Sukakah anda mendengar muzik jazz? Kalau anda tidak begitu mahir dengan muzik ini, cubalah dengar lagu klasik nyanyian Louis Armstrong "When the Saints Go Marching In". Inilah muzik jazz. Terkenalnya lagu "When the Saints Go Marching In" ini membuatkan ia telah menjadi lagu sorak untuk pasukan bola, rugby dan footy di beberapa negara. Louis Armstrong adalah lagenda jazz yang berasal dari New Orleans. Lagu jazz ini begitu popular sehingga menular ke negara kita terutamanya pada tahun 1950an.
New Orleans yang terletak di negeri Louisiana, Amerika Syarikat adalah tempat kelahiran muzik jazz. Muzik ini berdegup dalam jantung kota ini setiap hari dan masa. Sesiapa sahaja boleh melihat dan mendengarnya ~ di pesta Mardi Gras, di kelab-kelab, malahan di tepi-tepi jalan.
New Orleans yang terletak di negeri Louisiana, Amerika Syarikat adalah tempat kelahiran muzik jazz. Muzik ini berdegup dalam jantung kota ini setiap hari dan masa. Sesiapa sahaja boleh melihat dan mendengarnya ~ di pesta Mardi Gras, di kelab-kelab, malahan di tepi-tepi jalan.
Saya suka topeng Mardi Gras ini kerana ia begitu comel sebagai magnet peti sejuk. Mardi Gras adalah pesta perarakan yang diadakan 47 hari sebelum Easter (Ferbruari-March) |
Preservation Hall |Kid Thomas Band di 726 St Peter Street memainkan jazz dari old school. Tiada minuman keras dan makanan dihidangkan di sini. Kanak-kanak dibenarkan masuk. |
Mengenali The Big Easy New Orleans dengan berjalan kaki
Ketika berjalan kaki di kota New Orleans pada musim panas pada suatu ketika dulu, saya melihat muzik jazz dimainkan secara live di setiap sudut dan kaki lima kota itu ~ dari yang groovy hinggalah ke blues, rock, punk, reggae dan brass band. Jalan-jalan popular yang menghidangkan muzik jazz ini ialah Bourbon Street, Decatur Street, Frenchmen Street, Conti Street, St. Peter Street, Oak Street dan banyak lagi. Muzik jazz ini amat sinonim dengan golongan kulit hitam yang ramai berkampung di New Orleans. Mereka asalnya adalah hamba abdi yang dibawa dari Afrika ketika penjajahan Peranchis dan Sepanyol dulu.
Berabad-abad lamanya New Orleans menjadi tanah jajahan Peranchis dan Sepanyol tetapi dijual pada tahun 1803 kerana tanahnya tidak menguntungkan. Dilihat sebagai negeri penuh paya berbuaya, sarang pelacuran dan lubuk penjenayah, penduduknya bangun dan berjuang sehingga menjadi sebuah negeri yang tersendiri ~ seninya berbaur dengan budaya orang Asli Amerika (American Indian), Afrika, Caribbean dan Eropah sehingga melahirkan muzik jazz dan Mardi Gras. Kepelbagaian kaum dan kedudukannya di selatan Amerika Syarikat melahirkan loghat yang berbeza berbanding dengan mereka yang di bahagian utara.
Dikenali dengan jolokan The Big Easy, New Orleans boleh juga diterjemahkan sebagai tempat orang bersenang-lenang dan berleka-leka sebagaimana mendengar alunan muzik jazz tempatan yang merdu. Keadaan santai penduduknya ini amat berbeza dengan The Big Apple ~ jolokan untuk kota metropolitan New York ~ yang sentiasa bergerak pantas dan sibuk. Kerana itu ramai yang jatuh cinta dengan kota jazz ini, namun ada juga yang membencinya.
Yang membencinya mungkin disebabkan banyaknya bar dan kelab-kelab di sepanjang jalan, maka bir begitu bebas diminum kerana harganya yang terlampau murah sehingga membuat peminumnya mabuk hingga muntah-muntah. Bagi mata yang nakal-nakal mereka mengintai melalui lubang-lubang pada dinding kelab untuk menyaksikan persembahan tarian. Bagi yang lebih berani dan bermuka tembok, mereka masuk saja ke dalam kelab itu untuk menyaksikan tarian separuh bogel atau tanpa seurat benangpun.
Seniman jalanan ~ New Orleans adalah tempat berputiknya bakat seni muzik |
Menyusuri NOLA dan Sungai Mississippi
Fridge magnet yang dibuat daripada gelas fibre ni menunjukkan aktiviti dan tarikan utama New Orleans - muzik jazz, trem, kereta kuda, menyusuri sungai Mississippi dengan feri dan French Quarter. |
Bagi kaki shopping, Frenchmen Art Market menawarkan pakaian butik dan pelbagai barangan seni untuk dibawa pulang. Antara yang rambang mata adalah saya yang merembat pulang poskad, lukisan sketsa persembahan jazz dan magnet peti sejuk.
Poskad ini menunjukkan: rumah ladang, bot Sternwheeler, pemain jazz dan pesta Mardi Gras di NOLA |
Legasi muzik jazz diteruskan di New Orleans dan digambarkan melalui lukisan sketsa yang saya beli ini. |
Antara Katrina dan La Nina
Mungkin bagi sesetengah orang, tempat ini tidak sesuai dengan jiwanya kerana terdapat banyak bar, kelab, muzik, penggunaan dadah, perkhidmatan seks dan jenayah. Ingatkah anda apakah yang telah berlaku 10 tahun lalu di New Orleans? Pada 29 Ogos 2005, New Orleans dilanda taufan Katrina. Taufan ini telah melenyapkan 1,500 nyawa iaitu sebahagian daripada penduduk New Orleans dan memusnahkan harta benda yang bernilai 100 bilion dolar Amerika. Malapetaka ini bukanlah pertama kali berlaku di New Orleans tetapi telah lebih 5 kali. Walaupun pemulihan giat dijalankan, keadaan ekonomi penduduknya masih terpuruk.
Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada peristiwa ini? Adakah bencana ini akibat perbuatan manusia atau hukum Tuhan? Adakah Katrina New Orleans mempunyai persamaan dan perkaitan dengan La Nina/El Nino yang membawa haba panas ke negara kita sekarang ini? Sekiranya anda mempunyai pandangan tentang ini silalah kongsikan di ruangan di bawah.
Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada peristiwa ini? Adakah bencana ini akibat perbuatan manusia atau hukum Tuhan? Adakah Katrina New Orleans mempunyai persamaan dan perkaitan dengan La Nina/El Nino yang membawa haba panas ke negara kita sekarang ini? Sekiranya anda mempunyai pandangan tentang ini silalah kongsikan di ruangan di bawah.
Saya suka muzik. Irama Jazz dengan yang seangkatan dengannya memang saya suka. Iramanya mudah dan rileks. Bencana yang berlaku ni bersebab. Teringat 2-3 hari lepas terdengar ceramah di masjid belakang rumah yang menerangkan asal usul iblis. Semasa Allah cipta Nabi Adam malaikat pelik kerana manusia memang akan merosakkan bumi. Kesimpulannya kerosakkan tu memang berpunca dari manusia tu sendiri.
BalasPadamMuzik jazz memang dicipta untuk berileks-rileks dan menyeronokkan. Nampaknya Rahimah mahir dengan muzik jazz.
PadamMemang benar pandangan Rahimah, manusia sendiri membuat kerosakan di bumi sebagaimana firman Allah:
“Telah nampak fasad (kerosakan) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [Ar-Rum (30):41].
menarik juga...dari timur dah menjelajah sampai ke barat. Merata juga berjalannya.
BalasPadamAlhamdulillah diberi Allah kesihatan dan rezeki dapat melihat bahagian Barat.
PadamSuka lagu-lagu Jazz pun sebab Sheila Majid... muziknya ringan dan santai...
BalasPadamSinaran, Pengemis Muda, Antara Anyer dan Jakarta, Hitam Putih Kehidupan, Lagenda adalah antara lagu-lagunya yang popular. Lagu-lagunya juga dikenali di Indonesia.
PadamLets start to care and love mother nature, artikelnya menarik
BalasPadamsalam kenal dari Indonesia :)
Selamat berkenalan. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini :)
Padam