Bekerja di ladang sebagai pemetik buah-buahan di Australia adalah satu pengalaman yang amat berharga. Walaupun saya pernah tinggal lama di Australia, saya tidak pernah bekerja di ladang, namun saya telah menemui beberapa orang yang pernah bekerja di ladang. Saya pernah catatkan pekara ini dalam entri saya beberapa tahun lalu. Sila klik Di Sini untuk membacanya. Sejak itu saya telah menerima beberapa pertanyaan dari pembaca blog ini tentang bekerja di ladang di Australia, khasnya di Melbourne.
Baru-baru ini saya telah berjumpa kawan sekolah saya yang baru pulang dari Australia. Menurutnya dia bekerja ladang dan menceritakan pengalamannya di sana. Saya lalu meminta kawan saya itu menulis pengalamannya ini untuk dijadikan panduan dan sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan beberapa orang pembaca blog ini yang ingin menimba pengalaman sepertinya.
Berikut adalah pengalaman kawan saya itu...
Sejak 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini, iaitu sejak 2013, ramai orang Asia telah mula berkerja di ladang-ladang di Australia. Ini adalah disebabkan orang Australia tidak mahu lagi berkerja di negara mereka sendiri kerana gaji yang terlalu murah. Mereka telah berhijrah ke United Kingdom untuk berkerja di ladang-ladang kerana upah yang mahal dan nilai mata wang yang tinggi.
Baru-baru ini saya telah berjumpa kawan sekolah saya yang baru pulang dari Australia. Menurutnya dia bekerja ladang dan menceritakan pengalamannya di sana. Saya lalu meminta kawan saya itu menulis pengalamannya ini untuk dijadikan panduan dan sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan beberapa orang pembaca blog ini yang ingin menimba pengalaman sepertinya.
Berikut adalah pengalaman kawan saya itu...
Pengalaman Sebagai Pekerja Ladang di Australia
oleh Azam Yusof (bukan nama sebenar)
Pengalaman Sebagai Pekerja Ladang di Australia
oleh Azam Yusof (bukan nama sebenar)
Pendahuluan
Sejak 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini, iaitu sejak 2013, ramai orang Asia telah mula berkerja di ladang-ladang di Australia. Ini adalah disebabkan orang Australia tidak mahu lagi berkerja di negara mereka sendiri kerana gaji yang terlalu murah. Mereka telah berhijrah ke United Kingdom untuk berkerja di ladang-ladang kerana upah yang mahal dan nilai mata wang yang tinggi.
Oleh kerana itulah pekerja-pekerja dari negara-negara Asia berhijrah ke Australia dan termasuklah rakyat Malaysia. Oleh kerana kos sara hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan yang terhad di Malaysia, maka ramailah rakyat Malaysia ingin mencuba nasib berkerja di sana dengan mengharapkan pendapatan yang lumayan kerana nilai mata wang Australia yang tinggi berbanding Malaysia.
Saya mengetahui permintaan bekerja ladang di Australia pada September 2015
melalui iklan di media massa tempatan. Saya pun menghubungi agen dalam iklan
tersebut.
Setelah berjumpa, saya pun bersetuju untuk mencuba dan mencari
pengalaman berkerja di sana. Agen tersebut pun mengaturkan pergerakan saya ke
sana bersama dengan seorang lagi dari Kulai, Johor.
Di sini saya ingin
menceritakan pengalaman saya selama hampir 3 bulan berkerja di ladang-ladang di
Selatan Australia iaitu di Victoria dan New South Wales. Tempoh saya tinggal d Australia adalah dari
23 Oktober 2015 sehingga 13 Januari 2016 iaitu 10 hari sebelum visa pelancong saya tamat.
Saya tinggal selama 2 bulan di Swan Hill dan 3 minggu di Mildura.
Peta menunjukkan kedudukan Swan Hill dan Mildura di negeri Victoria yang bersempadan dengan New South Wales |
Kategori Kerja dan Pendapatan
Terdapat 2 kategori pekerjaan di ladang di Australia:
Pertama, bekerja mengikut cara kontrak iaitu pembayaran gaji adalah berdasarkan hasil kerja.
Jumlah pembayaran gaji adalah mengikut berapa banyak kerja yang dapat dihasilkan. Contohnya, jika petik buah peach, ianya bergantung jumlah bin yang dapat dihasilkan. Satu bin, ada yang AUD28, AUD35, bergantung kepada kualiti buah. Jenis picking pula, ada first pick dan second pick.
Kedua, berkerja mengikut tempoh waktu berkerja berdasarkan jumlah jam.
Gaji dibayar mengikut jumlah jam seseorang itu berkerja dengan kadar bayaran di antara AUD13 hingga AUD15 sejam. Tempoh waktu berkerja tidak tetap bergantung kepada samada cepat atau lambat kerja itu disempurnakan. Ianya juga bergantung samada banyak atau sedikit hasil yang dapat diperolehi dari ladang. Sebagai contohnya, hasil ladang yang sedikit disebabkan buah-buahan yang tidak banyak.
Terdapat
beberapa jenis perkerjaan iaitu prunning,
soothing, picking, covering dan beberapa lagi. Senarai kerja ini adalah
yang pernah saya lakukan.
Prunning adalah mencantas dahan-dahan pokok yang tidak berguna dan tidak diperlukan untuk mendapatkan buah yang berkualiti tinggi. Soothing pula adalah mencantas daun-daun pucuk yang tumbuh pada batang anak-anak pokok di tapak semaian untuk menghasilkan pokok yang baik.
Picking ialah kerja mengutip buah-buahan, manakala covering ialah kerja mengawal buah-buahan daripada terkena cuaca terlalu panas atau hujan berlebihan.
Prunning adalah mencantas dahan-dahan pokok yang tidak berguna dan tidak diperlukan untuk mendapatkan buah yang berkualiti tinggi. Soothing pula adalah mencantas daun-daun pucuk yang tumbuh pada batang anak-anak pokok di tapak semaian untuk menghasilkan pokok yang baik.
Picking ialah kerja mengutip buah-buahan, manakala covering ialah kerja mengawal buah-buahan daripada terkena cuaca terlalu panas atau hujan berlebihan.
Sedang menunggu arahan untuk petik anggur |
Permit Kerja
Semua
pekerja ladang dari Malaysia menggunakan visa pelancong untuk tempoh 3 bulan
sahaja. Ini adalah disebabkan tiada permit kerja untuk rakyat Malaysia kerana kerajaan
Malaysia tiada memohon permit kerja untuk rakyatnya berkerja di Australia.
Kebanyakan pekerja Malaysia adalah pendatang haram dan berkerja secara tidak sah kerana tinggal di Australia melebihi tempoh visa yang dibenarkan. Ianya berbeza dari negara-negara lain seperti Vietnam, India dan negara-negara Asia yang lain yang ada permit untuk berkerja di Australia.
Kebanyakan pekerja Malaysia adalah pendatang haram dan berkerja secara tidak sah kerana tinggal di Australia melebihi tempoh visa yang dibenarkan. Ianya berbeza dari negara-negara lain seperti Vietnam, India dan negara-negara Asia yang lain yang ada permit untuk berkerja di Australia.
Pemilik
ladang (farmer) di Australia bergantung harap kepada
kontraktor pekerja yang akan mendapatkan pekerja untuk ladang-ladang mereka. Kontraktor
dan sub-kontraktor akan mendapatkan pekerja-pekerja melalui agen yang terdapat
dari semua negara yang terlibat. Kontraktor-kontraktor dan sub kontraktor adalah
warga asing dari Asia seperti China, India, Sri Lanka, Vietnam, Indonesia,
Malaysia dan beberapa negara Asia yang lain.
Kebiasaannya pekerja-pekerja dari sesebuah negara akan diuruskan oleh kontraktor atau sub kontraktor dari negara mereka sendiri. Semua sub kontraktor dari Malaysia adalah orang Cina yang membekalkan dan menguruskan pekerja-pekerja dari Malaysia yang diperolehi melalui agen di Malaysia. Setakat ini saya tidak menemui kontraktor utama (main contractor) dari Malaysia.
Kebiasaannya pekerja-pekerja dari sesebuah negara akan diuruskan oleh kontraktor atau sub kontraktor dari negara mereka sendiri. Semua sub kontraktor dari Malaysia adalah orang Cina yang membekalkan dan menguruskan pekerja-pekerja dari Malaysia yang diperolehi melalui agen di Malaysia. Setakat ini saya tidak menemui kontraktor utama (main contractor) dari Malaysia.
Suasana di waktu pagi di ladang anggur menunggu arahan sebelum memulakan kerja |
Jenis-jenis Ladang
Pengalaman
saya berkerja adalah di ladang buah peach,
nectarine dan anggur. Di Australia,
banyak lagi ladang-ladang seperti epal, oren, mangga, tomato, cili dan
bermacam-macam lagi.
Saya berkerja di ladang peach dan nectarine selama 2 bulan di Tooleybug, Victoria iaitu 45 km dari Swan Hill. Di ladang peach dan nectarine, saya membuat kerja prunning dan picking.
Di Mildura, saya membuat kerja picking dan covering pokok anggur. Tujuan membuat covering pokok anggur adalah untuk melindungi buah anggur dari cepat layu akibat panas matahari dan mengelak dari terkena air hujan terlalu banyak. Ianya akan menjejaskan kualiti buah anggur yang hendak diekspot.
Di sini, saya hanya 3 minggu sahaja kerana saya sudah hendak balik ke Malaysia. Saya sekadar ingin mengetahui bagaimana berkerja di Australia serta mencari pengalaman baru.
Pokok peach |
Buah peach |
Ladang nectarine |
Pokok nectarine |
Buah nectarine |
Saya berkerja di ladang peach dan nectarine selama 2 bulan di Tooleybug, Victoria iaitu 45 km dari Swan Hill. Di ladang peach dan nectarine, saya membuat kerja prunning dan picking.
Anggur merah |
Anggur hijau |
Covering pokok anggur |
Di Mildura, saya membuat kerja picking dan covering pokok anggur. Tujuan membuat covering pokok anggur adalah untuk melindungi buah anggur dari cepat layu akibat panas matahari dan mengelak dari terkena air hujan terlalu banyak. Ianya akan menjejaskan kualiti buah anggur yang hendak diekspot.
Di sini, saya hanya 3 minggu sahaja kerana saya sudah hendak balik ke Malaysia. Saya sekadar ingin mengetahui bagaimana berkerja di Australia serta mencari pengalaman baru.
Berehat di bawah pokok anggur di ladang anggur Mildura |
Kesimpulan
Rakyat Malaysia yang
berkerja ladang di Australia kebanyakannya melakukan dua kesalahan:
Oleh kerana itu, pekerja-pekerja rakyat Malaysia yang berkerja di Australia berada dalam keadaan berisiko tinggi. Ini adalah disebabkan tiada dokumentasi perjanjian atau ikatan di antara tuan punya ladang, kontraktor dan sub konktraktor. Pekerja tiada dilindungi insuran dan undang-undang buruh.
Bagi yang tinggal melebihi tempoh visa, mereka telah menjadi pendatang haram. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya, dan pihak imigresen mengetahui, mereka akan dihantar pulang.
Pendapatan harian juga tidak menentu dan ianya bergantung kepada kemampuan seseorang. Pendapatan yang lumayan sebagaimana yang diberitahu oleh agen adalah tidak tepat sama sekali.
Pertama, berkerja tanpa permit pekerjaan kerana menyalahgunakan visa sebagai pelancong.
Kedua, tinggal melebihi tempoh visa iaitu melebihi 3 bulan.
Oleh kerana itu, pekerja-pekerja rakyat Malaysia yang berkerja di Australia berada dalam keadaan berisiko tinggi. Ini adalah disebabkan tiada dokumentasi perjanjian atau ikatan di antara tuan punya ladang, kontraktor dan sub konktraktor. Pekerja tiada dilindungi insuran dan undang-undang buruh.
Bagi yang tinggal melebihi tempoh visa, mereka telah menjadi pendatang haram. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya, dan pihak imigresen mengetahui, mereka akan dihantar pulang.
Pendapatan harian juga tidak menentu dan ianya bergantung kepada kemampuan seseorang. Pendapatan yang lumayan sebagaimana yang diberitahu oleh agen adalah tidak tepat sama sekali.
* Ini adalah pengalaman dan pendapat saya berdasarkan
apa yang saya lalui dan saya memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan kurang tepat.
Assalamualaikum..adakah diantara sahabat2 yg boleh membantu pekerjaan disana..kerana sy bersama 2 lg rakan sy akan ke melbourne 27/2 ni..harap ada yg dpt membantu kami demi rezeki anak2 kami..semoga Allah akan balas jasa tuan/puan amiinn..0192446781 aidil
BalasPadamWaalaikumusalam...semoga Allah mempermudahkan segala urusan Aidil dan rakan semasa di sana. Aaamiin.
Padaminfo yang berguna...
BalasPadamDitulis pula oleh orang yang mengalaminya sendiri. Semoga berguna untuk mereka yang ingin cuba.
PadamWow..what a story....! Tiba2 plak saya terlintas di fikiran nak kerja sebulan dua kat sini...hahaha.. just to gain experience... i worked part time at an indian restaurant and a chinese takeway when i was studying last time ... tp dah minta kebenaran uni... kami cuma boleh kerja beberapa jam aja seminggu...hehe
BalasPadamKalau ke Australia untuk bekerja sebulan dua Farikica perlu buat persiapan rapi. Carilah agen yang betul. Berhati-hatilah dan siaplah dengan jawapan-jawapan yang bernas semasa disoal di Imigresen Australia. Selepas habis bekerja nanti, ceritalah semua pengalaman itu dalam blog, ya? :)
PadamX payah la sama je pe singapore kerja dekat je.
BalasPadamYa, betul benang mas :) Ia bergantung kepada tujuan masing-masing, pasti ada perbezaan di setiap negara.
PadamNk dapat kije kat singapore lg susah. Sy da try
PadamBoleh saya dptkn contact saudara/i . ada soalah lah utk sy ajukan
BalasPadamBoleh hubungi saya melalui facebook saya.
Padamboleh cerita dari mula secara ringkas ? bermula dari airport australia sampai ladang. nak tau nama tempat sebagai rujukan akan datang. terima kasih
BalasPadamEncik kelawar,
PadamTerima kasih di atas cadangan itu. Tapi saya tidak pasti sama ada kawan saya ini akan tulis lagi cerita ini.
Di Melbourne pun imigresennya strict juga macam ni. Kalau duit yang dibawa sikit, mereka syak kita nak bekerja di Oz. Kalau tak ada contact sesiapa di OZ pun agak susah sikit. Tiket balik pun mereka nak tengok.
PadamTerima kasih bbpickers kerana memberitahu saya tentang kesusahan dan penderitaan bekerja di ladang Aussie. Kawan saya yang menulis rencana di atas ini juga memberitahu perkara yang sama pada saya.
BalasPadamSaya simpati dengan kesusahan yang dialami oleh kebanyakan pekerja ladang di Aussie.
BalasPadamSaya harap pembaca dapat membaca curahan hati bbpickers ini dan belajar darinya.
Terima kasih atas perkongsian ini.
Terima kasih sekali lagi bbpickers...tulisanmu adalah nasihat yang amat berguna.
BalasPadamsy akan ceritakan dr 250aud p/w dan skrg 260aud per/day gaji sy...msuk bulan dec nnt genap 7 tahun sy dibumi kanggaroooo
BalasPadamkerja ape tuan..xnak pkai org ke..hehe
PadamSiapa berminat nak dtg kerja aussie, contact aku. Aku takkan pegang duit korang untuk urusan2 kesini. Aku hanya akan ajar cara untuk kesini. Cukup2la melayu ditipu melayu.
BalasPadam01117947504
insfiratif, mulai lagi menulis surat lamaran kerja
BalasPadamSemoga berjaya
PadamSaya pernah kja di aussie selama 3 bulan...just utk bercuti dan cari pengalaman. Berkerja di ladang anggur di Robinvile sekadar untuk menampung hidup dan jalan di aussie....seronok kerana satu pengalaman yg menarik...view yg cantik walau hanya di ladang anggur...pemandangan kaki langit yg cantik terutamanya waktu subuh dan senja...penat berkerja klr dari kabin jam 7.00 pagi balik smpi kabin kul 6 petang...tinggal di kabin..kerja x la teruk mana bagi saya cuma ketahanan fizikal dan mental...sebab kerja berdiri selama satu hari berebut troly di waktu pagi..berebut row dan berebut buah...siapa cepat dan pantas berkerja memang blh buat duit...mental pula bila balik dah penat badan kaki sakit tangan luka2 kna gunting rasa macam nak balik time tu juga...apatahlagi cuaca sejuk smpi ke tulang..tpi demi pengalman untuk hidup dan tinggal di negara orang..adalah sesuatu yg berharga ...menjadi memori manis dan yg penting macam nak pgi lagi utk 3 bln..tpi syg cuti tanpa gaji x approve....
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi pengalaman. Sangat memberi inspirasi.
PadamVisa Pelawat Australia ( ETA VISA – RM 20.00 sahaja)
BalasPadam3D2N - Bandung Shopping Tour – RM 420.00 Seorang
4D3N - Belitung – RM 780.00 Seorang
3D2N – Wae Rebo Trekking – RM 1551.00 Seorang
3D2N – Jojga Borobour – RM 650.00 Seorang
Mari whatsapp kite +6013 2953 641 – BANG DEHAM
Bagi mereka yg beriya betul nk ke aussie.. pergi laa secara berkumpulan.. jgn pergi berseorangan.. dptkn ctck nomb sesiapa yg pernah kerja sana or still keje sana.. avoid using agents as middleman.. they will just con u.. once u begin your job and receive some payment.. open aussie bank acc.. anz pon ok.. sbb kat singapore ada anz.. so senang.. next step is.. simpan duit utk beli tiket blk plk.. dan kalau bole terus beli tiket flight blk.. pastikan sebelum visa 3 bln tamat tempoh.. after that.. buy a car.. second hand.. so senang nk travel or blah if dah xde keje kat situ.. about jobs.. dont worry.. mmg byk..insyallah.. tapi kereta tu penting.. mmg kena byk travel.. kerja kat sana mmg senang.. yg buat susah.. cuma cuaca n kena tahan maki hamun je laa.. dan maybe bosan sebab ngadap keje sama je setiap masa.. cabaran utama sbnrnya cuaca.. panas melampau.. lastly.. jgn laa overstay ye.. buat mcm aku.. 3 bulan aussie.. sebulan msia then masuk semula.. skrg ni dah 3 kali masuk aussie.. alhamdulillah.. semuanya ok.. good luck to u all.. rezeki tu dtgnya dari Allah swt.. tapi kite kena usaha utk capai rezeki tu.. insyallah.. assalam..
BalasPadamhai Tanpa Nama.. menarik cara awak tu.. saya pun berminat nak cuba buat macam tu.. kalau tak keberatan.. boleh emel saya?
Padamsaya ingin belajar dan cari pengalaman macam tu juga..
please emel sy di azumie98@gmail.com
thanks!
Menang menarik Cara Tanpa Nama, sy berminat juga nak Cari penggabungan macam Tu..Harap dapat Bantu saya..Please email sy juga dija87@live.com
PadamAssalamualaikum..saya plan nak pergi ketja sana bulan march ni..harap you dapat bantu saya..pls email saya di dewaharley@gmail.com.tq
PadamAssalamualaikum, ws sy 0135137203
Padamsalam tanpanama,klu xbleh email sy pls..jassham7782@gmail.com sy nk ke ausia so nk tnye byk soalan.tq
Padamsalam saudara Tanpa Nama. boleh bantu saya dgn email saya redhuanrozalii@gmail.com kerjasama awak membuka peluang rezki saya
Padamsye nk g bln8 ni..jom g sme2,xde geng
Padamdh pegi ke blom..nk join
PadamTanpa nama bole email tak kt amierbbp@gmail.com . Byk nk tny ni hhe ..
PadamSalam Tuan Tampa nama,boleh email sy di yusof8189@gmail.com..Ada perkara saya nak tanya,.terima kasih at as perkongsian Tuan..
Padamsye skg kt doveton..kje construction..xde experience pun gji tgi dr pick buah...nk dtg leh la..coz kje pun bnyk..my advice jgn la kje farm..border force akn target area yg rmi pekerja bangsa yg sme...
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamTanpanama.. bro boleh email dengan sya.. wellfik8999@gmail.com sy nak tanya beberapa soalan.. sebab bulan 9 ni sya nak ke aus.. sbelum terbang nak siap-siap dulu knowledge2 sbelum masuk aus dan selepas masuk aus. mencari rezeki d perantauan.. sila email sya ya bro.. terima kasih..
PadamTanpa Nama,
PadamBoleh email sy di mohdfaisa.osman@gmail.com
ingin tanya beberapa soalan
salam..boleh tak emel saya cara nak kerja kat australia.. cari kerja kat malaysia berkurun nak dapat..pleasee.. langsircoklat@gmail.com
PadamBoleh tanya soalan x? Email saya boleh? Nak Whasaap tanya soalan.. adasyu11@gmail.com
BalasPadamSila pm saya melalui fb atau email ke notakembara@yahoo.com
PadamSaya juga pernah ke sana dan bekerja dlm sektor ladang dan juga bekerja di bandar...
BalasPadamMmg ramai yg ditipu disana... Agama? Bangsa? Sudah tiada lagi nilai2 murni bagi manusia yg bertuhankan duit... Asalkan dpt duit, apa saja boleh jadi... Anak bangsa sendiri pun dijual begitu saja utk kepentingan sendiri...
Tetapi... Lain tempat lain cara... Setelah saya berpindah dari ladang ke bandar... Pekerjaan dan gaji lebih baik dari sebelumnya... Jangan terhenti di satu tempat... Cubalah keluar dari kepompong...
Susah itu lumrah pengembara... Musafir dan merantau di negara org, mmg lah keadaan tak sama mcm di negara sendiri...
Rezeki Allah itu luas... Jika disitu tidak berhasil, hijrahlah... Cuba disana pula... Jika disana itu juga belum berhasil... Hijrahlah lagi... Cuba disinun pula... Moga ketemu rezekimu...
Saya sedang bercuti di tanah air... Akan kembali ke sana sedikit masa lagi...
Terima kasih di atas perkongsian Fatamorgana.
PadamBoleh tak sya minta nmber tuan, untuk pertanyaan lebih lanjut berkaitan peluang kerja di sana. Atau boleh whatsapp saya di 0135461245. ASAP :)
Padamterima kasih atas informasinya ,semakin tahu tentang australia
BalasPadamSama-sama.
PadamSalam. Hebat pengalaman Sis. Blog byk panduan dlm travelling. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.. Kalu kene maki hamun dlm negeri sendiri boleh blk kampong jumpe mak ayah ngadu nasib...heee.
BalasPadamAssalamualaikum Cik Puan Nur. Betul tu kalau kena maki hamun di negeri orang memang sedih sebab jauh dari mak bapak. Terpaksa telan juga. Itulah nasib anak rantauan.
Padamsy adaa rencana nak ke aussy, but, vissa kerja sangat mahal di indonesia. jadi fikir buat berangkat :)
BalasPadamSemoga terlaksana cita-cita.
PadamAssalamualaikum wrt wbt
BalasPadamPngalamn kami di melb.werribee...ladg swanhill cina penang ke shepparton.
Kontrktor iraq,moorona,echucha.
.ladg oren,peac,cheei,tomato,pear..hhuuumakan nuah Segar dr ladg tuu memori indah!!!lain2 amat mencabar
Wanita x digallakknn sgt..susah jaga!!! Bab solat..kuatkan jiwa krn ladg x de air
H
Norfillah masih kat oz lagike??
PadamSlm..norfillah..nk tnye klu pergi family ok ke utk duduk sana..sbb sepupu nk g aussie utk keje..dia nk bawa isteri n ank2..tp xsure kwsan tu blh bawak kuage atau x..n norfillah msh kat aussie ke
PadamSlm, sape berminat utk join group ke Melbourne pd awal bln 9 ni sila wasap 0172936717 Azizan. Tidak melalui agent, sy ada contact member2 dgn kontraktor area swanhill, robinvale, mildura, coff harbour. Bajet tiket return rm 1500 2000, ETA visa rm 25, booking hostel rm 80, duit poket rm 1000-15000. Jadi bajet rm 3000++ dah blh smpai sana cari kerja. Bln 9-12 (spring) memang byk keja kat Australia!!
BalasPadamSalam...saya dan suami berminat nak join bulan 9 ni...saya try nak wasap tpi xdpt detect..boleh tolong wasap saya 0108093025 ..kami serius nak join
Padamsalam,sapa nak bekerja di australia ,saya boleh guide korang, wasap 0142621003,saya disana 1 tahun lebih, 2015 ke 2016, pernah dapat gaji jam 17aud sejam,janji kena rajin usaha dan sabar....
BalasPadamThx infonya
BalasPadamnk tnye sikit, tntang tiket ke ausie.. boleh ke tiket balik tempoh mse tarikh die dlm mse 3 bulan dr tarikh pergi kalau nk bkje kt sne.. ade ape2 mslh ke.. sbb ade org ckp kalau nk slmt dr imgresen tiket beli kne beli tarikh balik yg cpt..
BalasPadamBagus pengalaman2 anda semua.. terasa juga nak mencuba...
BalasPadamTanpa nama...saya dan husband berminat nak join bulan 9...saya dah save no fon Azizan..tapi nak wasap xdpt sebab wasap xdpt detect...kami berminat utk pergi mengembara sambil bekerja
BalasPadamHi guys, sy plan nk p aus jg dlm masa tdekat, try pengalaman. Just nk share info ckit, utk yg berumur 18-30, sy galakkn buat Working Holiday Visa-WHV, tu cara yg paling senang utk kerja kat mana2 negara, utk yg da lebih umur, rasanye kene gamble mcm sy kut haha. Anyway best of luck.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamsaya berumur 27 tahun sekarang.. Just nak share.. saya pergi ke Australia masa bulan December 2015, seminggu selepas bernikah.. tujuan g aussie adalah untuk cari duit majlis kahwin sbb kami xnak berhutang..masa nikah tu saya and husband dah resign kerja d KL.. sy masa tu gaji 3K(baru habis degree di UiTM), suami 1,7K.. umur saya masa tu 25, suami 31.. kami kerja di salah satu ladang sayur milik warga Italy di Rosebud,Melbourne...Dah biasa kerja office and tak biasa buat kerja rumah apatah lg buat kerja berat! mula2 memang stress sbb kotor2 and panas dgn muka saya naik pimples hahah , tapi lama2 FUN ! Kerja di ladang sayur, Cellery, kobis, lobak putih.. Saya dan suami teruskan perjuangan berkerja full selama 10 minggu(weekend kdg2 cuti lah).. sbb tourist visa x boleh lebih dari 12 minggu (3 bulan).. Nak tahu kami berjaya kumpul berapa ? 2 orang lebih kurang RM33K.. Tu setelah tolak duit rumah seminggu seorang 100AUD, transport g kerja seorang 5AUD return dan duit blanja makan 2 org dalam 20AUD..nampak tak kat situ kami jimat2 juga.. So pastu kami pulang ke Malaysia dan buat majlis bersanding sebulan lepas tu, Alhamdulillah saya dapat majlis yg saya impikan dan dress dari abg ManKajang hehehe..Sekarang ni dah 2 tahun berlalu .. saya pun dah setahun lebih berkerja di company oil and gas di twin tower dgn gaji 4.5K.. TAPI... sya takkan mampu lupakan kenangan saya dan suami di australia smpi bila2.. sampai sekarang saya masih cari jalan bagaimana untuk migrate ke Australia secara sah.. kalau saya tahu, saya ambil course nursing atau childhood education sbb demand tinggi di australia.. saya nk tinggal di sana kalau boleh nk apply PR.. rate gaji di sana tinggi (sebab sy suka shopping dan travel).. Suasana kat sana tu yg MAHAL ! kawan class saya semasa degree pun berada di sana, dia seorang perempuan ya dan sekarang dah 2 tahun x balik malaysia(she took Bridging Visa).. Ramai je org Malaysia kat sana.. tertekan dgn politik Malaysia dan rate gaji yg krikk krikk.. Doakan impian saya dan suami untuk migrate dipermudahkan..
BalasPadamsalam...nice info...boleh saya tahu kenapa course childhood education demand dekat Aussie?? myhusband akan ke Aussie next month..tapi saya masih study in earlychildhood education..so,kalau ada rezeki after study saya nk follow husband ke sana..
PadamSo sweetz.tpi cam takut je
BalasPadamSaya plan nak pergi awal bulan 9 ni.agak2 musim apa time tu? Sesuai ker masa sy pergi nanti tu? Boleh sesape contact saya x utk rujukan kat sana nnti?macam mana nak mintak kerja kat sana,cari rumah n transport pergibalik kerja,,tolong wasap saya 01111147144
BalasPadamAssalamualaikum wth..
BalasPadamIngin mencari rezki d oz..blh w.up umi d 61477494454/msg0176104785
Saya nak pergi holiday awal August ni. Jom!
BalasPadamAssalamualaikum... husband saya akn berangkat ke australia bekerje di rochester .. 1 /10 ni... sedihnye nak kene tinggal tp demi rezki utk ank2 redha jela...
BalasPadamAssalam..Afida boleh update keadaan suami ke sana?
PadamMudahan baik2
...
Persediaan awal perlu ada....
InshaAllah..
Jadikan tpt rezki bumi Oz. Tpt bersujud...
Demi barakah dimohon..hakmilikNya jua!!!
Masih ada lg yg berminat ke sana krn lewat kini byk pkr..spt duit poket au1000..soaljwb.
BalasPadamYa Milik Allah Azzawajalla segala bumi nii...cuma undang dunia...
Jadi sujudlah mohon petunjuk. .mudahan selamat... Di sini n nun di sana..cita..cita rasa
https://www.instagram.com/pemetik_buah_perth2?r=nametag
BalasPadamsy dr indon mau cuba gunakan trvel visa .. bisa ya?
BalasPadamas salam....ada sesiapa tahu any number contractor tak kat sana ? or ada sesiapa baru nak pergi or pergi lagi rak dalam bulan september or october nanti ? saya nak ke sana , kalau ada sesiapa nak pergi lagi okey kalau dapat pergi sekali..drop num nanti saya add...untuk pengetahuan , saya baru nak pergi dan ini my firstime..tapi saya ignore kan perasaan takut saya sebab bagi saya apa2 sekalipun langkah, percubaan dan semangat itu sangat penting , selebeh nya tawakal..
BalasPadamas salam....ada sesiapa tahu any number contractor tak kat sana ? or ada sesiapa baru nak pergi or pergi lagi rak dalam bulan september or october nanti ? saya nak ke sana , kalau ada sesiapa nak pergi lagi okey kalau dapat pergi sekali..drop num nanti saya add...untuk pengetahuan , saya baru nak pergi dan ini my firstime..tapi saya ignore kan perasaan takut saya sebab bagi saya apa2 sekalipun langkah, percubaan dan semangat itu sangat penting , selebeh nya tawakal..
BalasPadamKlu blmnpergi lagi boleh kita fly sekali .....job dah ada , cuma takut tak lepas imi saja....umur pun dah 41 nie....0132877884...target bln july nie....
PadamPeaceful..harmony...
BalasPadamBagaimana cerita di ambang 2019 tentg pengembara ke Oz sambil bekerja??
Apakah lg senang masuk
Apakah peluang kerja mudah dpt??
Lama sudah ku tinggalkan kenangan di Swanhill. Werribee, mooropna...dan ladg pic.pic donut yg xde di Malaysia..ummmm terkenang mkn mewah buah nii....ya laa ladangkan..yg masak ranumbertaburan..di tanah yg reject berlori...hhii..tak larat nak makan...
Tp percayalah buah segar anugerah Allah ya Musowwir nii...
Bermacam2 sedap dan menyegarkan badan ..lupa nasi...hhhi.
echucha,ladang pir cheri,...
...rakan kerja pelbagai nrgara..yg baik ..lrmahlembut..germany, itali, france...
Sesiapa di Oz..kini..boleh updatekan..pengalaman...
Niknoor16@gmail.com..