Apakah yang berlaku pada saya setelah lelaki pemandu Beng Beng mengajak saya menaiki Beng Bengnya? Dalam entri ini saya akan sambung kisah "Hilang Terang Timbul Gelap" saya di luar Kota Larangan, Beijing. Maklumlah sebelum ini kisah saya asyik yang gembira dan ceria sahaja.. Tetapi dalam "Suka Ada Duka".
Apakah Beng Beng? Beng Beng ialah motorsikal atau basikal yang diubahsuai menjadi beca mengangkut penumpang dan barang-barang. Ada yang berdinding kotak dan ada yang tidak berdinding langsung. Beng Beng biasanya ditunggang/dipandu oleh lelaki China secara persendirian di sekitar Beijing. Tambangnya mengikut rundingan dengan pemandunya. Biasanya lebih kurang harga tambang teksi. Ia dibawa untuk jarak dekat sahaja. Beng Beng ini tidaklah begitu stabil kalau rodanya tiga dan ramai penumpang menaikinya. Ia biasanya boleh memuatkan sehingga dua orang dewasa. Di bawah ini saya tunjukkan contoh Beng Beng.
Ini juga adalah Beng Beng, tetapi jenis bermotorsikal dan berdinding kotak. |
Baiklah, saya sambung kisah saya diajak oleh pemandu Beng Beng selepas saya melawat Kota Larangan, Beijing.
Alkisah...
Ketika itu saya sudah terlalu lenguh berjalan kaki dan sedang menuju ke stesen subway Tian' Anmen Barat. Saya jalan seorang diri. Saya berjalan cepat-cepat kerana saya hendak solat Asar di rumah sewa saya di Daerah Chaoyang. Ketika itu lebih kurang pukul 5.00-5.30 petang. Waktu Maghrib masuk 7.30 petang. Tiba-tiba seorang lelaki pemandu Beng Beng (dari jenis motorsikal) menawarkan perkhidmatan menghantar saya ke stesen subway.
SAYA: How much?
PEMANDU BENG BENG: Three.
SAYA: Three yuan?
PEMANDU BENG BENG: Yes.(SAMBIL MENGANGKAT 3 BATANG JARINYA)
SAYA: (DALAM BAHASA CHINA UNTUK MEMINTA KEPASTIAN) San kuey? (Maksudnya: Tiga yuan ke?)
PEMANDU BENG BENG: (DALAM BAHASA CHINA) Tui. (Maksudnya: Ya)
Untuk kepastian saya ulang soalan ini kepada Pemandu Beng Beng itu, supaya dia hantar saya ke destinasi yang betul.SAYA: (DALAM HATI) Oh.. ok le tu. Bukan jauh pun. Kalau naik, cepat sikit aku sampai ke rumah. Boleh aku solat Asar awal.
SAYA: Will you take me to the Tian' Anmen West subway station? Tian' Anmen West, ok?
PEMANDU BENG BENG: Ok, I will take you.
Sayapun naik Beng Beng itu, buat pertama kalinya. Beng Beng itu seperti dalam gambar pertama di atas tetapi dia menggunakan motorsikal. Tempat saya duduk tidak berdinding, macam dalam gambar pertama di atas juga. Pemandu itu membawa saya ke arah stesen subway Tian' Anmen Barat. Tiba-tiba dia berpatah balik. Saya kehairanan.
SAYA: Where are you taking me? I want to go to Tian' Anmen West Station!
PEMANDU BENG BENG: I will take you there! I will take you!
Inilah
Pemandu Beng Beng yang saya ceritakan ini. Saya tangkap gambar ini ketika
dia sedang menunggang Beng Beng itu dan saya duduk di belakang. |
Mula-mula tu rasa seronok sebab dapat merasa naik Beng Beng pertama kali. Lepas tu pemandu tu masuk ke lorong-lorong belakang. Saya dah naik risau. Dahlah Beng Beng tu tidak berdinding dan dia bawa laju pulak tu. Saya rasa nak terpelanting. Saya genggam beg dan kamera saya kuat-kuat takut tercampak nanti.
SAYA: Why are you taking me to the back lane?
PEMANDU BENG BENG: (MENUNDING JARI TELUNJUK KE ARAH BANGUNAN SEKITAR). This, Hutong. Very very old. That, new. This, old. Many many years. See, see Hutong. Take picture. Take picture.
Pemandu itu membawa saya ke belakang lorong-lorong dalam kawasan Hutong. Hutong adalah kawasan perumahan tradisional di Beijing dan lorong-lorongnya sempit.
Selang tidak berapa lama kemudian pemandu Beng Beng itu berhenti di satu hujung kawasan Hutong dan menurunkan saya di situ.
Selang tidak berapa lama kemudian pemandu Beng Beng itu berhenti di satu hujung kawasan Hutong dan menurunkan saya di situ.
SAYA: Where is the subway station?
PEMANDU BENG BENG: There! Just two minutes walk.
Saya berasa sangat tidak puas hati kerana dia sudah mempermainkan saya. Saya minta dia hantar ke Tian' Anmen West dia hantar saya ke Tian' Anmen East. Dahlah tu pula bukan dia turunkan saya dekat stesen subway. Kena menapak pulak lagi. Adoi! Saya merungut pada pemandu Beng Beng itu. Dia pun katalah, "Ala dekat je, 2 minit je jalan kaki". Lebih kurang macam itulah maksud dia.
Lalu saya bagi duit 3 yuan kepadanya. Lelaki itu minta lagi kepada saya. Saya enggan membayarnya kerana tadi dia kata bayaran tambangnya cuma 3 yuan. Lelaki itu terus mendesak saya. Dia kata aku perlu bayar 300 yuan.
Lalu saya bagi duit 3 yuan kepadanya. Lelaki itu minta lagi kepada saya. Saya enggan membayarnya kerana tadi dia kata bayaran tambangnya cuma 3 yuan. Lelaki itu terus mendesak saya. Dia kata aku perlu bayar 300 yuan.
SAYA: (MARAH) 300 yuan?. NO! Just now you said 3 yuan. Now I'm giving you 3 yuan.
PEMANDU BENG BENG: No, No, 300 yuan!
SAYA: (DALAM BAHASA CHINA) Puk yau! Puk yau! (Maksudnya: Tak mahu! Tak mahu!)
PEMANDU BENG BENG: I took you to Hutong.
SAYA: (MARAH). I want to go to SUBWAY station. NOT Hutong! You lied to me. You lied to me. You are a liar!
PEMANDU BENG BENG: (MEMAKSA & MENGERASKAN SUARA) Money! Money!
SAYA: (DALAM BAHASA CHINA) Mei yau! Mei yau! (Maksudnya: Tak ada.. Tak ada!)
Maka perbalahan berlaku di antara saya dan pemandu itu. Saya berkeras tidak mahu membayar 300 yuan. "Dahlah debu, asap masuk dalam lubang hidung saya, nak terpelanting saya dibuatnya, nak minta 300 yuan pulak. Agak-agaklah sikit kalau nak pau orang pun, " rungut saya dalam hati.
Setelah itu saya bagi dia 30 yuan. Dia terus mendesak saya bayar 300 yuan. Kemudian saya mengugut untuk menelefon kawan saya. Masa itu yang terbayang di wajah saya ialah Mawar, siswi China di Communication University of China. Sebaik sahaja dia melihat saya hendak menelefon kawan saya terus dia takut dan kata, "OK ,100 yuan". Saya berkeras tidak mahu membayar 100 yuan.
Setelah itu saya bagi dia 30 yuan. Dia terus mendesak saya bayar 300 yuan. Kemudian saya mengugut untuk menelefon kawan saya. Masa itu yang terbayang di wajah saya ialah Mawar, siswi China di Communication University of China. Sebaik sahaja dia melihat saya hendak menelefon kawan saya terus dia takut dan kata, "OK ,100 yuan". Saya berkeras tidak mahu membayar 100 yuan.
Saya terus mengatakan yang dia penipu dan saya ugut hendak menelefon kawan saya. Apabila saya ambil saja telefon dia mula turunkan harga. Katanya, "Ok, 50 yuan".
Saya masih bantah. Ketika itu saya pun sebenarnya takut juga sebab di situ tak ada orang. "Nanti dia hantar kaki pukul, aniaya saya", bisik hati saya. Ketika itu saya terbayangkan babak lorong belakang dalam filem gangster.
Saya masih bantah. Ketika itu saya pun sebenarnya takut juga sebab di situ tak ada orang. "Nanti dia hantar kaki pukul, aniaya saya", bisik hati saya. Ketika itu saya terbayangkan babak lorong belakang dalam filem gangster.
Dia terus mendesak meminta tambah wang bayaran. Oleh kerana saya memikirkan saya hendak pulang solat Asar, saya pun tambah 20 yuan lagi. Sayapun malas nak "nego' dengan Mamat Beng Beng ni. Buat saya "BENG" je.. Kemudian sayapun blah dan dia pun blah. Kepala saya BENGang dan hati saya BENGkak.
Saya terus menuju ke Stesen Subway Tian' Anmen East. Semasa saya lalu saya dapat melihat sebuah taman yang cantik. Saya sempat juga ambil gambar taman itu. Di bawah ini adalah gambar-gambar taman itu.
Saya pulang dengan hati yang BENGkak dan BENGang. Saya rasa menyesal bagi Mamat Beng Beng itu 50 yuan. Saya rasa mahal sangat. Saya hanya mengucapkan:
Saya pulang dengan hati yang BENGkak dan BENGang. Saya rasa menyesal bagi Mamat Beng Beng itu 50 yuan. Saya rasa mahal sangat. Saya hanya mengucapkan:
إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Maksud zikir/doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu:
Sampai di rumah tinggal lebih kurang 30 minit lagi akan masuk waktu Maghrib. Jadi dapatlah saya solat Asar di rumah.Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku (daripada musibah yang menimpa diriku) dan gantilah ia dengan yang lebih baik.
Keesokan harinya saya ceritakan kisah ini kepada Jingling, sahabat baik China saya. Saya tanya dia samada aku sudah kena tipu atau tidak. Tetapi menurut Jingling sepatutnya kena bayar 100 yuan sebab kawasan Hutong. Biasanya perlu bayar mahal sebab ia kawasan pelancongan dan naik Beng Beng pula.
"Jadi saya tak kena tipulah ye?" tanya aku pada Jingling..
"Kalau dia rasa rugi dia tak akan lepaskan kita," kata Jingling.
Jingling menganggap saya orang yang berani. Kalau terjadi pada dia, dia kata dia terus bagi saja 300 yuan tu. Sebenarnya, saya pun bukan berani sangat. Saja buat-buat berani. Jadi sayapun rasa lega sebab saya sebenarnya tak rugi dan sayapun selamat.
Maka ceritera, "Hilang Terang Timbul Gelap" ini TAMMAT dengan TERANG. Alhamdulillah. Alkisah "Saya Dibawa Lari Pemandu Beng Beng" ini lebih kurang sama dengan alkisah "Saya Dibawa Lari Pemandu Teksi" di Cyprus dahulu. Kalau lupa sila baca alkisahnya di pautan ini.
"Jadi saya tak kena tipulah ye?" tanya aku pada Jingling..
"Kalau dia rasa rugi dia tak akan lepaskan kita," kata Jingling.
Jingling menganggap saya orang yang berani. Kalau terjadi pada dia, dia kata dia terus bagi saja 300 yuan tu. Sebenarnya, saya pun bukan berani sangat. Saja buat-buat berani. Jadi sayapun rasa lega sebab saya sebenarnya tak rugi dan sayapun selamat.
Maka ceritera, "Hilang Terang Timbul Gelap" ini TAMMAT dengan TERANG. Alhamdulillah. Alkisah "Saya Dibawa Lari Pemandu Beng Beng" ini lebih kurang sama dengan alkisah "Saya Dibawa Lari Pemandu Teksi" di Cyprus dahulu. Kalau lupa sila baca alkisahnya di pautan ini.
Hikmah daripada kejadian Aku Dibawa Lari Pemandu Beng Beng itu:
- Mengingatkan diri saya dan rakan-rakan kembara supaya jangan menaiki Beng Beng di kotaraya Beijing lagi. Kalau naik juga: kalau kita tak BENGang kita akan BENGkak!
- Jangan percaya dengan pemandu kotaraya Beijing yang tahu cakap Inggeris sikit-sikit kerana yang tahu itu memang nak KETUK KEPALA kita "kaw kaw punya". Lebih baik berurusan dengan mereka yang tak tahu Inggeris langsung. Peluang untuk kena SCAM tu amat tipis.
- Jangan biarkan orang menganiaya dan menindas diri kita. Bertindak bijak dan berani ketika kejadian seumpama ini berlaku.
- Dapatlah saya mengetahui: Apa itu Hutong?
- Dapat mengetahui bahawa ada taman indah berdekatan Hutong.
Ikutilah Kembara Solo saya di China dalam entri yang akan datang. Xie xie.
Ada hikmah yang banyak tu prof...wahh!!!
BalasPadamCantiknya view taman tu. Seolah2 di dalam istana China. Saya suka org yang tak merungut tetapi dia fkr hal sebalik iaitu hikmah. Allah uji kita tetapi di setiap2 sesuatu itu ada hikmahnya.
Sikap berkeras prof suatu yang bagus..berkeras sgt2pun tak berapa bagus..tapi Alhamdulillah takde pape berlaku.
Terima kasih Zila. Selalunya saya lebih banyak mengalahkan. Saya sebenarnya orang yang lemah. Tapi yang ini, dia tu memang melampau. Nampak sangat nak menipu. Sengaja ikut jalan jauh. Alhamdulillah saya selamat.
PadamYa, memang betul Zila, selagi kita hidup, selagi itu kita sentiasa diuji Allah.
Hehe banyak tempat mcm tu baik pemandu beng-beng, tuk-tuk atau taksi ramai yang nak ambil kesempatan. Bagi saya lah penduduk paling kuat menipu ialah Vietnam hehehe. Pemandu beng2 tu berana lah nipu kerana ia ingat awak pelancung
BalasPadamBaguslah ada masanya kita kena berani, 50 yuan kalau tak silap saya sekitar RM20 lebih kan...
Ye ke Vietnam paling kuat menipu? Bukan Nigeria ke? he he he
PadamYalah pemandu Beng Beng tu ingatkan saya ni tak tahu apa-apa. Saja nak cari kesempatan. Memang pelancong selalu kena tipu.
50 yuan tu dlm RM25.
Betul lah tu kerana seingat saya dulu kalau ditangan pegang 100 yuan saya hanya bayangkan jumlahnya bersamaan lebihkurang RM50 masa tu... senang nak agak kan
Padamhehehe ada hikmahnya dilarikan abang beng beng yer...ehehhe
BalasPadameKa,
BalasPadamSetiap kejadian/ujian tu memang ada hikmah di sebaliknya :) Kena sabor je le