Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 19 Disember 2012

TEMPAT MENARIK DI BEIJING #14: Sate Kala Jengking, Sate Lipan, Sate Belalang di Wangfujing

Suatu petang saya berjalan-jalan bersama keluarga saya di Wangfujing. Orang terlalu ramai. Kami melihat banyak gerai-gerai makanan di situ. Macam pasar malam. 

Tiba-tiba, kami lihat beberapa ekor kala jengking, lipan dan serangga disula hidup-hidup pada bilahan buluh tajam. Kaki-kaki serangg itu menguit-nguit dan bergerak-gerak kesakitan kerana tubuh badannya dicucuk buluh tajam itu. Mereka masih hidup. Ia dipamerkan di atas meja gerai dan dijual. Sebentar lagi kala jengking, lipan, belalang, serangga ini akan dipanggang di atas bara api. Ia dijadikan sate! Mahukah anda makan sate eksotik ini?

Kala jengking ini masih hidup. Ia disula dan menanti untuk dipanggang sebentar lagi.
Sate kumbang dan sate lipan yang sudah dipanggang
Belalang ini disula hidup-hidup dan bakal dipanggang

Tengok mat saleh ni:

"Kasi saya satu!"

Ada berani?

Entri kali ini special sikit. Anak-anak saya bawa video masa kami jalan-jalan di sini. Nak tengok apa yang mereka rakamkan?

Saksikan video rakaman anak saya Beatbox di Wangfujing:




 Amacam?


Cara ke sana:


Ambil keretapi bawah tanah (subway) laluan 1 dan turun di stesen Wangfujing. Apabila anda keluar saja dari stesen berjalanlah terus dan anda akan lihat Jalan Wanfujing di hadapan anda.

16 ulasan:

  1. Salam Prof...

    bestnya dapat tgk dgn mata sendiri makanan2 "sedap" tu..hahaha. Kiranya masih fresh la sebab disula idup2 dan bukannya dipanggang dulu baru dipamerkan..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zila,
      Sedap? Ha ha ha...Zila tak geli ke? Saya terkejut beruk mula-mula tengok. Memang fresh. Sula hidup-hidup dulu, ada orang order, baru dia panggang. Agaknya dengan cara begini lebih untung kot...

      Padam
  2. dalam seua binatang tu, belalang jer yang pernah makan masa kecik-kecik dulu, tapi yang kaler hijau, samalah...panggang jugak. tapi kalau kala jengking, lipan tu, macam ewww sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Orga,
      Apa rasanya makan belalang tu? Dengar khabar ada orang Pantai Timur makan belalang. Mungkin kaya dengan protein. Belalang tak bisa, tapi kala jengking dan lipan tu berbisa sebab tu rasa eww sikit.

      Padam
  3. Yucks meremang saya tgk2 serangga disateykn mcm tu..pernah tgk serangga grg di krabi, lipas semua pn add, geli yakmats.... Apelah perasaan lipan dan belalang tu time disula..ish kesiannnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chawanna,
      Kalaulah lipan dan belalang tu boleh bercakap, habis kena maki orang yang sulakan dia tu.

      Padam
  4. Ya Allahhhh gelinya, ada jugak yang sanggup makan menatang-menatang tu ye kak..ish kalo saya idak le nak makan, nak sentuh apatah lagi.

    BalasPadam
  5. Janggel/Rain,
    Manusia di sini memang pelik.

    Janggel pun geli juga ya? Geli makan menatang-menatang ni adalah sifat yang terpuji :)

    BalasPadam
  6. Salam Yong

    terer Yeop tu buat muzik sendiri....

    apa la dosa menatang tu kena sula sedemikian ghupe...ish ish ish.....dah tu panggang pulak hidup2...aduhai.....mesti dia kata " manusia ni kijam sungguh kat spesis aku "...hehe...

    BalasPadam
  7. Salam Yong ASP,
    Memang kejam dema yang menyula/menyiksa binatang hidup-hidup. Membakar semut pun dilarang Islam.


    Buat muzik sendiri tak payah pakai alat,jimat belanja he he he

    BalasPadam
  8. Salam...

    Office saya block gambar tak dpt nak tgk :(.

    Dulu masa pergi dengan family, hotel saya dekat Wangfujing.. Hehe. Sangat sangat happening. Semua penuh lampu. And we went there during chinese new year. Haha. Bayangkan semua pun main mercun. Sgt best experience tu...

    BTW sate kala jengking ni memang kembang tekak. Tapi still kena ambik gmbar jugak. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam fidajacob,
      Nanti fida tengoklah gambar dalam entri ni di rumah pulak ya...

      Masa fida ke Wangfujing tu ada tak nampak sate kala jengking ni? Masa Chinese New Year kat situ ada tengok tarian singa tak? Tentu riuh rendah suasana masa tu, kan?

      Padam
  9. akak tak try ke sate lipan tu, nampak sedap jer, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kayrol,
      Kalau depa buat 'masak lipan berlado' atau "lipan masak merah" nak jugak ha ha ha... (Gurau je).

      Lipan, ular adalah antara binatang yang saya takut. Tengok saja dah geli geleman inikan pula nak makan.

      Padam
  10. Assalam Prof,
    Saya sekeluarga tinggal di area Wangfujing. Stakat ni belum jumpa lagi sate mcm tu. yg ada hanya buah strawberi di cucuk mcm sate dan disalut karamel. nampak sedap, tapi belum berpeluang untuk mencuba. Andai prof tahu, area wangfujing ni, ada tak tempat shopping pakaian yg murah2?

    Terima kasih entry prof yg sgt dan amat bermanfaat.

    Salam ukhuwah.

    -farah-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Strawberi yang dicucuk dengan karamel itu mudah didapati di merata-rata China. Kalau Farah ke Niu Jie bolehlah beli karamel ini di Muslim Supermarket.

      Di Wangfujing ada banyak kedai-kedai dan kebanyakannya menjual pakaian yang murah-murah. Saya ada menulis entri bertajuk "12 Tempat Shopping Sakan di Beijing" di blog ini. Jemputlah membacanya.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.