Destinasi Kembara Solo saya di negara Tembok Besar yang ingin sekali saya kunjungi ialah Tian' Anmen Square. Mengapa begitu ingin sekali saya jejaki? Bukankah ada tempat-tempat lain yang menarik untuk diterokai di Beijing?
Ini kerana Tian' Anmen Square begitu terkenal, terutama sekali selepas demonstrasi besar-besaran dan mogok lapar golongan siswa di sini pada tahun 1989. Berita demonstrasi di Tian' Anmen Square itu amat hangat diperkatakan di media-media serata dunia. Ketika itu saya juga seorang siswa yang baru bergraduat daripada Sarjana Muda di USM dan sedang menanti keputusan penerimaan kemasukan ke universiti di Amerika Syarikat untuk peringkat Sarjana.
Tahun berikutnya saya diterima masuk ke universiti di Amerika Syarikat dan ketika di sana bahang demonstrasi di Tian' Anmen Square masih hangat diperkatakan, tambahan pula ada rakan-rakan sekuliah saya dari China. Jadi bantahan siswa itu amat signifikan dengan siswa yang sezaman dengan saya.

Tian' Anmen Square adalah tempat sejarah dan tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara. Di sini jugalah Presiden Mao Tze Tong (Mao Zedong) mengisytiharkan negara China sebagai sebuah Republik.
Pada bulan Mei 2012 (2 minggu lalu) saya sudah berjaya menjejakkan kaki di persegi yang luas ini dan dikatakan antara yang terluas di dunia. Saya pergi sendirian kerana ia amat mudah dan hampir dengan rumah sewaku di Daerah Chaoyang, Beijing. Chaoyang berada di lingkaran kedua Beijing manakala Tian' Anmen Square letaknya di lingkaran pertama Beijing.
Cara Pergi:
Saya pergi menaiki subway dari Universiti Komunikasi China menaiki laluan Batong, kemudian turun di Sihui dan tukar ke laluan 1 menuju ke Tiananmen Barat. Saya keluar melalui pintu B dan terus bertemu dengan bangunan memorial yang terpampang wajah Pengerusi Mao Tze Tong (Mao Zedong), yang selama ini saya kenali dalam kelas sejarah di bangku sekolah. Tambang subwaynya terlalu murah. Saya cuma membelanjakan 4 yuan (RM2) untuk pergi balik.
Di seberang jalan saya dapat melihat kawasan demonstrasi golongan muda yang berlaku pada tahun 1989 itu. Saya cam itulah kawasan demonstrasi itu, kerana saya sering lihat ia di dada-dada akhbar pada tahun kejadian itu.
Berbondong-bondong manusia membanjiri kawasan persegi itu. Apakah yang ada di situ? Ingin sekali saya ke sana. Tetapi untuk menyeberangi jalan, tidak dibenarkan. Tiada laluan. Kereta bertali-arus tiada henti-henti. Ia perlu melalui jalan bawah tanah yang saya tidak nampak di mana?
Kedua-dua belah jalan di persegi Tian' Anmen itu sesak dengan manusia. Jadi yang mana satu hendak saya tuju dahulu? Saya mengambil keputusan untuk menangguhkan niat saya ke seberang jalan, kerana di sebelah sini juga saya dapat melihat tidak kurang orang berpusu-pusu dan beratur memasuki ke satu kawasan di belakang Memorial Pengerusi Mao Zedong. Amat ramai sekali. Suasana ini memancing minat saya untuk turut serta. Barangkali ia lebih menarik. Apakah yang ada di situ? Apakah yang menariknya? Nantikan pada siri yang akan datang. Akan saya ceritakan kunjungan menarik saya ke destinasi yang seterusnya.
Bersambung....
Sangat murah tambang subway kat China tu... AA pun dah ke Beijing, boleh plan ke sana nanti...
BalasPadamYa, memang murah. Hanya 2 yuan menaiki subway boleh sampai ke destinasi dekat atau jauh. Kalau keluar dari stesen subway kita kena bayar semula untuk masuk. Jadi 2 yuan lagi untuk tambang balik. Air Asia sedang buat promisi ke Beijing sekarang dan penerbangannya untuk Ogos-Nov 2012. Kakak saya sudah tempah tiket AA, dan tarikh sebenar yg dia hendak pergi tu sudah habis. Jadi cepat Mie, booking cepat...tengah murah ni. Mungkin promosi itu berakhir hari ini.
BalasPadamTiannamen hampir 24jam penuh dg manusia....
BalasPadamYa, Tian' Anmen tempat tumpuan ramai.
Padam