Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 12 Disember 2012

TEMPAT MENARIK DI BEIJING #12: Lorong Qianmen, Lorong Dashilar, Masjid Qianmen dan Hutong Kekalkan Ciri-ciri Purba

Nak tahu tak, tempat yang saya suka lepak di Beijing ni? Tempat ini letaknya di antara Qianmen dan Hepingmen. Ia dikenali dengan Lorong Qianmen (Qianmen Street) dan Lorong Dashilar (Dashilar Street). Ia adalah tempat membeli-belah yang menarik. Ini disebabkan ia mempunyai kedai-kedai lama yang telah dibina pada zaman Dinasti Qing iaitu sejak tahun 1644-1911 lagi. Ada kedai-kedai yang sudah berusia 500 tahun! Tempat ini juga happening dan ramai pengunjung.

Saya cadangkan kalian datang ke sini kalau berkunjung ke Beijing. Datang tau jangan tak datang.


Kedai-kedai lama di Qianmen


Lorong Qianmen

 


Butik pakaian,  kamera, cenderamata menjadi tumpuan


Kedai-kedai yang terdapat di sini terdiri dari kedai-kedai sutera, teh, pakaian, makanan, kamera, cenderamata dan macam-macam lagi. Harga barang-barangnya juga berpatutan. Ia tidak perlu ditawar kerana harganya telah ditetapkan. Saya pernah membeli jaket musim sejuk dan baju di sini. Sehelai blaus berharga serendah 10 yuan (RM5) hingga setinggi 200 yuan (RM100). Jaket musim sejuk boleh dibeli dengan harga serendah 100 yuan (RM50) hingga 300 yuan (RM150).

Kedai kasut, lorong-lorong belakang dan teko teh menghiasi kedai. Kasut seperti dalam gambar di atas berharga di antara 30 yuan (RM15) hingga  60 yuan (RM30)

Sutera

Sate biri-biri yang sedap lagi halal. Secucuk sate biri-biri ini berharga 16 yuan (RM8)

Kalau lapar singgahlah di restoren halal yang terdapat banyak di sini. Sate biri-biri patutlah dicuba kalau anda sudah berada di sini.


Tram lama yang telah digunakan sejak tahun 1924

Yang menarik di sini kita boleh lihat trem lama membawa penumpang pada jarak dekat di lorong ini.


Lorong Dashilar


Kedai-kedai lama di Dashilar

Di belakang Qianmen Street terdapat Dashilar Street. Di sini kita boleh menyaksikan kedai-kedai lama yang menjual seramik, lukisan kaligrafi dan teh .

Menaiki lanca membawa kita kembali ke zaman China purba


Kita boleh berjalan kaki atau menyewa basikal atau menaiki lanca yang ditarik oleh orang.

Di Dashilar Street ini terdapat banyak restoren halal yang menyajikan mee tarik dan lauk-pauk resepi khas orang Hui dan juga masakan etnik Uyughur.


Restoren untuk orang Muslim

Masjid Qianmen dan Hutong

 


Lepak-lepak di Dashilar Street. Lorong jalan ini ialah Paizi Hutong, ia menghala ke Yangwei Hutong.






Untuk solat kita boleh singgah di Masjid Qianmen (Qianmen Dashi) di Yangwei Hutong. Yangwei Hutong ini letaknya di belakang Dashilar Street.


Yangwei Hutong

Untuk ke sini kita perlu melalui beberapa hutong iaitu kawasan perumahan lama Beijing. Kita perlu melalui lorong-lorong yang kecil dan berliku-liku. Bawalah alamat Masjid ini dalam tulisan China kerana mudahlah orang membantu kita kalau tersesat.



Sumber: malay.cri.cn

Setiap kali lalu di sini saya mesti teringatkan filem Karate Kid (terbaru, lakonan anak Will Smith) yang lokasinya banyak dibuat di hutong Beijing.

Masjid Qianmen ini adalah salah sebuah masjid yang tua dan ia telah dibina pada Dinasti Ming dan dibina semula oleh Maharaja Kangxi dan Qianlong pada zaman Dinasti Qing. Jadi masjid ini sudah berusia lebih 500 tahun! Di persekitaran masjid ini, kita mudah melihat orang Islam yang tinggal di hutong yang berdekatan.

Dewan solat untuk lelaki di Masjid Qianmen

Masjid ini sentiasa dijaga oleh khariahnya. Tempat wudhu dan tandasnya bersih. Dewan solat dibahagikan kepada dua iaitu untuk lelaki dan wanita. Kita dilarang tidur di dalam masjid, tetapi dibenarkan tidur di atas sofa yang diletakkan di luar dewan solat.


Anak-anak saya posing dulu depan masjid Qianmen sebelum balik


Sebenarnya banyak lagi yang menarik yang kalian boleh lihat di sini, tetapi tidaklah dapat saya ceritakan kesemuanya dalam ruang yang terhad ini. Pergilah sendiri kalau ingin mengetahuinya.

Bagaimana? Nak ke sini tak?

 

Cara Pergi


Cara 1:

Ambil keretapi  bawah tanah (subway) menggunakan laluan 2 dan berhenti di stesen Qianmen. Keluar ikut pintu B atau C dan pergi ke kiri. Berjalan kakilah kira-kira 3-5 minit. Di seberang jalan anda akan nampak pintu gerbang. Di sinilah Qianmen Street.


Cara 2:

Ambil keretapi bawah tanah (subway) menggunakan laluan 2 dan berhenti di stesen Hepingmen. Keluar ikut pintu C dan bergerak ke arah kiri. Jalan kira-kira 300 meter. Anda akan jumpa Dashilar Street dahulu. Untuk ke Qianmen Street, seberangilah jalan ke sebelah kanan.


16 ulasan:

  1. Salam Yong

    Jaket musim sejuk tu murah sungguh Yong...design baru2 ker ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Memang murah jaket tu, saya beli sehelai rega 190 yuan (RM95), design baru-baru & cantik-cantik. Orang Beijing ni fashionable.

      Padam
  2. sate biri-biri?tak pernah try lagi even kat sini, wajib try meh kalu pergi sana. great info :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Orga,
      Sesiapa yang pernah try makan daging kambing biri-biri selalunya tak akan ketinggalan memakannya lagi. Dagingnya lembut dan sedap, tak sama dengan biri-biri di Malaysia.

      Padam
  3. Akak, terima kasih utk entry nih, saya tak pernah ke Beijing lg, dan tmpt2 yg akak mention ni agak menarik rupanya.. dan kompem kena bwk duit byk sb shopping cam best jek hehehehe

    BalasPadam
  4. Salam Chawanna Na,
    Tempat ni memang menarik. Akak suka tengok lampu-lampu dan tanglung-tanglung yang digantung di sini. Macam-macam bentuk dan warna. Bangku-bangku yang menghiasi tempat ni dibuat berbentuk gendang China. Batu-batanya pula berwarna kelabu. Lagipun di sini tak payah tawar masa membeli, jadi tak risau kena tipu. Tempat solat dan kedai Muslim pun banyak.

    Akak yakin Chawanna Na dapat tangkap gambar cantik-cantik di sini.

    BalasPadam
  5. Masih ada lagi beca yang ditarik manusia walaupun China dah agak maju sekarang ni...

    Tak sabar nak ke sana tahun depan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mie,
      Ada lagi lanca yang ditarik manusia tu tapi cuma di kawasan tumpuan pelancong yang unik ini. Tapi kesian kat Apek tua tu, kan? Saya tak sampai hati nak naik.

      Mie nak ke Beijing tahun depan? Saya harap Mie dapat pengalaman yang menarik dan manis.

      Padam
  6. Salam,
    hmmm nak try satay tuh!

    BalasPadam
  7. Salam Moh Kembara,
    Sedap sate tu kalau dimakan panas-panas. Ramuan rempahnya simple je..tapi biri-biri Turki lagi sedap kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul puan...rempah dia simple je
      Mcm chili flake dlm minyak,jintan & garam je...tabur je
      Nak cuba buat..tp blm bkesempatan lg

      Padam
  8. Assalamualaikum Muhammad Raziq,

    Lebih syok kalau Raziq dapat pergi sendiri. Kalau tak membelipun tak mengapa, jamu mata dan berlegar-legar bersama-sama masyarakat China pun akan memberi pengalaman yang bermakna. Ada banyak patung-patung dan bahan-bahan sejarah dipamerkan di tepi-tepi jalan seperti kisah seorang doktor dan pembikin filem yang telah berjasa di sini.

    BalasPadam
  9. Kalau ikut pakej X bawa tmpat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga pakej yang bawa ke tempat ini, terutama ke Masjid. Disebabkan saya tinggal di Beijing ketika itu, tempat ini mudah untuk dikunjungi sebab berdekatan dengan tempat tinggal saya.

      Padam
  10. Mmaf..tlupa
    Sblm pergi hr tu..okt'16, sy ada dptkn info dr page puan
    Alhamdulillah..amat mbantu
    T.kasih byk2 ya puan

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.