan kedutaan, pusat bandar dan tarikan-tarikan utama di Beijing.
PadamKalau Mie pergi nanti dan terdapat perubahan dalam sistem dan perkara lain, sila 'update' saya, ya.
Info yang sangat membantu.
BalasPadamAlhamdulillah.
Padaminfo yang sangat berguna bila ke beijing nanti
BalasPadamMudah-mudahan berguna dan mempermudahkan perjalanan permatamama.
Padambestnya cerita kembara ke China ni..negaranya pun besar..harap nanti saya pun dapat jejak ke sini pulak nanti.
BalasPadamMemang China negara yang besar dan penduduknya ramai. Jadi banyak yang seronok untuk diterokai. Semoga Rahimah dapat menjejakkan kaki di negara Tembok Besar ini.
PadamMemang China negara yang besar dan penduduknya ramai. Jadi banyak yang seronok untuk diterokai. Semoga Rahimah dapat menjejakkan kaki di negara Tembok Besar ini.
PadamInfo yang sangat lengkap...terrrrbaik....
BalasPadamTerima kasih. Semoga berguna kepada yang memerlukan :)
PadamBlog dan artikelnya menarik sekali untuk disimak, sayang banget jika sampai terlewatkan...
BalasPadamIkutilah satu per satu panduan ini supaya tidak ketinggalan keretapi :)
PadamSalam tuan. Saya nak tanya mengenai kad pintar.
BalasPadam1. Sampai di airport beijing kat mana saya boleh beli kad ini?
2. Kad pintar ni utk seorang saje kan? kalau saya bawak anak umur 4 tahun perlu jugak ke kad pintar?
3. Untuk ke tembok besar boleh ke guna kad pintar?
4. Boleh ke kad pintar di gunakan untuk 4 jenis perkhidmatan keretapi yang tuan pernah masukkan dalam entri sebelum ini?
Mohon bantuan tuan. TK.
Salam kembali Eazy. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog ini dan meninggalkan pertanyaan. Saya juga ingin maklumkan bahawa saya ini perempuan, jadi rasa tak selesa pula bila orang panggil saya tuan :) Tetapi tak mengapa, maklumlah dunia maya ini, sukar untuk seseorang mengenali seseorang.
PadamMengenai kad pintar (smart card):
1. Sampai saja di airport Beijing, Eazy turun di tingkat paling bawah yang mana terdapatnya pintu masuk dan laluan untuk keretapi. (Tengok papan tanda). Di situlah terdapatnya kaunter tiket keretapi ekspress.
2. Kad pintar itu untuk seorang sahaja. 1 kad atau 1 tiket untuk seorang. Budak umur 4 tahun, kalau tak silap saya, tak perlu bayar.
3. Semasa saya ke Tembok Besar, selalunya menaiki keretapi, saya beli tiket yang berlainan, khas untuk ke Badaling (Tembok Besar). Sila baca cara-cara ke sana dalam entri yang saya tulis pasal Tembok Besar. Saya tak pasti boleh guna kad pintar atau tidak...tapi boleh cuba.
4. Kad pintar itu hanya digunakan di dalam bandar Beijing sahaja, samada menaiki keretapi (subway) atau bas. Kalau ke luar dari Beijing dan perkhidmatan lain, perlu beli tiket yang lain. Ini disebabkan semasa membeli tiket-tiket itu kita kena tunjukkan passport kita dan ini mesti dilakukan di kaunter, bukan di mesin tiket. Tapi bagi rakyat China kad pintar ini boleh digunakan utk 4 perkhidmatan yang saya nyatakan dalam entri lepas.
Sekiranya Eazy berada sekejap sahaja di Beijing, kad pintar tak berbaloi untuk dimiliki. Kad pintar hanya sesuai untuk mereka yang tinggal di Beijing lebih dari sebulan.
Maaf puan. Saya keliru sebab banyak pertanyaan saya hantar kepada blogger2. :)
PadamBtw. TK atas penjelasan mengenai kad pintar tersebut. Semua entri puan mengenai beijing sangat membantu.